Friday, March 31, 2023

MAKANAN KEBAB - APA HEBATNYA

MAKANAN KEBAB
adalah sejenis makanan yang semakin popular di Malaysia dimana ia diminati oleh ramai yang ada dijual dengan pelbagai resepi sma ads di premis terkenal atau di pasar malam dan memang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Penulis blog antara yang meminati makanan kebab ini dengan mendapatkannya dari premis seperti Doner Kebab atau pun dimana sahaja asalkan ianya berkualiti dan enak. Dalam beberapa rujukan dinyatakan dimana 'Kebab' adalah makanan yang terbuat dari bahan dasar daging lembu atau daging kambing yang di panggang dengan ukuran kecil kecil atau pipih. Bagaimana pun di Malaysia amat mudah untuk mendapatkan kebab daging ayam dan kebab daging lembu. Makanan Kebab yang mana ia dilaporkan berasal dari timur tengah tetapi ia kini sudah sangat popular di seluruh dunia dengan pelbagai resepi dan citarasa. Cara penyediaan dan hiasan makanan kebab juga suah berbagai dengan resepi disesuaikan citarasa penduduk tempatan dimana sahaja. Meninjau akan sejarah awalnya dimana asal usul kebab hanyalah makanan yang hanya berasal dari daging lembu atau daging kambing yang penyajiannya cukup ringkas iaitu dengan di tusuk dan memanggang dan kini cara penyajiaanya sudah berbeza dimana secara asalnya dimana makanan ini memberikan tenaga dan zat makanan yang baik untuk badan dan kesihatan. Makanan kebab pada penulis blog memang mengenyangkan dan ada beberapa negara yang menjadikan makanan kebab sebagai makanan utama mereka. Kajian mendapati dimana 
daging kebab bagi setiap hidangan atau sajian 100 gram ia mengandungi sebanyak 132 kalori dan bahagian kulitnya pula atau selalu dipanggil sebagai 'tortila' atau roti mampu memberi banyak tenaga. DItemap asal usul kebab di Timur Tengah dimana ia selalunya ia akan disediakan dalam pinggan atau dulang, dicucuk dengan besi dan dimakan sebagai lauk atau dengan pelbagai makanan asasi lain seperti nasi, roti dan sebagainya. Pengalaman penulis blog ke Dubai memang puas menikmati pelbagai jenis makanan kebab.  Dalam pada itu semasa berkunjung ke Eropah beberapa kali memang makanan kebab menjadi buruan penulis blog seperti di UK, Czechoslovakia, Germany, Sweden, Hungary, Austria, Perancis dan beberapa negara lain termasuk di Jepun dan Korea Selatan. Pastinya akan mendapatkan makanan kebab yang halal sahaja. Kalau berada yang tinggal di Malaysia agak mudah mendapatkan makanan kebab ini dimana cara untuk penyajiannya ada berbagai cara dengan harga yang berbeza daripada paling murah di pasar malam sehingga kepada yang mahal di kompleks membeli belah dengan jenama terkenal antarabangsa. Makanan kebab sudah menyaingi makanan luarnegara lain yang sudah popular seperti pizza, KFC, starbuck, MacDonald dan sebagainya. Artikel pada petang 8 Ramadan 1444H ini dari tingkat 17 Hotel Ramada Meridin, Bandar Iskandar Puteri, Johor Bahru saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan makanan kebab untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Mendapatkan makanan kebab di dalam negara kita memang mudah sama ada dari jenis kebab berjenama antarabangsa atau pun jenama lokal atau pun yang tidak ada jenama dan ia dibuat oleh pihak penjaja di pasar malam. Bergantung kepada bajet dan citarasa para peminat makanan kebab boleh ujirasa makanan yang berkhasiat ini. Sebenarnya jika hendak makan kebab yang enak dan puas boleh dibuat sendiri dirumah. Penulis blog ada juga membuat kebab disrumah dengan menggunakan resepi yang mudah disediakan dan bahan yang murah sahaja dimana ia boleh dibeli secara online sahaja. 
Membuat kebab tidaklah susah seperti yang difikirkan dimana ia boleh disesuaikan dengan citarasa pembuatnya sendiri. Sama membuatnya dengan roti pita atau roti bakar atau kulit popia ianya boleh sahaja disesuaikan. Pada penulis blog bahan yang perlu disediakan adalah terdiri daripada Roti Pita, Daging burger (sebab daging berger ada rasa sedap dan boleh pilih jenama yang diminati), Timun Jepun, Sos cili,  Salad, Mayonis, Serbuk perasa. Lada sulah dan juga Marjerin. Alatan memasak seperti kuali, dapur gas juga perlu juga ia disediakan. Cara menyediakannya adalah dengan mula-mula membersihkan timun dan dan dibuang empulur supaya tidak berair dan sebaiknya ia kemudian potong dadu. Langkah kedua adalah dengan mengambil roti pita dan potong dua dan kemudian sapukan bahan marjerin atau mentega dikedua-dua permukaannya. Seterusnya adalah memanggang roti pita diatas kuali yang panas sehingga masak. Bagi membuat intinya maka dimasak daging burger dalam kuali dan ia juga sebaiknya sesuai dihancurkan menjadi cebisan yang kecil. Kemudian dimasukkan serbuk lada sulah dan juga perasa dengan secukupnya. Boleh juga ditambahkan sos cili dengan kadar secukupnya dan juga timun yang telah dipotong dadu tadi. Kemudian adunan ini boleh digaul sebati semua bahan supaya tercampur rata didalam kuali. Langkah seterusnya adalah memotong daun salad kecil-kecil. Kemudian diisikan dalam poket roti pita secukupnya dan seterusnya dipaipkan mayonis secukupnya didalam kebab tersebut. Kemudian masukkan inti daging yang telah dimasak kedalam roti pita tadi dimana Kebab Daging Roti Pita sudah sedia untuk dinikmati. Ia sesuai dimakan terus begitu sahaja bersama keluarga.


Dilaporkan makanan kebab memang mempunyai banyak kepelbagaiannya. Bagi mereka yang pernah ke negara-negara Timur Tengah pastinya akan dapat melihat beberapa jenis kebab yang ada dijual untuk dinikmati. Pengalaman penulis blog pergi kenegara tersebut memang 
memerlukan makanan yang bukan sahaja berkhasiat tetapi apa yang penting dimana ia boleh ‘disediakan’ dengan cepat dimana salah satu makanan yang terlihat adalah kebab. Walau pun asalnya dulu menganggap kali pertama dimana semua kebab mempunyai resipi asas yang sama iaitu daging diperap dengan rempah-ratus yang diletakkan pada pencucuk menegak dan dibakar sebelum diisi di dalam roti pita bersama sayur-sayuran dan sos tetapi salah satu penjual di Dubai telah menjanjikan kelainan. Dia dakwa iaitu oleh penjual dikenali sebagai Abd Rhman di premisnya dimana kebab tidak dibuat sama semuanya dan rasanya juga tidak sama. Setiap kedai mempunyai resipi dan cara memasak yang tersendiri. Jadi memang makanan kebab di sesebuah kedai tidak sama rasanya seperti di kedai lain. Seperti juga manusia dimana kebab juga mempunyai rupa yang berbeza. Apa pun makanan kebab yang didakwa berasal dari Empayar Othmaniah dan berevolusi kepada pelbagai jenis seperti kebab doner yang dikatakan ia sebagai varian yang paling terkenal. Dilaporkan dimana apa yang menjadikan setiap kebab itu akan mempunyai rasa berbeza dimana penggunaan sos sedikit masin dengan kepedasan minimum itu terus akan ‘menjentik’ deria rasa pembeli. Asasnya bahan sos itu mampu dalam meningkatkan rasa daging lembu panggang yang sempurna. Kelainan rasa juga bergantung kepada jenis mayonis digunakan. Ada penjual yang menggunakan pelbagai herba dan rempah seperti ketumbar dan safron dalam roti pita dimana mereka juga memasukkan perasa pada daging yang berbeza. Kalangan peniaga kebab memang ada peniaga yang mempelbagaikan tekstur kebab dengan menggunakan sayur-sayuran dan roti pita yang berbeza. Ada juga kebab ikan, kebab makanan laut dan kebab kambing. Ia bergantung kepada pemilik kedai untuk menjadikan kebab mereka lebih enak dan dapat dijual. Kebab merupakan satu hidangan yang sentiasa berubah mengikut cita rasa orang dan terba dimana bahan kentang goreng ditambah ke dalam kebab bagi ianya menggantikan kentang rebus atau panggang. Dijual pada harga RM5.50 bagi satu kebab dimana ia adalah merupakan makanan segera terbaik yang penulis blog suka makan berulang kali semasa di sana.


