Friday, March 10, 2023

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN (Part 1)

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN
merupakan satu senarai yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia didalam buku Prosedur Operasi Standard bagi pengurusan serangan perosak tanaman yang diterbitkan pada 2021 dalam edisi
 yang dirujuk buku berkaitan dengan rujukkan iaitu BK213/09.21/1000 (ISBN 978-983-047-278-2) terbitan oleh Jabatan Pertanian. Mungkin ramai kalangan pembaca blog yang baru sedar perkara mengenai situasi wabak penyakit yang berlaku susulan penularan virus Koronavirus (COVID-19) yang semakin merbahaya pada 2020. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi itu sebagai status pandemik. Kemudian dijelaskan apa itu pandemik dimana untuk memahami apakah maksud di sebalik terma itu saya kongsikan penjelasan makna di sebalik tiga terma yang menggambarkan situasi penularan wabak iaitu pandemik, endemik dan epidemik. Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti manusia atau hidupan (termasuk tanaman dan haiwan) atau daerah semata-mata. Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat. Pandemik bermula daripada penularan wabak di peringkat epidemik yang merebak secara meluas sehingga tidak dapat dikawal dan mampu membunuh ramai orang dan tanaman dalam masa singkat. Selain itu juga pembaca blog juga perlu memahami sekiranya sesuatu wabak itu berada pada peringkat endemik dan menyerang sebuah negara misalnya akan tetapi berada dalam keadaan terkawal maka wabak itu tidak akan dikategorikan sebagai satu pandemik. Antara pandemik penyakit yang pernah berlaku adalah wabak Antonine, wabak Jusne serta 'The Black Death' yang dipercayai membunuh puluhan juta orang sekitar abad ke 14. Insiden lain dimana satu-satunya pandemik yang sedang berlaku adalah penyakit HIV/AIDS yang diramalkan mampu mengorbankan sehingga 100 juta orang pada tahun 2025 kelak. Selain itu berlaku krisis Coronavirus (COVID-19) yang menghantui seluruh dunia dan di Malaysia dimana ia telah diklasifikasikan sebagai penularan wabak pandemik oleh WHO.  Persoalan mengenai perbezaan endemik, epidemik dan pandemik dijelaskan kerajaan. Kejadian Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu dimana ia termasuk kepada kes penularan wabak dalam skop yang lebih besar seperti melibatkan sesebuah negara. Perkara ini juga selalu membawa makna kepunyaan atau berasal daripada atau pun bagaimana sekumpulan manusia atau tumbuhan di sesuatu tempat tertentu. Sebagai contoh dimana penyakit malaria yang menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika satu ketika dulu adalah antara endemik yang mengancam dunia. Tiga negara dalam dunia yang merekodkan wabak endemik paling tinggi adalah Republik Congo, Madagascar dan juga Peru. Endemik lain yang tercatat dalam sejarah termasuk penyakit demam kuning dan malaria di Congo, wabak bubonik di Madagascar, dan wabak demam kuning, wabak malaria dan wabak demam denggi di Peru. Dalam pada itu istilah Epidemik adalah pula adalah ia merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dimana epidemik membawa maksud penyakit yang  berjangkit dimana ia mudah merebak dalam kalangan penduduk atau tanaman sesuatu kawasan pada waktu yang sama. Epidemik juga membawa maksud wabak yang menyerang sekumpulan manusia/komuniti atau menyerang tanaman. Terma ini digunakan sekitar tahun 1600 dahulu iaitu apabila berlakunya wabak dalam kelompok komuniti yang mana ia membabitkan orang Greek dan istilah itu masih kekal sehingga hari ini. Contoh wabak epidemik yang melanda negara kita ialah serangan virus nipah yang menyerang komuniti di daerah Kinta, Perak pada tahun 1998. Bagaimana pun sesuai dengan tajuk diatas bagi kategori tanaman ada disenaraikan pengurusan perosak merbahaya yang telah di wartakan, pengurusan perosak tanaman eksotik dan juga pengurusan perosak endemik. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kongsikan info mengenai senarai perosak endemik tanaman untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Didalam buku diterbitkan Jabatan Pertanian Malaysia dimana ada sebanyak 46 jenis Perosak Endemik yang disenaraikan untuk diketahui pembaca blog semua. 
