Tuesday, April 11, 2023

PERHUTANI DAN INFO BERKAITAN

PERHUTANI
 (Agroforestry) adalah satu perkataan gabungan daripada perkataan 'Hutan' dan 'Pertanian atau Tani' yang membawa maksud industri perhutanan lestari. 
Malaysia telah memperkenalkan dua pendekatan strategik yang baru iaitu Pendekatan Perhutani (Agroforestry Approach) dan juga Pendekatan Berasaskan Produk (Product-based Approach) serta Pendekatan Perhutani bertujuan untuk memberi lebih perhatian kepada masalah kekurangan sumber-sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah. Menurut laporan dimana Malaysia merupakan negara yang amat bertuah kerana memiliki hutan hujan tropika semulajadi yang kaya dengan kepelbagaian sumber biologi. Hutan tropika ini juga merupakan khazanah negara yang tidak ternilai yang mana ia menyediakan pelbagai habitat semula jadi flora dan fauna, perkhidmatan ekosistem dan produknya. Malaysia komited untuk terus mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara sebagai hutan dan litupan pokok. Pengurusan hutan secara berkekalan adalah pendekatan holistik yang melibatkan faktor-faktor seperti keseimbangan ekologi, ekonomi dan sosio-budaya yang berkaitan dengan hutan. Ia turut merangkumi aspek perlindungan biodiversiti, ekosistem semula jadi oleh hutan, dan langkah mitigasi beberapa kesan daripada perubahan iklim. Hutan hendaklah dinilai bukan untuk tujuan kayu-kayan semata-mata. Piawaian Malaysian Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management (MC&I SFM) adalah untuk memastikan hutan diuruskan secara lestari. Pensijilan tersebut adalah proses mengikut kehendak sukarela oleh pihak ketiga yang mengenal pasti dan mengesahkan hutan yang diurus dengan baik. Dasar Perhutanan Malaysia ini telah dikemas kini selaras dengan komitmen Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 iaitu untuk mencapai pertumbuhan mampan. Hutan yang mana ia adalah merupakan sumber asli milik bersama hendaklah dilindungi dan diuruskan menerusi pewujudan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan. Agenda nasional seperti Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok serta inisiatif Central Forest Spine dan Heart of Borneo merupakan antara inisiatif untuk terus menggalakkan kerjasama awam dan akan memberi sumbangan signifikan kepada agenda antarabangsa seperti Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) dan United Nations Decade on Ecosystem Restoration 2021–2030. Pengurusan dan pemeliharaan hutan adalah tanggungjawab kolektif Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan setiap negeri bertanggung jawab menggubal dasar dan undang-undang perhutanan masing-masing. Kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan hanya terhad untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal, latihan serta menjalankan penyelidikan. Majlis Tanah Negara diwujudkan di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah platform untuk Kerajaan Persekutuan dan Negeri berbincang perkara-perkara berkaitan dasar perhutanan dan pengurusan hutan di Malaysia. Dalam pada itu 'Pengusahasilan hutan' pula dikawal selia melalui Catuan Tebangan Tahunan yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara. Dasar Perhutanan Malaysia merupakan satu bentuk polisi di peringkat nasional berasaskan prinsip-prinsip pemuliharaan sumber asli dan pembangunan sosioekonomi. Saya berasa amat bangga dengan pendekatan inklusif yang diambil dalam pembangunan dasar ini di mana Jabatan-jabatan Perhutanan ketiga-tiga wilayah telah dilibatkan bersama. Keterangkuman dasar-dasar perhutanan ketigatiga wilayah meliputi kawasan di kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak menggariskan komitmen bersama ke arah mencapai cara pembangunan mampan. Artikel petang Sabtu ini pada 19 Ramadan 1444 Hijrah saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" iaitu perhutani dan info berkaitan sesuai untuk dikongsikan bagi rujukkan pembaca blog semua.