Menarik kisah mengenai '
Kebab paling mahal di dunia' yang dilaporkan oleh hmetro.com untuk dikongsikan. Kisah dipetik dari London dimana seorang chef menghasilkan kebab di restorannya di bandar sini yang didakwa paling mahal di dunia berharga £925 (RM5,100). Kisah bagaimana Chef Onder Saham dari restoran Hazev di Canary Wharf turut menawarkan untuk membayar lebih mahal daripada itu kepada mereka yang boleh membuat kebab lebih baik daripadanya. Merujuk kepada video yang dipaparkan dilihat dia menunjukkan dia menyediakan makanan itu. Onder juga mendakwa dimana dia mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu luar biasa iaitu dengan menciptakan ‘Kebab Diraja.’' Menurutnya kelainan yang dibuat adalah dimana dia menggunakan daging, sayur minyak zaitun paling berkualiti di samping cuka yang dihasilkan 25 tahun lalu untuk membuat kebab berkenaan. Chef Onder berkata dimana dia mengambil keputusan untuk membuat kebab berkenaan sebagai usaha untuk mengikiskan tanggapan makanan itu hanya sesuai untuk dijadikan makanan segera dan murah. Apa pun kebab itu juga disediakan bagi meraikan Anugerah Kebab Britain kali keempat yang diadakan awal Mac 2022. DIlaporkan dimana Chef Onder memenangi tempat pertama sebagai chef kebab Britain terbaik pada acara itu. Mungkin ada banyak kisah menarik lain berkaitan dengan makanan kebab boleh ditonton didalam youtube juga.


Siapa kata berniaga kebab tidak memberi rezeki yang baik kerana kisah dalam portal bernama laporkan 'O
KU pun mampu berjaya' wajar dikongsikan. Dilaporkan dimana kira-kira 30 tahun dahulu seorang usahawan bernama Ikhsan Sirat (57) adalah peniaga burger RM1 di pasar malam dan kini dia yang juga orang kurang upaya (OKU) kerdil mampu tersenyum bangga. Ini kerana Ikhsan kini memiliki lima buah trak makanan menjual kebab yang mampu menjana jualan mencecah RM8,000 sehari. Semasa mula berniaga dulu dia perlu bersaing dengan lima lagi gerai yang jual burger dan ia diusahakan oleh orang normal. Akan tetapi dia tidak jadikan ia sebab untuk rasa rendah diri dan percaya kalau makanan yang dijual sedap dan ‘servis’ bagus mesti pelanggan akan beli. Dia yang selesa dipanggil ‘Wak’ menganggap fizikal istimewanya sebagai satu kelebihan yang membolehkan pelanggan lebih mudah mengingatinya. Pelanggan yang datang balik selalunya akan dapat cari gerai saya semula sebab ingat akan fizikalnya yang berbeza dari orang lain. Pengalalaman berniaga burger lebih 10 tahun sejak 1989 dimana Ikhsan kemudian beralih kepada perniagaan kebab kerana ia lebih mudah dikendalikan selain membuahkan keuntungan lebih tinggi. Walau pun dari segi fizikal dia tidak ada masalah untuk bergerak cuma jual burger perlu lebih ramai pekerja dan saiz kuali yang besar buatnya susah sikit untuk memasak. Dia berhasrat dan bercadang melebarkan sayap perniagaan kepada bentuk francais. Semua pembeli akan menyatakan makanan kebab jualannya adalah memuaskan. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA KEBAB... ENAK RASANYA...
PELBAGAI RESEPI...MUDAH BUATNYA...
MAKANAN HEBAT.. ADA DIMANA-MANA...
PILIHAN RAMAI... BERKHASIAT PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 51711, Hotel Ramada Meridin,
Bandar Iskandar Puteri,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(9 Ramadan 1444H).

Thursday, March 30, 2023

ISU TEBANG GETAH DAN TANAM SAWIT

ISU TEBANG GETAH TANAM SAWIT
sudah lama dijadikan medan perbincangan di Malaysia dimana ia adalah satu isu yang penting kepada kumpulan pekebun kecil terutamanya. Tanaman kedua-dua industri Getah (Hevea brazilliensis) dan Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) di Malaysia penting kerana ia adalah penyumbang penting kepada KNDK negara melalui jumlah nilai eksport sejak lama dahulu. Bagaimana pun isu peningkatan harga minyak sawit mentah (MSM) dilaporkan agak menggembirakan ramai pekebun kecil kelapa sawit di Malaysia kerana mereka mampu memperolehi pendapatan yang lumayan. Pendapatan lumayan ini juga menyebabkan ramai pekebun kecil getah mula ‘cemburu’ dengan hasil yang diperolehi oleh penanam kelapa sawit hingga menyebabkan mereka sudah mula beralih kepada tanaman kelapa sawit. Penulis blog yang zaman kecil dulu dikampong memang dikelilingi dengan pokok getah dan kini sudah dikelilingi dengan pokok sawit di Gersik, Tangkak, Johor. Dilaporkan ramai pekebun kecil dakwa dimana pendapatan hasil getah yang tidak menentu sejak dahulu lagi menyebabkan mereka mengambil keputusan bera­lih kepada tanaman sawit. Apa pun dilihat penanaman getah di Malaysia adalah lebih awal berbanding dengan penanaman kelapa sawit walau pun kini pekebun kecil getah hanya mampu dapat RM400 hingga RM500 sebulan dan tidak mampu menampung belanja untuk  keluarga. Dalam laporan lain dimana ada pekebun kecil getah berubah selepas menanam kelapa sawit dengan memperolehi RM2,000 hingga RM2,500 sebulan untuk kebun seluas sehektar pada masa ini. Dilaporkan dimana ramai orang bergelar 'pekebun getah' serta keluarga­nya sering juga menghadapi masalah kewangan terutama pada setiap musim hujan dan kemarau apabila mereka tidak dapat menoreh kerana jika kebun getah seluas kurang 1.5 hektar dimana ia tidak mengeluarkan susu masa kemarau. Di beberapa negeri dilaporkan dimana boleh dikatakan sepanjang tahun pekebun kecil getah hanya boleh menoreh lima bulan sahaja setahun dimana yang selebihnya terpaksa tinggalkan pokok begitu sahaja kerana masalah cuaca berbanding dengan kelapa sawit yang mampu menjana pendapatan tidak kira musim panas atau hujan. Dalam beberapa kes dirujuk dilaporkan dimana ada pekebun kecil getah yang sebelum ini hasil pendapatan getahnya hanya RM600 sehingga RM800 sebulan dan apabila musim hujan mereka merehatkan pisau menoreh kerana tidak dapat bekerja. Ini berbanding dengan tanaman kelapa sawit apabila buahnya lebih besar lagi pada musim hujan dan mampu untuk dapat sebanyak RM2,000 hingga RM3,000 sebulan. Dalam beberapa akhbar dilaporkan dimana ramai yang pernah bergelar penoreh getah telah mengalami pelbagai pahit maung pernah dirasainya dan tidak mahu lagi kerja itu diwarisi oleh anak-anaknya pada hari ini. Ada kalanya setiap tahun penoreh terpaksa menunggu bantuan kerajaan kerana masalah tidak dapat menoreh. Artikel ditulis pada malam Nisfu Syaaban 1444H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas isu tebang tanaman getah dan ditanam kelapa sawit untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam portal berita
utusan.com dilaporkan dimana 'Lebih baik tanam sawit daripada menoreh' berkait dengan isu diatas. Kisah dari Pasir Salak, Perak dimana pekebun kecil getah akan bangun awal pagi tetapi pendapatan cuma RM5 hingga RM6 sehari dan nyatakan nilai ini apa mereka hendak makan?. Kalau berterusan macam isu ini maka ramai mereka dakwa lebih baik mennam kelapa sawit yang katanya sudah tentu lagi untung. Iru adalah dakaan salah satu pekebun kecil iaitu Seman Anak Chuon sebagai penoreh getah di Kampung Palawan, Langkap dekat sini mengenai punca pendapatannya yang bergantung hidup kepada komoditi itu sejak berpuluh tahun namun harga getah statik, tidak banyak berubah (Sila lihat foto disebelah). Apa pun menurut Seman yang merupakan penduduk Orang Asli di Langkap, nasib penoreh sepertinya memang berbeza dengan mereka yang menanam kelapa sawit. Dia beritahu dimana  ketika harga kelapa sawit melonjak tinggi dan jika jatuh harga pun tidak terlalu rendah maka harga getah pula sebaliknya kerana tidak pernah mencatat harga yang tinggi yang boleh memuaskan hati penoreh. Dilaporkan harga getah susu sekitar RM12 sekilogram, sekerap kering pula RM5 sekilogran manakala sekerap basah RM3 sekilogram. Dalam sehari berapa sangat yang mampu dia toreh dengan kebun seluas seekar adlah lebih parah lagi jika hujan. Dengan harga serendah ini, berapa sangat kami boleh dapat kadang-kadang hanya RM5, RM6 sehari, macam mana nak hidup kalau berterusan begini. Apatah lagi macam dia yang ada enam anak perlu ditanggung dimana dengan harga getah serendah sekarang memang dia merasakan tidak berbaloi jika terus menoreh. Walau pun dia sudah lama menoreh akan tetapi harga getah langsung tidak berganjak dimana kalau keadaan ini berterusan lebih baik dia tukar kepada tanaman kelapa sawit apatah lagi sekarang harga sawit melambung tinggi. Apa pun menurut Seman, dia kesal jika ketika golongan itu terus hidup dalam kemiskinan, syarikat-syarikat getah ternama pula mengaut keuntungan. Katanya, sepatutnya keuntungan yang dinikmati syarikat getah turut sama dirasai oleh penoreh. Memang tidak adil jika syarikat getah untung besar sedangkan kami terus hidup susah. Sebenarnya isu harga ini bukan di peringkat kilang yang besar-besar saja, malah di peringkat jualan di kebun pun kami berdepan pelbagai alasan pembeli yang menyebabkan harga yang kami jual begitu rendah. Walau pun ada macam-macam alasan diberikan oleh pembeli seperti getah basahlah, getah keringlah. Dia masih berharap kerajaan mengkaji langkah yang terbaik untuk membantu kami agar usaha kami yang bangun awal pagi untuk menoreh, mendatangkan hasil yang berbaloi. 


