Wednesday, March 8, 2023

IKAN-IKAN SUNGAI PAHANG - APA HEBATNYA?

IKAN-IKAN SUNGAI PAHANG
merupakan diantara hidupan ikan sungai air tawar yang ada pelbagai jenisnya dan juga banyak kisah akan kehebatannya. Penulis blog yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang dapat menikmati pelbagai kuliner dari pelbagai jenis ikan Sungai Pahang dan berpeluang membuat tinjauan kebeberapa lokasi berhampiran dengan sungai ini untuk dimajukan dalam sektor pertanian. Sungai Pahang yang terletak di negeri Pahang merupakan sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu sejauh 459 kilometer yang mana dibahagian hulu sungai ini terdapat Taman Negara yang dapat dilalui menggunakan rakit dan bot kecil. Antara bandar di sepanjang sungai ini ialah Bandar Jerantut, Temerloh, Maran, Bera dan Pekan dimana ia selalu dikaitkan dengan insiden banjir besar apabila tiba pada musim monsun dan La-Nina. Lembangan Sungai Pahang merangkumi 70% kawasan negeri Pahang dan libatkan dua daerah di utara Negeri Sembilan iaitu Daerah Jelebu dan sebahagian Daerah Jempol. Melihat kepada struktur sungai ini dimana rangkaian lain sungai-sungai di Pahang seperti Sungai Pahang, Sungai Kuantan, Sungai Bebar, Sungai Rompin, Sungai Endau, Sungai Tembeling, Sungai Jelai, Sungai Semantan dan cawangan-cawangan sungai itu serta beberapa buah sungai kecil pernah dijadikan sebagai jalan perhubungan untuk ke negeri-negeri lain yang berdekatan seperti Selangor, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor dan Terengganu pada zaman dulu. Sungai-sungai berkenaan telah dijadikan sebagai jalan perhubungan untuk membawa ramai orang sebagai penumpang dan barangan ke destinasi tertentu. Disamping itu juga sungai ini telah digunakan untuk ianya mengembangkan agama Islam kepada penduduk tempatan. Sungai yang terdapat di Pahang juga menjadi saksi kepada kebangkitan dan perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu Pahang seperti Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Mat Lela dan lain-lain menentang penjajahan British yang berpengkalan di antaranya seperti Sungai Jelai, Sungai Duri dan Sungai Tembeling. Kemahiran mereka dalam kehebatan didalam cara menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan, lokasi serangan dan benteng pertahanan telah dibuktikan dengan kejayaan mereka mematahkan dan bertahan daripada  beberapa serangan penjajah yang ketika itu terkenal dengan teknologi hebat. Sungai-sungai di Pahang juga menjadi lokasi untuk pertandingan sukan air seperti di Temerloh dimana sukan air yang menggunakan rakit telah dipopularkan bermula pada tahun 1992. Antara sukan yang dipertandingkan ialah pertandingan menghias rakit dan acara berakit dari Lubuk Kawah hingga ke kawasan jeti feri lama Temerloh. Acara berakit telah menjadi acara tahunan sebagai Pesta Berakit yang dianjurkan oleh Badan Perlancongan Negeri Pahang. Sehingga kini dilaporkan dimana sungai masih lagi ianya memainkan peranan penting seperti pada waktu dahulu terutama bagi penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman. Antara makanan kuliner paling popular dari ikan sungai Pahang adalah Makanan Ikan Patin Masak Tempoyak yang sinonim dengan Bandar Temerloh yang sering saya nikmati (Sila lihat foto paling bawah). Banyak jenis resepi masakan berasaskan ikan air tawar disepanjang Sungai Pahang untuk dinikmati apabila berkunjung di Pahang. Artikel