Tuesday, September 13, 2022

ULAT SUTERA DAN KEHEBATANNYA KAINNYA

ULAT SUTERA
(Bombyx mori) merupakan sejenis hidupan yang diternak dengan memakan daun pokok mulberi dan menghasilkan benang sutera. Ia adalah larva kupu-kupu yang amat penting bagi secara ekonomi bagi pengeluaran sutera dibeberapa negara pengeluar kain sutera. Makanan ulat sutera hanyalah daun mulberi yang diberikan sebagai punca makanannya. Kajian juga mendapati hidupan ini sebenarnya berasal dari utara China dan telah dikembang biak diseluruh dunia. Dari segi sifatnya penulis mendapati bahawa ulat sutera adalah makhluk jenis luar biasa yang memainkan peranan ekonomi yang besar dalam dunia pakaian (textiles) kehidupan manusia. Ulat sutera adalah serangga yang benar-benar jinak dalam dunia dimana ia memang tidak boleh hidup secara semula jadi dan perlukan manusa untuk membiakkannya. Akhirnya ia akan membuat apa yang dinantikan iaitu apa yang dikenali sebagai 'Kepompong" sebagai hasil ulat sutera yang berharga. Kepompong inilah yang akan diproses menjadi bahan berharga seperti kain sutera. Apa yang penulis blog tahu dimana sejak zaman dahulu kepompong ini diusahakan secara tradisional untuk menghasilkan benang tetapi kini telah ada mesin moden yang berkapasiti tinggi memproses kepompong menjadi kain sutera dengan cekap. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan ulat sutera dan kain sutera beberapa fakta menarik mengenainya sebagai bahan rujukkan dan juga bahan untuk pembacaan semua.

Mungkin semua pembaca pernah ada mendengar dimana kain s
utera adalah antara salah satu kain yang digunakan oleh manusia sejak awal lagi. 
Apa yang hebat adalah dimana ciri keistimewaannya telah membolehkan kain sutera ini juga dikenali sebagai ratu segala fabrik (Sila lihat foto disebelah). Mari kita ketahui lebih lanjut beberapa fakta menarik tentang kain sutera. Budaya kain sutera telah wujud hampir 5000 tahun lebih di China. Kain sutra dibuat melalui proses ruumit daei benang sutera yang diproses degan ianya memakan masa lama secara tradisional. Kini dengan adanya teknologi dan mesin moden bagaimana pun ia masih memerlukan masa yang agak lama berbanding dengan kain dari bahan lain. Apa pun membuat kain sutera akan bermula dari ulat sutra yang diternak, membentuk kokon (cocoon), kepompong yang direbus, dikeringkan dan ia berterusan sehingga dipintal dari benang menjadi kain. Perkara ini juga yang menjadikan tidak hairan jika harga kain sutra tergulong mahal dibandingkan kain lainnya. T+Ramai kalangan pengguna pula akan tertipu kerana membeli kain sutera tiruan dan dari jenis kain sutera asli kerana tidak mengetahui akan ciri-ciri kain sutera asli.  Artikel ini akan jelaskan beberapa ciri-ciri kain sutera asli termasuk ciri kain sutera ini yang berkilau, mempunyai daya serapan air yang tinggi, mampu menghalang sinaran UV, Halua dan lembut serta ia juga  merupakan sejenis kain yang kuat. Pertama dimana kain sutera adalah 'BERKILAU" sebagai satu daya penarik kain sutera sendiri yang terletak pada ciri-ciri penampilan kainnya yang berkilau seakan biji mutiara. Ini berlaku disebabkan oleh asas kilauan ini yang berasal dari lapisan fibroin. Apa pun lapisan fibroin ini adalah jenis protein yang dihasilkan oleh ulat sutra dan membentuk struktur mikro layaknya prisma segitiga. Inilah yang menjadikan kain sutra mampu membiaskan cahaya dari berbagai penjuru. Ciri kedua kain sutera adalah ia mempunyai 'Daya Serap Air yang Tinggi' berbanding dengan kain jenis lain. Penyerapan air oleh kain sutera tidak perlu diragukan lagi kerana jika pemakainya sering beekelana (berjalan) semasa waktu tengahari ataupun petang memang tidak perlu khuatir kerana dia akan tetap merasa sejuk ketika menggunakan baju yang menggunakan bahan benang sutera. Bagaimana pun perlu diketahui pula bahwa air boleh juga melemahkan serat sutera sehinggakan pemakainya perlu juga mencucinya dengan kaedah betul untuk menjaga kain tersebut. Gunakan bahan condisioner kain yang ada bahan 'comfort pure' agar kualiti kain sutera tetap terjaga dengan bail dan halus serta lembut.

