Sejak negara mencapai kemerdekaan di Malaysia dimana sektor pertanian adalah antara sektor penting dalam peranannya untuk menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Apa pun terkini negra sudah berubah dimana penulis blog dapati peratusan sumbangan sektor itu kepada ekonomi negara semakin berkurangan sejak beberapa dekad lalu disebabkan oleh perkembangan sektor industri dan sektor perkhidmatan. Namun begitu dilihst sektor pertanian adalah sentiasa dilihat penting kerana ia dapat mengurangkan isu dan masalah struktur ekonomi seperti isu pengangguran, isu sekuriti makanan dan juga paras kemiskinan. Panulis blog juga dapati dimana apa yang berlaku di kebanyakan negara dimana trend sektor pertanian seringkali dimonopoli oleh pihak atau golongan berumur dan berkemahiran rendah termasuk juga keadaannya di Malaysia dan beberapa lagi negara-negara membangun lain. Keadaan yang berlaku adalah dimana sebilangan golongan belia menganggap sektor ini sebagai kerjaya picisan dan kurang glamor kerana sejak kecil lagi mereka dituntut untuk bekerja dalam bidang profesional. Keadaan ini agak berlainan dengan apa yang berlaku di negara maju dimana ramai lagi golongan muda yang profesional menceburi bidang sektor pertanian dalan pelbagai didiplin. Petsni muda di Jepun, Korea Selatsn dan di Eropsh kini lebih berjaya apabila menceburi bidang pertanian. Mereka menggunsksn teknologi moden dengan pelbagai pendekatsn mesin, peralatan, ICT dan sistem komunikasi yang canggih dizaman ini. Selain itu pernah dilaporkan di Malaysia dimana ada dakwaan yang mana sebilangan belia juga kini sudah tidak berpeluang untuk melibatkan diri dalam sektor ekonomi ini kerana menghadapi masalah pemilikan tanah dan jugs isu kekurangan modal untuk memulakan aktiviti pertanian. Paling ketara di Malaysia dimana kekurangan tenega pekerja dimana masih berlaku kbergantungan yang hebat daripada pekerja asing untuk bekerja.
Penulis blog menilai juga situasi dimana masih berlaku lagi masaalah kekurangan akses tanah dan infrastruktur atau pun kemudahan prasarana kawasan pertanian di Malaysia. Apa pun golongan muda di Malaysia sebenarnya boleh cuba untuk mengatasi jika seseorang itu berhasrat menjadi petani moden dengan mrndeksti pelbagai program, bantuan dan juga aspek khidmat kepakaran teknikal daripada beberapa sumber. Ia ada disediakan oleh pihak kerajaan yang berkait dengan pelbagai program dan projek atau juga oleh pihak swasta yang sedia ada di negara ini. Bukan sukar untuk mendapatkan informasi mengenai perkara ini di zaman ICT dan zaman telekomunikasi yang canggih sekarang. Tawaran golongan muda untuk menjadi petaani moden di Malaysia ada disediakan daripada kurusu pendek, kurses jangka sederhana, kursus jangkapang di peringkat sijil, diploma, ijazah, PhD sama ada didalam atau di luar negara. Mereka akan didedahkan dengan pelbagai latihan teori dan hands-on atau praktikal bagaimana untuk menjadi petani moden. Jabatan Pertanian Malaysia contohnya ada beberapa Institut Pertanian yang menawarkan kursus peringkat Sijil dan Diploma dengan percuma kepada peserta dibeberapa institut (Sila lihat foto disebelah). Lebih menarik lagi apabila ada tawaran untuk menyediakan modal memalui bantuan grant atau pun pinjaman melalui pelbagai institusi dan pakej rangsangan. Kini dengan adanya pelbagai kaedah dan teknologi pertanian yang moden sepatutnya lebih ramai golongan petani akan menukar kaedah pertanian mereka kepada amalan pertanian moden di Malaysia. Aktiviti pertanian moden sekarang tidak semestinya memerlukan kawasan tanah yang luas mahupun tenaga buruh yang ramai. Sebagai contoh dimana kini tersedia teknik pertanian susun-tindih (vertical technology) serta teknologi hidroponik yang mana ia hanya memerlukan kawasan tanah yang minimum berbanding teknik pertanian konvensional. Kini sudah ada 'vegetable factory', tanaman fertigasi bertingkat, teknologi fertigasi gantung, teknik tanaman NFT, Pertanian Organik dan sebagainya yang mampu memberikan pulangan baik kepada petani moden.