Dalam portal berita kosmo.com.my pula melaporkan '
Pekebun getah beralih tanam kelapa sawit' sesuai dirujuk mengenai isu ini. Kisah dari Padang Terap, Kedah ini melaporkan dimana akibat kepada peningkatan harga minyak sawit mentah ketika ini telah pun menggembirakan pekebun kecil kelapa sawit di Padang Terap kerana memberi pulangan pendapatan lebih tinggi. Pendapatan lumayan itu menyebabkan ramai pekebun kecil getah mula ‘cemburu’ dengan hasil dikutip penanam kelapa sawit hingga menyebabkan mereka beralih kepada tanaman kelapa sawit. Bagi Johari Seman (52) dari Kampung Jelutung, Kuala Nerang dakwa pendapatan hasil getah yang tidak menentu sejak dahulu lagi menyebabkan dia kini beralih menanam kelapa sawit. Kalau dahulu ada dakwaan dimana tanah kebun di utara Kedah terutamanya Padang Terap tidak sesuai dengan tanaman kelapa sawit sehingga menyebabkan ramai penduduk berminat menanam getah. Bagaimanapun dengan masalah cuaca dan harga tidak menentu sejak dahulu lagi saya kini beralih kepada tanaman kelapa sawit. Dahulunya semasa menanam getah saya hanya mampu memperolehi sebanyak RM400 hingga RM500 sebulan. “Kini selepas menanam kelapa sawit dimana dia sudah pun memperoleh pendapatan sebanyak RM2,000 hingga RM2,500 sebulan bagi tanah seluas sehektar. Bagi seorang lagi penanam kelapa sawit Zubir Othman dimana sejak dulu selama bergelar sebagai pekebun getah dia dan keluarganya sering menghadapi masalah kewangan. Kalau dulu dia semasa setiap musim hujan dan kemarau mereka tidak dapat menoreh kerana pokok getah seluas 1.5 hektar yang diusakannya itu tidak mengeluarkan susu getah yang banyak. Dia dakwa sepanjang tahun mereka boleh menoreh hanya lima bulan sahaja dan selebihnya terpaksa tinggalkan pokok begitu sahaja kerana masalah cuaca. Ini berbanding dengan tanaman kelapa sawit yang mampu menjana bagi pendapatan lebih baik pada setiap bulan kerana tidak kira musim panas atau hujan.


Menarik laporan bernama bertajuk '
Sumbangan besar getah, minyak sawit Malaysia' agak berkait dengan tajuk tulisan kali ini. Dilaporkan dimana getah telah menjadi tumpuan negara semasa sukar apabila transformasinya dalam bentuk sarung tangan telah pun terbukti menjadi penyelamat nyawa sehinggakan negara ekonomi terbesar dunia turut memuji produk komoditi keluaran Malaysia itu. Merujuk kenyataan Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur menerusi ciapan Twitter rasminya turut berkongsi maklumat bahawa 65% atau 225 bilion helai sarung tangan digunakan barisan wiranya - saintis, doktor, jururawat dan petugas di barisan hadapan adalah ia didatangkan dari Malaysia!. Ironinya hanya dalam beberapa bulan sebelumnya Malaysia dikecam AS atas dakwaan salah satu syarikat tempatan menggunakan khidmat buruh paksa dalam operasinya. Berikutan itu dilaporkan pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan AS bertindak menyekat import sarung tangan getah pakai buang keluaran syarikat berpejabat di Sepang, WRP Asia Pacific Sdn Bhd (WRP).  Bagaimanapun disebabkan lonjakan permintaan serta kekurangan bekalan susulan penularan pandemik Covid-19 menyebabkan AS tiada pilihan kecuali akur dan menarik balik sekatan terhadap syarikat itu pada 23 Mac 2021. Walaupun permintaan AS terhadap sarung tangan getah adalah sebanyak 170 bilion helai atau 32 peratus daripada jumlah permintaan dunia, eksport WRP hanyalah mencecah tiga bilion helai yang mencerminkan langkah kecil syarikat itu sebelum meraih kejayaan di masa depan. Di sudut lain dilaporkan dimana demi menampung lonjakan mendadak permintaan itu maka Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) terpaksa mendapatkan kebenaran kerajaan untuk beroperasi pada kapasiti penuh walaupun di tengah-tengah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar terbesar sarung tangan perubatan, MARGMA perlu memastikan bekalan itu mencukupi untuk kegunaan hospital dan petugas kesihatan dalmn usaha memerangi pandemik. MARGMA dijangka menyumbang kira-kira 225 bilion helai sarung tangan pada setahun iaitu kira-kira 65 peratus daripada keseluruhan keperluan dunia. Ketika industri sarung tangan getah berharap kerajaan mempertimbangkan rayuan itu, pengeluar tempatan satu lagi produk berasaskan getah iaitu kondom dimana ia dijangkakan berlakunya pengurangan mendadak produk itu berikutan perlu menggantung operasi susulan PKP itu. Sebagai contoh Syarikat Karex Berhad yang mengeluarkan satu daripada lima kondom dunia kini sudah tidak lagi ia mengeluarkan sebarang produk itu sejak 18 Mac 2020 lalu PKP dikuatkuasakan. Laporan media turut mengetengahkan kekurangan sehingga 100 juta kondom, lazimnya dipasarkan oleh jenama antarabangsa seperti Durex, yang dibekalkan kepada sistem penjagaan kesihatan negara seperti NHS Brjitain atau yang diedarkan oleh program bantuan seperti Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bekalan kondom dikatakan berdepan tekanan dan kekurangan ketara itu berkemungkinan besar disusuli dengan kelahiran ramai bayi dalam tempoh 10 bulan atau seterusnya. Dalam pada itu dilaporkan dimana minyak sawit Malaysia turut berperanan membantu dunia membendung Covid-19. Minyak sayuran itu yang meletakkan Malaysia sebagai pengeluar utama, banyak digunakan sebagai pengganti bahan surfaktan berasaskan petroleum bagi tujuan pembuatan sabun dan pencuci. Bahan ini tidak hanya membersihkan tangan dan pakaian manusia malahan ia turut didakwa membunuh kuman termasuk coronavirus. Dilaporkan juga minyak sawit akan dapat membantu ketika musim coronavirus apabila semua orang perlu berada di rumah untuk masak sendiri. Dilaporkan dimana secara purata, Malaysia mengeksport kira-kira 20 juta tan minyak sawit mentah dan  membantu keupayaan dunia memenuhi permintaan global. Jumlah simpanan minyak sawit Malaysia bagaimana pun pernah susut 4.2 peratus kepada 1.68 juta tan pada Februari 2020 daripada 1.76 juta tan pada bulan sebelumnya. Isu semakin banyak kawasan getah yang ditebang dan ditukar kepada tanaman kelapa sawit akan berterusan dan perlukan campurtangan dasar kerajaan bagi menentukan industri getah negara akan malap. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TEBANG GETAH... RAMAI LAKUKAN...
TANAM SAWIT.. NAIK PENDAPATAN...
HARGA GETAH... RENDAH SAKAN...
MENBACA ARTIKEL... ANDA FIKIRKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1306, Starwell Hotel,
Bandar Baru Kuala Lipis,
Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(15 Syaaban 1444H).