Mungkin kalangan pembaca yang kutang tahu dimana kain sutera juga mampu menghalang Sinaran UltrViolet Light (UV). Adalah dilaporkan dimana jika berlaku kesan terdedah
 paparan sinar UV yang berlebihan ianya adalah tidak baik untuk kesihatan kulit. Keadaan ini didakwa boleh menyebabkan berbagai kesan negatif seperti kesan kepada berlaku kerosakan mata, kulit menjadi kemerahan sehingga kesan berlaku kanser kulit. bagaimana pun hasil kajian dilaporkan dimana kes yang agak menakutkan ini menjadi satu kelebihan pemakai kain sutera yang mampu melindungi kulit dari kesan sinar UV yang berlebihan kepada mereka yang mampu dan dibolehkan memakainya. Dalam Islam kaum lelaki adalah haram memakai emas dan kain sutera. Kain sutera adalah sejenis kain yang Halus dan Lembut berbanding kain lain. 
Ciri-ciri kain sutra selanjutnya adalah teksturnya yang sangat halus dan lembut dimanaia boleh diuji ketika memegang kain sutra. Perkara ini juga disebabkan adanya kandungan bahan Asid Amino yang menjadikan kain sutera dirasakan halus, lembut dan nyaman untuk digunakan. Selalunya kepada sesiapa yang mempunyai kulit yang sensitif dimana kain sutra dapat menjaga dari kesan berbagai penyakit kulit. Ciri ke 5 bagi kain sutera adalaj ia sejenis Kain Yang Kuat. Walau pun ia halus dan lembut mungkin ramai berpendapat kain sutera menganggap kain ini sebagai sejenis kain yang mudah rapuh. Namun sebenarnya dimana kenyataannya kain sutera ini adalah salah satu kain terkuat. Perkara ini juga disebabkan adanya kapas dan linen yang berasal dari pintalan serat tanaman pendek sehingga menjadikan benang lebih panjang dan tidak mudah putus. Apa pun penjagaan bagi kain sutera adalah berbeza dengan cara penjagaan bagi kain berasaskan kapas.

Sebagai fakta tambahan dimana u
lat sutera (Bombyx mori) dimana ia adalah merupakan satu perkataan Latin yang bermaksud ulat sutera dari pokok Mulberi. Apa pun sebenarnya ia juga bukanlah ulat akan tetapi adalah larva atau sejenis ulat beluncas dari rama-rama yang berasal dari keluarga Bombicidae. Penting mengetahui akan peringkat penternakan ulat inii yang juga dinamakan sebagai Ulat Beluncas Sutera dan kepompongnya didalam rumah ternakan (Sila lihat foto disebelah). Secara umumnya dimana makanan asas ulat sutera adalah hanya dari daun pokok Mulberi. Satu hektar tanaman pokok mulberi secara komersil mampu untuk menghasilkan 11 metrik tan daun mulberi dimana ia mampu hasilkan sebanyak 204 kg (450 paunds) kepompong. Bagaimana pun dilaporkan hanya 38.5 kg (85 paunds) sutera mentah. Kepompong sutera dihasilkan dari sehelai benang sutera mentah yang panjangnya hampir satu kilometer. Memang daun-daun yang dituai dari pokok mulberi sahaja yang sesuai dijadikan makanan utama ulat sutera. Kajian saintifik emndapati dimana sekitar 2,000 - 3,000 biji kepompong diperlukan untuk menghasilkan 0.45 kg (1 paunds) sutera dan sepasang kimono. Ciri penting bagi permukaan kain sutera yang berkilat terhasil daripada struktur fibernya yang disusun dalam bentuk segitiga prisma dimana ini menjadikannya mampu untuk ia membias cahaya dari pelbagai arah. Sebenarnya bahan fiber sutera adalah sangat halus iaitu hampir 10 nanometer diameter. Kain sutera juga dikatakan fiber semula jadi yang paling kuat diketahui dalam sejarah.  Ketumpatan kain sutera adalah kurang dari kain kapas, kain bulu dan nilon, menjadikannya sangat mudah menyerap kelembapan dan kehebatannya adalah ia mampu menyerap sebanyak satu pertiga dari berat asalnya dengan tanpa berasa lembap. Oleh kerana kehebatan dan juga ciri kelebihan dan keistimewaannya maka sutera telah digunakan secara meluas iaitu dari diguna sebagai pakaian seharian, permaidani, payung terjun, alatan perubatan dan lain-lain lagi. Selalunya benang jahitan sutera digunakan dalam bidang perubatan kerana sifatnya yang semula jadi dan tidak akan mengakibatkan keradangan atau tindak balas imun. Kini dilaporkan proses menghasilkan sutera di dunia kini sudah pun mencecah sekitar 125 000 tan metrik setahun. Negara  China sahaja mampu mengeluarkan hampir 80% kain sutera di dunia dan siikuti oleh negara India (10%). Dalam pada itu FAO melaporkan dimana negera Jepun, Korea, Vietnam dan Uzbekistan juga merupakan antara negara yang banyak menghasilkan sutera mentah dan benang sutera. Dalam pada itu dilaporkan juga negara Amerika (USA) adalah negara pengimport sutera paling banyak di dunia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agroo technology kali ini. Wasallam!!!.
ULAT SUTERA... HASILKAN SUTERA...
CIRI KAIN SUTERA... BAGAIMANA PULA...
PENGELUAR UTAMA... NEGARA CHINA...
ORANG LELAKI ISLAM... HARAM BAGINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Safar 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.