Saturday, June 10, 2023

ANJING DAN FAKTA MENARIK DI MEDIA

ANJING (Dogs)
adalah sejenis haiwan mamalia yang sering berkait dengan sektor pertanian terutamanya untuk membantu menjaga ternakan dan menjaga kebun. Anjing didakwa telah mengalami 'domestication' daripada haiwan serigala sejak 15,000 tahun yang lalu dan ada laporan menyatakan ia bahkan mungkin ada semenjak 100,000 tahun yang lalu diketahui akan keberadaannya berdasarkan bukti genetik berupa penemuan fosil dan analisa DNA. Proses domestikasi anjing adalah belum begitu lama berbanding kewujudannya. Anjing telah membiak kepada beratus-ratus jenis dengan terdapat banyak variasi. Perbezaan pada anjing juga sangat besar julatnya daripada warna bulu, bentuk badan, bentuk gigi dan taring, jenis makanannya, ciri-ciri kegarangan, sifat kemanjaan, habitat keberadaan (sejuk dan panas) dan sebagainya. Apa pun jangka hayat biasa anjing berbeza-beza antara baka akan tetapi untuk kebanyakannya berjulat dari 10 tahun hingga 13 tahun. Bagi anjing yang dari jenis baka dengan jangka hayat terpendek ialah seperti Anjing Dogue Bordeoux iaitu hanya sepanjang purata 5.2 tahun sahaja tetapi bagi sesetengah baka seperti Baka Bulterier Kecil (jenis anjing pemburu darah) pula dari Ireland mampu hidup selama 6 - 7tahin. Dalam Islam dinyatakan dimana anjing ini adalah sejenis binatang yang boleh dijinakkan dan ia mempunyai gigi taring yang tajam. Hukum asal dalam Islam berkenaan anjing ialah Najis Mughallazoh (najis berat) yang wajib disucikan dengan 1 kali air bercampur tanah dan 6 kali air bersih atau mutlak iaitu apabila bersentuhan dengannya samada dalam keadaan kering atau basah. Setengah pendapat menetapkan hanya bersentuhan dalam keadaan basah sahaja. Dalam media dilaporkan diman asejak kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara ini, terutamanya yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam kategori najis berat (Najis mughalazzoh) iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih. Menurut sumber dilamanweb ada juga dinyatakan kenapa najis kedua ini diwajibkan membasuhnya tujuh kali dan salah satunya dengan tanah? Kajian sains moden ada jawapannya. Dilaporkan dimana sebanyak 79.7 peratus penderita barah payudara ternyata mereka yang mana sering berdampingan dengan anjing seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4.4 peratus pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Dilapornan di negara Norway sebanyak 53.3 peratus daripada 14,401 pemilik anjing mengidap barah. Ternyata barah pada anjing dan manusia disebabkan oleh virus yang sama iaitu Mammary Tumor Virus (MMTV). Dalam satu kajian oleh para penyelidik Munich Universiti mengenai kuman yang dibawa oleh anjing dan kesannya pada manusia yang telah juga menunjukkan 80 peratus punca penyakit payudara berpunca daripada kuman yang dibawa oleh anjing. Artikel pagi Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya tulis mengenai beberapa fakta menarik mengenai kaitan anjing di media untuk ia dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam portal mstar.com dilaporkan '
Jangan ambil mudah jika digigit anjing gila! Boleh bawa maut andai lewat dapatkan rawatan' sesuai dikongsikan. Ini kerana penyakit rabies didakwa ia boleh menyebabkan lumpuh, koma dan kematian. Dalam pada itu orang ramai digesa agar berwaspada untuk mendekati anjing ekoran kes rabies atau penyakit anjing gila yang sedang melanda. Kisah terbaharu ada seekor anjing liar yang positif rabies turut menggigit sembilan mangsa di Kuching, Sarawak. Di sebalik kes-kes rabies yang pernah berlaku di negara ini, sebenarnya masih ramai rakyat Malaysia yang kurang peka dengan penyakit tersebut. Penyakit rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus daripada haiwan seperti anjing. Rabies berjangkit melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dari air liur, cairan atau tisu tubuh daripada haiwan tersebut kepada manusia. Sekiranya sesiapa digigit anjing cepat cuci bahagian tersebut dengan sabun dan air mengalir sekurang-kurangnya 15 minit. Masa inkubasi patogen (pengeraman) rabies adalah tiga minggu hingga dua bulan daripada gigitan haiwan hingga timbul gejala. Gejala awal penyakit