Sunday, November 20, 2022

PISANG LEMAK MANIS DAN FAKTA

PISANG LEMAK MANIS (Musa spp,) merupakan sejenis pisang kegemaran penulis blog sejak dahulu dimakan segar dan ada membelinya setiap minggu. Pisang lemak manis ini ada pelbagai nama dan gelaran lain seperti Pisang Masak 40 hari, Pisang Boyan, Pisang Mantan, Pisang Bulin dan sebagainya. Bagaimana pun gerai yang ada menjual pisang jenis ini selalunya berada di kawasan kampung tradisional walau pun sesekali ada dijual di Pasar Tani tetapi amat jarang penulis bloh melihatnya dijua di pasaraya. Pada penulis blog sering mendapati pisang ini adalah bersaiz kecil seakan pisang Mas akan tetapi ia memang berbeza iaitu dari segi ketebalan kulitnya. Hebatnnya adalah pisang jenis ini sedap dan mengenyangkan serta berkhasiat untuk dimakan segar. Selain itu dalam banyak cara ada juga peminat pisang ini yang menggunakannya didalam masakan seperti dimasak sayur lemak cili api juga (yang mentah lagi). Namun selalunya jika buah pisang masak ranum memang ia dikatakan sedikit sukar untuk mengupasnya kerana kulit pisang ini melekat pada isi buah dan kulitnya nipis serta cepat koyak. Menyentuh mengenai pisang ini diberikan panggilan nama 'Pisang Masak 40 hari' sering menjadi persoalan. Penulis blog merujuk kepada tulisan blog Segelanya Tenteang Tumbuhan dimana beliau nyatakan ada terdapat 2 pendapat mengapa pisang ini dinamakan sebagai pisang 40 hari yang menarik dikongsikan. Menurut Fazlisyam (dulu staff saya) yang menulis dimana bagi pendapat pertama dimana ada dinyatakan memang benar pisang ini akan masak 40 hari selepas keluar jantung (itu paling unik dan perlukan kajian saintifik). Pendapat ke dua pula menyatakan pisang ini di namakan pisang 40 hari adalah kerana pisang ini sering di hidangkan dalam majlis jamuan tahlil selepas 40 hari arwah meninggal.  Bagaimana pun penulis blog lebih setuju dengan kenyataan yang pertama dimana pisang ini akan matang untuk dituai setelah selepas keluar jantungnya. Walau pun ia masih hijau akan tetapi akan masak berwarna kekuningan setelah 2-3 hari kemudian. Artikel pagi Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa fakta berkaitan Pisang Masak Lemak atau Pisang Masak 40 hari untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Pada penulis blog masih ramai kalangan pembaca yang masih 
mengangap bahawa pisang lemak manis adalah pisang empat puluh hari adalah varieti yang sama. Setakat ini pakar di Jabatan Pertanian Malaysia masih belum membuat kenyataan rasmi mengenai kedua jenis varieti ini secara lebih terperinci.  DIkalangan peminat termasuk penulis blog juga mendapati dimana sebenarnya kedua jenis pisang lemak manis dan pisang empat puluh hari adalah dari spesis yang berlainan. Jika diteliti dimana kedua-duanya berbeza dari segi rupa dan ketinggian pokok sebenar dan bentuk serta saiz buah juga memang agak berbeza. Pisang lemak manis kini semakin jarang dijumpai dan tidak ditanam secara komersial kerana hasil tuaiannya selalu sangat sedikit. Manakala pisang empat puluh hari pula biasanya dipanggil pisang boyan dikalang penduduk kampong saya di Gersik, Johor dimana secara fizikalnya dilihat pokok pisang boyan lazimnya adalah lebih rendah dimana apa yang penulis blog ingat semasa kecil dikampong dulu tandan buahnya boleh dicapai dengan tangan dimana selalunya hasilnya banyak dan lebih cepat dituai. Dikalangan penduduk kampong dimana selalunya kedua-dua jenis pisang ini banyak ditanam dikawasan keliling rumah atau didalam kebun dusun bercampur kerana ianya sangat mudah membiak dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Kalangan petani pisang komersial mereka tidak suka menanam pisang ini kerana hasilnya yang sedikit dan tidak ekonomik untuk dijadikan tanaman komersial. Buah pisang lemak manis adalah buah pisang yang terkecil dalam kategori buah pisang. Penulis blog selalunya boleh menghabiskan beberapa biji (4-6) pisang lemak manis dalam sekali makan. Sesuai dengan namanya lemak manis dimana penulis blog dapati buah pisang ini adalah diantara buah pisang yang paling sedap rasanya kerana mempunyai tekstur yang halus, sangat manis, lemak dan beraroma. Penulis blog juga pernah keliru untuk cuba membezakan di antara pisang lemak manis dan pisang 40 hari. Sebenarnya kedua-dua pisang ini adalah berbeza walaupun rupa buahnya seakan-akan sama. Perbezaannya yang nyata ialah buah pisang lemak manis berbentuk lebih bulat (berisi) manakala buah pisng 40 hari agak tirus. Apa pun lazimnya buah pisang lemak manis sesuai dimakan sebagai pencuci mulut atau dimakan sebelum makan nasi. Buah yang masak ranum boleh juga dibuat cekodok pisang atau lempeng pisang tetapi jarang-jarang dibuat pisang goreng. Jantung pisang lemak manis kurang sesuai dimakan kerana rasanya yang kelat. Daunnya pula penulis blog dapati ada yang menjadikannya sebagai pembungkus makanan seperti nasi lemak, tempe, kuih muih atau untuk membakar ikan.

