Monday, February 6, 2023

FAKTA TENTANG LINTAH - APA DIA?

TEKNOLOGI TERNAKAN LINTAH
(Hirudo medicinalis) yang merupakan haiwan hidupan air yang sudah lama dikenali dan dipergunakan oleh orang Melayu Nusantara khususnya untuk meningkatkan daya seks lelaki kini sudah maju di negara kita. Lintah pada penulis blog merupakan haiwan yang menakutkan ramai kerana menghisap darah dan amat mengelikan juga, Haiwan yang tidak bertulang belakang ini termasuk dalam kumpulan cacing (Sila lihat foto diatas). Penulis blog yang beberapa kali kena gigit lintah sehingga kenyang dimana ia kemudian jatuh sendiri atau di buag memang ketakutan bila melihat darah yang keluar. Boleh dikatakan setiap tahun kira-kira 250,000 ekor lintah dilaporkan akan digunakan untuk tujuan rawatan mengatasi masalah pendarahan dan juga digunakan dalam pembedahan plastik di luar negara. Ada maklumat dimana jenis lintah Malaysia itu bukannya spesis Hirudo medicinalis tetapi Hirudinaria manillensis. Jenis lintan Hirudinaria manillensis juga dikenali dengan 'Lintah Kerbau; yang selalunya suka melekat dikerbau dikalangan penduduk terutama dikawasan sawah padi dan dikalangan masyarakat di Malaysia. Kaedah rawatan tradisional dengan kaedah menggunakan lintah ini adalah amalan dilakukan sejak abad pertengahan lagi. Pada masa itu lazimnya kalangan pesakit yang mengalami masalah pada sendi lutut akan merasa 'lebih selesa' apabila melekatkan lintah pada luka mereka selama beberapa minggu. Dalam dunia moden terkini dimana penulis blog dapat tahu yang lintah diakui sebagai pembantu kepada kesihatan manusia. Di kerongkong lintah atau ditempat hisapannya terdapat tiga rahang yang berbentuk seperti setengah gergaji yang dihiasi sampai sebanyak 100 gigi kecil. Lintah mengambil masa selama 30 minit untuk menyedut darah dan mampu untuk mendapatkan sebanyak 15 ml darah akan dihisapnya sehingga perutnya menjadi kembong. Darah tersebut sudah cukup untuk menampung hidupnya selama 6 bulan. Dalam perubatan tradisional dan moden kegunaan haiwan intah semakin diketahui umum dimana ia sudah boleh diterima ramai. Artikel petang Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa fakta menarik mengenai haiwan lintah yang ada diternak di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Kajian saintis mendapati dimana didalam air liur lintah mengandungi unsur bahan aktif yang dianggarkan mempunyai sebanyak 15 unsur iaitu di antaranya zat yang terkandung dalam putih telur iaitu “hirudin”. Bahan hirudin inilah yang bermanfaat untuk melicinkan perjalanan darah pesakit dan ia juga didakwa memang mengandung “penisilin”. Lintah juga digunakan sebagai ubat kepada penyakit skizofrenia atau depresi dimana ia juga untuk mampu untuk merangsang mata. Dalam pada itu ia mampu juga mengempiskan lidah yang bengkak dan dapat meringankan rasa sakit usus. Dalam satu laporan oleh pakar lintah iaitu 
Manfred Roth yang mengkaji sejak sepuluh tahun lalu menyatakan dia sebagai ahli zoology dimana lintah adalah sejenis haiwan sentiasa “haus” darah. Saintis ini juga adalah  menjadi pengelola dan satu-satunya pengimport lintah dari negara Jerman. Dia membiakan binatang ini pada bekas-bekas kaca dan juga ada memeliharanya diletakkan di antara tumbuhan air seperti bunga teratai di kolam berair jernih dengan pengawasan kebersihan yang rapi. Dilaporkan dimana ada sebanyak 19 kolam tempat pemeliharaan. Populasi lintahnya kini sebanyak 100,000 ekor dimana ia dihasilkan untuk dipasarkan kepada doktor, klinik dan tabib sebagai satu industri berjaya di Jerman. Dilaporkan juga dimana ada tabib khusus pada abad pertengahan di Jerman yang dianggap sebagai 'leechers'. Kalangan orang Teuton (Jerman kuno) ada menggambarkan dimana perkataan 'leech' dikatakan agak hampir sama dengan kata “penyembuh”. Bagaimana pun dixaman perubatan moden ini pengunaan lintah untuk perawatan beberapa penyakit tertentu sudah dimodenkan dan ada banyak penyelidikan sudah dijalankan.

