Tuesday, June 20, 2023

BIJI TUMBUHAN DAN PENJELASANNYA (Part 1)

BIJI TUMBUHAN (SEEDS) merupakan bahagian penting tumbuhan didalam proses pembiakan tumbuhan. Selain dipanggil 'Biji' ada juga gelaran sebagai 'biji benih' atau 'benih' dimana ia adalah bakal biji (ovul) daripada tumbuhan yang berbunga yang telah masak. Biji dilihat akan terlindung oleh buah pada angiosperma namun tidak pada gimnosperma. Secara evolusi dimana bahagian biji tumbuhan merupakan embrio atau tumbuhan kecil yang terbentuk sesuai dengan pembiakan sehingga selalu mampu bertahan lebih lama pada keadaan kurang sesuai disimpan sebelum ia tumbuh. Benih merupakan komponen penting dalam pengeluaran dan juga kesinambungan tumbuhan gimnosperma dan angiosperma berbanding dengan jenis tumbuhan lebih primitif seperti paku pakis, lumut dan lumut yang tidak mempunyai benih dan bergantung kepada air untuk pembiakan. Tumbuhan dengan berbiji merupakan jenis tumbuhan segmen biologi di darat dari hutan terutama dalam semua keadaan iklim. Komponen Biji adalah kaedah utama untuk banyak jenis tumbuhan membiak dan sering di gunakan oleh manusia dan haiwan juga sebagai sumber makanan. Biji merupakan bahagian terpenting dalam tumbuhan dimana ia juga disebut sebagai embrio yang ditutup oleh satu lapisan pelindung dibahagian luar. Banyak jenis tumbuhan menghasilkan biji yang mana ia kemudian akan disebarkan dengan pelbagai cara. Apabila ia tersebar dan sesuai dengan persekitaran maka ia akan bercambah dan tumbuh sebagai tumbuhan baru. Bagaimana pun hanya biji yang sudah cukup matang dan berkualiti baik sahaja yang sesuai untuk digelar sebagai 'bijibenih'. Bagi tanaman bijirin (grain) seperti padi, gandum, barli dimana hanya biji matang khusus untuk penanaman akan digunakan didalam aktiviti penanaman semula setiap musim. Setiap biji berkualiti ia mengandungi bahan karbohiderat dan protin dimana ia juga mengandungi air diantara 30 - 55% bergantung kepada piawaiannya. Ini menyebabkan biji (terutama bijirin) dijadikan bahan utama sumber makanan manusia dan juga haiwan ternakan. Tumbuhan yang berbiji di usahakan secara komersil sejak zaman dahulu sebagai satu aktiviti pertanian didalam memberikan sumber makanan dan sebagainya untuk bantu kelestarian kehidupan.  Artikel pada subuh 1 Syawal 144H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai biji tumbuhan dalam aspek kepentingan dan fungsinya untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Sebenarnya ada beberapa jeni biji yang wujud dari tumbuhan yang dikategorikan kepada Biji Terbuka dan Biji Tertutup. B
iji Terbuka dihasilkan oleh tumbuhan dari jenis Gymnospermae (gymnos maknanya 'telanjang') iaitu bijinya adalah merupakan tumbuhan yang bijinya tidak tertutup oleh bakal buah. Selalunya pada tumbuhan biji terbuka dimana biji terletak langsung diantara daun-daun penyusun runjung atau strobilus seperti yang ada pada pokok Pine (Pinus spp) yang mudah dilihat (Sila lihat foto disebelah)Gymnospermae sendiri mempunyai organ pada tumbuhan yang berupa akar, daun, batang, strobilus dan juga pembuluh. Ciri tumbuhan berbiji terbuka selalu pokoknya adalah besar dan mempunyai jenis akar tunggang. Pokoknya selalu tidak memiliki bunga sejati dimana daunnya berupa daun jarum atau daun sisi seperti pokok pinus dan pokok emara. Namun ada beberapa pokok yang berdaun lebar seperti pokok Melinjau iaitu merupakan tumbuhan heterospora yaitu menghasilkan dua jenis spora berlainan. Megaspora membentuk gamet betina dan mikrospora membentuk debunga dikedua hujungnya yang bernama strobilus. Pokok berbiji ternuka juga mempunyai sistem perakaran tunjang dengan jenis batang yang bercabang  dan ukuran daun yang kaku atau