Wednesday, April 5, 2023

KANSER DAN DAUN DURIAN BELANDA

TANAMAN DURIAN BELANDA
(Annona muricata Linn) kini semakin popular apabila banyak kehebatan daripada buah dan daunnya dari segi kesihatan. adalah tanaman yang mudah tumbuh di banyak tempat. Pokok Durian Belanda ini dipanggil sebgai 'Pokok Sirsak' di Indonesia iaitu ia berasal dari bahasa Belanda iaitu 'Zuurzak' yang berarti 'kantung yang masam'. Pokok ini termasuk tanaman saka dimana ia juga dipanggil dengan pelbagai naman lain seperti Soursop (Ingegris), Guanabana (Spanyol), Nangka Sabrang atau Nangka Belanda (Jawa), Nangka Walanda atau Sirsak (Sunda). Di Malaysia tidak ada maklumat keluasnan tanaman durian belanda yang direkodkan oleh Jabatan Pertanian dimana sehingga tahun 2023 masih tiada maklumat tersebut. Saya ada menulis lebih dari 50 artikel mengenai durian belanda didalam blog ini sejak 15 tahun dahulu. Tanaman durian belanda ditanam bertujuan untuk mendapatkan buahnya yang kaya dengan zat permakanan yang hebat seperti
 karbohidrat, vitamin C dan mineral dimana ia didakwa mampu mencegah dan mengubati cirit birit, pedih ulu hati, berak berdarah, demam, flu, menambah stamina dan baik untuk pengeluaran susu ibu. Bunga durian belanda didakwa ada digunakan sebagai ubat bronkhitis dan batuk. Bijinya pula ada digunakan untuk mencegah dan mengubati astrigent, elakkan muntah, mengubati kutu dikepala dan jauhkan parasit kulit serta ubat cacing. Kulit batang durian belanda pula ada digunakan untuk merawat lelah (asthma), batuk, hipertensi, ubat parasit, ubat penenang dan ubat kejang. Akarnya pula ada digunakan sebagai ubat kencing manis (diabetes), sebagai ubat penenang dan ubat kejang. Bagaimana pun kini diantara bahagian tumbuhan durian belanda yang semakin digilai adalah bahagian daunnya (leves). Ia didakwa baik untuk digunakan sebagai ubat penyakit jantung, kencing manis dan antikanser dengan kandungan antioksidan yang tinggi. Daun durian belanda mengandungi bahan seperti Acetogenin, Annocatacin, Annocatalin, Annohexocin, Annonacin,  Anonol, Annomuricin, Anomurine, Caclourine, Asid Gentisic, Asid Linoleat, Gigantetronin dan Muricapentocin. Kini produk teh daun durian belanda diantara produk yang paling popular dipasaran di Malaysia yang dihasilkan oleh usahawan tempatan. Artikel pada petang Selasa 13 Ramadan 1444H ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" hasil dsri laporan kajian beberapa saintis berkaitan khasiat daun durian belanda untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Dalam merujuk laporan kesihatan dari beberapa sumber dinyatakan dimana Penyakit Kanser (Tumor) 
merupakan sekumpulan penyakit yang tandanya berlaku disebabkan oleh pertumbuhan dan perkembangan sel-sel yang tidak terkawal dan abnormal (Sumber: American Cancer Society, 2008). Kanser juga mungkin berpunca oleh Faktor Luaran atau eksternal (infeksi, radiasi, zat kimia tertentu, tembakau) dan Faktor Dalaman (internal) seperti mutasi, hormon, status sistem imuniti) yang menjadi punca terjadinya iaitu proses Karsinogenesis (pembentukan kanser). Radikal bebas dapat terbentuk secara endogen dan eksogen. Radikal endogen  terbentuk dalam tubuh melalui proses metabolisme normal di dalam tubuh. Sementara radikal eksogen berasal dari bahan pencemar yang masuk ke dalam tubuh melalui pernafasan, pencernaan dan penyerapan kulit. Radikal bebas bila diambil dalam jumlah normal