Thursday, November 10, 2022

KUIH TRADISIONAL MALAYSIA POPULAR (PART 5)

ADA BANYAK KUIH TRADISIONAL MALAYSIA
atau Kuih Tradisional Melayu yang sering di sediakan atau dijual untuk dinikmati oleh semua pembaca blog setiap masa. Pada penulis blog memang sering juga menikmati kuih mueh tradisional Melayu sama ada untuk sarapan pagi atau minum petang atau sering dihidangkan semasa bermesyuarat rasmi. Teringat dahulu dizaman kemelesetan ekonomi dimana ada arahan rasmi pihak kerajaan agar hanya diberikan dua (2) jenis kuih dan segelas air (lazimnya Teh-O atau Kopi-O) sahaja dibenarkan untuk jamuan semasa mesyuarat dijalankan. Seingat penulis blog antara yang paling lazim dihidangkan adalah kuih Karipap (epok-epok) dan juga kuih apam. Kalau hendak melihat kepelbagaian jenis kuih-kuih Melayu pastinya pembaca blog boleh berkunjung ke Bazaar-bazaar Ramadan seluruh negara saban tahun sehinggakan ada beratus-ratus jenis kuih-kuih tradisisonal yang selalunya tidak dijual pada bulan-bulan biasa. Kalangan rakyat Malaysia lazimnya makanan kuih-muih diambil tiada masa khusus untuk dihidangkan dimana memang ia boleh sahaja dijamu secara berkudapan tetapi ia lebih dinikmati pada waktu sarapan ataupun semasa minum petang bersama minuman panas seperti teh panas atau kopi panas. Ia juga dihidangkan semasa acara keramaian penting seperti hari raya mahupun majlis seperti perkahwinan, masjlis rasmi kerajaan serta jamuan hari kebesaran. Kuih tradisional Melayu ada beberapa kategori iaitu Kuih Basah dan Kuih Kering. Antara beberapa jenis kuih tradisional yang penulis blog ingat mengikut abjad adalah Kuih Agar-agar kering, Akok Berlauk, Apam hitam manis, Apit-apit, Asam gumpal, Bahulu, Batang buruk, Beluda, Bengkang berkuah, Bengkang gandum, Bengkang ubi, Bebola bijan, Kuih buah bidara, Kuih buah rotan, Kuih bunga tanjung, Kuih Cara berlauk, Kuih cucur badak, Kuih denderam, Kuih Loyang, Kuih gulung, Halwa maskat, Kuih hasidah, Kuih Isabella, Jala mas, Kuih jemput-jemput, Karipap, Kuih keria, Kuih keseri, Ketupat palas, Ketupat sotong, Kuih koci, Kuih Apam, Kuih apam tepung beras, Kuih bakar, Kuih bangkit, Kuih butir nangka, Kuih cara, Kuih cek mek molek, kuih gunting, Kuih Jeram-jeram, Kuih karas, Kuih kasturi, Kuih lopes, Kuih mas sejemput, Kuih nagasari, Kuih nekbat, Kuih pauh dilayang, Kuih peria, Kuih sepit, Kuih talam, Kuih lapis, Lemang, Lepat pisang, Kuih makmur, martabak, Kuih ocong-ocong, Pau (kuih), Kuih pengat, Pulut berinti, Pulut lepa, Pulut manis, Pulut panggang, Roti jala, Kuih serabai, Seri muka, kuih siput,Kuih sopang, Kuih tahi itik, Kuih Tat, Kuih Tat Nangka, Tat nanas, Tepek, Tepung bungkus, Kuih tepung gomok, Kuih tepung pasung, Kuih tiram, Wajik dan banyak lagi. Pada tengahmalam yang sunyi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa jenis kuih tradisional Melayu sekadar untuk mengenali dan resepi untuk membuatnya sebagai bahan rujukkan para pembaca blog semua.