Wednesday, March 29, 2023

IKAN LAYUR ATAU IKAN TIMAH - KENALI DIA

IKAN TIMAH
atau IKAN LAYUR (T
richiurus lepturus) adalah merupakan sejenis ikan daripada keluarga Trichiuridae adalah termasuk sebagai ikn air masin di laut. Penulis blog memang suka makan ikan timag yang digoreng garing dimakan dengan nasi putih dan sayuran tumis bayam atau kangkong. Selalu dahulu ada membeli ikan timah segar di pasar Parit Jawa, Muar dengan harga murah dahulu tetapi baru-baru ini ada membeinya dengan harga RM12.00 sekilogram di sebuah pasaraya di Bandar Melaka. Ramai kalangan pembaca blog ini mungkin tidak berminat makan ikan timah ini atau ada juga yang mungkin tidak pernah makan atau pun mengenalinya. Ikan timah memang jarang ada dijual direstoren atau di gerai makan atau dikantin sekolah atau dikantin pejabat di negara kita. Jenis ikan yang selalu ada dijual untuk hidangan lauk makan tengahari seperti ikan kembong, ikan cencaru, ikan selar, ikan tongkol, ikan keli, ikan siakap dan beberapa lagi. Pada penulis blog mendapati dimana ikan timah merupakan sejenis ikan yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar ikan sebagai makanan. Penangkapan ikan ini memang ia memerlukan lesen bagi memastikan ia tidak terancam oleh tangkapan melampau oleh nelayan komersial dibeberapa negara. Ikan timah atau ikan layur adalah ikan perairan laut yang mudah dikenali terutama dari bentuknya yang panjang dan ramping. Ikan ini didapati berada di perairan tropika dan juga menyebar sehingga ke lautan Pasifik dan lautan Atlantik dimana ia adalah spesis yang berbeza dengan yang ada diperairan kita. Melihat akan rupabentuk ikan timah dimana ukuran tubuhnya dapat mencapai panjang 2 meter dengan berat maksima pernah direkodkan adalah 5 kg dan umurhayat sehingga dapat mencapai 15 tahun. Keunikan ikan ini dalam habitatnya dimana kegemarannya pada waktu siang adalah berenang dan berkeliaran di perairan cetek dekat pantai yang kaya dengan makanan plankton krustasea. Pada masa malam hari pula ikan timah ini akan mendekati atau berada didasar perairan laut. Layur mudah dijumpai di tempat penjualan ikan di Malaysia dan Indonesia juga. Selain daripada ia sesuai dijadikan lauk segar ada ikan tumah yang diproses menjadi ikan masin. Kalangan nelayan laut ada yang menggunakan iakn ini  sebagai umpan memancing dilaut. Orang Jepun dilaporkan suka makan ikan timah menyebutnya 'tachiuo' dan memakannya mentah (sebagai sushi) atau dibakar. Oran Korea pula menyebutnya sebagai 'galchi' dan memprosesnya dengan digoreng atau dibakar sebelum dimakan. Ikan timah juga memang disukai pada penulis blog dagingnya adalah  kenyal, tidak terlalu hamis, tidak berminyak serta ia amat mudah dibuang tulangnya semasa makan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai apakah dia ikan timah atau ikan layur untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Dalam usaha mengenali ikan timah atau ikan layur ini atau dalam bahasa Inggeris sebagai '
Largehead Hairtail atau Beltfish' dimana antara ciri utama dаrÑ– ikan ini adalah dimana bahagian badannya adalah ia ѕаngаt memanjang dan pipih seperti pita. Dalam beberapa rujukkan ada dikatakan dimana ikan timah ini juga digelar sebagai 'Ribbon Fish' atau ikan reben yang menunjukkan ia seakan reben untuk dipakai perempuan sahaja. Memang menakutkan jika sesiapa kali pertama melihat bahagian kepala ikan timah ini. Akan dilihat dimana gigi rahangnya sangat tajam seperti taring kelihatannya dan memang ia ѕаngаt kuat. Dengan gigi depan seperti taring tajam dan mata yang bulat besar memang takut melihat kepala ikan timah. Apa yang unik dimana dibahagian atasnya ia mempunyak struktur sirip yang sangat panjang iaitu bermula daripada bahagian kepala sehingga hampir kepada bahagian ekornya. Semasa penulis blog membuat tinjauan di beberapa pasar ikan mendapati memang ikan ini selalu diletakkan dibahagian tepi-tepi meja jualan sahaja dan yang dihadapan tentunya ikan-ikan pelagik yang popular.  Jika diteliti lanjut marfologi ikan timan ini dibahagian sirip atasnya seakan ada struktur seperti jari-jari sirip keras. Kadang-kadang diаntаrа kedua sirip punggung уаng keras dan sirip lemah terdapat 'notch' уаng ѕаngаt jelas. Warna badannya pada umumnya аdаlаh berwarna keperakan dan dibahagian atasnya agak sedikit gelap. Purata panjang maksima badan ikan timah yang direkodkan adalah ia dараt mencapai 2.5 meter dan pada umumnya tingginya аntаrа 60-110 cm dengan berat maksima tercatat 5 kg dan usia ikan ini boleh mencapai 15 tahun. Kajian saintis mendapati ciri ikan ini mempunyai jejari sirip belakang III (dorsal soft rays)dimana jumlahnya sebanyajk 130 - 135 unit. Ikan timah juga mempunyai jejari sirip dubur (anal soft rays) sebanyak 100 - 105 unit.