keras, tebal dan tajam. Bakal bijinya sendiri terbuka dan terletak di bahagian permukaan bakal buahnya. Bakal buah tersebut tumbuh diluar megasporofil iaitu sisi penyokong bakal biji yang berkumpul jadi satu dalam bentuk strobilus berkayu. Selain itu diantara ciri lain dari tumbuhan biji terbuka adalah ia dilihat mempunyai bunga sejati dan mahkota bunga. Pokok dari jenis Gymnospermae antara lain tidak mempunyai bunga sejati dan mahkota bunganya tidak ada. Bakal biji yang terdapat di luar permukaan dan tidak dilindungi oleh daun buah dinamakan tumbuhan heterospora yang merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan dua jenis spora yang berlainan dan megaspora sendiri membentuk gamet betina. Selain itu juga dilihat mikrospora menghasilkan debunga dan struktur pembiakan dengan membentuk di dalam strobilus dan akan menhasilkan pembuahan secara tunggal. Tumbuhan jenis Gymnospermae berguna dalam kehidupan manusia adalah sebagai tanaman hiasan(seperti pokok paku pakis dan cemara), bahan asas industri ubatan dan cat, bahan kayu untuk industri kertas dan kertas (pokok pine), bahan makanan seperti sayuran (melinjo). Tumbuhan jenis inii juga akan digunakan sebagai sumber makanan, mampu menghasilkan minyak cat atau tepentine, sebagai bahan baku damar dan bahan asas membuat ubat-ubatan. Kategori tumbuhan  gymnospermae terbahagi kepada empat kelas iaitu Jenis Cycadopsia (ada 130 jenis, contohnya tanaman pakis), Jenis Coniferopsida (600 sampai 630 jenis contohnya tanaman pinus), Jenis Gnetopsida (ada 75 sampai 80 jenis contohnya pohon melinjau) dan Jenis Ginkgopsida (ada 1 jenis sahaja iaitu tanaman ginkgo). Kelas Cycadopsia memiliki pokok yang menyerupai palma (Arecaceae) dengan daun majmuk yang tajam atau menyirip. Pokoknya berkelamin tunggal (jantan dan betina di pohon yang terpisah atau pokok berlainan) yang selalu terdapat sebagai semak dan banyak tumbuh di kawasan yang yang beriklim sejuk.


B
agi jenis Biji Tertutup pula atau pun Angiospermae mempunyai ciri khas dimana seluruh tumbuhan yang termasuk dalam tumbuhan berbiji tertutup memang ia menghasilkan bunga. Biasanya bagi jenis tumbuhan biji tertutup dimana pokoknya akan tumbuh yang sangat beragam seperti tumbuhan yang hidup menjulang tinggi sehingga kepada jenis tumbuhan pemanjat (climbing tree). Tumbuhan berbiji tertutup dibagi menjadi 2 bahagian iaitu jenis tumbuhan berbiji tertutup Monokotilidon (berkeping satu) dan jenis  Dikotilidon (berkeping dua).  Tumbuhan biji tertutup adalah termasuk dalam kumpulan tumbuhan monokotilidon biasanya mempunyai biji tunggal dan bukan merupakan tumbuhan yang mempunyai kayu kerana tumbuhan monokotilidon ini biasanya tidak mempunyai kambium. Ukuran batang untuk tumbuhan monokotilidon ini biasanya kecil dan tidak bercabang dengan bentuk tulang daun sejajar, jumlah mahkota bunga tumbuhan juga kelipatan tiga serta mempunyai sistem perakaran dari jenis serabut.  Tumbuhan monokotilidon sealunya mempunyai akar serabut, batangnya tidak berkambium, daun berbentuk pita dan agak panjang, bertulang daun sejajar atau melengkung. Semantara itu pada bahagian bunganya berjumlah tiga atau kelipatannya dimana pembuluh pengangkut pada batang letaknya adalah tersebar. Contoh tumbuhan monokotilidon adalah tumbuhan dari keluarga Pocaceae (atau dulu Graminae) seperti padi (Sila lihat foto disebelah), jagung, tebu atau Keluarga Palmae seperti pokok pinang, kelapa sawit, kelapa serta Keluarga Orchidaceae iaitu tanaman anggrek atau orkid. Tumbuhan lain termasuk seperti tumbuhan dari keluarga Musaceae seperti pokok pisang, keluarga Pandanaceae seperti pokok daun pandan dan keluarga Zingiberaceae seperti halia, kunyit dan kengkuas.


