Thursday, June 15, 2023

ULAR DI KEBUN SAWIT - SATU ANALISA

HAIWAN ULAR
(Snakes) dikawasan kebun terutama ladang kelapa sawit merupakan satu fenomena yang tidak asing sejak penanaman kelapa sawit (Elaeis guineensis) di komersilkan di Malaysia. Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dimana Ular adalah sejenis haiwan menjalar yang tidak berkaki dengan kulitnya bersisik dan ada jenis yang berbisa dan tidak berbisa. Dalam portal lain dijelaskan dimana u
lar merupakan reptilia karnivor yang panjang dan tidak berkaki dalam suborder Serpentes. Seperti semua spesies Squamata dimana haiwan  ular merupakan vertebrat 'amniot ektoterma' yang berkulitkan sisik yang bertindan-tindih. DIlaporkan dimana kebanyakan spesies ular mempunyai tengkorak yang lebih banyak sendinya berbanding leluhur cicaknya supaya mudah untuk menelan mangsa yang lebih besar daripada kepalanya dengan rahang yang amat mudah gerak. Untuk menampung badan ular yang sempit dimana organ-organ selalunya ada yang berpasangan tersusun secara berikut-ikut dan ia bukan bersebelahan. Dilaporkan kebanyakan ular hanya mempunyai sebatang paru-paru. Sesetengah spesies mempunyai girdel pelvis dengan sepasang cakar vestij di sebelah kloaka. Juga terdapat jenis reptilia yang tidak berkaki tetapi bukan ular, iaitu cicak tanpa kaki; bezanya adalah, ular tiada kelopak mata dan telinga luaran. Ular ditemui hidup di setiap benua daripada ia didapati di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi dan juga dihabitat yang kebanyakan daratan yang lebih kecil. Secara umum bagi mengetahui akan ular dimana dilaporkan ular hampir ada di seluruh bahagian mukabumi yang sering tinggal di hutan, pegunungan, persawahan, pesisir pantai sehingga kekawasan batu kapur. Apa yang unik sebagai haiwan reptelia dimana suhu badan ular selalu mengikuti suhu yang ada dalam habitat dipersekiatarannya. Lazimnya hampir semua jenis ular juga ia merupakan jenis pemangsa yang memakan mangsa lain. Dalam pada itu ada sebahagian besar masyarakat yang masih menganggap semua spesis ular itu berbisa atau memiliki racun (venom). Sebenarnya daripada sekitar 250 - 300 jenis ular yang dikenalpasti di Malaysia dan negara ASEAN lain dimana sekitar 8% sahaja ular yang berbisa. Tanggapan ini menyebabkan apabila sesiapa terserempak ular akan ketakutan dan ini yang menyebabkan ular akan dibunuh begitu sahaja apabila terserempak dengan manusia. Mereka akan ccuba melarikan diri atau cuba membunuhnya tanpa pernah dikenali dahulu apakah jenis itu beracun atau tidak. Artikel pada pagi Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai isu ular dikebun sawit seperti pengalaman penulis blog dan beberapa laporan media untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Dalam portal bernama.com dilaporkan bagaimana pekebun sawit 'Terkejut Jumpa Sarang Ular Tedung di Kebun Sawit' sesuai dikongsikan. Kisah dari Kuala Selangor dimana s
eorang pekerja warga Pakistan terkejut apabila timbunan kayu lama di kebun kelapa sawit di Parit Serong Tanjong Karang pada Khamis rupa-rupanya merupakan sarang ular tedung. Kisah ini menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor iaitu Kapten (PA) Khairul Sobri Abdul Rahim menyatakan iaitu ada sebanyak dua ekor ular tedung dewasa dan 28 anak ular spesies sama ditemui di bawah timbunan sampah berkenaan. Apa pun pihaknya menerima panggilan daripada pemilik kebun pada jam 10.20 pagi Khamis. Seorang pegawai dan empat anggota digerakkan ke tempat kejadian dan menemui seekor ular tedung dewasa. Pihaknya kemudian mengambil masa selama satu jam untuk menangkap semua ular terbabit dengan menggunakan peralatan khas. Kalau sebelum kes kejadian itu dimana pekerja kebun sawit terbabit sedang membersihkan kawasan kebun kelapa sawit dimana ia adalah menakutkan jika diserang ular tedung. Pekerja kebun sawit mendakwa dimana semasa membersihkan kawasan sekitar sawit dimana lelaki terbabit terkejut apabila menemui ular dan kemudian memaklumkan kepada pemilik tanah tentang penemuan tersebut. Walau pun tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan semua ular itu kemudian dilepaskan di kawasan yang jauh dari penempatan penduduk. Keberadaan ular dikawasan sawit adalah lazim kerana selalunya dikawasan kebun sawit ada banyak sumber makanannya iaitu tikus dan haiwan lain. 