Ciri paling berlainan dengan kebanyakan jenis ikan adalah dimana ia mempunyai badan ÑƒÐ°ng ѕаngаt memanjang, padat dan tirus kеbahgian ekornya dan bentuk badannya adalah pipih seperti pita (Sila lihat foto disebelah). Ikan timah nempunyai sirip diatas badannya ÑƒÐ°ng memanjang bermula dаrÑ– bеlаkаng kepala Ñ•ehingga menjejakki hujung ekor dan јugа tÑ–dаk bergerigi serta sirip ekor (caudal fins) pun tÑ–dаk ada. Dalam pada itu warnanya berbagai bergantung kepada habitatnya akan tetapi kebanyakannya mempunyai warna seperti baja biru atau perak ketika segar dan kemuidan warna аkаn berubah menjadi kelabu keperakan atau keunguan ѕеtеlаh ikan timah sudah mati. Ikan timah atau layur dараt dikatakan mempunyai perut dan atau tÑ–dаk memiliki perut disebabkan bahagian perutnya dilaporkan ia boleh berubah menjadi alat berupa sisik. Sirip dadanya adalah kecil sahaja ѕеdаngkаn sirip dubur mempunyai jejari keras. Diteliti lagi dimana pada bahagian dераn sirip belakang terdapat jejari sirip keras. Kadang-kadang аntаrа kedua sirip belakang уаng keras dan sirip lemah terdapat notch уаng ѕаngаt jelas. Bentuk giginya yang tajam, rahang yang kuat dan mulutnya yang besar membolehkan ikan timah memburu mangsanya dengan mudah didalam laut. Ini kerana rahang bawahnya lebih menonjol dibandingkan dеngаn rahang atasnya. Siripnya berwarna sedikit kekuningan atau kuning dеngаn pinggiran gelap. Ia pantas berenang mengejar mangsanya dan licik cara memburu mangsanya. Ikan timah adalah ikan pemangsa (predator) didalam laut. Kajian mendapati dimana ikan timah mengandungi nutrisi termasukptotin, lemak, Posforan (P), Zat Besi (Fe), Vitamin A serta Vitamin B1 dan karbohiderat. Apa pun dari segi khasiatnya ia dilaporkan mampu melancarkan sistem penghadaman, kurangkan masaalah pernafasan, membantu mengangkut nutrien dalam badan dan juga baik untuk stamina. Ada pelbagai cara memasknya seperti menggoreng, dimasa dengan perisa halia, dimasak sambal dan juga masak lemak tempoyak cili api. 


Kisah mengenai ikan timah ini dilaporkan didalam media yang bertajuk '
MAQIS patahkan cubaan seludup belut beku dari Iran' yang berlaku di Pelabuhan kelang. 
MAQIS Selangor berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk belut dan ikan timah beku dari Iran di Pelabuhan Klang Barat, Selangor yang cuba membawa masuk 1,349 kotak belut sejuk beku dan 951 kotak ikan timah yang mana ia bernilai RM146,486.87 selepas dikesan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor di Pelabuhan Barat. Pengarah MAQIS Selangor, Zamri Hashim berkata dimana kesemua barang seberat 27,955 kilogram tersebut dirampas hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan mendapati syarikat tersebut telah pun gagal mengemukakan dokumen import yang sah dari negara Iran pada pukul 4 petang. Barangan sejuk beku itu dibawa masuk dari Iran dan telah berada di pelabuhan tersebut sejak 18 Jun 2022 dimana dipercayai ia dibawa masuk untuk dijual di pasaran tempatan. Menurutnya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). Jika sabit kesalahan maka syarikat terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali. MAQIS menasihatkan agar semua pengimport dan pengeksport sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara. Dalam laporan lain bertajuk 'Ikan Timah Kering' agak menarik untuk dikongsikan. Seorang pengusaha ikan kering Mohd Hares Ahmud (28) dakwa telah mengusahakan  ikan timah kering dengan cara menjemurnya di Kampung Cina Kuala Kedah sebagai sumber pendapatannya. Dia yang mengusahakan perusahaan ini sejak 10 tahun lepas mengusahakan semula perusahaan ikan kering ini selepas kembali mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna sebaik berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) pada 10 Jun lalu. Mohd Hares ketika ditemui berkata, sebanyak 5,000 kilogram ikan jenis itu akan dibeli daripada nelayan setiap minggu untuk menghasilkan kira-kira 500 kilogram ikan kering yang dijual semula pada harga RM16 hingga RM22 sekilogram bagi memenuhi permintaan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bharu.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para embaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
IKAN TIMAH... IKAN LAYUR SAMA...
TIDAK BERSISIK... PANJANG JUGA...
IKAN PEMANGSA... TAJAM GIGINYA...
ENAK DI MAKAN... KENA MASAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomit,
Room 1306, StarWell Hotel,
Bandar Baru Lipis, Kuala Lipis,
Pahang,
Malaysia.
(5 Ramadan 1444H).

Tuesday, March 28, 2023

POTENSI TANAM PADI TAHAN AIR MASIN

VARIETI PADI
yang tahan dengan air masin merupakan satu potensi yang perlu dilakukan didalam mempastikan tanaman padi terus ditingkatkan. Dilaporkan dimana Negara China yang berjaya mencipta varietu padi yang sesuai ditanam ditanam masin dengan menghasilkan produktiviti tinggi yang perlu untuk dicontohi. Pada penulis blog dimana tanaman padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin penting dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Apa pun di Malaysia tanaman padi yang ditanam ia terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis Padi Sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang dan jenis Padi Huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dilaporkan dapat mengeluarkan hasil yang tinggi dengan beberapa varieti terpilih. Antara varieti padi yang popular di tanam di Malaysia adalah varieti MR220CL2, MR219, MR220 dan terbaru adalah MR315 dan IS21. Padi sawah memang ia memerlukan banyak menggunakan air (kesemuanya adalah air tawar), baja dimana ia perlu ditanam dengan cara yang teratur. Padi sawah ada banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai Barat terutamanya di 8 kawasan Jelapang Padi Utama yang kebanyakannya berada di negeri bahagian Utara. Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3,500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang biasanya berpanjangan. Penanaman padi menjadi utama dibeberapa negara di ASEAN seperti di Vietnam, Thailand, Myanmar dan juga Indonesia. Malaysia ada menanam sekitar 660,000 hektar tanaman padi dengan purata hasil sekitar 4.3 mt sehektar walau pun di Sawah Sekinchan ia mampu untuk menghasilkan sebanyak 13 mt/ha. Artikel kali ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai potensi bagi mendapatkan dan menanam padi yang tahan air masin untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Memang masih kurang dilakukan penyelidikan mengenai usaha mendapatkan varieti padi yang tahan air masin di Malaysia. Bagaimana pun penulis blog sempat merujuk laporan penyelidikan oleh MADRI bertajuk '
Varieti padi toleran kepada tekanan air masin' dimana ada kajian sebagai sumber genetik padi bagi menangani isu perubahan iklim di Malaysia untuk dikongsikan. Dilaporkan dimana pernah berlaku kejadian kelimpahan air laut di Malaysia berlaku ketika fenomena air pasang besar yang menyebabkan air laut memasuki sistem pengairan dan ada kawasan sawah padi yang berdekatan pesisiran laut terjejas. Fenomena air pasang besar berlaku semasa bulan penuh atau anak bulan di mana kedudukan matahari, bumi dan bulan pada kedudukan selari. Air laut yang memasuki sawah padi mendatangkan risiko dan tekanan kemasinan yang mana ia boleh mengganggu proses pertumbuhan kepada pokok padi. Tekanan kemasinan ini menyebabkan kesan perencatan osmotik dan ketoksikan ion ke atas pokok padi. Perencatan osmotik mengurangkan keupayaan tanaman untuk mengangkut air dan seterusnya mengakibatkan pertumbuhan padi akan menjadi perlahan. Ketoksikan ion berlaku apabila lebihan air masin memasuki saluran transpirasi dan menyebabkan kecederaan sel pada daun. Kes ini juga yang menyebabkan penurunan kepada kandungan relatif air daun yang akhirnya menyebabkan akan berlaku kemerosotan kepada berat basah dan berat kering. DiMalaysia kes kejadian kelimpahan air laut iaitu ke dalam kawasan sawah padi banyak berlaku ketika fenomena air pasang besar. Kawasan yang pernah dilaporkan menghadapi bencana ini ialah Kuala Kurau di Parit Buntar dan Kampung Padang Garam di Alor Setar, Kampung Alor Akoi di Sungai Padang, Perlis dimana ia memmusnahkan kawasan sawah padi seluas 35 hektar. Tekanan air masin menyebabkan kesan serius kepada pengeluaran hasil padi maka menjadi satu keperluan kepada negara untuk mengenal pasti sumber genetik padi yang toleran kepada air masin bagi membantu pengusaha sawah padi yang menghadapi risiko ini. Varieti-varieti padi yang dikenal pasti ini penting untuk menyokong industri padi negara dalam usaha menghadapi perubahan iklim dengan memastikan sumber genetik padi ini dapat digunakan dalam penyelidikan dan pembangunan varieti padi baharu yang toleran kepada perubahan iklim di Malaysia. Kajian tersebut mendapati dimana diantara beberapa varieti padi yang toleran kepada air masin yang berdasarkan kepada perbandingan ciri fenotip dan kesamaan genotip bagi melihat kehadiran gen saltol didapati adalah varieti KHAO TAH HAENG, CITANDANG, MAYANG KELUBI, KAO SAARD 108, AZUCENA dan NAM DOCK MAI 2028. Ia juga adalah merupakan varieti berpotensi yang toleran kepada air masin dalam saringan 1. Manakala untuk kajian saringan 2 pula dilaporkan antaranya varieti KHAO TAH HAENG, LUI UOI, SINANDOMENG dan KAO SAARD 108 adalah varieti yang dikenal pasti toleran kepada air masin. Varieti-varieti padi yang dikenal pasti ini merupakan sumber genetik padi yang penting untuk penyelidikan dan program pembaikbakaan padi untuk memacu pembangunan varieti padi baharu yang toleran kepada air masin bagi menangani isu perubahan iklim.


