Friday, October 28, 2022

PENOREH GETAH YANG TERTEKAN

TANAMAN GETAH (Hevea brazilliensis) di Malaysia masih lagi merupakan industri yang memang penting selepas dari industri tanaman Kelapa Sawit. Sejarah getah di Malaysia bermula apabila pada tahun 1870'an dimana sebanyak 70,000 biji benih dibawa dari Brazil. Ianya dibawa ke London dan bakinya dibawa ke Ceylon dan akhirnya ke Malaysia (pada ketika itu dikenali sebagai Malaya) serta kawasan Asia Tenggara lain. Penanaman pokok getah berkembang dengan pesat dimana sejumlah besar kawasan hutan ditebang untuk penanaman pokok getah. Keadaan ini berterusan sehingga menjadikan negara Malaysia sebagai diantara kawasan penanaman pokok getah terpenting di dunia. Industri getah memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Sumbangan yang tinggi dalam industri ini memberi kesan kepada perubahan landskap serta corak pertumbuhan ekonomi Malaysia masa itu. Meskipun begitu dimana selepas peralihan fokus ekonomi daripada sektor primer kepada orientasi eksport terutama dalam aktiviti pembuatan, transformasi struktural ini memberi kesan terhadap sektor pertanian termasuklah industri getah. Daripada menjadi pengeluar utama getah asli di dunia pada tahun 1970an sehingga 1980an, Malaysia telah kehilangan kedudukannya dan jatuh dibawah kepada negara jiran yang turut merupakan pesaing pengeluaran getah asli iaitu Thailand dan juga Indonesia. Semenjak dari itu dilaporkan dimana tahap pengeluaran getah negara dilihat lebih kepada corak yang semakin berkurangan. Namun begitu aktiviti pengeluaran getah asli kekal sebagai salah satu komponen dalam ekonomi. Hasil dari perkembangan proses perindustrian maka terkini pengeluaran getah mendapat peranan baru iaitu sebagai menawarkan bahan mentah untuk pengeluaran produk berasaskan getah serta kayu getah. Apa pun pada penulis blog dimana secara ringkasnya, keluasan penanaman pokok getah telah berkurang sebanyak 28.1% daripada tahun 2000 hingga tahun 2010 atau daripada 1.43 juta hektar kepada 1.03 juta hektar. Penurunan yang lebih signifikan ini dilihat dalam sektor ladang atau estet dengan kadar pengurangan sebanyak 49.67 peratus menjadikan keluasan bagi tanaman getah ladang atau estet pada tahun 2010 sahaja dilihat pada paras 61,100 hektar berbanding pada tahun 2000 iaitu pada paras 123,780 hektar. Namun begitu masih tetap berlaku peningkatan eksport getah Malaysia iaitu sebanyak 22.54 peratus daripada 548,235 tan pada tahun 2000 kepada 707,793 tan pada tahun 2010 (Sumber: Lembaga Getah Malaysia, 2011). Penurunan keluasan penanaman pokok getah adalah disebabkan berlakunya minat yang tinggi iaitu dikalangan pekebun kecil dan estet terhadap sektor kelapa sawit yang dianggap memberi pulangan lumayan serta harga pasaran yang tinggi. Keadaan ini secara langsung memberi kesan keatas jumlah keluasan tanah sebelumnya ditanam dengan pokok getah telah beralih kepada aktiviti penanaman kelapa sawit apabila pokok getah dilaporkan mencapai tahap kematangan atau dikategorikan sebagai 'pokok tua'. Artikel pada subuh Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai nasib penoreh getah yang semakin tertekan dalam industri ini untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Menarik laporan dari melakaharini.my dengan tajuk 'Rintihan si penoreh getah' yang wajar dijadikan bahan bacaan semua pembaca blog. Kisah dari Air Limau, Melaka ini telah menyatakan dimana akibat dari ketidaktentuan harga getah di pasaran yang disifatkan masih di tahap rendah menjadi dilema buat para penoreh di negeri ini yang tersepit susulan kejatuhan ekonomi negara terutama dalam musim COVID-19 dan era endemik yang melanda dunia. Bagi seorang penoreh dari