Tuesday, January 3, 2023

TEMPAYAN DAN KEPENTINGANNYA

TEMPAYAN (Urn)
merupakan sejenis bekas yang diperbuat daripada tembikar. Bekas ini bermulut luas dan terdapat dalam pelbagai saiz dimana bergantung kepada pembutnya da kegunaannya ia kadang-kadang mempunyai ukiran dan ada yang tanpa ukiran. Bagi penulis blog dimana kehadiran tempayan ini sudah dikenali sejak kecil dikampong dahulu dimana setiap rumah boleh dikatakan mesti mempunyai tempayan untuk menadah air hujan kerana belum ada bekalan air paip di Muar Johor sekitar tahun 1960'an. Tempayan ini akan diletakkan dibawah pancuran atap rumah dimana dipasang zink untuk mengalirkan air terus masuk kedalam tempayan. Dalam pada itu akan ada tempayan diletakkan di tepi tangga rumah untuk airnya diceduk bagi mencuci kaki sebelum naik kerumah. Selain itu tempayan ini juga diletakkan dalam kebun pertanian guna menadah air untuk kegunaan menyiram tanaman tetapi pling penting adalah air tadahan hujan ini akan digunakan ketika menyembur racun rumpai dalam kebun. Dari segi sejarah dimana t
empayan ini adalah berasal dari negeri China walau pun kini ia dihasilkan dalam negara. Di China dahulu tempayan akan digunakan bagi menyimpan barangan, makanan, air dan sebagainya. Apabila barangan yang di dalamnya habis dijual kmuidan bekas ini turut dijual juga untuk kegunaan lain. Tempayan mempunyai pelbagai kegunaan diantaranya penggunaan untuk membuat ikan pekasam, menyimpan air basuh kaki, memeram air tapai, dan malah digunakan bagi menyimpan mayat di kalangan orang pribumi Borneo dan sebagainya. Kini penggunaan bekas tempayan ini diperluaskan dizaman moden seperti tempat unuk embakar roti temayan (roti nan), membakar ayam tempayan dan digunakan untuk membuat budu di Kelantan. Boleh dikatakan kehidupan masa dulu sebelum adanya eletrik, bekalan air bersih, peti ais, oven, freezer, rumah batu, kilng proses makanan dan utiliti lainnya peranan tempayan adalah signifikan. Artikel pagi Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan kepentingan tempayan sebagai benda yang penting dlam kehidupan sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.


Hampir semua bangsa didunia ini mempunyai peradapannya sendiri dimana mereka akan menyatakan ujudnya tempayan ini sebagai benda penting. Kepentingan tempayan sudah ada dilaporkan dari zaman Firaun dalam Mesir Kuno, Era Pra Sejarah dan di China dengan banyak bukti dalam akkeologi dijumpai. Penulis blog yang pernah ke muzeum kuno di Cairo, Eygpt selain dapat melihat mummy di pamerkan juga pelbagai barangan purba termasuk tempayan pada tahun 1996. Diperjelaskan dalam muzeum ini dimana s
truktur asas bagi dapur Mesir purba ini biasanya mempunyai sebuah dapur atau pembakar (oven) yang diperbuat daripada tanah liat dan dua jenis batu untuk mengisar bijirin. Dua batu ini dinamakan 'rehy' iaitu dua batu yang berat yang diletakkan di atas satu sama lain yang mana batu yang paling atas mempunyai lubang pula pada bahagian tengahnya berfungsi untuk mengisar bijirin bagi menghasilkan tepung untuk roti. Pada suatu sudut yang lain di ruang dapur ini pula terdapat suatu besen atau bekas khas untuk menguli tepung doh. Ruangan dapur Mesir purba ini juga mempunyai periuk dan kuali untuk memasak serta bekas (tempayan) simpanan air. Apa yang menarik mengenai masyarakat Mesir purba ini ialah mereka menggunakan tanah yang subur yang didapati pada tebing sungai Nil bagi tujuan untuk menghasilkan barangan tembikar untuk keperluan asas mereka. Malahan apa yang penulis blog dapati di muzeum ini dimaa apa yang paling utama adalah pembuatan tempayan atau tong daripada tanah liat yang berfungsi sebagai tempat penyimpanan cecair dan bahan makanan. Pelbagai jenis peralatan memasak dihasilkan sendiri diantaranya ialah periuk dengan dua pemegang untuk memasak, pinggan mangkuk, kuali, bakul untuk mengisi makanan serta pisau.