rabies adalah termasuk demam, sakit kepala, rasa terbakar pada tempat digigit, kelesuan otot badan, sakit tekak, mual muntah dan cirit birit. Penyakit ini boleh berlarutan kepada gejala yang lebih teruk, antaranya seperti Kekeliruan, Kecelaruan, Bersikap agresif, Mengeluarkan air liur dengan berlebihan, Hydrophobia (dahaga yang tidak surut atau pun ketidakupayaan untuk menelan, dan panik apabila diberikan cecair untuk diminum), Sawan, Halusinasi, Lumpuh atau pun menjadi Koma. Anjing merupakan haiwan yang comel, namun orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan penularan penyakit rabies. Apabila semua gejala teruk ini bermanifestasi, kematian hampir pasti tidak dapat dielakkan. Isunya adalah jika digigit oleh anjing liar, apa yang perlu dilakukan?. Pertama adalah mencuci bahagian tubuh yang digigit dengan sabun dan air mengalir sekurang-kurangnya 15 minit bagi tujuan menghilangkan kesan air liur. Kedua mendapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital terdekat jika sesiapa mengalami gigitan anjing liar. Antara rawatan adalah dengan membersihkan luka dan suntikan anti-rabies. Ketiga dengan melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal dan ke empat dengan beritahu pihak PBT untuk mereka perlu mengambil tindakan segera serta pihak berautoriti perlu memberi peringatan kepada penduduk setempat untuk lebih berhati-hati dengan anjing liar untuk mengurangkan risiko digigit.


Dalam portal bharian.com kisah bertajuk 'Jangan kelirukan masyarakat dengan pelihara anjing - Kazim' memang sesuai dikongsikan. Dari Perak dilaporkan dimana kisah wanita Islam yang bangga memelihara anjing hingga menjadi viral dalam media sosial dinasihatkan segera belajar ilmu agama bagi mengelakkan tindakannya menjadi ikutan ramai dan fitnah dalam kalangan masyarakat. Penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias berkata dimana tindakan wanita itu bukan saja menimbulkan fitnah besar sehingga boleh menjadi umat Islam yang cetek ilmu agama bercelaru tetapi juga perbuatan mempersenda hukum Allah dan pegangan mazhab Syafie yang dianuti di negara ini. Wanita itu sendiri bercelaru apabila memberi maksud ihsan terhadap anjing kerana kita tidak pernah disuruh bermusuh terhadap haiwan itu tetapi hanya dihukumkan sebagai najis terutama air liurnya yang boleh mendatangkan penyakit berbahaya. Persoalan kenapa kita sibuk hendak memelihara anjing sehingga ke dalam rumah sedangkan ia bukan suruhan Allah. Allah suruh kita bela anak yatim tapi anjing pula yang dibela. Kitab mana yang dibaca. Apa pun Mohd Kazim berkata demikian ketika berceramah di Karnival Lenggong 2017 sempena Ulang Tahun Ke-5 Tapak Warisan Dunia UNESCO di Dataran Lenggong, Perak. Beliau mengulas klip video dalam media sosial yang menunjukkan wanita itu memelihara dan memegang anjing termasuk membiarkan mukanya yang memakai tudung dijilat haiwan itu yang diberi nama Bubu. Hukum Islam adalah jelas terhadap anjing terutama air liurnya sebagai sejenis najis mughallazah iaitu najis berat yang wajib disamak atau sertu jika terkena malah mazhab Syafie juga meletakkan hukum wajib disamak jika bersentuh dengan anjing apabila keadaan kita atau haiwan itu dalam keadaan basah. Ia bermaksud jika sengaja hendak sentuh anjing adalah tidak dibenarkan dalam Islam meskipun ia boleh disamak. Jika berfahaman tidak mengapa pegang anjing sebab boleh disamak, kenapa mereka yang berpandangan demikian tidak menganjurkan sahaja pesta memegang najis sendiri selepas itu disamak dan kemudian dipegang lagi dan dibasuh. Ada sebab mengapa Allah meletakkan anjing dan babi itu sebagai jenis najis mughallazah. Tapi tidak kerana ada yang rasa lebih pandai daripada Allah dan rasa tak bersalah pun mempromosikan perlakuan itu. Bila Allah hukumkan haram maka itu ada sebabnya. Satu daripadanya yang kita dah tahu bahawa air liur anjing itu berkuman yang boleh menyebabkan kita mati atau sel otak menjadi mati seperti yang berlaku dalam kes penyakit anjing gila baru-baru ini. Bagaimanapun, anjing boleh dibela hanya untuk menjaga kebun atau pergi berburu saja tetapi jika tersentuh wajib juga disamak. Untuk jalan selamat maka sebaiknya tak usah bela anjing, dakwa Ustad Kazim.