Perosak endemik adalah ditakrifkan sebagai perosak yang terdapat di sesuatu kawasan tertentu secara berkala, dengan kejadian serangan pada tahap rendah Walau pun ada disebahagian perosak tersebut yang mungkin agak jarang dijumpai sesetengah petani tetapi kemungkinan ia menyerang tanaman boleh berlaku sehingga merugikan hasil petani. Sebahagian besar dari kategori perosak adalah Serangga (Pest) dan diikuti dengan Kulat (Fungi), Bakteria, Nematod, Rumpai dan juga Vetebrata. Perosak ini boleh menyerang tanaman dari fasa peringkat benih sebelum menanam sehingga kepada fasa pasca lepas-tuai hasil tanaman selepas dituai. Penulis blog merujuk buku tersebut dimana terdapat 3 jenis penyakit tanaman yang mana disebabkan oleh Bakteria. Penyakit terebut adalah Penyakit Reput Lembut (Soft rot atau disbeck) disebabkan oleh agen bakteria iaitu Bakteria Erwinia carotovora yang menyerang pokok nangka dan sayur-sayuran. Jenis bakteria kedua adalah dikenali sebagai Liberibacter asiaticus yang menyebabkan Penyakit Greening Limau (Asian greening disease) pada pokok limau. Jenis bakteria ketiga yang menyerang tanaman padi adalah Pseudomonas fuscovaginae yang menyebabkan Penyakut Reput Perang (sheath brown rot) pada tanaman padi. Penulis blog dapati terdapat tujuh (7) jenis perosak tanaman yang berpunca daripada Kulat (fungi) di Malaysia yang ada dalam senarai perosak endemik tanaman. Pertama adalah Kulat Lasiodiplodia  theobromae  punca Penyakit Reput Buah (Lasiodiplodia Fruit Rot) kepada buah nangka. Penulis blog ada juga menjumai penyakit ini di bberapa Taman kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di negeri Pahang dan pekebun kecil nangka lain. Kedua adalah jenis Kulat Meliola sp. iaitu penyebab kepada Penyakit Kulapuk Hitam (Black mildew) pada tanaman buah rambutan dan buah mangga terutama dalam musim lembap.  


Ketiga (atau ke 6 dalm senarai) adalah jenis Kulat Puccinia horiana iaitu menyebabkan serangan Penyakit Karat Putih (white rust) kepada tanaman Chrysanthemum. Seterusnya adalah disenaraikan jenis Kulat Phytophthora 
palmivora yang popular dimana ia menyebabkan Penyakit Bengkak Cerana Durian (Durian patch canker) bagi tanaman durian dan juga Penyakit Reput Buah (Durian) serta Penyakit Reput Pangkal (Nangka) di Malaysia. Kulat ini juga nenyebabkan kepada Penyakit Buah Hitam (koko), Penykit Reput Buah (Betik) dan juga Penyakit Reput Teras (Nanas) atau Penyakit Pineapple Heart Rot terutama nanas MD2. Kalau melihat akan kemusnahan serangan kulat ini didapati amat meluas serangannya dan amat merugikan petani. Penulis blog banyak kali menjumpai masaalah serangan oleh kulat ini semasa membuat tinjauan di kebun nanas dan juga tanaman durian. Apa pun Penyaki Bengkak Cerana yang 
menyerang Durian oleh sejenis kulat iaitu Phythopthora palmivora. Simptom serangan ialah pada kulit batang durian yang kelihatan nekrosis bercampur dengan tompok-tompok hitam, ada lelehan cecair dan berlaku keguguran pada daun. Tanda lain ialah pengeluaran bunga dan buah yang banyak. Simptom bermula dengan lesion pada permukaan kulit kayu diikuti dengan pengaliran gummy (seperti damar) berwarna coklat kemerahan. Serangan biasanya bermula pada bahagian batang dan bergerak ke bahagian atas dimana apabila bahagian kulit dikikis makabatang menjadi kemerahan. Lama kelamaan ranting-ranting akan menjadi layu dan kering diikuti dengan kematian dahan- dahan bermula pada bahagian atas (mati rosot). Pada peringkat serangan teruk, daun-daun akan gugur, bunga keluar dengan banyaknya dan pokok akan mati.  Cara kawal penyakit ini ialah dengan melaksanakan Amalan Pertanian Baik (APB-GAP) dan cara buangkan pada bahagian kulit kayu yang diserang dan musnahkannya. Sapu racun kulat yang sesuai mengikut label yang disyorkan.