Menarik laporan dalam beberapa youtube dimana 'China Berjaya Menghasilkan Padi Kalis Air Masin Bagi Menyelesaikan Isu Bekalan Makanan' yang sesuai dirujuk. Didakwa dimana umumnya tanaman padi ialah tanaman yang sensitif kepada tahap pH dan tidak boleh hidup dengan menggunakan bekalan air masin. Perkara tersebut adalah masa dahulu di China akan tetapi sekarang saintis dari China berjaya membangunkan baka padi yang bukan sahaja kalis air masin tetapi kalis air beralkali. Dalam ujian yang dilakukan di Tianjian, China lokasi yang terletak berhampiran laut dilaporkan sebanyak 4.6 tan metrik beras dapat dituai untuk setiap ekar yang mana jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding purata pengeluaran hasil padi biasa di negara China. Dilaporkan baka padi yang kalis air masin ini telah dibangunkan sejak 2012 oleh Yuan Longping yang ada menerima gelaran “bapa beras hibrid” di China bagi memenuhi keperluan bekalan makanan China. Yuan sendiri sudah  pun berjaya menanam padi air masin di UAE pada tahun 2018 dalam sebuah projek rintis dengan sasaran 10% permukaan tanah UAE akan ditanam padi. Negara besar ini dilaporkan masih lagi memerlukan import dari negara Rusia dan Amerika Syarikat untuk keperluan gandum. Terbaru dengan tekanan perang perdagangan, perubahan iklim dan ketidakstabilan politik pengeluaran beras tempatan perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan pergantungan kepada negara luar. Apa pun di 
Malaysia baka padi tahan banjir telah dibangunkan bersama dengan padi yang boleh ditanam beberapa kali setahun termasuk di luar musim. Penggunaan teknologi dron juga dipertimbangkan kerana seperti China keperluan kepada makanan negara bergantung kepada import. Isu kekurangan bekalan makanan yang berlaku sekarang adalah kerana isu rantaian bekalan yang sudah berlarutan hampir setahun dan hanya kini dapat dilihat.


Portal hmetro.com laporkan '
UMT perintis tanaman pada air masin pertama' iaitu kisah dari Kuala Nerus membolehkhan pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk mencipta sejarah apabila menjadi perintis tanaman padi air masin pertama di negara ini diperkenalkan. Dilaporkan Dekan Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan UMT Profesor Dr Aziz Ahmad berkata dimana pengeluaran padi masih bergantung kepada beberapa faktor utama seperti bekalan air tawar yang bersih. Apa pun bagi menghasilkan padi yang banyak bagi setiap rumpun maka ia memerlukan air bersih yang mencukupi. Tumbesaran padi merosot dan terbantut sekiranya bekalan air tidak mencukupi pada fasa penghasilan buah. Hanya 2.5% air tawar bersih sahaja terdapat di dunia. Air tawar ini selalunya dipecahkan untuk kegunaan domestik seperti dalam sektor perkilangan, pemprosesan, pembersihan dan kegunaan harian populasi manusia yang meningkat saban tahun. Pihak UMT menjalankan kajian berkaitan kaedah penghasilan padi dengan menggunakan air masin bagi memenuhi permintaan Negara. Sekiranya kajian ini membuahkan hasil, ia merupakan pencapaian baru dalam penghasilan padi negara sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan import padi negara. Air masin yang memasuki sistem pengairan sawah padi akan merencatkan kesuburan tanaman padi. Kebanyakan sawah padi di Malaysia adalah berhampiran dengan laut oleh itu kebarangkalian air masin memasuki sistem pengairan sawah padi agak tinggi disebabkan faktor peningkatan paras air laut. Kes yang selalu berlaku menyebabkan penghasilan padi negara akan berkurang secara mendadak pada masa akan datang. Satu kajian berterusan perlu dilakukan dengan mana ia melibatan semua pihak dan kini kajian menunjukkan ada beberapa faktor pengeluaran padi boleh dilakukan dan mempunyai potensi tinggi seperti kacukan atau hybrid, kombinasi moden dan klasik, mutasi aruhan dan kejuruteraan genetik. Kini dengan populasi penduduk dunia dijangka meningkat kepada 9.8 bilion dan ia memerlukan permintaan bekalan makanan yang tinggi sehingga kira-kira 70 peratus. Walaupun di Malaysia terdapat banyak sawah padi tetapi kini masih perlu mengimport sebanyak 30 peratus bekalan beras untuk menampung keperluan tempatan. Pengeluaran padi perlu dipertingkatkan dan institusi pertanian berkaitan adalah disarankan untuk terus berusaha mencari solusi terbaik.


Dalam portal utusan.com dan beberapa media lain melaporkan dimana '
Benih padi NMR151 sesuai tanah masam kelat' berkait dengan tajuk dibincangkan. Kisah dari Machang, Kelantan dakwa dimana pohak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menerusi Agensi Nuklear Malaysia (ANM) telah pun berjaya menghasilkan varieti benih padi baharu NMR151 yang mempunyai daya tahan terhadap tanah masam kelat terutama di negeri ini. Kejadian masam kelat merujuk kepada kawasan tanah beris yang terjadi akibat campuran air masin dan tawar. Apa pun untuk percubaan dimana MOSTI akan melaksanakannya di Kelantan iaitu di kawasan Pasir Puteh pada musim penanaman padi pada Julai 2022. Dilaporkan jika percubaan ini berjaya kelak maka benih padi baharu ini akan disahkan sebelum diperluaskan ke negeri lain yang akan dikenal pasti mempunyai masalah yang sama. Apa pun kemudian dalam Majlis Penyerahan Benih Padi IS21 kepada pesawah Pertubuhan Peladang kawasan Machang di Unit Peladang, Kampung Bukit Tiu ianya dilancarkan. Benih padi IS21 adalah inovasi dalam industri padi negara yang dilihat mampu meningkatkan hasil tuaian mengikut kawasan penanaman. Setakat ini, pelaksanaan benih padi IS21 masih lagi dalam peringkat ujian untuk mencapai sehingga 10 tan pengeluaran sehektar. MOSTI akan dapat melihat hasil tuaian padi yang pertama menggunakan benih padi IS21 pada Oktober dan November 2022 yang membabitkan kawasan seluas 500 hektar di Pasir Puteh, Pasir Mas dan Tumpat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAKA PADI... AIR MASIN TANAMNYA...
DILAPORKAN BERJAYA... DI CHINA...
KAJIANNYA DIMALAYSIA... ADA JUGA...
KURANGKAN KERUGIAN... ADA CARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Syaaban 1444H).
Posted from:
Room 1306, StarWell Hotel,
Kuala Lipis, Pahang, Malaysia.