bermanfaat bagi kesihatan seperti ia akan memerangi peradangan, membunuh bakteria dan juga mengendalikan kelancaran pembuluh darah serta organ-organ lain didalam tubuh. Sementara dalam jumlah berlebihan pula akan mengakibatkan kesan stress oksidatif. Keadaan tersebut dapat menyebabkan kerosakan oksidatif mulai dari tingkat sel, jaringan sehingga kepada organ tubuh yang mempercepatkan akan terjadinya proses penuaan dan munculnya penyakit lain. Peranan bahan antioksidan diperlukan untuk dapat menunda atau memperlahankan atau menghambat tindakbalas oksidasi oleh radikal bebas. Antioksidan bersifat imunomodulator iaitu membantu untuk menguatkan sel-sel yang sihat untuk ianya dapat menghadang kanser. Mekanisme yang sudah berhasil dikatakan sebagai Sitotoksik (melambatkan kitaran dalam proses pembelahan sel) dan Induksi Apoptosis (merangsang proses bunuh diri bagi sel kanser). Kompoun aktif yang sudah berhasil dikenalpasti sebagai antikanser yang berasal dari tanaman antara lain adalah seperti bahan Flavonoid glikosida, Tanin, Stigmasterol dan Inhibitor histone deacetylase (HDAC). Acetogenins yang didapati dalam daun durian belanda dilaporkan sesuai digunakan untuk melawan kanser dengan menghambat ATP (adenonsina trifosfat) yang memberi tenaga kepada sel kanser. Kesannya berlaku mitosis atau pun proses pembelahan sel kanser akan diganggu. Daun durian belanda bermanfaat untuk menganggu atau menghambat sel kanser dengan cara mendorong apoptosis, antidiare, analgetik, antidisentri, antiasma, anthelmitic, dilatasi pembuluh darah, menstimulasi pencernaan dan mengurangkan depresi (McLaughlin, 2008).  Dialporkan dimana masaalah kanser  dapat dicegah dengan menggunakan antioksidan iaitu kompopun yang bersifat imunomodulator yang dapat menguatkan sel-sel yang sihat untuk mengelakkan kanser. Kompoun aktif yang sudah berhasil diikenalpasti sebagai antikanser yang berasal dari tanaman seperti durian belanda. Dinyatakan dimana kajian melalui IC50 daun durin belanda sebanyak 6.23 ppm berpotensi untuk mencegah kanser.


Dalam laporan lain dimana 
ternyata tumbuhan dari buah berduri lembut yang rasanya masam manis ini memiliki sejuta manfaat sebagai ubat tradisional. Tidak hairan jika beberapa tahun kebelakangan ini buah durian belanda menjadi sangat popular seperti sama seperti buah durian dan manggis. Daun durian belanda ini didakwa ia memiliki zat yang baik dan efektif untuk membunuh semua jenis sel kanser dan tumor. Mungkin selama ini ramai pernah dengar bahawa kanser hanya boleh ia dirawat dengan kemoterapi, pembedahan dan radioterapi. Namun dakwaan yang daun durian belanda mampu membunuh sel-sel kanser lebih cepat tersebar dan selamat daripada melakukan rawatan melalui kemoterapi yang memiliki banyak kesan sampingan dan kos yang sangat mahal. Di Indonesia dilaporkan Prof. Soelaksono Sastrodiharjo, Ph D. sudah menemui beberapa kompoun aktif yang termasuk kumpulan dalam Annonaceous acetogenin. Acetogenis merupakan senyawa yang memiliki sitotoksik iaitu kompoun yang mana ia bersifat toksik untuk menghambat dan menghentikan pertumbuhan sel kanser. Apa pun kandungan annonaceous acetogenin dalam daun durian belanda ini adalah bersifat selektif sebagai kompoun sitokosik yang mampu mengubati 12 jenis sel kanser pada manusia. Dilaporkan diantaranya termasuk bagi sel kanser paru-paru, kanser payudara, kanser prostat, kanser pankreas, kanser usus, kanser