Kampung Ramuan China Besar, Raub Maakhir (60 tahun) yang ditemui dikebunnya mengakui hilang motivasi untuk keluar bekerja ekoran harga getah yang tidak menunjukkan peningkatan ketara sehingga masa kini. Bagaimana pun disebabkan keluarga dan anak-anak maka dia tetap menggagahkan diri keluar sejak awal pagi dengan bersenjatakan sebilah pisau dan ubat nyamuk meskipun mengetahui pendapatan yang bakal diperolehi tidaklah seberapa. Kalau sebelum ini harga getah memang sangat rendah dimana boleh dikatakan sekilo berada di paras RM1.90 dan ada masanya mencecah RM2.00. Kini barulah dapat harga getah mencapai RM2.50 sekilogram dimana itu pun harganya bila-bila masa boleh berubah. kalau hendah ubah kerja dikampong kampung, apa boleh buat? dimana kalau tidak menoreh bagaimana untuk menyaara keluarga yang membuatkan dia 'tertekan'. Maka dia terima hakikat dimana kalau hanya dapat sikit maka makanlah sikit kata orang. Kini walaupun kehidupan pada keluarganya seakan seperti kais pagi makan pagi dimana ini sahajalah kerja yang boleh dia buat. Memang ramai kata kerja yang dia buat sudah tidak lagi sepadan dengan harga yang kita dapat akan tetapi jika hendak hidup tetap kena terima sahaja. Dia bagaimanapun mengakui pihak kerajaan turut menghulurkan bantuan melalui Lembaga Getah Malaysia yang memberikan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan RISDA yang memberikan bantuan musim tengkujuh. Bantuan itu masih lagi belum mencukupi memandang kos sara hidup yang semakin tinggi dari tahun ke tahun. Dia masih berharap harga getah ini dapatlah dinaikkan kerana ia akan membantu ekonominya. Dia juga sedsr dimana masih ramai kalangan rakan-rakan penoreh getah diseluruh negara (mungkin dinegara yang ada tanaman getah didunia) yang tertekan dengan situasi sukar sepertinya. 

Dalam pada itu rakannya iaitu seora
ng lagi penoreh di Kampung Solok Batang Tua, Masjid Tanah, Melaka iaitu G. Tamilselvi (51 tahun) dari sumber sama menyatakan dia memperolehi pendapatan sekitar RM600 sebulan sebagai seorang penoreh getah.  Dia yang sudah menoreh selama lebih 30 tahun mengakui pendapatan sebagai penoreh tidak padan dengan keringat yang dicurahkan selama ini. Apa pun jumlah pendapatan yang diperoleh sebagai penoreh dalam tempoh sebulan hanyalah sekitar RM600 sahaja yang mana itulah yang digunakan untuk menyara hidupnya sekeluarganya selama ini. Harga getah dakwanya memang rendah. Kalau ikutkan memang tidak berbaloi dengan harga diana walau pun agak penat akan tetapi harga yang ditetapkan tidak betul. Apa pun disebabkan perlu makan dan mahu menyuapkan sesuatu dalam mulut maka walau tertekan mahu atau tidak dia kena terima sahaja kerja sebagai penoreh getah. Dia juga mengakui apabila pendapatan yang tidak menentu membuatkan ramai orang lain juga sepertinya kini mula beralih kepada bidang-bidang lain. Seorang penoreh getah dari kampong sama bernama Azmi Abdul Manan (51 tahun) pula dilaporkan ada mendakwa iaitu disebabkan pendapatan bulanan yang rendah maka dia terpaksa juga mengusahakan tanaman-tanaman lain seperti sawit dan lain-lain untuk dapat menyara hidup keluarga dan lima orang anaknya yang masih bersekolah. Dalam keadaan sekarang apabila harga getah tidak menentu memang terjejas jugalah dari segi perbelanjaan harian. Kalau harga getah tinggi barulah semua penoreh ada semangat untuk keluar menoreh. Dakwanya kalau harga jatuh seperti sebelum ini maka baginya memang sukar baginya untuk menyara keluarganya dan dia memang amat sering rasa 'tertekan'. Dia sebagai penoreh dia sangat berharap kerajaan agar dapat mengawal harga bagi memudahkan nasib orang-orang kampung yang bergantung harap kepada pendapatan ini untuk menyara keluarga.