Ramai yang pernah lihat bagaimana 'Unit Anjing Pengesan PDRM' seperti mana dilaporkan bernama yang telah pun ia ditubuhkan dengan pembelian anjing yang dari luar dan sangat berguna. Unit Anjing Pengesan PDRM atau Unit K9 dah ditubuhkan sejak tahun 1968 lagi. Jumlah keseluruhan anjing yang wujud adalah sebanyak kira-kira 569 ekor anjing yang bekerja seiring dengan pasukan polis. Nama K9 ni adalah nama standard kat seluruh negara. K9 ni berasal dari sebutan canine yang membawa maksud sesuatu yang berkaitan dengan anjing. Dilaporkan anjing-anjing yang digunakan ni bukanlah anjing yang kita selalu nampak tepi jalan tu, tapi ianya dibeli dari Jerman, Republik Czech, China dan UK. Kebiasaannya, harga setiap ekor anjing mencecah RM33,000 yang dibuat secara tender terbuka. Proses pembelian dan melatih juga adalah ketat. Anjing yang dah dibeli dari luar negara ni akan dikuarantin selama sebulan di negara ni. Kemudian, anjing ni akan dilatih di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) sebelum dihantar kepada pengendalinya. Dengan pengendali pula akan berlatih bersama-sama anjing selama 4 bulan. Hanya seorang sahaja dibenarkan mengendalikan seekor anjing. Setiap latihan pula berbeza mengikut tahap kepakaran apa yang ditetapkan. Selepas semua latihan selesai, pengendali anjing akan dihantar ke kontinjen di seluruh negara. Selepas enam bulan sampai setahun, pengendali dan anjing itu akan dipanggil ke Unit K9 semula untuk tengok kalau masih ada kelemahan atau tak. Kalau ada, mereka akan berlatih semula untuk memperbaiki kelemahan tersebut. Anjing yang dipakai ni bukan anjing biasa-biasa atau anjing yang ditonton dalam cerita filem Chihuahua: The Movie. Ada tiga jenis anjing yang digunakan oleh Unit K9 di Malaysia terdiri daripada German Shepherd, Belgian Shepherd dan  Labrador. Jenis Anjing  German Shepherd atau dulu kegunaan sebagai pengembala digunakan polis seluruh dunia. Anjing ini berasal dari Jerman yang digunakan oleh ramai pengembala kambing di sana suatu ketika dahulu. Kemudian digunakan di seluruh dunia dimana menurut laporan American Kennel Club, German Shepherd adalah seekor anjing yang biasanya lebih dikenali sebagai anjing yang boleh buat semua kerja. Ia juga mempunyai kelebihan dari segi saiz, ketangkasan, berotot dan kepintaran. Kepintaran anjing ini sampai boleh menguasai sesuatu tugasan yang mudah dengan hanya mengulanginya lima kali sahaja. Kira berbaloi lah beli dengan harga mahal pun. Setakat 2016 dilaporkan PDRM ada 71 ekor anjing jenis ini yang digunakan dan jumlahnya dah pun bertambah saban tahun. Jenis kedua iaitu Anjing Belgian Shepherd adalah jenis anjing yang amat sensitif dengan keadaan sekeliling. Ia berasal dari Belgium dan memang terkenal dengan legenda anjing taring yang pintar dan serba boleh. Cumanya, anjing ni sangat sensitif dengan keadaan sekeliling serta boleh untuk membentuk hubungan yang kuat dengan manusia. Anjing ini juga perlu mendapat perhatian yang lebih serta tidak boleh diabaikan. Setakat 2016 dimana PDRM sudah menggunakan 55 ekor anjing jenis ini. Jenis e tiga adalah Anjing Labrador yang berkepala lebar dengan deria bau kuat. Nama anjing ni Labrador sebab ada kaitan dengan sejarah penemuannya di Lautan Labrador (antara Kanada dan Greenland). Anjing ini kepala dia jenis lebar dengan mata yang berkilau-kilau serta punyai kelebihan yang tersendiri. Deria bau anjing ni juga sangat kuat sehinggakan dia boleh tahu dari mana datangnya bau tu. Bila ada bau sesuatu, dia akan cari sampai dapat. Setakat 2016 pihak PDRM sudah menggunakan 2 ekor anjing jenis ini.