hati, kanser limfoma, kanser serviks, kanser pundi kencing, kanser kulit, kanser hidung (nasofaring) dan sel kanser darah yang resisten terhadap penggunaan ubatan. Daun Durian belanda ini sangat selamat dan efektif secara semulajadi iaitu tanpa adanya kesan sampingan jika dibandingkan dengan rawatan kemoterapi. Bahan kompoun acetoginin ini berperanan sebagai inhibitor sumber energ tenaga untuk pertumbuhan sel kanser. Selain annonaceous acetogenin dalam durian belanda dimana terdapat kandungan lain pada ekstrak air daunnya yang berfungsi dalam usaha menghambat pertumbuhan tumor seperti bahan flavonoid, tannin dan saponin. Merujuk laporan Journal Of Natural Products dimana ia telah memberikan kesimpulan dalam penyelidikannya pada tahun 1999 dan memberikan laporan bahawa kajian yang dilakukan oleh Chatolic University iaitu dijalankan di Korea Selatan mendapati bahwa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam daun durian belanda adalah terdapat Graviola yang mampu membezakan dan menghancurkan sel kanser usus besar yang dilaporkan ia adalah 10,000 lebih kuat dari bahan Adriamycin dan juga rawatan melalui Kemoterapi.


Dilaporkan dalam kajian-kajian tersebut dimana 
bahawa mengambil air rebusan daun durian belanda dan produk lain darinya akan dapat menjadi alternatif kepada cara rawatan kanser. Air rebusan daun durisn belanda amat mudah dibuat dan diamalkan keran aia akan juga dapat menimbulkan kesan panas seperti pada kemoterapi namun air rebusan tersebut hanya membunuh sel-sel yang abnormal sahaja dan akan membiarkan sel-sel yang normal tetap utuh (Sila lihat foto disebalah). Pesakit kanser atau yang ada tanda serangan kanser yang sudah pun menjalani pelbagai cara rawatan lain adalah tidak manjadi masaalah kepada mereka untuk mencuba hirisan daun durian belanda yang kemudian direbus dengan air dan diminum dengan kekerapan 3 kali dalam seminggu. Pilih daun durian belanda yang tidak terlalu tua atau tudak terlalu muda dan dari pokok yang organik (tidak menggunakan racun dan baja kimia) dalam amalan agronominya. Memang setiap individu akan mempunyai kesan yang berlainan setelah mengamalkan meminukk air rebusan durian belanda. Cara lain adalah dengan kombinasi memakan buah durian belanda yang segar sama ada dimakan terus atau sesuai juga dijadikan jus minuman. Kajian melaporkan dimana daun durian belanda ini yang berukuran normal sekitar 3 - 7 cm lebar dan 6 - 18 cm panjang mempunyai warna daun hijau tua (daun dewasa), hijau sederhana dan hijau muda (dau yang muda). Dalam beberapa laporan analisa makmal dinyatakan kandungan yang terdapat dalam daun durian belanda adalah termasuk unsur Tanin, Alkaloid, Kalsium, Fruktos, Protein, Vitamin A,  Vitamin B, Vitamin C dan bahan mineral lainnya. Selain itu juga didakwa dimana daun durian belanda mempunyai sejumlah kandungan kompoun seperti bahan acetogenins, annocatacin, annocatalin, annohexocin, dan annonacin. Kandungan senyawa tersebut dipercaya dapat memberikan manfaat baik untuk tubuh manusia seperti dapat bantu meningkatkan imuniti dan menyembuhkan berbagai penyakit. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DURIAN BELANDA... SIRSAK SAMA....
BUAH MAHAL... HEBAT KHASIATNTA...
DAUN DIREBUS... MINUM AMALANNYA...
MENCEGAH PENYAKIT... KANSER JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(13 Ramadan 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.