Monday, March 27, 2023

PENYAKIT SELSEMA BURUNG - APA DIA?

PENYAKIT SELESEMA BURUNG
 atau nama Inggeris sebagai Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) atau mudahnya dipanggil 'selesema burung' adalah sejenis penyakit berjangkit yang boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kematian terutama kepada burung-burung domestik seperti ayam, angsa, itik dan ayam belanda. Ia adalah disebabkan oleh virus Avian Influenza (AI) yang biasanya boleh berjangkit kepada burung dan kadang kala kepada babi dan jarang-jarang kepada kuda, anjing laut, ikan paus, manusia dan juga lain-lain binatang. Terdapat banyak jenis subtypes virus AI, misalnya H5N1. Cara haiwan unggas mendapat jangkitan dimana virus AI ini terdapat dalam najis, air liur dan lelehan dari hidung unggas yang terjangkit. Unggas boleh dijangkiti apabila tersentuh dengan benda-benda ini atau dengan unggas yang mati atau melalui makanan, air, peralatan, kenderaan dan lain-lain benda yang tercemar. Ada juga potensi berlaku serangan atau risiko jangkitan berlaku kepada manusia dimana masih boleh terjangkit apabila ada manusia itu sentiasa bersentuhan rapat dengan unggas terjangkit dan najisnya. Penulis blog merujuk kepada risalah dari Jabatan Perkhidmatan Verterinar Malaysia dimana antara tanda-tanda penyakit selesema burung pada unggas apaabila berlaku dimana unggas jadi murung dan kurang selera, tanda batuk, bersin dan lelehan dari hidung. Tanda lain adalah ada berlaku bengkak di kepala, balung, pial dan kaki sementara jika diteliti bahagian balung, pial dan kaki berubah warna kepada ungu. Paling ketara adalah apabila unggas ada cirit berwarna kehijauan dan berlaku pengeluaran telur jatuh. Dalam kes yang teruk berlaku kematian mengejut dan kadar kematian tinggi. Secara teknikalnya penyakit ini akan merebak melalui pergerakan burung hijrah dan juga melalui pergerakan unggas yang terjangkit kelokasi lain. Artikel subuh ini selepas bersahur 3 Ramadan 1444H saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai apakah dia penyakit Selsema Burung atau Avian Flu yang menjadi salah satu punca krisis kekurangan telur atau 'eggflation' dibeberapa negara untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.


Dalam pada itu merujuk kepada sumber lain dinyatakan dimana '
Avian Influenza' atau lebih dikenali sebagai selesema burung merupakan penyakit selesema yang diakibatkan oleh virus selesema yang menyerang burung. Penyakit ini mudah merebak dan wabak ini telah melanda dunia dengan begitu pantas.  H5N1 merupakan salah satu subtipe virus influenza yang menyebabkan penyakit selesema burung. Virus ini dilaporkan menyebabkan penyakit pada banyak spesies vertebrata, termasuk manusia dan berpeluang menjadi pandemik influenza. Pakar Penyakit amat risau bahawa virus H5N1 dapat bermutasi menjadi bentuk yang dapat menular dengan mudah dari manusia ke manusia walaupun sehingga sekarang belum ada kejadian kuat yang menyokong kekhuatiran itu. Mutasi seperti itu pernah terjadi ketika virus H2N2 berevolusi menjadi strain Selesema Hong Kong H3N2. Dilaporkan dimana kesemua virus selesema burung yang diketahui merupakan jenis Influenzavirus A. Dilaporkan dimana setelah lebih seabad iaitu selesema burung hanya beredar dan ia berada kalangan unggas sahaja terutamanya ayam ternakan. Bagaimanapun kini penyakit ini mula dikenali Avian Influenza apabila beberapa jenis virusnya menjangkitinya manusia. Virusnya pula semakin bertambah kuat dan tegar malah ia sudah bermutasi (berlaku perubahan genetik sesuatu organisma seperti tumbuhan, haiwan, dan sebagainya yang mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tersebut) dan membahayakan dan mampu kini berjangkit dari unggas kepada manusia. Dilaporkan pada 1997 ada terbukti selesema burung memang membawa maut apabila ada penduduk Hong Kong mati kerana virus tersebut. Ketika para saintis sedang bergelut mengenal pasti jenis-jenis virus merbahaya dan cuba mencari pencegah wabak membawa maut ini apa yang berlaku adalah wabak selesema burung ini terus berjangkit merentas dunia dari sebuah negara ke sebuah negara lain. Isu utama adalah bagaimana selesema burung berjangkit dan saintis dapati virus selesema burung dibawa di dalam usus unggas liar dan tidak berbahaya. Namun virus ini mula menyesuaikan diri mengikut keadaan dan bermutasi menjadi virus yang paling berbahaya sehingga menyerang manusia. Viris Avian Influenza boleh berjangkit melalui air liur, lelehan hidung dan najis burung. Burung-burung lain yang menyentuh cairan itu membawa virus tersebut ke tempat lain pula dan terus merebaak jika tidak dikawal. Begitulah seterusnya. Keadaan ini sukar dibendung kerana unggas liar ini berhijrah dari satu negara ke negara lain. Virus Avian Influenza boleh merebak di dalam udara dan baja serta hidup lebih lama di dalam udara sejuk. Ia juga boleh dipindahkan melalui air dan makanan tercemar, peralatan serta pakaian. Tempoh proses pengeraman ialah antara tiga hingga lima hari. Virus ini adalah berbahaya seperti H5N1 boleh membunuh dalam masa beberapa hari sahaja.


Penyakit ini amat di
takuti kerana untuk berjangkit akan ada tiga perkara mesti berlaku terlebih dahulu kerana boleh muncul virus jenis baru, ia juga boleh mnyebabkan penyakit yang serius kepada manusia dan juga ia mampu berjangkit dengan mudah sesama manusia. Bagi faktor pertama dan kedua sudah pun berlaku dengan beberapa kes yang ada. Virus AI yang baru bagi manusia didakwa ia boleh menyebabkan sakit yang serius. Walau bagaimanapun setakat ini ia berjangkit dari burung kepada manusia dimana isu tahap ketiga belum lagi berlaku. Ia juga dilaporkan masih belum berjangkit dari manusia kepada manusia. Bagaimana pun ini adalah faktor yang amat ditakuti. Dikhuatiri virus itu akan terus bermutasi hingga ke tahap boleh berpindah dari manusia kepada manusia pula. Semakin banyak manusia dijangkiti maka ia mungkin akan semakin berpotensi untuk bermutasi. Jika suatu hari nanti ia berlaku maka rawatan semakin mustahil untuk dilakukan dimana ada kemungkinan ada ramai manusia akan mati.  Selesema burung sangat bahaya kepada manusia kerana sistem imun manusia tidak mempunyai antibodi untuk dapat menentang penyakit berasal daripada haiwan. Kemungkinan ia untuk bersarang di paru-paru dan menolak ubat-ubatan anti-bakteria serta antiviral dan membunuh manusia dengan cepat. Pandemik covid-19 yang menyerang dunia pada 2020 -2022 menyebabkan jutaan manusia meningkal akan dijadikan ingatan. Dilaporkan orang dewasa sihat lebih berisiko bagi dijangkiti virus selesema burung. Virus H5N1 menyebabkan tindak balas imunologi yang besar terhadap virus yang ada di dalam sistem imun orang yang paling kuat. Malangnya keadaan ini menyebabkan pula pembebasan enzim manusia yang dipanggil cytokines yang memusnahkan sel paru-paru. Apa pun dilaporkan sehingga kini suah ada lebih 60 orang mati di serata dunia kerana dijangkiti wabak selesema burung.


