Thursday, October 13, 2022

BUAH MENGKUDU - SEMAKIN DILUPAKAN?

BUAH MENGKUDU
(Morinda citrifolia) merupakan sejenis buah yang didakwa bukan buah sebarangan oleh banyak pakar makanan apabila ia pernah menjadi topik hangat untuk mengatasi masaalah kanser. Pernah jus mengkudu menjadi produk minuman yang dijual dengan harga cukup tinggi semasa kemuncak promosi jus dari buah mengkudu ini sedang digilai ramai pengguna. Maka ramai pula petani yang tergila-gila menanam pokok mengkudu di Malaysia waktu itu (sekitar tahun 1998 - 2000). Memang mudah untuk menanam pokok mengkudu kerana ia merupakan pokok yang tahan lasak dan boleh dikatakan tiada serangga perosak dan juga serangan penyakit yang perlu dihadapi. Bagaimana pun apabila sudah banyak buah yang dihasilkan dilaporkan 'tiada' pembeli pula atau harga ditawarkan pemborong adalah rendah menjadikan ramai petani membiarkannya sahaja. Penulis blog melihat pulohan ekar kebun mengkudu ditanam di Johor iaitu di Mersing dan Segamat waktu itu dibiarkan begitu sahaja dan ramai menebangnya kemudian. Penulis blog juga ada menulis beberapa artikel mengenai pokok dan buah mengkudu dalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan. Bagaimana pun pada tahun 2022 ini jus mengkudu sudah kurang dibicarakan dikalangan pengguna. Ada beberapa kisah mengenai buah ini yang masih dipaparkan dalam portal berita tempatan dimana jus mengkudu digunakan dalam usaha untuk elakkan daripada serangan virus covid19. Apa pun memang ada banyak laporan menyatakan dimana buah mengkudu juga elok dijadikan jus untuk dimanfaatkan. Ia didakwa selain dapat menjana tenaga bagi tubuh badan, dimana bahan serat (polisakaride) dan protein yang ada terkandung di dalam buah mengkudu juga berfungsi sebagai sebatian yang berupaya mengawal penyakit kencing manis. Apa pun dalam blog "Anim Agro Technology" pada pagi Ahad ini sambil menghadap alunan obak Laut Cina Selatan dari Hotel Amerald, Desaru, Johor saya menulis beberapa fakta terkini mengenai mengkudu untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Kepada mereka yang belum pernah ujirasa jus mengkudu akan mendapati dimana rasa dan bau jus buah mengkudu tidak berapa menyenangkan untuk diminum. Adalah disarankan juga jus buah mengkudu tersebut dicampurkan bersama jus buah lain yang mempunyai rasa lebih lazat dan bau menyenangkan seperti jus limau, jus mangga, jus durian belanda dan sebagainya. Penulis blog suka minum jus mengkudu dengan jus buah belimbing dahulu. Pembaca blog dan pengguna baru bagaimana pun perlu berjaga-jaga kerana di sebalik tinggi dengan sebatian makanan makronutrien iaitu polisakarida dan protein adalah dilaporkan buah mengkudu juga mengandungi sebatian-sebatian antinutrien seperti Anthraquinone, Iridoid dan Sterol tumbuhan. Dilaporkan walaupun kuantiti sebatian ini kecil iaitu kurang satu peratus di dalam buah tersebut akan tetapi dikhuatiri sebatian-sebatian antinutrien ini juga boleh memberi kesan kepada buah pinggang dan organ hati jika ia diambil di dalam kuantiti terlalu tinggi. Disyorkan agar semua yang mengambil jus buah ini tidak diambil pada kuantiti yang terlampau banyak. beberapa fakta mengenai 10 manfaat kesihatan jus mengkudu dan mengapa ia baik untuk digunakan ternasuk ia mampu merawat artritis, menurunkan risiko gout, meningkatkan tenaga dan juga melembapkan kulit. Selain itu menafaat jus mengkudu termasuk ia mampu melawan penuaan, merawat kerengsaan kulit kepala dan juga paling popular adalah kemampuannya untuk mengelakkan kanser. Buah mengkudu yang diambil juga didakwa mampu untuk meningkatkan kekebalan jangkitan, mMengurangkan stres dan juga mampu merawat demam. Penulis blog dapati dimana jus mengkudu mempunyai bau tengit dan menjadi tugas pula untuk mencampurkannya dengan jus nanas atau sesuatu yang kuat untuk menutupi rasa bagi tujuan untuk memudahkan ia untuk diminum. Produk jus mengkudu ini ada dijual secara online masa kini.

