Dalam penulis blog merujuk kepada beberapa laporan kajian yang dilakukan pakar di Malaysia dimana anai-anai jenis Coptotermis sp. adalah spesis yang paling biasa ditemui dan mengakibatkan kerosakan pada bangunan. Satu koloni anai-anai jenis ini dilaporkan memang boleh mencari makanan sejauh 100 meter jauhnya dari sekitar sarangnya. Spesis ini juga didakwa memang ianya boleh menyerang tingkat-tingkat bangunan yang paling tinggi. Dalam satu laporan media dinyatakan dimana pada tahun 2014 kes yang berlaku di Negeri Kedah dimana berlaku kejadian seorang lelaki telah mati setelah jatuh daripada lantai kayu yang telah dimakan anai-anai. Penulis blog juga pernah terbaca dimana dalam kes lain kematian mangsa yang dilaporkan pada tahun 2006 yang berlaku di Taman Bukit Beruang, Melaka (tidak jauh dari kediaman penulis blog) diaman apabila tangki air telah terjatuh daripada syiling rumah kerana kayu palang tangki yang menyokongnya telah dimakan oleh anai-anai. Dilaporkan dimana spesis dari genus anai-anai Coptotermis juga dikenali sebagai anai-anai yang paling banyak menyebabkan kerosakan di dalam sektor pertanian di Malaysia dengan merosakkan tanaman. Spesis ini biasanya menyerang pokok getah, pokok durian dan pokok mangga yang mana ia telah menyebabkan kerugian yang besar di dalam industri tersebut. Anai-anai ini pada kebiasaannya akan menyerang bahagian dalam isi kayu dan akan memakannya sebelum memakan bahagian luar. Pokok yang telah diserang akan mati dan tumbang. Memang berlaku agak mudah untuk mengenali pokok yang telah diserang oleh anai-anai iaitu selalu memeriksa dengan melihat daun yang baru tumbuh. Daun tersebut serta daun-daun yang lain akan kekuning-kuningan kerana tidak mendapat makanan dan air.
Semasa bertugas dan membuat tinjauan di kebun petani dulu ramai yang bertanya penulis blog persoalan bagaimanakah anai-anai menyerang?. Sekitar ladang durian di Raub, Gua Musang dan Segamat dilihat ada beberapa busut yang dijadikan sarang anai-anai yang mana lazimnya memudahkan serangan serangga tersebut. Para petani digalakkan sentiasa memeriksa kebunnya termasuk pemeriksaan keberadaan anai-anai sebelum usaha mengawl dijalankan. Dalam keadaan biasa dalam kawasan perumahan pula dimana biasanya anai-anai akan memasuki kawasan bangunan melalui retakan dalaman asas bangunan dan jurang di antara lantai dan dinding (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu rumah sewa penulis blog di Taman Peringgit Jaya dan Kuarters di Percint 11 Putrajaya pernah juga melihat bagaimana ada saluran elektrik serta paip air yang dipasang di dalam dinding dan juga saluran kabel telefon didapati kawasan yang merupakan tempat yang paling strategik bagi anai-anai untuk menembusi ke dalam bangunan. Biasanya apa yang berlaku adalah setelah anai-anai berjaya memasuki ke dalam bangunan maka waspada akan serangannya tidak akan disedari selama berbulan-bulan. Pengalaman penulis blog sendiri di Kuarters Putrajaya mendapati dimana kehebatan dan kepandaian anai-anai menyembunyikan kehadirannya menyebabkan gerobok kayu roboh dan banyak baju serta kertas habis dimakannya. Peliknya anai-anai hanya makan hanya sebelah dalam sahaja sedangkan dilihat dari luar memang tidak kelihatan akan kerisakan yang dilakukan. Dibahagian dapur pula akan kelihat juga saluran tiub lumpur dimana nai-anai bergerak di belakang struktur kayu sehingga populasinya membimbangkan.
Pada masa sama penulis blog sendiri sentiasa berfikir bagaimana cara paling berkesan, murah dan selamat untuk mengurangkan atau membasmi kehadiran anai-anai ini. Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana anai-anai terutamanya spesis subteranian merupakan anai-anai yang menjadi 'mimpi ngeri' bagi pemilik rumah (termasuk kuarters kerajaan) terutama di kawasan tropika seperti di Malaysia. Setiap tahun dilaporkan ada kalangan pemilik rumah akan membelanjakan beribu-ribu dan pihak swasta atau kerajaan menbelanjakan jutaan ringgit untuk menggantikan kerosakan dan juga kos pembaikan. Kejadian kes bangunan pejabat milik kerajaan yang roboh telah menjadi bukti dimana serangan anai-anai memang amat merbahaya dan juga merugikan (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya aktiviti penyelenggaraan bangunan adalah penting untuk menghapuskan dan mencegah keadaan yang kondusif untuk aktiviti anai-anai dalam atau di sekitar bangunan. Malah bangunan yang diselenggara dengan baik juga tidak terkecuali oleh serangan anai-anai subteranian. Seperti yang kita sedia maklum dimana dilaporkan kehebatan serangga anai-anai di Malaysia memang mampu bergerak dengan senyap untuk mencari makanan sejauh 100 meter daripada sarangnya. Sebaikny kerja pemeriksaan pada peringak awal daripada pemilik bangunan dan pengendali makhluk perosak secar rutin dan profesional adalah salah satu cara terbaik untuk ianya menjadi usaha dalam mengatasi masalah serangan anai-anai sebelum mereka merebak dan menyebabkan nilai kerosakan yang tinggi pada bangunan. Memang digalakan agar aktiviti pemeriksaan ini tidak hanya dilakukan pada setiap tahun akan tetapi sebaliknya ia haruslah dijadikan ia satu keperluan bagi melakukan pemeriksaan lebih kerap dengan usaha sendiri ketika menjalankan kerja-kerja rutin harian. Pemeriksaan yang terbaik bukan sahaja bagaiman cara melihat kehadiran anai-anai tetapi juga melihat keadaan perkara lain yang kondusif bagi aktivitinya. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.