Sebenarnya 'Perhutanan-tani' adalah suatu sistem pengurusan tanah di mana pengeluaran pertanian dan pengeluaran hasil hutan dijalankan di atas sebidang tanah yang sama secara optimum dan produktif. Tidak seperti di kebanyakan sistem pertanian konvensional dimana sistem perhutanan-tani dapat menghasilkan pengeluaran pertanian secara lestari. Ia adalah suatu sistem mesra alam kerana pokok-pokok hutan yang ditanam akan meningkatkan penyerapan karbon dan ini sekali gus menyumbang kepada adaptasi perubahan iklim. Apa yang penulis blog faham dimana selain itu konsep perhutanan-tani mengurangkan keperluan baja kimia. Ini kerana kesuburan tanah dapat dipertingkatkan melalui pereputan bahan-bahan organik seperti ranting kayu dan daun gugur. Perhutanan-tani apa pun bukannya baharu di Malaysia namun pelaksanaannya agak terhad jika dibandingkan negara-negara lain seperti Australia, Columbia, Brazil, Kenya dan India kerana Malaysia kini lebih memberi tumpuan kepada pertanian monokultur seperti perladangan kelapa sawit dan getah. Dalan kes ini dilihat dimana Negeri Sarawak membuatkannya ia unik dan sangat berpotensi untuk menjadi pusat perhutanan-tani di Malaysia dan Asia Tenggara kerana negeri itu mempunyai keluasan tanah serta kawasan pertanian yang luas. Sarawak dilihat merupakan negeri terbesar di Malaysia dimana ia mempunyai banyak sumber tenaga kerja dalam sektor pertanian, perladangan dan perhutanan. Sektor pertanian, perhutanan dan sumber asli masih menjadi penyumbang terbesar ekonomi Sarawak selain pelancongan. Penulis blog pernah bertugas di Jabatan Pertanian Sarawak dan pernah membuat tinjauan kesemua bahagian di Sarawak daripada Lundu ke Merapoh dan kawasan pendalaman seperti di Bario, Long Atip, Long Lelang dan banyak lagi. Sistem perhutanan-tani dapat menghasilkan pengeluaran untuk jangka pendek dan jangka panjang dan mampu memastikan petani mendapat pendapatan yang stabil dan terjamin. Contohnya seperti pokok gaharu, kelapa sawit dan pokok-pokok hutan lain yang akan memberi pendapatan jangka panjang, sementara tanaman jangka pendek seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang tumbuh lebih cepat dapat dituai untuk mendapatkan pendapatan segera. Sistem ini berjaya meningkatkan pendapatan banyak komuniti di seluruh dunia terutama di benua Afrika. Sarawak mempunyai pelbagai jenis tanaman pertanian dan pokok hutan, termasuk tumbuhan yang cukup unik dan hanya wujud di Bumi Kenyalang. Contohnya, buah engkalak dan pokok belian. Terdapat banyak lagi spesies endemik yang sesuai terdapat di Sarawak untuk digunakan dalam sistem perhutanan-tani. Diyakini dimana pendekatan melalui perhutanan-tani mampu menggantikan sistem pertanian konvensional bagi memastikan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan dapat dijalankan secara lestari. Kunci untuk mencapai ini adalah di Sarawak. Dilaporkan iaitu masih terdapat banyak juga kawasan pertanian dan juga perladangan yang menerapkan konsep perhutanan-tani ini cuma perlu penambahbaikan dari segi jenis tanaman bersesuaian. Perhutanan-tani adalah kunci untuk memastikan sumber bekalan semula jadi sentiasa mencukupi di samping melindungi alam sekitar kita daripada rosak dan pupus.


