Pada pengamat penulis blog mendapati penggunaan Traktor Mini menggunakan crawler yang membolehkannya bekerja diladang sawit di tanah gambut. Traktor mini ini juga berfungsi sebagai jentera alat angkut tandan kelapa sawit yang baru dituai untuk dikumpulkan di tempat pengumpulan hasil. Pembuatan alat ini yang bentuknya juga kecil menjadikan traktor mini ini lebih mudah untuk digunakan di atas tanah lembut. Walau pun saiznya yang kecil dimana secara teorinya akan menyebabkan kuantiti tandan kelapa sawit yang boleh diangkut juga sedikit tetapi dilaporkan boleh membawa lebih kurang 0.3 - 0.5 tan buah sawit. Ia adalah amat mudah membawa tandan sawit yang berat dengan traktor mini lebih kecil jika dibandingkan selalunya dimasukkan kedalam kereta sorong yang perlu ditolak ditanah gambut bagi kebanyakan pekebun kecil. Bagi estet sawit yang ada kawasan luas memang berbaloi menggunakan jentera ini yang juga sejenis alat yang ada daya angkutnya lebih besar dan mudah dioperasikan. Terdapat banyak model dan jenama dipasaran tempatan dengan spesifikasi dan harga yang berbagai. Ada yang menggunakan tayae biasa dan ada yang menggunakan tayar khusus untuk tanah gambut (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog pernah mengujicuba memandu trekter kecil ini semasa menjalankan latihan amali di estet sawit di Johor dahulu.
Dalam pada itu ada sejensi mesin yang dinamakan sebagai 'Alat Cantas Pelepah Sawit' eletrik yang dilaporkan ianya adalah merupakan salah satu teknologi yang kini melibatkan mekanisasi atau pengautomatan pertanian yang di aplikasikan dalam ladang kelapa sawit di Malaysia. Alat ini ada pelbagai model dimana ia dicipta dan ia merupakan pemotong sawit bermotor versi baharu yang digunakan untuk memotong tandan serta memangkas pelepah kelapa sawit. Aktiviti memotong pelepah kelapa sawit merupakan kerja rutin bagi membuang pelepah sawit agar kerja memotong tandan sawiy mudah dijalankan kelak. Salah satu model dipasaran seperta Model Alat Cantas Evo dimana ia menggunakan galah komposit yang lebih ringan dan juga ia mempunyai tahap getaran yang lebih rendah berbanding dengan beberapa model alat cantasan pelepah sawit dari versi lama. Model ini akan membolehkan pekerja ladang akan dapat bekerja dengan lebih lama kerana penggunaan alat yang ada teknologi dan kesannya ia kurang memenatkan. Alat Cantas Evo juga sesuai digunakan untuk pokok kelapa sawit yang berketinggian sehingga 7 meter berbanding dengan versi lama yang hanya 5 meter sahaja. Penelitian penulis blog semasa membuat lawatan ladang di Pahang mendapati teknologi yang melibatkan proses pengautomasian pertanian yang berjaya diaplikasikan di dalam ladang kelapa sawit menjimatkan kos buruh dan proses kerja lebih cepat. Walau pun apabila kos membelinya agak sedikit mahal akan tetapi kenerkesanannya amat signifikan untuk kerja-kerja membuang pelepah sawit diladang.
Dalam pada itu pengenalan alat mekanisasi ladang seperti Jentera Oil Palm Grabber yang merupakan satu inovasi efektif untuk ladang kelapa sawit. Jentera ini dicipta untuk memungut dan mengangkut tandan kelapa sawit yang jatuh di ladang. Dalam pemerhatian penulis blog mendapati dimana dengan penggunaan jentera ini dilaporkan ia telah dapat meningkatkan hasil pengeluaran dan juga menjimatkan kos pengeluaran diladang sawit dengan signifikan. Ada beberapa estet yang melaporkan dimana semenjak mereka memperkenalkan jentera grabber ini tahap kecekapan penuaian hasil dapat ditingkatkan dengan berjaya. Semasa pandemik covid-19 dilaporkan alat ini telah mendapat banyak sambutan kerana beberapa kebaikan yang diperolehi seperti penggunaan kuasa yang lebih cekap, penjimatan tenaga, penggunaan waktu yang cekap dan tepat, penjimatan kos pengeluaran serta sistem pentadbiran yang lebih baik. Walau pun ada isu kekurang pekerja disektor perladangan beberapa estet di Pahang apa yang penulis bloh membuat tinjauan sudah menggunakan mesin ini dengan efektif. Memang dilihat dimana jentera ini mampu mencapai pengeluaran hasil yang tinggi menerusi operasi yang lebih cekap dan menarik. Apa pun perlu ada sistem jalanladang yang baik, kerja untuk penyelenggaraan jentera dan juga pekerja ladang cekap untuk mengendalikan jentera ini.
Dalam pada itu terdapat teknologi keempat yang boleh diaplikasikan dalam ladang kelapa sawit atau nurseri kelapa sawit di Malaysia iaitu jentera Gerabak Motorsikal Kelapa Sawit. Penciptaan teknologi yang berasaskan mekanisasi dan pengautomatan pertanian ini telah memberi kelebihan dan impak positif terhadap kemajuan serta perkembangan industri kelapa sawit di Malaysia. Penulis blog dapati ada banyak model jentera ini dipasaran daripada model buatan tempatan sehingga kepada gerabak model import. Salah satu model tempatan yang dibuat oleh usahawan tempatan di Muar Johor sempat penulis blog kunjungi (Sila lihat foto disebelah). Inovasi gerabak motorsikal kelapa sawit ini dicipta bertujuan untuk memudahkan kerja mengangkut tandan kelapa sawit terutamanya di kawasan-kawasan yang sempit dan juga dikawasan tanah gambut. Selain daripada aktiviti mengangkut tandan sawit, gerabak tersebut digunakan untuk kerja-kerja meracun dan membaja di kawasan pertanian. Aktiviti untuk mencipta inovasi ini telah meringankan beban pekerja ladang kelapa sawit yang sebelum ini terdedah kepada kecederaan semasa menjalankan kerja-kerja di ladang kelapa sawit. Harga jentera ini mengikut model dan spesifikasi yang didapati setiap model yang berlainan. Penulis blog dapati dimana setiap jenis peralatan mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk tujuan bagi memudahkan pekerja kerana dan ia dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerja pekerja di samping menjimatkan masa. Penambahbaikan dalam pengoperasian mesin juga boleh meningkatkan penghasilan kuantiti minyak dimana ini seterusnya akan membantu mengurangkan kerugian. Sebagai maklumat tambahan dilaporkan menjelang 2050 dimana dunia memerlukan 156 juta tan minyak sawit mentah berbanding 65 juta tan yang dihasilkan pada 2020. Memandangkan terdapat batasan untuk memenuhi permintaan pasaran minyak sawit akibat had tanah dan kekurangan tenaga kerja maka penulis blog fikir adalah sangat penting bagi industri sawit untuk meningkatkan hasil melalui pemodenan penggunaan mesin dan alat teknologi automotif dengan lebih meluas. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
APLIKASI MESIN... KINI POPULAR CARANYA...
PELBAGAI INOVASI... KINI SUDAH DICIPTA...
MEMBACA ARTIKEL... MENDAPAT INFONYA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 RabiulAkhir 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.