Dalam pada itu dilaporkan haiwan ular selalunya 
takut dan menghindar dari bertemu manusia. Namun begitu selalunya ular akan menyerang bila terancam kerana ular memang mempunyai musuh tersendiri dan ular juga punya teknik pertahanan diri. Selalunya warna kulit ular juga manyamai dengan keadaan habitat disekelilingnya dimana jenis ular pokok selalunya berwarna hijau yang sukar dilihat. Lazimnya ada juga jenis ular yang bunyi mendesis dan membusungkan tubuhnya supaya terlihat lebih besar dan lebih ganas dari penampakan aslinya seperti Ular Tedung Selar. Beberapa jenis ular pula lazimnya ia akan berpura-pura mati dengan posisi telentang dan lidah menjulur sebagai teknik mempertahankan diri. Keadaan ini sering berlaku dengan adanya bau busuk yang kelyar dari kelenjar dihujunga bahagian ekornya. Bila cara pertahanan ini gagal ada juga jenis ular yang akan menggigit walau pun sebenarnya tidak semua gigitan itu berbisa. Bagi jenis ular tedung atau 'cobra' dimana apabila terancam akan berdiri dan mengembangkan tudung kepalanya sebelum melancarkan serangan. Ular ini lazimnya jika terus diganggu maka ia akan menggigit dan menyuntikkan racun atau venomnya itu ke tubuh pemangsa yang menyebabkan mangsanya rebah atau boleh membawa maut. Sejak dulu memang ujud konflik diantara pertembungan ular dengan manusia. Ia berlaku semasa pembukaan hutan dan kini lebih kerap berlaku dikawasan ladang kelapa sawit pula. Ada banyak kes dimana kes pertembungan ini membawa maut kepada manusia sala ada di patuk oleh ular berbisa atau di belit oleh ular sawa. Pakar haiwan menyatakan dimana diantara salah satu penyebab banyaknya jumlah ular yang tinggal dikebun sawit adalah kerana keberadaan mangsanya. Ular-ular di kebun sawit yang umumnya memakan tikus dimana ular akan datang untuk mencari mangsa. Buah sawit merupakan makanan tikus dan ia mengundang tikus datang seterusnya membiak didalam lubang dikawasan timbunan pelepah sawit atau dalam lubang tanah menyebabkan banyak ular yang akhirnya suka tinggal dikebun sawit dengan agak selesa untuk menetap. Pada penulis blog memahami dimana secara prinsipnya beberapa spesis ular seperti Ular Sawa Batek, Ular Phhton, Ular Tedung, Kobra dan beberapa jenis lainnya itu mengikuti dimana banyak mangsanya.  Populasi ular dikebun sawit adalah wajar disebabkan perkebunan sawit telah menggantikan atu ekosistem yang kondusif. Ladang sawit yang biasanya berada di tepi hutan primer atau pun sekunder telah megubah ekosistem kompleks semulajadi habitat asal kepada habitat di kebun sawit. Pada penulis blog untuk mencari ular di hutan lebih susah berbanding mencari ular dikebun sawit.