Merujuk kepada portal bharian.com yang bertajuk '
Kerajaan  Sarawak komited untuk membangunkan Perladangan Pokok Industri (ITP)' adalah wajar untuk dikongsikan. Ini kerana sudah ada satu perancangan Sarawak untuk memiliki satu juta hektar pokok yang ditanam menjelang tahun 2025. Tujuannya adalah untuk mengurangkan pembalakan hutan tropika sekali gus dapat membekalkan permintaan kayu daripada ITP yang mampan. Apa pun dijangka dengan usaha itu, Malaysia akan mendapat manfaat melalui kepelbagaian ekonomi, mewujud peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar dalam kebergantungan kepada pasaran perkayuan dari luar negara.  Perladangan Pokok Industri merupakan yang terbesar di Malaysia sedang dibangun di selatan Bintulu di kawasan yang khusus untuk pembangunan ladang pokok. Jumlah kawasan ditetapkan khusus adalah 432,000 hektar yang mana 218,000 hektar telah ditanam dengan pokok, sementara sekitar 62,000 hektar dikhusus sebagai kawasan dilindungi dan bakinya 152,000 hektar masih dalam pembangunan penanaman.  Meskipun skala penanaman pokok itu merupakan pencapaian yang luar biasa, ia adalah aplikasi bersepadu seperti  prinsip-prinsip Pengurusan Hutan Mampan yang menjadikan projek tersebut unik di rantau ini. Aktiviti projek merangkumi tiga matlamat teras dan saling bergantung iaitu penubuhan sumber serat kayu yang mampan dan ekonomik dari ladang pokok industri, pemuliharaan kepelbagaian biodiversiti Sarawak, aktiviti pembangunan dan pelaksanaan dasar penggunaan mampan yang bersesuaian. Perkara ini dijelaskan oleh Encik David yang menerangkan kepada wakil-wakil media mengenai akasia semasa melawat tapak semaian dan kawasan tanaman (Sila lihat foto disebelah). Pembangunan kemudahan luar bandar, infrastruktur dan peluang ekonomi untuk penduduk setempat turut ditekankan sambil berusaha mengekalkan hak dan tradisi mereka. Justeru untuk mencapai matlamat itu, projek disusun menjadi beberapa program, masing-masing diketuai oleh seorang pakar dalam bidang tertentu yang seterusnya melaporkan kepada pengurus besar kanan projek.  Projek itu diperakui di bawah ISO 14001:2015 serta pembekal kepada Forest Stewardship Council (FSC) Controlled Wood. Projek ini adalah penanda aras untuk semua kayu lain yang ditanam di Malaysia dan mempunyai pencapaian yang luar biasa dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pemuliharaan. Ia mempunyai beberapa bahan genetik terbaik di Asia Tenggara yang bernilai tinggi iaitu Acacia Mangium, Eucalyptus Pellita dan Klac Deglupta Eucalyptus yang dihasil serta disemai di nurseri pemotongan moden di Tapak Semaian Samarakan Tatau.  Dilaporkan dimana GP Pusaka Sdn Bhd (GPP) telah dianugerahkan konsesi ke atas bidang iaitu sebagai sebuah syarikat pengurusan dan kontraktor utama ladang penanaman pokok-pokok terbabit. Apa pun peranannya merangkumi kerja-kerja menuai dan mengangkut kayu ke tempat jualan, menanam semula kawasan penanaman dengan jenis pokok yang lebih baik, mengekal dan melindungi kawasan yang ditanam, menjaga semua kawasan perlindungan termasuk pemuliharaan flora dan fauna. Selain itu GP Pusaka turut berinteraksi dengan pemegang kepentingan dan penduduk setempat yang tinggal di kawasan projek untuk memastikan kerjasama yang sihat dalam kewujudan bersama, memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR)dengan membantu penduduk tempatan apabila diperlukan serta penyelidikan yang berterusan untuk memastikan bahan genetik terbaik diwujud dan diuruskan dalam kawasan yang paling produktif.  Perniagaan utama syarikat itu adalah menuai, menanam semula, memasarkan dan menjual hasil hutan yang ditanam (LPF 0043) dengan 70 peratus pegangan sahamnya adalah milik Spring Union dan 30 peratus milik PUSAKA Timber Industries. Aktiiviti dimana para pekerja sedang melakukan kerja menanam biji benih pokok akasia.

 Pokok Akasia (Acacia mangium) merupakan spesies pokok kayu yang berasal dari Australia Utara, Papua-New Guinea dan Indonesia Timur (Maluku dan Irian Jaya). Ia biasa didapati di kawasan tanah pamah yang mempunyai dengan ketinggian bawah 100 meter(m) dari aras laut. Spesies ini boleh membesar iaitu sehingga mencapai ketinggian 30m. Ia merupakan spesies terbaik yang digunakan sebagai asas untuk pembuatan perabot dan kabinet, rangka pintu, kayu kumai, binaan ringan serta pulpa menjadi kertas dan sebagainya. Justeru pengwujudan Nurseri Samarakan di Tatau yang diuruskan oleh GP Pusaka Sdn Bhd amat bertepatan dengan usaha untuk mewujudkan ladang hutan lestari dan kawasan itu merupakan tapak penanaman hutan terbesar di negara ini dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 36 juta anak benih pokok berkaitan. Tapak semaian dengan kawasan perladangan 218,000 hektar (ha) dilengkapi dengan teknologi terkini dan menggunakan biji benih Acacia Mangium berkualiti tinggi untuk tumbesarannya merupakan sebuah nurseri termoden di Malaysia. Bagi David James dimana untuk memastikan bekalan sumber hutan lestari untuk manfaat industri perkayuan, setiap hektar pokok yang dituai perlu ditanam semula. Semua pokok di tapak semaian, kami hantar ke ladang untuk ditanam semula. Setiap bulan tuaian sekitar 1,000 hingga 1,200 hektar pokok tanaman sementara 1,000 ha diperuntukkan untuk tanaman pokok baru dan pada masa ini kira-kira 127,000 hektar pokok ditanam di tapak semaian. Kawalan terhadap penyakit turut ditekankan di tapak semaian memandangkan apabila satu pokok yang dijangkiti penyakit ia boleh menjangkiti pokok-pokok lain yang boleh memusnahkan keseluruhan anak pokok. Smentara itu, pengurus penyelidikan dan pembangunan (R&D) Elecio S. Laureto nyatakan dalam melaksanakan tugasnya untuk menghasilkan benih berkualiti tinggi dan komitmennya untuk mampan serta prinsip dalam pengurusan hutan, syarikat telah mencapai sesuatu yang boleh dibanggakan. Dilaporkan melalui penambahbaikan genetik Acacia mangium yang berterusan dimana program pembiakan yang melibatkan ujian keturunan, pembentukan kebun klon dan genetik untuk ujian telah diwujudkan. Aktiviti penyelidikan turut dibuat berkaitan dengan kawalan fungus bagi menangkis serangan fungus lain yang membawa penyakit kepada anak-anak pokok. Penanaman melalui biji benih juga dilakukan yang mana biji benih itu dikutip melalui pokok-pokok akasia yang telah tumbuh membesar. Aspek penghasilan biji benih, pemilihan, penanaman serta proses-proses semaian dan penanaman pokok sehingga ke tempat pemindahan tapak semaian induk. Dilaporkan ada spesies komersil ladang akasia berjaya tingkatkan produktiviti pulpa sehingga 23 peratus dan ia dapat dilaku dengan baik dan spesies iaitu jenis Eucalyptus pellita. Tumbesaran pokok diladang ini yang membesar bermula dengan persediaan media untuk spesies itu diikuti pemotongan dedaunnya sebelum ditanam pada tempat khas dan seterusnya ke beberapa tapak dan kawasan tanaman induknya. Meraka memang tidak mengguna biji benih untuk bahagian ini tetapi menggunakan pemotongan dan beberapa teknik dilakukan bermula di bahagian persediaan untuk semaian. 