Penulis blog juga ingin kongsikan perkara berkaitan beberapa f
akta berkaitan dengan Lintah. Lintah yang diternak di beberaoa negara terasuk Malaysia adalah dari jenis Lintah Perut Hijau dan Lintah Perut Perang. Bagaimana pun kalangan pengusaha mereka agak kurang mngenali akan kedua jenis intah ini dilapangan kecuali membuat  penelitian yang khusus. Di Malaysia dilaporkan dimana harga lintah dewasa hidup boleh mencecah antara RM40 - RM60 sekilogram mengikut saiz dan jenisnya.  Dalam pada itu dilaporkan dimana harga benih lintah untuk diternak dari pembekal tempatan pula kini boleh mencecah sehingga RM300 sekilogram. Dari beberapa laporan saintifik dimana darah belut menjadi makanan lintah yang paling direkomen. Hasil beberapa rujukkan penulis blog dapati dimana dimalprkan sebanyak 20 kilogram belut boleh menampung makanan lintah untuk tempoh enam bulan dan menghasilkan 100 kilogram lintah dewasa. Kajian ini sudah pun diamalka oleh beberapa penternak linath komersil. Dari segi perangai dimana selalunya lintah ini akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi. Penulis blog beberapa kali mengalami peristiwa digigit lintah dan disadari sudah kenyang dan melepaskan gigitannya apabila sudah kenyang. Kajian menyatakan dimana seekor lintah boleh menghisap darah lima kali berat badannya. Selalunya haiwan lintah boleh dikutip dengan cara pengumpul berdiri dalam tasik atau kolam dan apabila lintah melekat kepada pada kaki maka mereka akan mencabut dan disimpan dalam bakul

Dalam benyak penerangan dimana lintah kini adalah punca pendapatan kepada segolongan usahawan yang berjaya mengusahakan projek ternakan lintah. Model perniagaan lintah ini dilaporkan mampu memberi suatu pulangan yang lumayan apabila kena pada cara dalam penternakkannya. Dalam penternakkan lintah ini ingin ditekankan beberapa aspek penting yang perlu diambil oleh penternak lintah. Aspek tersebut adalah mengenai keperluan tanah dan iklim, aktibiti penyediaan tanah, menetukan kualiti air, pengurusan semasa penternakan, penjagaan dan pemakanan dan akhirnya adaah aktiviti pemasaran. Sering dilaporkan ada beberapa penternak yang kecewa setelah penat lelah menternak lintah tetapi gagal menjualnya dimana ia kerugian. Di Malaysia dimana telah dilaporkan spesis Hirudo medicinalis dan spesis Hirudinaria manillensis adalah spesis lintah daripada kumpulan Hirudin dan kedua-duanya diternak untuk rawtan perubatan (medicinal purpose). Bagaimana pun ada perbezaan antara spesis lintah  Hirudo medicinalis ini terdapat di Eropah dimana ia bersaiz kecil dan semakin pupus. Lintah spesis Hirudinaria manillensis atau Buffalo leech (Lintah Kerbau) merupakan jenis yang suka melekat pada kerbau. Selalu dikatakan dikalangan umum dan penternak lintah dimana mereka memanggilnya sebagai jenis lintah yang biasa diternak iaitu lintah hijau dan coklat. 
Lintah hijau lebih gemar diternak oleh pengusaha-pengusaha kerana faktor kualitinya yang lebih bermutu berbanding coklat. Risiko lintah untuk mati dan diserang penyakit amat kurang dilaporkan melainkan kawalan air yang tidak memuaskan, air masin dan jentik-jentik. Ada dua jenis lintah yang diternak iaitu lintah perut hijau dan perut perang yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kerana kedua-duanya mampu mencecah harga antara RM40 - RM60 satu kilogram mengikut saiz. Harga bagi induk boleh mencapai sekitar RM300 kg tidak termasuk kos penghantaran. Lintah semakin mendapat tempat dalam amalan perubatan moden kerana cecair hebat yang dikeluarkan daripada kelenjar liurnya ketika haiwan itu setelah menghisap darah didapati mampu menghalang darah pesakit daripada membeku. Dalam pada itu bahan Histamin pada lintah mampu membesarkan pembuluh darah dimana ini sekali gus melancarkan peredaran darah dan oksigen. Ternakan lintah tidak memerlukan kolam luas seperti ikan dan ia  sebaliknya memadai dengan kolam bersaiz 10 kaki lebar dan panjang 15 kaki. Dasar kolam pula perlu dihampar dengan plastik atau disimen dan dimasukkan pasir halus untuk haiwan itu bersembunyi. Plastik dan pasir diletakkan dalam kolam supaya lintah tidak hilang ketika waktu mengambilnya. Lintah mencapai tempoh matang ketika berusia empat hingga enam bulan dan ia akan mula bertelur.