Pada penulis blog m
eski di satu sisi keberadaan ular dikebun sawit itu mengancam nyawa manusia dan haiwan lain tetapi dalam aspek lain ia adalah menguntungkan. Ular ini dilihat ia mampu mengawal populasi perosak seperti tikus dimana siatem ini sebenarnya adalah merupakan satu pendekatan Kawalan Biologi semulajadi yang baik untuk tanaman sawit. Ini kerana jika jumlah populasi tijus banyak di dalam kebun sawit dan memakan buah sawit yang hampir masak maka kualiti tandan buah dan biji sawit akan rosak dan mengurangkan akan pendapatan mereka. Ia adalah selari dengan konsep piramid makanan dimana keberadaan ular dikebun sawit akan dapat menyeimbangkan ekkosistem. Penulis blog merujuk kajian saintis dimana mereka nyatakan ular umumnya akan dapat beradaptasi dengan mudah di berbagai jenis habitat termasuk juga di kebun atau ladang kelapa sawit. Oleh kerana ular adalah haiwan karnivor yang memakan mangsanya dimana ia akan bertambah jika kerneradaan makanannya banyak.  Bagaimana pun teknologi terkini didalam kawalan biologi tikus dikawasan kebun sawit dan disawah padi kini pihak Jabatan Pertanian menyarankan penggunaan Burung Hantu (Tyto alba) yang mudah di dapati dengan menyediakan sarang atau rumahnya sahaja. Keberadaan burung hantu lebih selamat kepada manusia dan pekerja ladang berbanding dengan keberadaan ular dikebun sawit. DIlaporkan pemangsa kepada ular pula terdiri daripada haiwan biawak dan juga helang. Apa yang penulis rujuk sebuah laporan dari International Society of Toxinology dimana di Indonesia ia mendudukki tempat kedua dalam kes kemalangan dsebabkan mangsa serangan ular dengan angka 11,000 kes kematian setahun. Penulis blog dapati laporan tersebut nyatakan negara India berada di atas sekali kes tersebut dengan sebanyak 15,000 kes kematian dalam setahun. Bagi kes di Indonesia dimana untuk rawatan kini hanya tersedia antivenom bagi tiga jenis ular saja iaitu bagi serangan Ular Javan Spitting Cobra (Naja sputatrix), Ular Pit Viper (Calloselasma rhodostoma) dan Ular Banded Krait (Bungarus fasciatus). Mangsa yang diserang ular perlu dirawat dengan tepat dan cepat kerana kelewatan rawatan boleh menyebabkan maut. Perlu diingatkan dengan serius dimana menjadikan ular sebagai haiwan belaan (pets) adalah kurang tepat kerana dengan membiarkan haiwan ular akan meletakkan mereka dalam bahaya. Ular itu bukan mainan dan elakkan ia di adaptasi sebagai pet.


Menarik kisah dari Indonesia oleh portal 
Liputan6.com yang dipetik dari Kupang dimana upah buruh kebun sawit yang bekerja di kebun kelapa sawit di Kalimantan Tengah sudah dinilai kurang berperikemanusiaan dan tidak sebanding dengan beban jenis kerjanya. Dilaporkan dimana mereka ini sebagian besar dari Nusa Tenggara Timur dan harus bekerja 7-12 jam sehari dengan upah hanya berkisar Rp 48.000-Rp 65.000 per hari (RM15 - RM20 sehari) dengan risiko kerja yang sangat teruk. Dalam pembentangan laporan di seminar "Perkebunan Kelapa Sawit dan Hak Asasi Manusia" dilaporkan ada ratusan buruh migran asal NTT di perkebunan kelapa sawit yang hidup dalam keadaan yang perlu perhatian. Mereka tinggai di rumah berek yang mana kurang selesa dan kurang fasiliti umum. Mereka tidak mendapatkan bekalan air bersih dan harus bergantung di sungai sekitar kebun kelapa sawit yang sudah banyak tercemar. Mereka tidak mendapat perlindungan kerja seperti jaminan sosial dan jaminan kesehatan dari perusahan. Banyak dari mereka yang masih saja berstatus buruh harian lepas (BHL) meski sudah bekerja bertahun-tahun. Buruh wanita perlu bekerja meski sedang hamil untuk menyembur tanaman sawit tanpa menggunakan alat kerja memadai demi mendapatkan upah harian untuk tetap bertahan hidup. Apa yang penulis blog tertarik dimana ada dakwaan aspek  keselamatan mereka juga terancam karena adanya usaha puhak estet kelapa sawit untuk melepaskan ratusan ular kobra untuk mengatasi serangan hama tikus di ladang sawit. Dilaporkan sebanyak 100 ekor ular kobra dilepaskan untuk tanaman sawit seluar 100 hektar (Bermakna seekor kobra sehektar!). Dilaporkan dimana banyak kes dimana pekerja ladang ini dipatuk ular kobra semasa memotong dahan sawit. Bagaimana pun pengurusan estet dakwa keberadaan ular diladang sawit mereka berlaku secara semulajadi. Laporan tidak rasmi yang dirujuk wartawan menyatakan ada ramai buruh ladang sawit disini dan keluarganya yang meninggal sebab mereka tidak mendapatkan rawatan segera dengan tepat. Dilaporkan dalam tempoh 1.5 tahun sudah ada seramai 8 mangsa pekerja ladang yang maut diserang ulat berbisa. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DI LADANG SAWIT... TIKUS BERADA...
BANYAK ULAR... TEDUNG DAN SAWA....
KAWALAN BIOLOGI... ITU DI DAKWA...
ADA KES MAUT... KES BAGAIMANA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Zulkaedah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.