Dalam portal sinarharian.com ada dilaporkan kisah bagaimana dilakwa '
Mengkudu bukan buah sebarangan' yang menarik untuk saya tulis semula dan dikongsikan. Walaupun buah mengkudu atau buah noni ini dilihat  penampilannya kurang 'menggoda' akan tetapi ia ternyata banyak manfaat. Buah mengkudu atau nama saintifiknya morinda citrifolia baik diambil untuk kesihatan yang mungkin kita tidak pernah tahu. Jika di kampung-kampung lazimnya buah ini sering ditanam dan dibiar bergelimpangan membusuk di tanah begitu sahaja. Mungkin juga buah hijau kekuningan yang eksotik bersaiz kentang itu sendiri tidak menarik perhatian disebabkan ia selalunya akan mengeluarkan bau yang sedikit tajam. Kesannya adalah dimana hanya segelintir daripada kalangan semua orang yang akan memanfaatkannya dengan mana  menjadikannya jus atau suplemen makanan yang diusahakan oleh pengusaha kecil. Bagaimana pun tahukah pembaca blog semua masyarakat Barat sudah banyak menghasilkan ubatan daripada tumbuhantempatan ini bagi tujuan untuk mereka mendapatkan 1,001 manfaatnya. Merujuk kepada beberapa kajian oleh pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang meneroka khasiat buah mengkudu didakwa kehebatan buah ini memang tidak kurang hebatnya. Penulis blog seawal pada tahun 2008 membaca laporan dari FRIM yang telah mengkaji potensi buah mengkudu ini. Paling hebat diperkatakan masa itu adalah dimana dakwaan khasiatnya yang dapat menurunkan kandungan gula atau glukosa dalam darah. Kemudian pada tahun 2010 pula saintis telah pun  menyelidik potensi buah mengkudu di dalam melindungi organ hati atau hepar. Antara laporan dan kajian-kajian ini dijalankan bersama dengan ketua projek masa itu dikenali sebagai Dr Nik Musa’adah Mustapha yang juga merupakan Pegawai Penyelidik Senior di FRIM. Hasil kajian dijalankan dimana k=mereka dapati dimana kandungan sebatian polisakarida atau serat larut air tinggi di dalam buah mengkudu. Dinyatakan dimana ketika dianalisa didapati sebatian polisakarida larut air ini diasingkan daripada buah mengkudu dan didapati sangat berpotensi menurunkan kandungan gula atau glukosa dalam darah tikus-tikus makmal yang diaruhkan diabetes ke paras normal dalam tempoh dua minggu rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan tikus-tikus diaruhkan diabetes yang lain. Sebatian polisakarida larut air mengkudu juga didapati berpotensi melindungi organ hati tikus-tikus makmal yang diberi dos berlebihan parasetamol. Hasil dari banyak aktiviti  penyelidikan itu didapati juga dimana buah mengkudu mengandungi kandungan protein larut air tinggi. Protein ini berjaya diekstrak daripada mengkudu dan diuji potensinya sebagai ejen peningkat tenaga atau prestasi. Kemudian melalui ujian renang paksa atau force swim test didapati tikus makmal yang diberi protein larut air menunjukkan masa atau tempoh renangan lebih panjang berbanding kumpulan tikus yang tidak diberi apa-apa. Polisakarida larut air buah mengkudu juga menunjukkan aktiviti peningkat prestasi setelah ujian renangan paksa dijalankan.

Hasil kajian juga menyatakan dimana sebatian polisakarida mengkudu dilaporkan bertindak sebagai ejen menurunkan kandungan gula dalam darah. Pihak FRIM kemudian telah pun mempatenkannya dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada 30 Ogos 2010 dengan tajuk A Medicinal Composition. Apa pun hak untuk menghasilkan sebatian polisakarida pada skala pandu telah diberikan kepada sebuah syarikat di bawah Program FRIM-MTDC. Dalam pada itu sebatian polisakarida mengkudu ini juga telah digunakan sebagai bahan utama penghasilan biskut kesihatan jenama Le’Natura di mana produk ini terdapat di pasar raya besar seluruh negara sejak masa itu. Menjawan isu bagaimana sekiranya pengguna mahu memanfaatkan buah ini jika hendak dibuat sendiri pihak penyelidik FRIM menyarankan agar buah ini diproses di dalam bentuk jus daripada buah masak yang segar. Ini adalah kerana memandangkan rasa dan bau jus buah mengkudu tidak berapa menyenangkan maka memang disarankan juga jus buah mengkudu tersebut dicampurkan bersama jus buah lain yang mempunyai rasa lebih lazat dan bau menyenangkan. Apa pun diberitahu dimana semua perlu berjaga-jaga kerana  di sebalik tinggi dengan sebatian makanan makronutrien iaitu polisakarida dan protein dilaporkan dimana buah mengkudu juga mengandungi sebatian-sebatian antinutrien seperti anthraquinone, iridoid dan sterol tumbuhan. Walaupun kuantiti sebatian ini kecil iaitu kurang satu peratus di dalam buah tersebut akan tetapi dikhuatiri sebatian-sebatian antinutrien ini boleh memberi kesan kepada buah pinggang dan organ hati jika ia diambil di dalam kuantiti terlalu tinggi. Sebaiknya adalah disarankan agar penggunaan buah ini tidak diambil pada kuantiti yang terlampau banyak. Kajian saintis mendapati diantara kehebatan dan manafaat buah mengkudu termasuk kemampuannya untuk merawat artritis, mampu menurunkan risiko gout, meningkatkan tenaga, mampu untuk tujuan melembapkan kulit serta menjadi bahan untu melawan penuaan. Seterusnya adalah buah mengkudu juga akan merawat kerengsaan kulit kepala, mampu untuk mengelakkan kanser. membantu meningkatkan kekebalan jangkitan, dapat jug amengurangkan stres serta ke 10 adalah ia boleh merawat demam. Bagaimana pun perlu diingat dimaa hakikatnya jus mengkudu mempunyai bau tengit. Amalan terbaik jika hendak makan adalah dengan mencampurkannya dengan jus nanas atau sesuatu yang kuat untuk menutupi rasa tersebut dan ini akan memudahkan ia untuk diminum. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH MNGKUDU... HEBAT KHASIATNYA..
KAJIAN PIHAK FRIM... LAPORAN ADA...
BAUNYA TENGIT... RAMAI TIDAK SUKA...
CAMPUR JUS NANAS... MINUM SAHAJA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 501, Amerald Hotel,
Kg Punggai, Pengerag, Kota Tinggi,
Johor, Malaysia.
(10 RabiulAwal 1444H)
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDULRASUL 2022!.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.