Thursday, June 1, 2023

GLOBAL GAP - POTENSI UNTUK NANAS

GLOBALGAP
 mungkin ramai pernah mendengar perkataan tersebut tetapi mungkin masih kurang faham mengenainya. Merujuk kepada pihak berkaitan dimana GLOBAL G.A.P. adalah sebuah persatuan yang ditubuhkan oleh peruncit terkemuka di Eropah dan mereka akan menganjurkan mesyuarat antara pengeluar produk pertanian dan peruncit dan berfungsi untuk menyediakan protokol bersama untuk penanaman produk pertanian yang akan lebih responsif terhadap keperluan moden pertanian lestari. GLOBALGAP adalah satu inisiatif bahawa pasaraya runcit besar Eropah telah digabungkan dan dipraktikkan untuk memastikan iaitu bahawa produk pertanian yang mereka letakkan di rak mereka adalah selamat dan tidak memudaratkan kesihatan manusia. Hari ini ia telah pun menjadi standard global yang sahlaku iaitu di seluruh dunia. Dilaporkan kini sebanyak 70-80% daripada peruncit dan pengeluar utama di Eropah kini sudah pun mereka menjadi ahli atau berdaftar ke GLOBALGAP. Perlu difahami dimana standard GLOBALGAP yang mana ia telah dimulakan sebagai gerakan masyarakat sivil di Jerman kini ia  telah menyebar dengan cepat ke banyak negara. Dilaporkan dimana ramai para pengimport sayur dan buah terkemuka di Eropah memerlukan sijil GLOBALGAP untuk sayur-sayuran dan buah-buahan yang mereka akan beli dan dijual dibanyak rangkaian outlet mereka. Banyak negara yang kini ingin memanfaatkan negara mereka dalam penjualan produk pertanian ke Eropah telah mengguna pakai undang-undang tempatan untuk mematuhi protokol GLOBALGAP. Walaupun protokol GLOBALGAP merangkumi pelbagai produk pertanian secara amnya akan tetapi ia biasanya digunakan dalam pengeluaran khususnya produk buah-buahan dan sayur-sayuran. Kerja-kerja ini bermula seperti daripada pergerakan masyarakat sivil di Jerman dan menyebar ke seluruh dunia dalam masa yang singkat. Dilaporkan dimana pasaran yang terbesar dalam pembelian buah-buahan dan sayuran segar adalah negara-negara Kesatuan Eropah dan Persijilan (Certficate) GLOBALGAP dicari sebagai dokumen wajib dalam transaksi import negara-negara ini. Pengimport buah dan sayur terkemuka di Eropah memerlukan Sijil GLOBALGAP untuk produk yang mereka beli. Ini adalah kelebihan penting bagi pengeluar di negara-negara yang ingin menjual produk pertanian mereka kepada Kesatuan Eropah (EU). Pada penulis blog ia adalah sebagai tambahan kepada piawaian Amalan Pertanian yang Baik (Good Agriculture Practice) dari negara ketiga yang juga membuat pengaturan perundangan yang diperlukan untuk mematuhi protokol ini. GLOBALGAP diguna pakai untuk kedua-dua petani individu dan kumpulan petani pengeluar (contohnya koperasi, pengeksport besar, rumah pembungkusan, dan sebagainya); Kumpulan terdiri dari pengeluar-petani juga perlu memenuhi unsur-unsur yang berkaitan dengan dokumen Sistem Pengurusan Kualiti dan dapat menguruskan hubungan antara pengeluar. 
Ketelusan dan ketelusan adalah syarat yang paling penting dalam aplikasi GLOBALGAP. Semua proses bermula daripada tahap penyediaan tanah yang akan disemai, sehingga pengeluaran dibentangkan kepada pengguna dan semua peringkat di bawah kendali dan setiap aktiviti dicatat. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka menulis mengenai GLOBALGAP untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Dalam sektor pertanian terutamanya tanaman ada banyak teknologi baru yang diperkenalkan hasil dari banyak aktiviti penyelidikkan dan biakbaka tanaman. Penghasilan teknologi baru ini disediakan untuk penyediaan dan proses siap guna bagi produk pertanian. Di peringkat dunia dimana pertambahan penduduk dunia memerlukan lebih banyak makanan dan faktur perubahan tabiat makanan juga mempengaruhi produk pertanian dipasaran. Ada teknologi yang digunakan baik untuk kegunaan dan kesihatan manusia sebaliknya ada teknologi yang membahayakan kesihatan manusia dan keselamatan produk makanan. Ini kerana jika penggunaan amalan teknologi itu tidak baik dimana ia akan merugikan manusia sebab boleh menjejaskan kesihatan mereka. Perkara ini juga yang menyebabkan ada beberapa pihak berkepentingan terutama dibeberapa negara maju mrmbust beberapa peraturan undang-undang diperingkat kebangsaan dan antarabangsa dalam menetapkan kriteria dan piawaian tertentu bagi produk makanan yang selamat dipasaran mereka. Perlu difahami dimana aspek Keselamatan Makanan (Food security) memang banysk unsur termasuk piawaian bahan makanan tidak mengandungi bahan komponen luar biasa, menyimpan komponen yang tidak merbahaya untuk diterima, mematuhi kebersihan dan kebersihan semasa proses pengeluaran makanan, memberikan kepentingan untuk hubungan dengan alam sekitar dalam pelbagai peringkat pengeluaran makanan dan juga 
aktiviti pengeluaran memberi keutamaan kepada kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Para peruncit di negara Eropah telah berkumpul untuk mempastikan produk yang mereka tawarkan kepada pelanggan adalah selamat dimakan dan mengikut prinsip kemampanan. Dokumen ini akan digunakan sebagai jaminan pemantauan produk yang hendak dipasarkan mengikut piawaian. Pada tahun 2007 piawajan EUREPGAP telah sebagai GLOBALGAP untuk lebih meluas penggunaanya. Malaysia mempunyai persijilan MyGAP dan MyOrganic yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.