T
umbuhan biji tertutup dilihat dari jenis tumbuhan dikotilidon dimana biasanya mempunyai bentuk fizikal berupa herba ataupun ianya sebagai pokok dengan mempunyai perdu. Tumbuhan jenis ini dilihat mempunyai batang berkayu dimana batangnya adalah agak keras, berkambium serta bercabang-cabang. Pokok jenis ini selalu mempunyai sistem akar tunjang dan jumlah mahkota pada bunganya dilihat ada kelihatan dua atau lima kelopak. Ciri tumbuhan berbiji tertutup dimana ia menghasilkan biji di dalam bakal buah, mempunyai akar serabut (tiada akar tunjang), jenis pokok batangnya bercabang dan beruas, dilihat ia ada alat pembiakan berupa bunga serta selalunya mempunyai jenis daun bertulang dan berhelai. Apa pun perbezaan jelas bagi biji tertutup dimana ia b mempunyai akar tunjang, batang berkambium dan bercabang, berdaun lebar dengan bentuk beragam, mempunyai tulang daun menyirip atau berjejari.  Cili utama adalah pada bunganya yang berjumlah 2 atau 4 kelopak berlipatannya. Mempunyai pembuluh pengangkut didalam batang pokok dengan susunan teratur. Contoh pokok dari tumbuhan dikotilidon seperti pokok dari keluarga bergetah atau Euphorbiaceae (seperti ubi kayu atau nangka), pokok dari keluarga Papilionaceae (jenis tanaman kekacang seperti tanaman kacang tanah, kacang hijau), Keluarga Solanaceae (seperti terung, tomato, cili), keluarga Rutaceae seperti pokok limau, keluarga Malvaceae seperti pokok, keluarga Rubiaceae seperti pokok kopi dan keluarga Anacardiaceae seperti pokok mangga (Sila lihat foto disebelah). Sebenarnya banyak lagi pokok mempunyai biji tertutup daripada pokok hutan, pokok hiasan dan sebagainya. Biji dikotilidon selalunya mempunyai fungsi khusus dimana Plumula adalah unit embrio yang akan tumbuh ke atas dan kemudian akan tumbuh menjadi daun pertama semasa bertunas. Radicule merupakan bahagian embrio yang tumbuh ke bawah dimana ia kemudian akan menjadi primer akar. Kulit Biji atau selubung biji adalah selaput nipis yang melindungi biji dari kerosakan fizikal serta mencegah pengwapan air yang berlebihan. Hipocotile pula adalah bahagian embrio yang berada di bawah poros embrio. Epicotile adalah merupakan bahagian embrio yang selalu berada di atas embrio dimana embrio adalah calon tumbuhan baru yang menyatukan dua kotiledon yang terpisah. Embrio sendiri mempunyai bahagian yang melekat pada kotiledon. Gambarajah dibawah sekali menunjukkan marfologi biji monokotilodon dan dikotilidon untuk dirujuk dengan lebih jelas. Artikel ini dibahagikan kepada dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna sebagai bahan rujukkan ilmiah kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!...
BIJI TUMBUHAN... AMAT BERGUNA...
AGEN PEMBIAKAN... PELBAGAI CARA...
BIJI TERTUTUP... ADA BIJI TERBUKA...
MENCARI ILMU... DENGAN MEMBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(1 Syawal 1444H).
SELAMAT HARI RAYA!!!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.