Friday, October 21, 2022

KERJAYA DI BIDANG PEMPROSESAN MAKANAN

KERJAYA dibidang teknologi makanan ini sebenarnya cukup luas dimana ia dikaitkan keperluan manusia mendapatkan makanan setiap masa. Ini kerana selagi ada manusia yang memerlukan makanan maka selagi itulah perlu ada kepakaran khusus dalam teknologi makanan atau lebih glamour di kenali sebagai 'Food Technologist' diserata dunia. Di Malaysia pula agak kurang glamour sebagai kerjaya dimana mereka yang berkelulusan Food Tech ini sebenarnya merupakan satu peluang yang amat luas sama ada disektor kerajaan ataupun swasta. Di sektor awam ini memang sudah ada kerjaya ini seperti dalam Kementerian Kesihatan, MARDI, Universiti, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan pelbagai GLC juga. Dalam pada itu kerjaya disektot swasta dilaporkan lebih meluas dengan bilangan jawatan lebih banyak apabila ada syarikat pengeluar makanan yang berskala kecil maupun besar memerlukan mereka yang ada kelulusan khusus didalam aspek teknologi makanan ini. Hanya mereka yang ada minat yang tinggi dan kelulusan akademik yang baik mampu mengalas tugasan ini. Dilaporkan dimana bidang ini semakin berkembang daripada peringkat sijil, diploma, ijazah malahan sehingga kepada tahap peringkat PhD. Terdapat banyak institusi didalam dan luar negara sama ada yang percuma atau berbayar menyediakan kursus jangkapendek atau jangkapanjang didalam bidang pemprosesan dan teknologi makanan. Sebenarnya graduan dan lulusan dalam bidang teknologi makanan tidak semestinya bekerja dikilang sahaja akan tetapi lebih meluas sehingga kepada menjadi eksekutif jualan atau pemasaran kerana ia mampu menjawab akan kelayakan untuk kepelbagaian bidang termasuk didalam mempromosi peralatan mesin buat makanan, bahan kimia makanan, sistem operasi berkomputer untuk kilang makanan, bahan pengawet, bahan pewarna dan pelbagai bahan yang diperlukan oleh industri makanan. Artikel pada petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai kerjaya dalam bidang pemprosesan dan teknologi makana untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Potensi dalam teknologi permakanan di Malaysia terus berkembang dengan cepat apabila terdapat pelbagai jenis makanan sudah diterima oleh rakyat Malaysia. Kalau dahulu hanya ada beberapa makanan tradisional sahaja yang ada disediakan akan tetapi kini pasaran makanan semakin meluas pilihannya. Kini sudah ada Makanan Barat, Makanan Arab, Makanan Korea, Makanan Jepun dan banyak lagi yang semuanya memerlukan kepakaran didalam teknologi makanan. Makanan Nasi Arab yang semakin diminati di kalangan rakyat tempatan semakin laris jualannya dimana kepakaran mereka yang pandai menyediakan makanan ini sudah menjadi satu kerjaya yang hebat. Kalau orang tempatan yang mempunyai pengetahuan sebenar dalam mengkaji tentang makanan ini sebaiknya mereka juga mempunyai kelayakan akademik atau lulusan teknologi makanan. Merujuk kepada rancangan di TV dan Youtube agaknya berapa ramai mereka yang menjadi pengacara atau host rancangan makanan dan para youtuber yang membuat review makanan mempunyai kelayakan akademik dalam bidang teknologi makanan. Mereka yang berjaya lazimnya mempunyai ilmu dan juga ada perwatakan menarik selain daripada mempunyai keterampilan seperti penguasaan gaya bahasa dan pelbagai pengetahuan serta minat yang lebih mendalam dalam bidang teknologi makanan. Setidaknya ada ilmu lengkap mengenai sistem GMP, ISO , HALAL dan HACCP semasa menjalankan tugasan. Kehebatan Malaysia sebagai salah satu negara yang mempunyai sistem HALAL terbaik dunia patut dikembangkan lagi agar makanan halal akan terus mendapat pasaran lebih besar dinasa akan datang, Jangan terkejut jika sudah ada beratus mungkin beribu-ribu syarikat pengeluar makanan halaj di Malaysia yang semuanya memerlukan kepakaran dalam pemprosesan makanan dan teknologi makanan.

Penulis blog merujuk kepada satu laporan daripada Putrajaya dimana ada sebanyak sembilan bidang pengajian ditawarkan secara percuma kepada belia berusia 18 hingga 25 tahun yang berminat dalam menceburi bidang agromakanan. Laporan ini menyatakan dimana setiap program itu dijalankan dengan berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP). Menurut rakan setugas iaitu Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP), MAFI iaitu En Hussin Mahmud menyatakan dimana antara bidang pengajian yang ditawarkan meliputi pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap satu hingga tiga dan termasuk Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tahap empat. Kursus yang ada ditawarkan adalah dalam bidang tanaman, pemasaran, pengeluaran makanan (pemprosesan), ternakan air tawar, akuakultur marin, ternakan poltri, ternakan ruminan, teknologi perikanan tangkapan dan pengeluaran padi. Semua kursus yang ditawarkan di bawah BPKLP tiada dikenakan yuran pengajian. Malahan apa yang lebih menarik adalah pelajar turut diberikan elaun RM200 hingga RM300 sebulan sehingga tamat tempoh pengajian selain penginapan dan makan serta minuman disediakan. Kursus ini memfokuskan 30 peratus teori dan 70 peratus latihan amali, manakala kurikulum pembelajaran disemak setiap lima tahun yang turut akan  membabitkan penglibatan industri. Antara teknologi terkini di dalam sektor agromakanan turut digunakan semasa sesi pengajian agar graduan BPKLP kompeten selari dengan peredaran zaman. Kini kualiti penyampaian latihan telah dipertingkatkan bagi menambahbaik kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang terkini seperti model kilang tanaman (IoT), closed house ternakan dan tanaman, penggunaan dron serta kolam pembelajaran akuakultur.