Kalangan masyarakat kita di Malaysia ada satu peribahasa yang ia berkaitaan tempayan yang menunjukkan bahawa tempayan ada kedudukan tersendiri didalam kehidupan masyarakat seharian. Penulis blog ada banyak kali mendengar dan membaca selain dari menyebutkan peribahasa menarik iaitu '
ibarat mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan'. Peribahasa ini juga bermaksud dimana berlaku senario dimana ada 'Seseorang yang mengharapkan akan keuntungan besar tetapi tidak tentu tetapi keuntungan kecil yang sudah pasti dilepaskan'. Sebagai contoh didalam mebuat ayat dimana ada seorang rakan yang bernama Husin dahulu semasa bertugas sebagai Ketua Kerani dipejabat sudah berhnti kerja sebelum dia ditawarkan pekerjaan baru di syarikat swasta yang menjanjikan gaji lebih baik tetpai akhirnya gagal mendapat jawatan tersebut tidak ubah ibarat mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan. Dalam sektor pertanian perkara seperti ini juga sering berlaku apabila seseorang petani mendengar bidangusaha baru yang baru diperkenalkan seterusnya membuang bidangusaha lama dan akhirnya mengalami kerugian. Mungkin ramai ingat kes Pak Man Telo, Skim Ternak Ikan Keli, Skim Tanam Asparagus, Skim Ternak Cacing, Skim Ternak Lintah, Skim Tanam Jatropa, Skim Tanam Pokok Sentang, Skim Tanam Pokok Guarana, Skim Tanam Pokok Noni dan banyak lagi. Penulis blog semasa bertugas di Pejabat Pertanian Segamat pernah melihat ramai petani yang menebag dudun mereka dan diggantikan dengan pokok sentang dimana beberapa tahun kemudian menjadi isu tempatan apabila pokok sentang tidak dapat dijual seperti harga ditawarkan semasa petani membeli benih. Masa itulah penulis blog masuk memeriksa kebun dimana ada terjumpa tempayan atau tong drum yang mana ia digunakan untuk mengumpulkan air bagi kegunaan semasa meracun rupai terutama dikawasan tanah berbukit.

Merujuk kepada tempayan di Borneo dimana mereka memanggilnya sebagai 'Tajau'  yang mana ia 
merupakan nama yang diberikan kepada sejenis bekas tempayan atau pun tembikar bersaiz sederhana atau besar yang diamalkan khususnya dalam budaya etnik-etnik Borneo iaitu Dayak. Bagi suku Dayak bahan tajau dijadikan barang pusaka yang digunakan untuk menyimpan barang berharga malahan ia mempunyai harga yang tinggi berbanding bentuk-bentuk seramik yang lain. Ini adalah kerana bahan yang digunakan dalam pembuatan tajau bukan hanya dari tanah liat semata-mata, tetapi juga dicampur dengan serbuk emas, batu intan atau benda berharga yang lain. Corak bentuk dan saiz tajau sangat berbagai-bagai. Ia mempunyai kisah asal-usul seperti anggaran tahun pembuatanya dan kualiti pembuatanya dimana ia perlu ada kepakaran khusus. Ia termasuklah bagaimana menilai dengan mengamati lukisan yang terdapat pada tajau tersebut seperti situasi tajau terdiri daripada dua jenis iaitu tajau lelaki dan tajau perempuan. Sementara itu untuk fungsi tajau sendiri digunakan sebagai barang adat pada acara meminangkan gadis, tempat menyuguhkan sesaji bagi para leluhur atau roh-roh suci. Juga ditemui bahawa tajau juga digunakan untuk menyimpan tulang mayat manusia yang telah meninggal. Begitu bernilainya tajau sehingga dijadikan bukan sahaja barang pusaka keluarga, bahkan umpama mata wang primitif khususnya dalam masyarakat Iban. Sebelum wujudnya undang-undang moden dilaporkan masyarakat Iban pernah menggunakan tajau sebagai pembayaran denda bagi kesalahan membunuh secara sengaja mahupun tidak sengaja kepada keluarga mangsa melalui adat pati' nyawa, atau menebus hamba orang lain untuk dijadikan ahli keluarga menerusi adat nembang ulun. Amalan untuk menyimpan dan mengangkut mayat dalam tajau sebenarnya tidak terhad kepada suku-suku Borneo, malah di Thailand dimana ada upacara pemakaman kerabat diraja menampilkan tajau berhias yang dipanggil phra kot yang terletak di dalam balairung istana untuk istiadat penghormatan terakhir, dan akhirnya dibawa berarak ke pancaka untuk majlis seperti semasa persemadian. Diharap artikel ini memberi info berguna mengenai kepentingan tempayan untuk dijadikan bahan rujukan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA TEMPAYAN... TAJAU PUN SAMA...
DIGUNAKAN... DARI SEJAK PURBAKALA...
BANYAK BENTUK... UKIRAN DINDINGNYA...
BACA ARTIKEL... SUDAH FAHAM SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 Jamadilakhir 1444H)
Bersamaan 2 Januari 2023.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.