Secara teorinya sebaiknya kalangan petani moden adalah kebiasaannya boleh adalah dipelopori golongan belia dimana mereka seharusnya memanfaatkan penggunaan teknologi bagi menjalankan aktiviti dalam pertanian. Sebaiknya tahap minat dan celik teknologi petani moden ini secara relatifnya tinggi berbanding dengan golongan petani sedia ada yang mana kebanyakannya adalah sudah berumur. Perlu berlaku juga proses adaptasi teknologi seperti kaedah penggunaan dron yang kini dilaporkan mampu dalam meningkatkan produktiviti pertanian dan pada masa sama dapat mengurangkan kos operasi yang melibatkan kos buruh. Penulis blog mendapati dron sudah meluas digunaka di kawasan jelapang padi, tanaman nanas, tanaman kelapa sawit dan beberapa komoditi lagi. Paling ketara dimana dron digunakan di kawasan MADA, KADA dan IADA Barat Laut Selangor (BLS) untuk pembajaan, semburan bahan kimia dan sebagainya. Pungguhpun begitu masih dilihat dimana pihak golongan belia perlu diterapkan dengan ilmu berkaitan teknologi pertanian. Graduan kursus pertanian dilihat memiliki kelebihan untuk berjaya dalam aktiviti pertanian moden. Perlu ada pendekatan khusus dimana kalangan graduan dari mana-mana kursus pertanian khasnya untuk menceburi bidang ini. Apa yang penting keinginan petani moden untuk belajar dan keazaman yang tinggi bagi memastikan apa yang diceburi dapat bertahan sampai bila-bila dan bukannya hanya untuk mengisi masa lapang sebelum dapat pekerjaan sesuai. Jika mengambil contoh di kawasan negara di Eropah dimana walaupun peratus golongan belia yang melibatkan diri dalam aktiviti pertanian adalah rendah akan tetapi dilihat kebanyakan mereka memiliki tahap kemahiran yang tinggi dalam akviti pertanian. Di Jepun sebagai contoh dimana ada golongan belia semakin menampakkan minat untuk terlibat dalam aktiviti pertanian. Industri pertanian di Jepun mencatat penambahan ketara iaitu sebanyak lebih 20,000 orang pekerja yang berusia di bawah 50 tahun melibatkan diri dalam sektor pertanian. Apa pun dilihat di Malaysia dimana kebanyakan golongan belia masih kurang bersedia menjadi petani kerana merasakan kos permulaan untuk menjalankan aktiviti pertanian adalah tinggi, terutamanya apabila melibatkan penggunaan teknologi. Selain itu dinilai dimana faktur kekurangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pertanian moden menyebabkan petani tempatan ada yang mengambil sikap tunggu dan lihat. Memang golongan belia seringkali dikatakan mereka lebih aktif menggunakan sosial media seperti Twitter, Facebook, Instagram dan juga YouTube. Sungguhpun begitu hasil daripada kajian mendapati tidak ramai yang menggunakan media sosial ini bagi tujuan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan pertanian. Teknologi komunikasi seperti aplikasi YouTube amatlah berguna untuk petani mendapatkan maklumat berkaitan pertanian mereka. Antara beberapa dilema yang dihadapi oleh golongan petani belia ini adalah masalah bencana alam seperti banjir yang semakin kerap melanda negara. Bencana banjir yang berlaku pada bulan Mac 2022 menyebabkan ramai petani mengalami kerugian besar. Dalam pada itu penulis blog dapati dimana ilmu berkaitan pertanian agar lebih ramai golongan belia juga harus mempelajari teknik pengurangan risiko bencana bagi mengurangkan kebarangkalian hasil pertanian menjadi rosak teruk akibat banjir. Sistem saliran yang baik dan teknik dalam penanaman yang sistematik mampu menyelamatkan hasil tanaman mereka daripada rosak. Teknologi Fertigasi gantung pada pengalaman penulis blog diantara kaedah yang sesuai dipelajari oleh petani yang sering menghadapi masaalah banjir.
PETANI MODEN.... BAGAIMANA KISAHNYA...
GOLONGAN MUDA... DIGALAKAN MEREKA..TEKNOLOGI MODEN ... AMALAN SENTIASA...
HASILKAN MAKANAN... IA GOLONGAN KAYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 RabiulAwal 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.