petang Isnin ini sambil berehat di Hotel Starwell di Bandar Kuala Lipis yang menghadap Sungai Pahang saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" akan kehebatanpelbagai fakta ikan dari Sungai Pahang untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Terdapat amat banyak jenis ikan yang dikenlpasti di sepanjang Sungai Pahang walau pun sebahagian daripadanya kini mungkin ada yang semakin pupus akibat perubahan kualiti air dan pelbagai sebab lain yang berlaku. Bagaimana pun masih ada beberapa spesis ikan yang masih popular dan masih ada adalah seperti Ikan Patin (Termasuk Patin Buah, Patin Sungai, Patin Sangkar, Patin Muncung dan Patin Ekor Merah), Ikan Kelah, Ikan Arowana, Ikan Lampam Jawa, Ikan Kelah Merah, Ikan Temoleh, Ikan HAruan, Ikan Belida, Ikan Tamalian / Ikan Temoleh, Ikan Baung, Ikan Baung Kederak, Ikan Sebarau, Ikan Kerai, Ikan Tenggalan, Ikan Bujuk, Ikan Toman, Ikan Ketutu, Ikan Puyu, Ikan Buntal, Keli, Ikan Limbat dan banyak lagi. Jenis Ikan Patin pada kebiasaanya menjadi penghuni wajib bagi sungai air tawar, bekas lombong dan tasik terutama disepanjang Sungai Pahag. Bagaimana pun dengan adanya teknologi moden kini ada banyak ikan patin yang diternak secara komersil dalam kolam atau sangkar. Ikan ini didapati ia mempunyai pengkelasan spesifkasi yang tetentu kerana kelainan kepada kualitinya. Antaranya adalah Ikan Patin Kolam yang diternak iaitu jenis iknan patin yang mudah didapati dan murah harganya iaitu sekitar sekitar RM10 - RM25 sekilogram (sebelum krisis Pandemik Covid19 dan kenaikan harga produk atau barang makanan). Jenis kedua adalah Patin Sangkar yang mana ia dikelaskan sebagai gred kelas kedua kerana asasnya  walaupun di ternak dalam sangkar akan tetapi sangkar itu di letakan dalam sungai yang mana ada air sungai yang berarus dan mendapat pertukaran air berterusan seperti di Temerloh. Apa pun selalunya harga ikan Patin Sangkar mencecah RM15 - 30 sekilogram dan kini naik lagi. Jenis ikan patin ke tiga adalah Patin Buah dimana ia ikan ini akan tinggal dikawasan lubuk-lubuk tertentu didalam sungai sama ada ditangkap melalui pancing atau jaring. Ikan patin ini dilaporkan spesis asli yang semakin sukar didapatkan dan dipasaran dijual dengan anggaran harga sekitar RM 30-RM60 sekilogram. Jenis Ikan ke empat adalah Ikan Patin Muncung adalah jenis yang paling jarang di temui dimana spesis ini hanya boleh di tangkap dengan menggunakan jaring sahaja. Bagaimana pun harga ikan patin muncong ini adalah ikan yang palaing mahal dari patin yang lain iaitu mampu mencecah sehingga RM80 - RM 120 sekilogram. Bagi jenis Ikan Kelah ada pemancing yang telah berjaya di naikan dengan kail dimana pada kebiasaanya ia menghuni sungai-sungai yang berjeram dan kawsan air terjun yg mana air sungainya jernih dan bersih. Jenis ikan Arowana atau Ikan Kelisa juga ada di Sungai Pahang termasuk di Tasek Bera dan mendapat pasaran yang baik. Bagi ika jenis Temoleh atau Ikan Tamalian ia ada juga didapati di sungai ini dengan pancing atau jaring. Apa pun dilaporkan ikan ini agak mahal dimana biasanya ia akan di jual dengan harga RM25 - RM35 setiap kilogram dan keatas. Bagi jenis Ikan Tapah pula ia ada di dalam sungai ini dimana boleh dipancing menggunakan anak ikan dan dijual dengan anggaran harga RM100 - RM300 sekilogram. Bagi jenis Ikan Belida yang boleh ditangkap dengan dipancing juga semakin kurang didapati.