Mereka yang ingin mendapatkan GLOBALGAP perlu memohon kepada Badan Persijilan GLOBALGAP iaitu sebagai organisasi pengeluar atau persatuan hendaklah terlebih dahulu mengisi Borang Permohonan. Borang ini bila diterima akan diproses sehingga mendapat kelulusan. Bagi mulakan kerja persijilan maka pengeluar atau pengilang bila lulus perlu tandatangani kontrak bersama Globalgap dimana nombor pendaftaran akan diberikan dan digunakan. Nombor ini akan didaftarkan dengan data GLOBALGAP induk sebagai rujukkan pengeluar atau persatuan untuk kebolehlesenan produk. Banyak langkah perlu diikuti diantaranya akan ada badan persijilan akan mengadakan rancangan audit dengan mengambil masa pengumpulan produk semasa pemeriksaan dijalankan. Persijilan Amalan Pertanian Yang Baik (GAP) bagi persijilan GLOBALGAP boleh dijalankan selari atau secara berasingan mengikut keperluan pemeriksa. Sijil GLOBALGAP merupakan sijil yang mana pengeluar ingin melakukan perniagaan produknya kepasaran antarabangsa. Dokumen ini diperlukan sebagai prasyarat untuk syarikat yang ingin mengeksport buah dan sayur-sayuran ke negara-negara Kesatuan Eropah. Sebaliknya sijil Amalan Pertanian Baik seperti MyGAP di Malaysia akan digunakan sebagai dokumen untuk pasaran domestik. Selalunya semasa pemeriksaan dijalankan dan pengeluar tidak berada pada tahap pematuhan yang mencukupi maka pengeluat yang meminta sijil akan diberi tempoh selama 4 minggu untuk menghapuskan segala ketidakpatuhan yang dikesan dan ketidakpatuhan dijangka dalam tempoh ini. Jika tidak ada halangan maka sijil GLOBALGAP ini akan dihantarkan kepada pemohon dengan tempah sahlaku selama satu tahun (1 tahun). Setelah hampir tamat tempoh sahlaku maka pemeriksaan atau penauditan akan dijalankan semula dan sijil GLOBALGAP baru akan dikeluarkan.


Pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah diantara agensi yang ingin melaksanakan Insentif Program Pembangunan Pasaran Kearah GLOBALGAP pada tahun 2023. Dalam portal LPNM ada dipaparkan borang permohonan pihak berminat untuk mendapatkan perkhidmatan persijilan ini.  Penulis blog teliti dimana k
andungan borang ini adalah hak cipta Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dimana sebarang penyebaran atau pengubahsuaian kandungan borang ini adalah dilarang. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dengan ini memastikan maklumat yang diberikan oleh usahawan pengeluar tidak akan didedahkan kepada pihak lain tanpa kebenaran. Ia dipelawa kepada syarikat-syarikat pengeluar dan pemasar nanas yang berminat untuk mengeksport ke pasaran antarabangsa dan berhasrat melengkapkan pensijilan Global GAP sebagai polisi dan hala tuju syarikat. Pemohon atau Syarikat mestilah memenuhi syarat-syarat seperti iaitu (i) Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas; (ii) Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) atau enterprise yang diperbadankan dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) atau; (iii) Berdaftar sebagai sebagai pekebun di bawah Akta Perindustrian Nanas 1957, Peraturan-Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Buah) 1979 (Borang IV); (iv) Mengeluarkan hasil ladang nanas secara aktif; (v) Keluasan minimum ladang nanas sekurang-kurangnya 25 hektar dan ke atas; (vi) Keutamaan kepada projek yang memiliki kemudahan infrastruktur ladang seperti pusat pengumpulan hasil ladang / Collection, Processing and Packaging Center (CPPC); (vii) Keutamaan kepada yang telah memperolehi pensijilan myGAP dan / atau myOrganik yang masih aktif; (viii) Keutamaan kepada syarikat yang telah memperolehi nombor permohonan pendaftaran Global GAP dan/ atau telah menjalani pengauditan daripada agensi yang dilantik Global GAP dengan disertakan laporan penemuan audit sebagai dokumen sokongan. (ix) Syarikat Pengeksport atau Pengangkut Penjual perlu berdaftar dengan LPNM dan lesen yang masih aktif. Dimaklumkan dimana boleh dikemukakan lengkap borang permohonan.  Borang Permohonan Insentif bersama salinan dokumen sokongan yang berkaitan seperti iaitu terdiri dari Salinan Kad Pengenalan, Salinan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Borang A atau D termasuk maklumat perniagaan dan maklumat terkini pemilik), Salinan Borang 9, Borang 24 dan Borang 49 (jika Pendaftaran Syarikat atau SDN. BHD.), Salinan permohonan/ Sijil myGAP / myOrganik, Salinan permohonan pendaftran Global GAP (jika berkenaan), Salinan Laporan Pengauditan Global GAP (jika berkenaan) dan juga Profail syarikat. Sebarang pentenyaan lanjut maka sila berhubung dengan Pejabat LPNM yang berhampiran. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
GLOBALGAP... ITI PERSIJILAN DUNIA...
PERLU DIPOHON... OLEH PENGUSAHA...
PROSES AUDIT... PANJANG CERITANYA...
SUDAH LULUS... MELUAS PASARANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Zulkaedah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.