Dalam laporan sama dinyatakan fakta bagaimana 'Empat fungsi utama anjing pengesan yang ramai tidak tahu' amat wajar dikongsikan kali ini. Jenis-jenis anjing pun pembaca sudah tahu dari para diatas. Sekarang penulis blog hendak kongsikan apakah kepakaran-kepakaran yang dilatih untuk ketiga-tiga jenis anjing ni. Anjing-anjing K9 ini akan dibahagikan kepada empat kategori berdasarkan fungsinya. Menurut Ketua Unit Pengesan (K9), DSP Har Mun mengatakan bahawa fungsi anjing pengesan berkenaan dibahagikan kepada empat kategori. Pertama adalah fungsi sebagai Anjing ‘Cadaver’Imej dari Remaja. Cadaver ini maksudnya adalah mayat. Oleh itu salah satu fungsi anjing pengesan adalah untuk mengesan mayat dimana-mana sahaja untuk dicari. Sama ada mayat itu ditanam atau pun tenggelam dalam air maka anjing boleh mengesannya. Ia juga berfungsi untuk mencari mayat atau saki bakinya di tempat kejadian seperti berlaku letupan bom, bangunan runtuh, gempa bumi, kebakaran dan tanah runtuh. Selain itu jugs dilaporkan ia membantu untuk mencari orang hilang yang disyaki mati sama ada dalam hutan atau tempat-tempat lain. Tahun 20323 ini pasukan K9 telah dihantar ke Turkiye untuk bantu mencari msngsa gempa bumi disana. Fungsi kedua adlah sebagai Anjing Pelbagai Guna (GPD). Anjing pelbagai guna atau General Purpose Dog (GPD) berfungsi untuk dapat mengesan jenayah. Ia juga digunakan untuk kesan barang kes dan orang hilang. Bagitu juga digunakan sebagai kawalan orang ramai dan pengiring operasi. Contohnya digunakan dalam mana-mana perhimpunan untuk menakutkan orang ramai dan mengawal keadaan waktu perlawanan bola sepak berlangsung. Kalau korang nak tau, anjing German Shepherd biasanya digunakan untuk fungsi ini. Seterusnya fungsi ketiga adalah sebagai Anjing Pengesan Narkotik. Sebut sahaja bahan narkotik ramai tahu ia berkaitan dengan dadah. Oleh itu anjing ini dilatih sebagai pengesan narkotik akan dapat mengesan dadah yang disimpan suspek sama ada dibahagian sulit atau tempat mana-mana yang sukar dikesan. Kalau hendak tengok aksi anjing-anjing  selalu ia berada di lapangan terbang dan premis tertentu dimana narkotik akan dibawa pengedar. Akhir sekali fungsi anjing yang ke empat adalah sebagai Anjing Pengesan Bahan Letupan dan Senjata Api. Anjing ini dilatih untuk jalankan tugas bagi mengesan kedudukan mana-mana senjata api dah bahan letupan seperti bom. Untuk tugas ini selalunya jenis anjing Labrador dah diguanakan sebab deria baunya yang lebih kuat berbanding anjing lain. Memang melatih anjing sehingga cakap membantu pihak polis menjalankan tugas bukanlah satu tugas mudah. Ini kerana akhirnya anjing-anjing ini hanya akan mengikut arahan pengendali yang melatihnya.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA ANJING... SERING DIJUMPAI....
PENYAKIT ANJING GILA... PERLU AWASI...
ORANG ISLAM... PERLU DIA MENJAUHI...
UNIT K9 PDRM... ANJINGNYA BERFUNGSI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11,Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Zulkaedah 1444H).
Posted from:
Room 1017, Bayview Hotel,
Langkawi, Kedah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.