Seterusnya serangan oleh kulat adalah daripada sejenis 
Kulat termasuk Kulat Pseudoperonospora cubensis yang mana ia boleh menyebabkan kepada Penyakit  Kulapuk Downy (Downy mildew) kepadaa banyak tanaman daripada famili cucurbitaceae. Kulapuk Downy ialah sejenis penyakit kulat yang seringkali menyerang tanaman seperti melon dan timun. Simptom yang terdapat pada pokok apabila diserang dengan kulapuk downy ini adalah daun pokok akan bertukar menjadi warna kekuningan dan pokok akan mati secara perlahan lahan kerana kulapok downy sudah merosakkan klorofil daun. Kulapok Downy ialah sejenis penyakit kulat yang menyerang pokok melon yang berasosiasi dengan parasit iaitu Oidium phyllanthiPeringkat awal serangan kulapok Downy akan kelihatan tompokan berbintik kuning pada permukaan daun. Tompokan ini akan membesar dan bergabung dan menyebabkan daun kelihatan rosak seperti terbakar dan rapuh (Sila lihat fotoo disebelah). Kawalan yang umum digunakan ialah dengan membuat semburan racun kulat debu daripada bahan yang ada bahan aktif seperti thiram, daconil, mancozebdan keeper. Selain daripada kawalan racun, kaedah kawalan kultural juga boleh digunakan dengan mengamalkan kaedah penggiliran tanaman, memberikan ruang yang cukup untuk pengudaraan dan sinaran matahari pada pokok serta menjaga kebersihan ladang. Seterusnya adalah Kulat Pyricularia oryzae yang menyebabkan Penyakit Karah Padi (Rice blast). Biasanya penyakit karah padi ialah sejenis penyakit padi yang berbahaya disebabkan oleh kulat ini yang boleh menyebabkan kehilangan hasil padi sehingga 100% dan menurunkan mutu padi. Ia merupakan penyakit bawaan biji benih. Seterunya adalah jenis Kulat Rhizopus artocarpi yang menyebabkan kepada Penyakit Reput Buah Nangka dan juga Kulat Rhizopus stolonifer yang menyebabkan Penyakit Rhizopus Buah NangkaPenyakit reput buah nangka adalah sejenis penyakit yang menyerang buah nangka dan ia menyebabkan hasil tanaman anda berkurangan. Penyakit ini disebakan oleh kulat yang dikenali dengan nama Lasiodiplodia theobromea dan juga Rhizopus spp. Simptom penyakit ini adalah seperti pada bahagian empulur kelihatan kehitaman bermula daripada bahagian tangkai buah nangka sehingga keseluruhannya. Simptom lain adalah dimana terdapat bintik perang karat pada isi dan jerami buah dan simptom ke 3 dimana bunga nangka akan menjadi reput dan diseliputi miselium hitam. Seterusnya yang ke 4 adalah dimana serangan pada tangkai dan buah nangka akan bermula dengan bintik kecil dan membesar menjadi coklat kehitaman serta reput lembut. Bagaimana pun petani perlu tahu bagaimana pengurusan penyakit ini perlu dilakukan. Pertama sekali perlu mengamalkan amalan pertanian yang baik, buang dan musnahkan bunga dan buah yang berpenyakit sama ada atas pokok atau yang gugur serta sentiasa menjaga kebersihan ladang. Sebaiknya perlu menanam benih nangka daripada verieti yang rentang atau tahan kepada penyakit reput buah. Ke 4 adalah dimana petani kena pastikan amalan pembajaan dan pengapuran adalah sempurna. Sebenarnya apabila berlaku serangan penyakit teruk maka lakukan semburan racun kulat jenis kuprum pada bunga, buah dan tangkainya. Penyakit ini perlu dipantau selalu didalam kawasan kebun. 
Artikel ini ditulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang perlu dibaca bersama semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalallam..!....
PEROSAK TANAMAN... DISENARAIKAN...
PEROSAK ENDEMIK...ADA DINYATAKAN...
JENIS KULAT, BAKTERIA....DAN HAIWAN...
PERLU DIKAWAL... SIHATKAN TANAMAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1306, Starwell Hotel,
Bandar Baru Kuala Lipis,
Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(15 Syaaban 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.