Dalam portal bernama dilaporkan dimana 'Kenapa Ikan Sungai Mahal?' sesuai untuk dikongsikan. Pernah didengar dimana ada pembeli dakwa '
Mahalnya Ikan Sungai!' dimana ia mesti akan terungkap perkataan ini bila tahu nilai harga ikan segar sungai di negeri Pahang yang dijual. Tetapi sebelum itu perlu diingat bukan senang bagi nelayan sungai jika hendak mendapatkan ikan yang dilaporkan berharga mahal seperti ini dan kesusahan mereka bagaimana ia dapat di tangkap yang banyak cabaran untuk usaha mendapatkannya. Ada banyak faktor mencabar yang mempengaruhi kenapa harga ikan sungai ni mahal. Tambahan lagi sekarang ini dimana kadar permintaan ikan sungai sangat tinggi tetapi spesis ikan sungai sudah sukar untuk dijumpai. Rata-rata peminat ikan sungai gemar untuk makan kerana isi ikannya yang mempunyai rasanya yang tersendiri berbanding ikan laut. Berlainan musim dan lokasi serta jenis ikan sungai mempunyai kadar harga yang berlainan. Sebaiknya dimana perlu diingatkan juga sebelum makan tanya dahulu jenis ikan apa dan harganya dan jangan jadi terkejut apabila harga makanan bagi 5 - 8 orang akan menjangkau RM1,000 di kedai sekitar Bandar Temerloh. Apa pun dengan harga yang sudah ditetapkan sangat berpatutan kerana bukan mudah bagi nelayan sungai untuk menjumpai beberapa jenis ikan seperti jenis ikan yang semakin pupus atau sudah didapati. Kalau mendengar ikan lampam jawa hasil tangkapan nelayan sungai pun harganya tetap mahal juga. Sejak dahulu dimana cara untuk menangkap ikan ini ada pelbagai teknik dan salah satunya adalah tajur. Teknik tajur ini merupakan alat diguna menangkap ikan yang ringkas seperti pancing. Kebanyakkan pemancing gemar menggunakan teknik ini kerana mudah untuk mendapatkan ikan. Selain itu dilaporkan dimana ia tidak memerlukan kos yang sangat tinggi kerana selalunya hanya menggunakan batang buluh atau kayu, tali tangsi, batu ladung dan mata kail. Tajur kebiasaanya akan dipacakkan di tepi tebing sungai dan ditinggalkan semalaman atau beberapa jam. Umpan yang digunakan pula adalah cengkerik hidup atau sotong dimana teknik tajur yang digunakan bagi menangkap ikan tertentu. Selain itu cara menjaring ikan adalah perkara biasa yang dilakukan oleh nelayan sungai. Kebiasaannya waktu yang sesuai bagi mereka menjaring ikan adalah pada waktu malam kerana ikan tidak dapat melihat jaring yang telah dipasang. Setelah jaring dipasang dimana makanan ikan akan diberi disekitar jaring dengan cara dimasukan umpan kedalam plastik lalu dilubang kecil-kecil dan letak pemberat supaya tenggelam, lalu benamkanlah makanan tersebut didekat jaring yg telah dipasang. Bagaimana pun kini orang ramai yang ingin mendapatkan ikan sungai kalau tidak bukan dengan cara  mengunjungi Pekan Sari Temerloh pada setiap hari Ahad. Disini terdapat pelbagai jenis ikan sungai yang boleh dijumpai. Ada juga ikan sungai yang diproses menjadi ikan pekasam menggunakan beras yang digoreng dan dikisar juga mendapat sambutan hangat pembeli disebab aromanya yang dapat membangkitkan selera apabila digoreng. Selalunya bagi kebanyakan rakyat Pahang dengan harga tersebut adalah perkara biasa kerana tahu nilai sebenar ikan sungai liar. Adalah diharapkan agar orang ramai menukar persepsi buruk terhadap harga untuk ikan sungai ini.


Dalam portal bernama juga ada pula dilaporkan '
Ikan Sungai Pahang tarikan Pekan Sehari Temerloh' menarik untuk dikongsikan.  Ikan sungai seperti patin mempunyai ramai peminatnya di negara ini dan permintaan terhadap bekalannya semakin meningkat di bandar-bandar besar di seluruh negara. Bagi ramai peminat ikan air tawar sekiranya mahu mendapatkannya anda dipelawa berkunjung ke Pekan Sehari di Temerloh pada pagi Ahad terutama pada musim kemarau seperti apabila lazimnya ia adalah musim terbaik untuk ramai peminat ikan sungai membelinya. Bagaimanapun biasanya bagi sesetengah orang luar mungkin akan tertarik dengan gelagat penjual ikan sungai yang saling berteriak menarik perhatian pembeli. Jika fikiran membayangkan suasana iaitu seperti kebiasaan pasar malam di bandar maka sudah pasti hanya 'kekecewaan' yang dirasai kerana tiada meja, tiada payung mahupun mesin penimbang dapat disaksikan di tapak jualan (Sila lihat foto disebelah)Cukup dengan hamparan plastik atau sesetengah peniaga menggunakan daun pisang manakala