Apa pun sudah ada banyak kajian dan perbincangan b
agaimana cara untuk membendung penyakit selesema burung. Sehingga kini dilaporkan masih belum ada penawar yang dapat mengubati unggas mahupun manusia. Apa yang dapat dilakukan ialah dengan cara membunuh semua ternakan (culling) yang ada secara besar-besaran biarpun hanya seekor dua yang dijangkiti dimana itulah sahaja langkah terbaik setakat ini. Laporan terkini pada hujung tahun 2022 dan awal tahun 2023 dimana ada sebanyak 58 juta ekor unggas (kebanyakannya ayam) di USA yang dimusnahkan setelah dijangkiti selsema burung. Apa pun kesannya adalah cara menghapuskan ternakan ayam ini telah menjejaskan pula ekonomi sesebuah negara. Para penternak kerugian kerana ternakan ayamnya terpaksa dimusnahkan. Manakala penjual ayam runcit juga mengalami nasib sama kerana para pengguna takut hendak menyentuh atau makan ayam. Krisis kekurangan telur atau 'eggflation' telah dilaporkan berlaku di USA, Britain, Jepun, New Zealand dan juga di Malaysia. Adalah penting mengetahui bagaimana mencegah selesema burung berjangkit kerana manusia tidak semestinya hanya  memulaukan memakan ayam sama sekali. Apa yang penting ialah mengampil berat aspek kebersihan dimana beberapa langkah pencegahan dan kawalah mesti dijalankan. Antaranya adalah memastikan ayam di masak sepenuhnya dengan kadar suhu memasak mestilah sekurang-kurangnya 70 - 75 darjah Celcius. Amalkan membasuh tangan dengan sabun (sabun antibakteria) sebelum dan selepas menyentuh daging mentah dan juga amalan membasuh dengan bersih semua permukaan dan peralatan dapur yang terkena daging mentah. Dalam pada itu sebaiknya memasak telur ayam sampai masak sepenuhnya dan mengelakkan makan telur separuh masak (Orang Malaysia paling suka makan telur ayam separuh masak).


Merujuk laporan lain dimana sudah dikenalpasti oleh pakar diantara jenis-jenis virus Avian Influenza untuk diketahui umum. Ianya adalah sebagai jenis H5N1 (jenis yang paling bahaya), H7N2, H1N7, H7N3M, H13N6, H5N9, H11N6, H3N6, HPN2, H5N2, H4N8, H10N7, H2N2, H8N4, H14N5, H6N5, H12N5 dan banyak lagi. Bagaimana pun tidak mudah untuk dapat mengenalpasti jenis virus ini tanpa peralatan canggih dalam makmal. Apa yang penting adalah aspek rawatan dan pelalian dimana apabila gejala selesema burung pada manusia berbeza-beza dari selesema (demam, batuk, sakit kerongkong dan sengal otot) sehinggalah sakit mata, paru-paru berair, penyakit pernafasan teruk, dan beberapa komplikasi mengancam nyawa yang teruk. Gejala selesema burung bergantung kepada jenis virus yang menyebabkan jangkitan. anda-tanda selesema burung pada manusia. Kanak-kanak yang terdedah dalam tempoh 2 hingga 8 hari akan menunjukkan tanda-tanda seperti demam,batuk, Sakit tekak, Sakit-sakit sendi, Kesukaran bernafas, Suara menjadi garau, Bunyi gemersik (crackling) ketika bernafas, Najis berdarah, Jangkitan paru-paru dan juga ada jangkitan mata (sakit mata). Pengambilan antibiotik tidak berkesan bagi penyakit viral. Penggunaan ubat antiviral seperti oseltamivir (dikenali sebagai Tamiflu) dan zanamavir boleh digunakan. Ubat ini boleh mengurangkan virus ini dari membiak didalam badan dan boleh memperbaiki peluang untuk hidup, sekiranya ubat ini diberi dalam tempoh 48 jam. Walau bagaimanapun ubat oseltamivir tidak digalakkan untuk diberi kepada kanak-kanak dibawah umur 1 tahun. Apa pun pada kebiasaannya ubat-ubat ini digunakan untuk influenza bermusim dan keberkesanannya dalam menentang selesema burung masih belum diketahui. Masih tidak ada vaksin pada masa ini. Walau bagaimanapun beberapa usaha telah diadakan sejak 2005 untuk menghasilkan vaksin yang boleh menentang virus ini. Dilaporkan ada terdapat ubat untuk rawatan dan pencegahan penyakit ini akan tetapi tahap keberkesanannya masih dalam kajian. Virus H5N1 merupakan jenis virus yang dianggap paling merbahaya kerana mampu merebak kepada manusia dan menyebabkan kematian. Virus H5N1 kebal kepada ubat antivirus biasa seperti amantadine dan rimantadine. Dua jenis ubat antivirus lain iaitu jenis ubat Oseltamavir (Tamiflu) dan Zanamavir dilaporkan juga ia berkemungkinan berkesan merawat selesema yang mana ia disebabkan oleh virus H5N1. Bagaimana pun setakat ini masih belum ada ubat pelalian.


Kaedah seperti 
kanak-kanak memakai penutup mulut bagi mengelakkan Selesema Burung tidak digalakkan seperti di tempat awam. Adalah dinasihatkan untuk semua agar menggunakan penutup mulut jika berhubung rapat dengan mereka yang disahkan mempunyai Selesema Burung. Persoalan sama ada dibolehkah makan ternakan dan hasil ternakan ayam atau burung dari kawasan yang mengalami wabak selesema burung masih perlu diketahui. Masih tiada bukti menunjukkan memakan daging ternakan dan telur yang dimasak dengan betul boleh menyebabkan jangkitan. Virus ini akan mati jika dimasak. Walau bagaimanapun langkah-langkah pencegahan perlu diambil.Virus H5N1 boleh di dapati dalam telur sama ada di dalam (bahagian kuning dan putih) atau di kulit telur. Telur dari kawasan ternakan yang dijangkiti virus ini tidak boleh dimakan mentah atau separuh masak. Memasak daging, telur dan produk daging mengikut suhu yang betul didakwa boleh mengelakkan jangkitan silang penyakit berlaku (Sila lihat foto disebelah). Diikuti dengan amalan pengendalian yang betul boleh mengelakkan penyakit bawaan makanan seperti patogen Salmonella seperti amalan agar membasuh tangan dengan air suam dan sabun selama 20 minit sebelum dan selepas mengendalikan ternakan dan telur ternakan. Amalkan juga membasuh papan pemotong dan lain-lain perkakas dapur dengan sabun dan air panas bagi mengelakkan daging atau telur mentah mencemari makanan lain. Sebaiknya papan pemotong boleh dibersihkan dengan campuran larutan 1 sudu peluntur klorox dan 1 gelen air. Amalkan memasak daging dengan suhu sekurang-kurangnya 74 Celcius (165 darjah Fahrehheit) dan sebaiknya boleh memasak dengan suhu yang lebih tinggi. Sebaiknya telur hendaklah dimasak sehingga keras. Caserols dan lain-lain masakan yang mengandungi telur hendaklah dimasak dengan suhu 74 Celcius. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SELSEMA BURUNG... ANCAM DUNIA...
AMAT MERBAHAYA... VIRUS SEBABNYA....
CEPAT MEREBAK... PELBAGAI CARA...
KEPADA MANUSIA...TERANCAM JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(3 Ramadan 1444H).