Umumnya umur pokok Acacia mangium mencecah hingga 30-50 tahun berbanding pokok kayu balak lain. Ia cepat membesar dengan ketinggian sehingga 30 meter dan ia ditanam dalam barisan bebas untuk ianya menghasilkan cabang separuh daripada ketinggian pokok. Bunganya juga dapat menghasilkan nektar (cecair manisan) dari celah daun dan debunga yang sangat disukai oleh lebah madu dan serangga lain. Lebah madu menyedut manisan nektar pada pangkal daun sebagai sumber makanan dan ia banyak dikeluarkan oleh pokok akasia. Di samping penanaman pokok akasia bagi pengeluaran kayu untuk menghasil pulpa dan kertas. Buah yang dihasilkan pokok akasia matang berbentuk lengai kering yang akan merekah dan melingkar ketika masak juga turut diambil sebagai biji benih untuk tanaman di Nurseri berada Samarakan Tatau. Dalam lengai yang berputar itu selalunya ia mengandungi beberapa biji benih yang mana lengai masak dan kering akan pecah serta bijinya berwarna hitam berkilat itu akan jatuh atas tanah dan ia juga mempunyai bentuk lonjong. Dilaporkan pada setiap kilogram biji yang ditimbang boleh disemai untuk dijadikan anak benih, benih tersebut disemai dalam nurseri sehingga ia sesuai untuk ditanam di ladang akasia seterusnya ditanam untuk pokok hutan dan aktiviti pengeluaran madu. Ia merupakan satu kaedah menanam semula hutan berikutan hutan kayu sebelum ini banyak ditebang untuk pembalakan. Pokok ini cepat membesar dan mempunyai kualiti tinggi untuk kegunaan industri perkayuan. Selalunya denga ketinggiannya yang mencapai 30 meter dengan diameter hingga satu meter menjadikan pokok ini sebagai mempunyai kualiti tinggi untuk pembuatan perabot dan ia memerlukan lima hingga tujuh tahun untuk mencapai diameter 30cm. Populariti pokok akasia sebagai bahan asas pembuatan perabot semakin meningkat pada masa kini dan ia merupakan pokok tumbuh cepat menghasil kayu cepat besar dari jenis kayu berkualiti tinggi. Justeru dengan kewujudan Nurseri Samarakan Tatau ia akan menjadikan Sarawak sebagai pengeluar kayu dari jenis berkualiti tinggi iaitu Acacia mangium, Eucalyptus pellita dan Klac Deglupta Eucalyptus yang bukan sahaja memberi lebih manfaat besar kepada industri pembuatan perabot, pulpa dan kertas dalam penjanaan ekonomi negeri bahkan dapat untuk memulihara alam semulajadi di kawasan ladang tanaman hutan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERHUTANI... KONSEP APAKAH DIA...

PERLAKSANAAN... ADA DIMALAYSIA...
NEGERI SARAWAK... LUAS TANAMNYA...
PELAGAI FAEDAH...RUJUKAN SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Ramadan 1444H).
SELAMAT BERPUASA RAMADAN!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.