Thursday, November 24, 2022

BUAH KULIM - KENALI DIA

BUAH KULIM
merupakan sejenis buah yang dihasilkan daripada pokok Kulim (Scorodocarpus borneensis Becc.) yang selalunya tumbuh didalam hutan. Penulis blog ada beberapa kali melihat bagaimana buah kulim ini dijual di pasar minggu di Kedah dan Perlis dahulu. Bagaimana pub lazimnya pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Apa yang agak unik dimana buah pokok ini sering juga digunakan sebagai perencah masakan oleh Orang Asli Asli di kawasan Tapah, Perak dan Negeri Johor. Semasa bertugas di Daerah Mersing, Johor dahulu saya ada beberapa kali membuat tinjauan ke Kg Peta (Kg Orang Asli Jakun) untuk melihat sendiri bagaimana rupa pokok dan buahnya. Apa pun sudah dilaporkan selain sebagai perencah dimana pokok ini juga ada digunakan dalam perubatan tradisional bagi masyarakat suku kaum Jakun di kampong tersebut.Pokok Kulim ini lazimnya akan mengeluarkan buah selari dengan musim durian (serentak dengan durian gugur). Dalam beberapa rujukkan dilaporkan dimana asal usul nama buah ini dikatakan asal nama bandar Kulim di Kedah. Dari segi botani dimana pokok Kulim merupakan pokok malar hijau serdahana sehingga besar sehingga ketinggian 40 - 60) meter dimana dikesemua bahagian berbau bawang putih dengan batang berbentuk columnar serta pokok tanpa cabang sehingga ketinggian 25 meter. Pokoknya mempunyai batang bergarispusat sehingga 80 -150 cm yang tumbuh lurus walau pun ada kalanya ia juga memiliki banir kecil. Selalunya pokok kulim ini mempunyai benuk permukaan kulit pokok merekah cetek dan berkeping menjadi kepingan segi empat nipis yang berwarna kelabu-perang sehingga merah-perang. Pada bahagian dalam batang pokok kulim ini dilihat bergentian, berwarnamerah-keunguan dan juga dibahagian dalamnya ada tompokan kuning bata. Dari segi jesesuaian dimana pokok Kulim merupakan genus monotypic yang terdapat di Semenanjung Malaysia, Thailand, Sumatera dan Borneo. Ia tumbuh dengan baik dikawasan yang menerima banyak terdapat sehingga 600 - 900 mm. Ada laporan menyatakan di Semenanjung Malaysia pokok Kulim biasanya berbunga pada bulan Januari-Julai dan berbuah hampir sepanjang tahun. Dalam pada itu region di Borneo pila ia biasanya berbuah antara Jun-September. Pokok Kulim ini boleh membiak melalui biji benih yang tersebar secara liar. Biji benihnya menunjukkan kadar percambahan tinggi iaitu sekitar 70% dalam tempoh 11 - 32 bulan sahaja. Dalam pada itu dilaporkan buahnya mempunyai kadar percambahan 40% dalam tempoh 9-16 bulan. Dalam kes lain dilaporkan dimana bahagian tunggulnya mampu bertunas kembali untuk terus tumbuh menjadi anakpokok. Pokok ini mampu tumbuh dengan yang baik di tanah subur dimana ada pengairan yag baik. Bagi proses menyediakan benih sebaiknya ia boleh disimpan lama iaitu dengan keringkannya untuk sekitar 10 hari. Apa  yang unik mengenai buah kulim ini adalah ia memiliki 27,000 Hidrokarbon Wangian Polykitar ("polycyclic aromatic hydrocarbon - PAH") kering atau pyrenes/kg. Kajian menunjukkan dimana kemungkinan pengambilan pokok Kulim digunakan sebagai kayu balak dalam jangka masa pendek hadapan adalah rendah kerana ia mempunyai kadar dalam pertumbuhan perlahan atau lambat. Ada laporan dimana di Sarawak bahagian pucuknya dimakan sebagai ulam. Buahnya boleh di makan dan kadang-kala digunakan sebagai pengganti bawang putih. Buah dan rebusan kulit kadang kala digunakan bagi merawat keracunan ""antiaris"" (Antiaris toxicaria Lesch.). Apa pun dilaporkan juga dimana hasilan dari bahagian buahnya menunjukkan aktiviti antimicrobial. Kayu pokok Kulim digunakan bagi bahan pembinaan serdahana hingga berat dikawasan terlindung (alang, tiang, pintu, rangka tingkap, lantai, atap), pembinaan jambatan, pasak di kawasan air masin (dengan kulit dikekalkan), lunas kapal, tiang lombong, tiang eletrik, perkakasan ladang, dan lapik landasan kereta api sementara. Apa pun pokok Kulim menghasilkan kayu keras berat serdahana hingga berat dengan kepadatan isipadu 645-1080 kg/m pada kandungan kelembapan 15%. Artikel petang Rabu ini dalam blog "Anim agro Technology" saya gembira menyediakan artikel menganai pokok dan buah kulim untuk dijadikan bahan bacaan anda semua.

