Peribahasa SEPERTI BERTIH GORENG merupakan salah satu peribahasa Melayu yang telah lama digunakan dimana ia berkaitan dengan makanan iaitudari biji jagung di goreng menjadi 'bertih goreng'. Bertih merupakan bijirin kering yang dipanaskan (digoreng) seperti biji jagung, biji millet, biji beras dan sebagainya. Semasa dilakukan aktiviti ini sifat bertih ini ialah apabila ia dipanaskan contohnya digoreng dimana ia akan mengembang dan meletup-letup kerana ada bahagian lembut di dalamnya yang mengembang dan memecahkan dinding luar yang nipis. Ciri ini wujud pada bijirin untuk proses pertumbuhan jika ia ditanam. Pada penulis blog mendapati dimana proses menggoreng bertih tentunya melibatkan akan kuantiti bijirin (jagung) yang banyak. Bertih yang dimaksudkan dalam peribahasa ini pastinya adalah bertih beras atau jagung kerana ia lebih sinonim dengan masyarakat Malaysia. Apabila digoreng dalam kuantiti banyak maka akan berlakulah letupan-letupan kecil terhasil dalam kuali menggoreng yang tertutup banyak dan laju. Situasi ini menyebabkan ia sesuai untuk menggambarkan 'percakapan' atau 'bunyi' yang bertalu-talu tanpa henti yang didengari. Kalau dikaitkan dengan perbuatan bagaimana cara percakapan tentunya untuk gambarkan seseorang yang suka membebel, manakala kalau untuk gambarkan aksi tembak-menembak mmaka ia tentunya kena laju seperti menggunakan mesingan. Di masa kini jika ada penjaja jual jagung pop corn tentunya pembaca blog boleh ingat dan lihat bagaimana proses pembuatan popcorn yang memang ia akan meletup dan mengembang bertalu-talu. Apa pun selalunya ciri-ciri letupan ketika menggoreng bertih adalah kecil dan halus sahaja dimana ini sesuai menggambarkan situasi yang tidak berapa gegak gempita. Merujuk kepada sumber dimana maksud peribahasa seperti bertih digoreng adalah 'percakapan yang petah' atau 'becakap tidak berhenti-henti' atau pun 'mengomel atau membebel' atau pun 'bunyi bising yang bertalu-talu'. Bagaimana pun untuk memahami peribahasa ini bolehlah terlebih dahulu mengenali apa itu bertih iaitu sesuatu bijirin yang kering seperti jagung dan beras yang meletup-letup dalam kuali semasa digoreng. Contoh ayat 'Hasan terpaksa melarikan diri ke kolam ikan untuk memancing kerana dia sudah tidak tahan apabila isterinya suka membebel seperti bertih goreng setiap kali mereka jumpa dirumah'. Artikel petang Isnin ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan bertih jagung dan popcorn yang berkait dengan peribahasa seperti bertih goreng dalam aspek teknologi pertanian untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.
Jagung popcorn ditanam untuk tujuan menghasilkan biji jagung yang mana ia mengandungi bahan kanji tinggi dan akan 'meletop' apabila dipanaskan dalam kuali. Kebanyakan makanan ringan atau snek biasa mengandungi banyak lemak, gula dan natrium dimana jika ada pengambilan terlalu banyak makanan ini didakwa boleh memudaratkan kesihatan. Oleh itu bagi penulis blog memilih makanan yang sihat untuk kudapan adalah sama penting dengan memilih makanan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.Oleh itu untuk mengelakkan berat badan bertambah kita elakkan makan snek. Jadikan kudapan sebahagian daripada amalan pemakanan keluarga setiap hari. Bekalkan snek yang sihat kepada anak anda untuk dibawa ke sekolah setiap hari dimana ini boleh mengurangkan kemungkinan mereka membeli snek yang tidak sihat daripada penjaja tepi jalan selepas waktu sekolah. Sebaiknya bawa snek sihat ke tempat kerja untuk mengelakkan kelaparan dan membekalkan tenaga apabila bekerja hingga lewat petang atau malam. Pastikan memilih snek yang rendah kalori. Kurangkan jenis makanan manis dan berlemak dan yang masin seperti kerepek kentang boleh menyahhidratkan anda. Makanan ini hendaklah diambil secara sederhana atau terhad. Tabiat makan snek atau kudapan untuk mengalas perut antara waktu makan sudah menjadi cara hidup masyarakat Malaysia di rumah, di tempat kerja dan sebelum tidur!. Hampir semua orang mengambil snek sekurang-kurangnya sekali sehari. Makanan snek yang sihat menambah serat dan nutrien ke dalam diet tanpa menambah kalori yang tidak diingini. Malah, ia boleh memberi tenaga sepanjang hari dan mengelakkan daripada makan berlebihan pada waktu makan. Kanak-kanak mendapat lebih manfaat daripada snek yang sihat, kerana mereka lazimnya tidak mendapat khasiat secukupnya daripada makanan yang diambil tiga kali sehari.
Peribahasa 'Seperti Bertih Goreng' sesuai dikaitkan bagaimana resepi untuk membuat bertih jagung sendiri dirumah. Antara bahan-bahan asas yang perlu disediakan adalah 1 sudu besar mentega2 sudu besar minyak masak, jagung kering secukupnya, garam secukup rasa, Tambah Karamel (pilihan optional), 1 sudu mentega atau margerin, 3 - 5 sudu besar gula pasir (ikut suka atau banyak mana pop corn yang ada), Serbuk Coklat (Optional) dan juga sebanyak 60 - 80 gram coklat bar (ikut suka banyaknya). Cara membuatnya dengan memanaskan mentega dan minyak dalam periuk yang ada tutup cermin (Sila lihat fotoo diatas). Disyorkan agar cara kawal api dimana pada mulanya guna api kuat untuk panas kan minyak dan butter dalam 2 minit lepas turunkan api sedikit demi sedikit. Proses seterusnya adalah memasukkan biji jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dengan jumlah minyak dan butter yang dah cair tadi. Pastikan kemudian kuali ditutup rapat. Sebaiknya ditunggu beberapa minit dan akan dengar bunyi "pop - pop" dengan kuat dan rancak. Bila bunyi sudah berhenti maka dengan cepat-cepat dikeluarkan pop corn tersebut dari kuali. Apa pun jagung popcorn boleh dapat penuh satu periuk Langkah terakhir adalah menaburkan garam secukupnya untuk tambah perisa tetapi kalau hendak buat karamel tidak payah tabur garam. Masukkan kedalam bekas dan sedia untuk dihidangkan. Bagi yang suka buat popcorn Karamel maka perlu dicairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat akan tetapi perlu berhati-hati kerana bahan karamel caie adalah panas boleh melecur kalau kena tangan. Bagi resepi membuat Popcorn Coklat pula dengan mencairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dengan semua popcorn yang sudah disalut karamel. Cara ini membolehkan ia menjadi caramel popcorn bersalut coklat yang enak dimakan suam panas. Semuga pembaca blog anim agro technology dapat fahami kaitan antara teknikal bertih jagung dengan peribahasa 'seperti bertih jagung' yang maksudnya sudah dijelaskan diatas. Wasallam!!!...
BERTIH BERAS.. JARANG DENGARNYA...
POPCORN.. DIJUAL DIMANA-MANA..
BUAT SENDIRI... MUDAH RESEPINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 321-322, The Upper House,
Bandar Baru Casia, Simpang Ampat,
Pulau Pinang,
Malaysia.
(29 Rejab 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.