Dilaporkan dimana penggunaan teknologi dalam pembelajaran turut menarik minat lebih ramai pelatih dimana rata-rata anak muda berminat mengaplikasikan banyak teknologi dalam bidang agromakanan. Ia bukan sekadar memudahkan malah lebih menjimatkan kos iaitu tidak memerlukan ramai pekerja. MAFI laporkan dimana sekarang ini ada terdapat 14 pusat latihan bertauliah di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) di seluruh negara. Antaranya termasuk Institut Teknologi Unggas di Masjid Tanah, Melaka bagi bidang ternakan poltri (ternakan ayam dll), Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Perak (akuakultur dan teknologi perikanan tangkapan) dan Pusat Latihan Institut Penyelidikan dan juga Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Serdang, Selangor bagi kursus pemprosesan makanan. Kesemua program BPKLP bertujuan untuk menggalakkan generasi muda melibatkan diri dalam bidang agromakanan melalui penggunaan teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti subsektor agromakanan. Ini selaras dengan hasrat Perdana Menteri yang mahu tumpuan diberikan terhadap pembangunan sektor itu bagi mengurangkan kebergantungan keperluan makanan rakyat Malaysia terhadap makanan import. Kursus jangka pendek turut ditawarkan kepada semua kumpulan sasar bagi meningkatkan pengetahuan kemahiran dan pengetahuan berdasarkan bidang pengkhususan masing-masing yang dikendalikan oleh agensi di bawah MAFI. Syarat kemasukan SKM dimana BPKLP menetapkan syarat minimum agar lebih ramai individu yang mempunyai minat dalam bidang agromakanan berpeluang untuk menyertainya. Calon pelatih disyaratkan boleh membaca, menulis dan mengira, sihat tubuh badan selain mestilah warganegara Malaysia. Permohonan dibuka sepanjang tahun tetapi pengambilan dibuat dua kali setahun iaitu Mac dan September. Pada aetiap september pihaknya mensasarkan seramai 600 pelatih baharu di lima pusat latihan kerana sebahagian pusat latihan tidak dapat menerima pelatih disebabkan kerja naik taraf. Dilaporkan dimana sudah ada ramai pelatih yang mengusahakan sektor ini telah menikmati hasil lumayan antara RM4,000 sebulan sehingga puluhan ribu ringgit bagi setiap pusingan.

Dalam media tempatan dilaporkan isu tidak sukar untuk menemukan graduan yang bekerja di luar bidang pengajiannya di Malaysia.  Ini kerana sebahagian daripada graduan yang mempunyai kelulusan ijazah pendidikan tetapi memilih untuk bekerja sebagai pelbagai pekerjaan adalah biasa. Antara faktor gaji tidak setimpal sudhah menjadi penentu kerjaya yang dipilih. Sebagai contoh dilaporkan bagi  Nursyuhadah Hamzah (26 tahun) yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Makanan dimana bidang ijazahnya spesifik tetapi dia memilih untuk bekerja dalam bidang berbeza iaitu sebagai pengendali kandungan media sosial. Kini kebanyakan pekerjaan dalam bidang sains dan teknologi makanan memerlukan pengalaman antara tiga hingga lima tahun. Malahan dilaporkan jumlah gaji yang ditawarkan juga tidak setimpal. Selepas dia graduasi dimana dia perlu mendapatkan pekerjaan untuk menampung hidup sendiri dan keluarga. Apabila ada peluang pekerjaan sebagai pengendali kandungan maka dia terus bekerja. Dia yang kini mendapatkan pekerjaan dalam bidang berbeza bukanlah mudah kerana kebanyakan jawatan yang dipohon memang ia memerlukan kelayakan pendidikan dari bidang tersebut. Dalam keadaan pasaran pekerjaan kini lebih terbuka dengan kewujudan jawatan yang tidak memerlukan pengkhususan bidang pendidikan seperti jawatannya sekarang. Dalam permohonannya ada syarat yang diletakkan adalah calon mempunyai ijazah sarjana muda tanpa memerlukan apa-apa pengkhususan bidang. Kin selepas bekerja beberapa tahun dan mengumpul pengalaman maka secara tidak langsung dia sudah mempunyai kelayakan untuk terus berada dalam bidang ini. Dia dakwa para graduan baharu tidak perlu takut untuk mencuba pekerjaan di luar bidang pengajian jika pekerjaan tersebut menawarkan peluang dan gaji yang lebih bermaruah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PEMPROSESAN MAKANAN...SATU KERJAYA....
PERINGKAT SIJIL... IJAZAH DAN DIPLOMA...
PELUANG BEKERJA... KERAJAAN DAN SWASTA...
ADA KURSUS.... BERBAYAR DAN PERCUMA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(26 Safar 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.