pelbagai jenis ikan sungai sekadar dilonggokkan mengikut saiz kerana semua harga jualan adalah secara 'longgok'. Dakwa mereka memang senang macam ini sebab dari dulu lagi memang begini caranya. Peniaga pun bukan hendak berkira sangat dengan harga seperti kata seorang penjual Abdul Rani Mohd Kasdi semasa ditemui Bernama. Baginya pada musim kemarau menyebabkan air sungai menjadi cetek hingga mudah untuk menangkap ikan dan hasilnya pun banyak. Sebab itulah bila tiba musim kemarau adalah masa yang terbaik bagi peminat ikan air tawar untuk mendapatkan harga ikan yang murah. Dia adalah anak kelahiran Kampung Tebal yang menjual ikan seluang, lampam, kerai, tengalan dan lampam 'dihimpunkan' bersaiz sederhana sebanyak enam hingga tujuh ekor dan lebih banyak jika bersaiz kecil dijual pada harga antara RM5.00 ke RM10 selonggok. Dia mengakui bahawa spesies ikan sungai yang sukar diperoleh seperti tamalian atau juga dikenali sebagai tomoleh masih kekal iaitu sekitar RM30 sekilogram atau RM70 untuk seekor. Dakwanya walaupun mahal, ikan sungai ini ada peminatnya tersendiri dan cara masak juga mudah. Jenis Ikan tamalian ini sedap dimasak lemak cili api dicampur dengan belimbing buluh bagi menggantikan asam keping. Lain pula dnegan jenis ikan-ikan kecil pula cukup hanya digaul dengan garam dan kunyit sebelum digoreng garing. Dia kan ligat membungkus ikan yang diminta pelanggan dengan gunakan suratkhabar sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik. Dakwanya dia akan memperoleh pendapatan antara RM300 ke RM400 seminggu pada musim panas yang disifatkannya sebagai 'keringat menahan jaring', berbanding kurang daripada RM200 pada waktu lain.


Sudah viral dan popular dimana 
Pekan Sehari Temerloh kini popular dengan pengunjung dari dalam dan luar daerah yang ingin mendapatkan pelbagai jenis ikan sungai.  Menurut seorang peminat ikan ikan sungai Zulfadli Abdul Latif yang berasal dari Kg Seberang Temerloh dimana dia turut mengakui pada musim kemarau selalu sebagai pembawa rezeki tambahan meskipun lebih penat untuk mencari ikan. Beliau kepasar sehari ini melayani pembeli ikan sungai di pekan sehari yang dikatakan pasar pagi terpanjang di Pahang itu tidak pernah merungut tentang ikan yang dibeli kerana kualitinya amat terjamin. Ikan yang dijual biasanya ditangkap sehari dua sebelum Ahad dan memang tidak ada yang disimpan selama seminggu. Sebab itu rasa manis ikan masih segar dan dijamin kesedapan ikan walaupun hanya digoreng sahaja. Bagi nelayan sungai iaitu  Hassan  yang mencari ikan sungai secara sambilan menambah ikan yang tidak habis dijual juga tidak akan 'dikitar semula' dimana ia sebaliknya diproses menjadi pekasam Pahang yang hanya menggunakan garam, kunyit dan asam keping. Ikan sungai yang diproses menjadi ikan pekasam menggunakan beras yang digoreng dan dikisar juga mendapat sambutan hangat pengguna ekoran aromanya yang dapat membangkitkan selera apabila ikan ini digoreng, katanya. Daripada dibuang begitu sahaja adalah lebih baik dijadikan pekasam kerana anak-anaknya sudh puas makan ikan sungai iaitu sejak kecil lagi. Apa pun dakwanya  satu keunikan di pasar pagi itu ialah semua ikan sungai yang dijual adalah 'produk siap' kerana telah dibuang sisik dan disiang, sekali gus memudahkan pembeli kerana mereka hanya perlu mencuci dan terus dimasak. Ikan sungai ini kecil dan bersisik dan cubab bayangkan jika ia dibeli dalam jumlah yang banyak ada pembeli yang tidak suka menyiang ikan bersaiz dua jari untuk beberapa jam. Dilaporkan ada masanya dia tersenyum sendiri apabila melihat pembeli sukar untuk membezakan jenis ikan yang dijual di hadapannya kerana pada pandangan mata kasar ada beberapa jenis ikan kecil itu kelihatan seakan-akan sama. 
Pernah juga beberapa kali 'berdebat' mengenai jenis ikan kerana pembeli tidak mahu mengakui 'silap' sebaliknya bermati-matian mempertahankan pendapat mereka. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SUNGAI PANJANG... DIPAHANG SANA....
BANYAK HIDUPAN... IKAN ANTARANYA...
PELBAGAI JENIS... PELBAGAI HARGA...
ENAK DIMAKAN... HIDANGAN ISTIMEWA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1102, Star Well Hotel,
Bandau Baru Kuala Lipis,
Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(12 Syaaban 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.