Mengenali Buah Kulim iaitu sejenis buah nadir yang mana dilaporkan ia adalah buah yang paling jarang ditemui. Apa pun semasa melihat youtube mengenai penjaja pasar malam atau pasar minggu di Kedah dan Perak dimana ada video yang menunjukkan buah kulim ini dijual dengan harga berpatutan. Buah ini sebenarnya hanya terdapat di dalam hutan dan dipercayai ia mula-mula dijumpai di Kulim, Kedah. Sempena dengan penemuan itulah maka didakwa dimana kemudian buah ini disebut sebagai 'Buah Kulim'. Ia juga ada yang menyebutnya sebagai 'Bawang Hutan' atau 'Jungle Garlic' kerana aromanya oleh penduduk tempatan. Buah kulim ini sederhana kecil saiznya iaitu diantara sebesar buah pinang dan sebesar penumbuk orang dewasa. Ia mempunyai lapisan luar bertempurung dan isirung yang padu didalamnya. Bau isinya seperti bau bawang putih dimana malahan ada yang kata ia lebih menyengat daripada bawang putih. Orang tempatan dahulu memang ada menggunakan buah ini sebagai perasa di dalam masakan dan kulitnya dijadikan sebagai bahan unik dalam memanggil ikan masuk ke dalam bubu (sejenis perangkap ikan). Apa pun pokok Kulim mungkin yang masih ramai tidak mengenalinya. Kemungkinan pokok ini ada ditanam dibeberapa Pusat Pertanian dan juga dalam Pusat Perhutanan yang sengaja di tanam untuk dijadikan pokok janaplasma.  Di pasar minggu hasil tinjauan harga buah kulim yang sudah dikeringkan diantara RM7.50 - RM15.00 untuk satu kilogram bergantung kepada kualiti dan musim. Uniknya jika sesiapa inginkan buah kulim ini dengan mudahnya boleh membeli melalui aplikasi Lazada dan Shopee juga.

Dalam penulis blog merujuk beberapa testimoni dikalangan orang lama dan orang asli dilaporkan dimana mereka ada yang memanggilnya sebagai 'Bawang hutan' atau jungle garlic dimana mereka selalu menggunakannya sebagai perisa untuk masakan. Semasa bertugas di Kg Orang Asli Peta, Mersing, Johor dahulu pun memang sudah membuat ujicuba memasak makanan kumpulan pegawai Pejabat Pertanian Daerah yang ke kampong ini dengan menggunakan buah kulim ini sekitar tahun 1998. Penulis blog masa itu dapati dimana baunya memang seperti bawang putih akan tetapi ia adalah jauh lebih perit dan menusuk hidung dengan lebih kuat lagi. Penulis blog ingat ketika berborak dengan To Batin dan Mat Perang masa itu bertanyakan mengenai khasiat dan kehebatan buah kulim ini. Seingat saya mereka dakwa dimana buah kulim ini mampu untuk melegakan gejala masuk angin seperti kembung perut, mual dan rasa tidak selesa. Mungkin ada betulnya kerana aroma yang kuat tersebut menyamai fungsi makan bawang putih masa kini. Mereka dakwa juga dimana buah kulim mampu mengatasi dan menjadi penawar untuk keracunan makanan. Buah ini yang dilaporkan bersifat anti mikrobe boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit yang terkait dengan jangkitan bakteria dan virus. Apa yang sehingga kini belum ada kajian dimana buah kulim didakwa mampu menjaga kesihatan jantung serta untuk mengelakkan diserang penyakit jantung dan stroke (Bagusnya jika penyelidikan secara saintifik dan klinikal dapat dilakukan). Buah kulim didakwa amat bermanfaat untuk melancarkan pengaliran darah serta berguna untuk mengelakkan tekanan. Ia yang mempunyai ciri anti piretik yang mampu menurunkan suhu badan ketika demam. Bagaimana pun tok batin menceritakan dimana bagi tujuan manfaat tersebut maka sebaiknya buah kulim segar hanya perlu direbus hingga mendidih dan amalkannya sebagai bahan minuman sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bagaimana pun disebabkan oleh baunya yang kuat dan memeritkan maka buah kulim bolehlah dicampur dengan bahan lain yang sesuai. Didakwa juga dimana buah kulim dipotong kecil dan diletakkan di keliling rumah juga dipercayai bermanfaat untuk menghindarkan ancaman serangga dan makhluk perosak seperti tikus, lipas, cicak dan sebagainya.