Haiwan linyah ini bertelur dalam air dan seekor lintah boleh mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina. Lintah induk membawa anak daripada telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badannya. Kadangkala anaknya melekat di bawah badan induk. Telur yang terhasil akan terlekat pada objek di dalam air seperti tunggul kayu dan juga tumbuhan akuatik (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya adalah disyorkan dimana dalam kolam ternakan ada batu-bata yang disusun membentuk bulatan sebagai tempat mengumpul telur dan tempat berteduh dikala panas terik matahari. Haiwan ini menjadikan darah sebagai bahan makanan utama. Haiwan belut merupakan sumber makanan utama lintah. Sebanyak 2 kg belut cukup untuk keperluan 500- 600/ ekor lintah dalam masa seminggu dan selepas makan darah dengan kadar yang secukupnya maka lintah boleh hidup untuk beberapa bulan tanpa mendapatkan darah lagi. Pemberian sumber makanan yang banyak akan mempercepatkan lintah matang dan cepat bertelur. Pemasaran boleh dilakukan kepada pihak individu perseorangan atau mana-mana usahawan yang ingin cuba mendapatkan benih, induk dan sebagainya. Lintah boleh membesar 6 - 10 kali ganda saiz asalnya selepas menghisap darah dan induknya boleh menghasilkan 300 - 500 benih lintah sekali bertelur. Benih lintah di Malaysia pula berharga sekitar RM1.50 - RM1.80 seekor bergantung kepada saiz lintah tersebut. Selalunya isu bekalan benih sukar diperolehi terutama berikutan permintaan tinggi tetapi ia boleh didapati daripada pesawah-pesawah. Lintah kini menjadi ternakan komersial berikutan permintaan yang tinggi. Kebanyakan lintah yang diternak di negara ini dieksport dilaporkan akan keluar negara yang dikenal pasti sebagai pasaran berpotensi haiwan ini. Lintah kini pada pendapat penulis blog akan juga mengikut jejak lebah dan gamat yang mempunyai nilai komersial untuk dijadikan pelbagai produk berkaitan kesihatan dan bahan dalam kosmetik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. WasallaM!!!...
NAMANYA LINTAH... TAJUT DENGARNYA...
MENGHISAP DARAH... GELI DIBUATNYA...
KINI DITERNAK... KOMERSIL SKALANYA...
DUNIA PERUBATAN.. SUDAH MENGGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Kuala Lipis, 
Pahang,
Malaysia.
(26 Jamadilakhir 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.