Siapa yang tidak kenal dengan Kuih Seri Muka terutama mereka yang berasal dari negeri Johor. Ini kerana penulis blog juga amat suka kuih ini apabila berpeluang membuat ujirasa. Kuih berwarna hijau dibahagian atasnya yang manis dan warna putih dibahagian bawahnya yang lemak menjadikan sesiapa sahaja yang memakanya akan jadi berseri wajahnya!. Kuih ini sering ada dijual dipasar malam dan pasar FAMA apa lagi bila tiba bulan ramadan. Membuatnya sederhana susah kerana perlukan sedikit masa dan kelapangan menyediakannya. Lazimnya disediakan didalam loyang berukuran 10” x 10” (guna loyang bulat 10”) dengan bahan digunakan adalah 3.5 cawan beras pulut yang direndam 1-2 jam, 3 cawan santan iaitu dari 1 biji kelapa dan juga 1 sudu kecil garam. Bagi menyediakan untuk bahagian putih (bawah) mula-mula disatukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang. Kemudian ia boleh dikukus di dalam periuk pengukus yang telah mendidih airnya sehingga masak. Angkat dan ditekan tekankan dengan tangan sehingga sedikit mampat. Bila santan cukup biasanya adunan pulut tidak akan melekat dimana masih boleh guna loyang yang sama. bagi lapisan atas disediakan 4 cawan santan pekat iaitu dari 2 biji kelapa dikisar dengan air daun pandan, 2 cawan gula pasir, 4 biji telur iaitu saiz B, 1 cawan tepung gandum, 1 sudu kecil garam, 6 helai daun pandan yang perlu di kisar dengan 2 cawan air serta sedikit pewarna hijau. Bahahian hijau ini perlu mengisar daun pandan dengan 2 cawan air dan tapis airnya. Masukkan air daun pandan ke dalam kelapa parut dan blend untuk mendapatkan 4 cawan santan yang diperlukan dn dititiskan sedikit pewarna hijau. Kemudian ambil telur dan gula dipukul seketika agak agak gula hancur sedikit dimana tidak perlu hancur betul. Masukkan 2 cawan santan terlebih dulu dan di pukul lagi sebelum dimasukkan tepung dan kacau rata sebelum masukkan baki santan. Jangan pula terlebih pukul untuk menghasilkan permukaan kuih yang rata. Masukkan loyang lapisan bawah ke dalam pengukus dan kukus sehingga panas, baru ditapis adunan ke atasnya dengan perlahan lahan di sekeliling loyang. Kukus selama 45 minit sehingga 1 jam atau sehingga masak. Mula mula kukus dengan api kuat dalam 10 minit. Bila nampak permukaan menggelembung, buka penutup dulu untuk keluarkan wap sehingga dah turun, baru tutup semula. Untuk 5 minit terakhir bolehlah dibuka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih. Cucuk dengan lidi, jika tidak melekat menandakan lapisan atas telah masak. Setelah betul betul sejuk, baru dipotong dengan pisau bersaiz kecil. Sebagai tips mengukus pula ia boleh dimasak dulu seketika lapisan atas, agak agak ianya keluar wap sahaja dan kemudian digantikan 1 cawan santan dengan 1 cawan air panas mendidih. Boleh dibalut penutup pengukus dengan tuala atau kain tebal untuk mengelakkan air menitis di atas permukaan kuih. Pastikan penutup pengukus bertutup rapat. Kawal api biar sederhana sahaja dan jangan besar kerana kuih akan menggelembung dan tak cantik. Bagi petua memotong kuih ini dan mendapatkan potongan cantik perlu dipastikan kuih seri muka anda telah sejuk betul dan barulah dipotong. Celupkan pisau ke dalam air panas, lap dan potong. Sekiranya ada pulut melekat di pisau, bersihkan dulu. Celup pisau ke dalam air dan ulanglah sehingga selesai. Boleh juga gunakan pisau plastik atau pisau besi.

Kenalkan pembaca blog dengan sejenis kuih tradisional sebagai Kuih Getas?. Pada penulis blog mendengar namanya agak pelik tetapi bila lihat gambarnya tidak merasa pelik kerana banyak kali juga memakannya. Kuih ini ada sesekali penulis jumpa dijual di beberapa lokasi sebelum ini. Bagaimana pun kini sudah ada beberapa kali cuba membuat kuin ini dirumah semasa cucu datang berkunjung. Bahan membuat kuih getas ini terdiri daripada 2 cawan tepung pulut, 1 cawan tepung gandum, 1/2 biji kelapa parut putih, 1/2 sudu teh garam, sedikit air serta juga minyak untuk menggoreng. Cara membuatnya dengan mencampurkan ke semua bahan ke dalam bekas, tuang air sedikit-sedikit dan uli sampai tepung agak tidak melekat di jari. Kemudian dicubit adunan sebesar bola ping pong bulatkan dan kemudian dileperkan. Pada masa sama dipanaskan minyak dan goreng dengan api sederhana. Bagi proses untuk menyira pula disediakan bahan secawan gula, setengah cawan air dan 2 helai daun pandan disimpul. Caranya dengan memasukkan gula, air dan daun pandan masak dengan api sederhana sehingga berbuih dan dimasukkan kuih getas yang digoreng tadi dan kacau sampai gula bersakar. Sebagai petua untuk mrncantikkan sira gula boleh dimasukkan air dan gula dalam kuali hingga pekat dan menjadi seperti bertali sedikit guna api sederhana. Kemudian baru masukkan kuih dan kecilkan sedikit api hingga gula tadi kering. dan berbentuk hablur dan baru padamkan api.