Penulis blog pernah membuat sendiri makanan berasaskan Pisang Masak lemak ini sebagai Kueh Apam Pisang Lemak Manis yang enak. Makanan atau kuliner ini amat mudah disediakan dan murah bahan yang diperlukan. Apa yang penting adalah ia merupakan sejenis makanan yang berkhasiat dan boleh disediakan untuk sarapan pagi, minum petang serta pelbagai jenis jamuan dan majlis keramaian. Bahan yang diperlukan antaranya termasuk 
7 biji pisang lemak manis, 2 cawan tepong gandum, 1 cawan gula pasir, 2 biji telur ayam, 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil baking powder serta juga gunakan sedikit garam. Bagi memasaknya pertama sekali ambil pisang lemak manis dan buang kulitnya sebelum ianya dilenyekkan sehingga hancur didalam bekas menggunakan alatan sesuai. kemudian dimasukkan bahan soda dan dikacau sehingga rata dan sebati. Seterusnya dipechkan telur ayam dan gula kedalam bekas dan dikacau sehingga ia kembang. Kemudian dimasukkan tepong gandum dan baking powder dikacau sehingga sebati bersama adunan pisang yang telah dihancurkan tadi. Masukkan kedalam loyang dan dimasukkan kemudian untuk dikukus selama 45 - 50 minit. Selapas dikukus boleh dimatikan api dan disejukkan sebelum ianya dipotong dan dihidangkan. Ada yang memakannya dengan kelapa parut yag ditambah sedikit air garam.

Bagaimana pun banyak kali penulis blog ada memakan pisang lemak manis ini sebagai p
isang lemak manis goreng yang simpel sahaja kelihatannya akan tetapi enak rasanya (Sila lihat foto disebelah). Biasanya ia lebih lazat dimakan semasa suam panas sele[as digoreng. Resepi yang sama juga penulis blog menggunakan pisang nangka dan beberapa jenis pisang lain yang ada. Bagi menyediakan kuliner ini disediakan bahan terdiri daripada 1 kg pisang lemak manis, 1 sudu besar minyak sapi atau Majerin, 4 sudu kecil gula pasir, minat masak serta 1 helai daun pandan.  Bagi memasaknya diambil pisang masak lemak ini dan dibuang kulitnya dahulu. Kemudian diatas kuali dipnaskan minyak yang sebaiknya dicapur dengan minyak sapi atau majerin dan juga daun pandan untuk dapatkan aromanya. Setelah panas dimasukkan pisang kedalam kuali dan hadkan kepada 3-4 biji sahaja bertujaun untuk elakkan ia jadi pecah atau lembik. Setelah digoreng dengan warnanya jadi agak gelap maka boleh diangkat dan ditoskan sehingga sejuk. Kemudian ia boleh disusun dan ditabur dengan gula pasir diatasnya atau disapu dengan marjerin sehingga rata. Seterusnya boleh disusun diatas piring untuk dihidangkan dan dinikmati. Enak dimakan ketika suam panas dan jurang rasa enaknya apabila ia menjadi sejuk.

Agak berainan juga apabila penulis blog berkunjung ke Kelantan dimana ada resepi Pisang Goreng Lemak Manis Gaya Kelantan dapat dinikmati. Makanan kuih di Kelantan memang banyak yang manis-manis kebanyakannya untuk dimakan. Melihat kepada resepi ini diperlukan bahan terdiri daripada 1 sikat 
Pisang Lemak Manis, 7 sudu makan tepung beras, 1/3 sudu teh garam, minyak masak dan juga 1/3 sudu teh serbuk kunyit, sebanyak 2 sudu makan telur ayam ia sebaiknya gunakan bahagian telur putih sahaja agar menjadi lebih baik dan juga jangan lupa sebanyak 1/2 cawan kecil air sejuk. Cara untuk membuatnya adalah dengan membuang kulit pisang dan diketepikan Pada masa sama disatukan tepung beras, garam, serbuk kunyit, telur dan air ke dalam bekas. Kacau rata semua bahan tadi dimana periksa sebaiknya tekstur adunan tepung haruslah tidak terlalu pekat dan perlu sedikit cair. Masukkan semua pisang yang dibuang kulitnya kedalam bekas adunan. Sebaiknya jangan dipotong atau belah dua pisang lemak manis kerana saiznya memang sudah kecil. Sebaiknya dengan cara menggunakan penyepit diambil pisang tersebut dan diletallak kedalam kuai yang minyaknya sudah panas. Sebagai petua juga sebaiknya dimasukkan pisang satu persatu agar tidak melekat sambil merenjis adunan tepung yang melekat di pengepit. Rahsianya dimana renjisan tepung bertujaun untuk menghasilkan serdak rangup. Perlu juga dipisahkan terus pisang yang melekat antara satu sama lain dalam kuali. Selalu dibalik-balikkan supaya pisang masak sempurna. Apabila serdak tepung gorengan sudah berwarna kekuningan, angkat dan toskan minyaknya terlebih dulu. Jangan biar sampai hangit. Biasanya serdak akan lebih cepat garing berbanding pisang. Pisang goreng sudah kelihatan garing maka bolehlah angkat dan toskan minyaknya. Tips untuk menghasilkan pisang goreng yang cantik termasuk mempastikan sentiasa gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng. Hanya minyak betul-betul panas (bunyi berdesir semasa pisang dimasukkan dan sebaiknya kawalan api pada awalnya perlu kuat dan biar sederhana sehingga pisang masak. Semuga pembaca blog semua mendapat info berguna dari tulisan anim agro technology kali ini. Wasallam....
PISANG LEMAK MANIS... ADUH ENAKNYA...
RASANYA MANIS...MURAH HARGANYA....
DIMAKAN SEGAR... DI BUAT KUEH JUGA...
SANGAT BERKHASIAT... BELI SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 RabiulAkhir 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.