Dalam beberapa rujukkan ada beberapa produk buah kulim dipasaran dalam bentuk cecair, serbuk, kapsul dan sebagainya (Sila lihat foto disebelah). Kepada mereka yang masih belum mengenali apa itu buah kulim tentunya tidak berani membelinya. Buah kulim merupakan sejenis buah yang mana ia berasal dari keluarga Olacaceae. Laporan analisa menyatakan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam buah kulim masih kurang dibuat kajian yang menyatakan dengan dengan spesifik kandungan makronutrisi dan mikronutrisi yang terdapat di dalamnya. Apa pun laporan oleh Jabatan Agrikultur dan Sains Makanan di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak sudah mempunyai laporan tersebut untuk dijadikan rujukkan seperti dilaporkan. Antara bahan di daun pokok kulim adalah unsur Kalium (918.8mg), Kalsium  (241.41mg), Fosforus (343.86mg), Magnesium (91.1mg), Ferum (2.67mg) dan juga bahan Zink (1.41mg). Laporan lain dinyatakan dimana komponen berkhasiat fitokimia yang terdapat di pada pokok buah kulim adalah flavonoid, tanin, glycoside cyanogenetic, asid lemak polyacetylene dan bahan polisulfida. Selain itu juga dilaporkan buah kulim turut terkenal dengan kandungan sulfurnya yang dapat mencegah aktivit organisma vektor dan menghalang agregrasi platelet. Ekstrak metanolik kulit pokok, daun dan buah pokok kulim turut mempunyai komponen yang bersifat antibakteria. Ia adalah bersifat antioksidan dimana terdapat tekanan oksidannya sering kali disebabkan oleh radikal bebas dan boleh menyebabkan kerosakkan pada sel. Antioksida adalah salah satu komponen yang dapat bantu mencegah tindak balas tekanan oksida daripada berlaku.  Aktiviti anti oksida ditemui paling tinggi pada bahagian daun, diikuti kulit batang dan buah kulim. Kajian turut menemui bahawa kesemua ekstrak metanoliknya mempunyai sifat antioksida. Buah kulim juga mempunyai sifat antimikrob di mana adanya ekstrak metanolnya juga turut ditemui memainkan peranan yang penting di dalam mencegah aktivit bakteria MRSA. Ianya turut dapat menyekat perkembangan patogen termasuk Salmonella typhi dan Candida albicans. Dilaporkan juga buah kulim membantu merawat masaalah ketidakhadaman. Ketidakhadaman ditafsirkan sebagai ketidakselesaan atau merasa sakit pada bahagian atas abdomen dan sering terjadi selepas makan atau minum. Antara simptom ketidakhadaman adalah merasa kembung perut. Secara tradisionalnya, buah kulim sering digunakan untuk merawat ketidakhadaman dan ketidakselesaan.

Ada juga testimoni dimana buah kulim akan menambahkan rasa dalam masakan. Apa pun dilaporkan dimana sekarang ini agak  jarang sekali untuk pembaca blog menemui penggunaan buah kulim secara meluas. Tahukah pembaca semua bahawa buah kulim turut digunakan di dalam masakan untuk menggantikan rasa bawang putih? Antara bahagian yang digunakan untuk fungsi ini adalah biji buah kulim. Memang aroma dan rasanya adalah sama dengan bawang putih malahan ia lebih kuat lagi. Buah kulim juga sesuai dijadikan sebagai ulam-ulaman. Apa pun selain dijadikan perasa di dalam masakan dimana bahagian daun turut dikatakan diambil sebagai ulam-ulaman. Selain itu, daunnya turut ditambahkan ke dalam masakan di mana ianya di dipotong, dibasuh dan dimasak bersama pes udang. Buah kulim juga adalah bersifat anti vektor. Vektor adalah agen yang memindahkan atau membawa mana-mana patogen berjangkit ke dalam organisma hidup yang lain. Kandungan sulfur di dalam pokok buah kulim yang tinggi dikatakan dapat mencegah aktiviti vektor seperti nyamuk malaria. Paling unik didakwa dimana buah kulim mampu merawat demam. Dalam pada itu diantara kegunaan buah kulim secara tradisional yang lain adalah dapat merawat demam. Dipercayai bahawa air rebusan akar pokok buah kulim dapat digunakan untuk menurunkan suhu badan dan merawat demam. Buah ini juga mampu mengelakkan kes kembung perut bayi. Kembung perut dikalangan bayi bukanlah sesuatu yang asing lagi terutamanya bagi bayi yang berusia kurang dari 6 bulan. Kajian yang dijalankan di Indonesia menyatakan bahawa buah kulim digunakan secara tradisional untuk mengelakkan kejadian kembung perut di kalangan bayi. Caranya adalah dengan membaluti perut bayi dengah buah kulim yang digiling dan dicampurkan dengan air. Khasiat buah kulim seterusnya adlah ia mampu menghalang agregrasi platelet. Agregrasi platelet adalah kemampuan darah untuk membeku atau bergumpal. Proses ini adalah penting dimana di dalam perawatan dan pemulihan luka namun keadaan hiperagregrasi atau darah yang mudah bergumpal dapat membahayakan kesihatan. Satu kajian terhadap haiwan mendapati bahawa kandungan sulfur di dalam buah kulim dapat menghalang agregrasi platelet. Ia juga mampu mencegah pembiakkan kulat dimana hasil kajian telah mencatatkan bahawa kandungan methylthiomethyl disulfie I dan methylthiomethyl disulfie II yang berpotensi untuk mencegah pembiakkan kulat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH KULIM... BUAH NADIR DIA...
POKOK TINGGI... BUAH BERGUNA...
DALAM MASAKAN... TAMBAH RASA...
PERLU KAJIAN... SEHINGGA JAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 RabiulAkhir 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.