P
aling popular didalam senarai kuih tradisional Melayu adalah Kuih Karipap atau Epok-epok (di Johor) kerana ia paling selalu dibuat dan juga paling lazim dijual dimana-mana sahaja. Kuih karipap ini sudah mencapai tahap antarabangsa apabila ia kini dijadikan satu produk makanan kegemaran ramai apabia berkunjung ke Kompleks IKEA yang memang raai berbaris membelinya. Penulis blog memang suka makan karipap semenjak kecil dulu sehingga sekarang. Apa lagi penulis blog memang suka membuat kuih karipap sendiri dirumah daan selalu ada stok simpanan kuih karipap sejukbeku yang dibuat sendiri dalam peti sejuk. Paling lazim yang penulis blog buat karipap adalah Karipap isi Kentang dan Karipap Isi Sardin. Dipasaran ada banyak jenis karipab boleh dinikmati seperti Karipap inti ikan, Karipap inti bawang karipap ini ayam dan yang paling viral saban tahun disosmed adalah 'Karipap Angin'. Istilah karipap angin ini diberikan kerana karipap tersebut dilihat kembong seolah-oleh penuh dengan ini tetapi alangkah malangnya apabila dimakan hanya angin sahaja didalamnya dengan jumlah inti yang sangat sedikit. Bergantung kepada jenis karipap yang hendak dibuat maka bahan untuk membuat intinya sahaja yang berlainan. Bahan-bahan bagi membuat inti kentang terdiri daripada 1 biji bawang besar (dicincang), 3 ulas bawawang putih (dicincang), 6 biji kentang(potong dadu), isi ayam, 3 sudu makan serbuk kari daging, 1 kiub ayam, air, garam dan gula secukup rasa. bagi bahan untuk kulit karipap pula terdiri dari cawan tepungg gandum, 1 senduk kecil marjerin (penuh) dengan 2 sudu makan minyak masak yang sudah di cairkan dan air. Cara membuat karipap perlu kesabaran dan kemahiran untuk membentuk kulitnya. Cara untuk Inti Kentang dengan cara merebus kentang sehingga 3/4 masak dan ditoskan. Tumis bahan cincang tersebut hingga wangi dan kemudian barulah dimasukkan pula bahan isi ayam, kentang serbuk kari daging, dan air dan dikacau rata sehingga sebati dan boleh dibiarkan sehingga pecah minyak dan ditutup. Periksa jika air agak kering boleh ditambah air lagi sehingga lembut semuanya. Kemudian boleh dimasukkan kiub perisa sehingga hancur dan juga bahan gula dan garam secukup rasa dan gaulkan sebati. Masak sehingga agak kering dan diangkat. Selalunya penu;is blog akan taburkan daun sup sebelum diangat kedalam bekas. Bagi emmbuat kulit karipap dimasukkan tepung gandum dalam bekas dian diuli dengan membuat lubang di tengah-tengah dan dituang sedikit marjerin yang di cairkan (panas-panas untuk medapatkan kulit yang rapuh). Gaul sebati dan boleh juga ditambah air kalau rasa kurang dan di uli sampai jadi doh (proses menguli sampai doj tidak melekat di tangan). Doh buat bulat kecil-kecil, gelek dengan alat penggelek nipis-nipis menggunakan doh roller. Letakkan sedikit inti di tengah dan kemudian dilipat kulit tepinya dan dibentuk bunga (klim). Boleh terus digoreng atau disimpan ditempat sejuk beku. Bagi menggoreng pastikan guna minyak baru digoreng sehingga cukup garing dan ia sedia di hidangkan. Artikel ini ditulis dalam 9 segmen iaitu Part 1 hingga Part 9 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info yang berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
KUIH TRADISIONAL... BANYAK NAMANYA...
BERATUS JENIS... ADA DIMANA SAJA....
BUAT SENDIRI... BELI PUN MUDAHNYA...
MEMBACA ARTIKEL... INGIN UJIRASA PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Safar 1444H).

Kemaskini pada 10 November 2022.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.