Portal utusan.com.my dalam satu laporan bertajuk '
Kalau Hujan Tak Tahu Nak Bagi Anak Isteri Makan Apa dimana sudah 9 Tahun, Harga Getah Tak Pernαh Naik' amat menyentuh perasaan penulis blog. Begitulah keluhan seorang pe­noreh getah Orang Asli di Langkap, Perak iaitu Seman Chuon (51 tahun) yang dilaporkan media dimana apabila setiap kali hujan dia memang ti­dak dapat mencari rezeki dise­babkan pokok getah basah. Perkara ini juga yang merupakan diantara kesu­karan yang dihadapinya sebagai penoreh selain berdepan harga getah yang tidak pernah naik sudah menjadi tekanan dalam hidupnya di kampung tersebut. Dakwa beliau dimana dengan harga getah sekerap hanya RM2.50 sekilogram maka dia sering memikirkan apa yang hendak diberi makan kepada anak isterinya sedangkan harga bahan asas makanan dan keperluan harian terus naik. Dia yang mana ada mempunyai kebun getah seluas dua hektar namun dikongsi perlu pula dikongsi dengan lima beradiknya yang lain. Dia dakwa dengan harga getah beku RM2.80 sekilogram dan juga kadar harga getah kering RM3.60 sekilogram manakala harga getah susu RM3 sekilogram dan RM5 sekilogram kini masih terus ianya membelenggu pendapatannya sebagai kerja penoreh getah. Sepanjang tahun 2021 dan 2022 pula dia dakwa memang lebih banyak tidak menoreh kerana memang kadar curahan hujan yang amat kerap berlaku (Kesan La Nina). Harga getah tidak banyak berubah sejak dia mula menoreh sembilan tahun lalu seakan seperti tidak berbaloi lagi menoreh getah sebagai sumber pendapatannya dan penoreh getah lain. Setiap hari dia akan keluar dari rumah seawal pukul 5 pagi untuk pergi menoreh dan selesai pada pukul 11 pagi dan selalu berjaya menghasilkan kira-kira 50 kilogram getah. Dia menambah fakta apabila selama enam jam di kebun getah dimana setelah ditolak semua seperti kandungan air dalam getah dan hasilnya dibahagi sama rata dengan adik-beradik yang lain akhirnya dia cuma dapat kira-kira RM40 sehari sahaja. Kalau hanya cuma RM40 sahaja dia dakwa macam mana hendak beri anak isteri makan dimana keadaan menjadi lebih buruk apabila hujan berterusan kerana tidak boleh menoreh dimana ini sudah tentu membimbangkan dan memberi tekanan kepadanya. Sebagai penoreh dimana nasibnya seakan memang tidak nampak ada perubahan terutama bila harga getah sudah lama tidak pernah naik sedangkan kos hidup terus naik. Seman me­rayu kerajaan mengkaji jalan agar harga getah dinaikkan. Apa pun dia ada mendakwa keadaan itu su­dah berlarutan sejak sekian lama tanpa ada pembelaan untuk golongan sepertinya. Kini sudah sembilan tahun harga getah tidak naik yang mana isu ini telah menyebabkan kehidupan penoreh getah sepertinya sudah semakin terhimpit. Apa pun untuk menambahkan lagi sumber pendapatan dimana dia ada menanam pokok kopi di celah-celah pokok getahnya sebagai satu usaha. Dia juga turut menyatakan kebimbangan kerana pokok getah di kebunnya semakin tua dan hasilnya kini semakin berkurangan. Rasa tertekan ini pada fikirannya entah bila akan berakhir. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NASIB PENOREH... BAGAIMANA...
HARGA RENDAH... HUJAN PULA...
MEREKA TERTEKAN...DIBICARA...
PERANAN SEMUA... DIAMBILKIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(18 Safar 1444H).
Posted from Room 620,
Impiana Hotel, Senai, Johor Bahru.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.