Monday, September 5, 2022

TUMBUHAN KEGEMARAN KELULUT DAN RESIN (Part 1)

TERDAPAT TUMBUHAN
yang diperlukan oleh kelulut sebagai sumber makanan dan tempat tinggal didalam habitatnya. Menternak Kelulut (Trigona spp) merupakan satu jenis pekerjaan atau aktiviti atau hobi yang boleh membawa keuntungan jika dilakukan dengan betul dan terancang. Kini telah ramai dikalangan masyarakat kita di Malaysia yang mula meminati menternak kelulut setelah mendengar bahawa kelulut adalah lebah yang tidak menyengat (stingless bee) dan akan menghasilkan jenis madu yang khasiatnya amat baik untuk kesihatan. Terdapat banyak cara mendapatkan ilmu menternak kelulut sama ada melalui kursus formal atau lawatan sendiri kelokasi ternakan kelulut di mana-mana ladang kelulut komersil di Malaysia. Ada kursus yang percuma diadakan oleh Jabatan Pertanian dan ada kursus berbayar yang dianjurkan oleh swasta dan pakar kelulut yang lain. Bagaimana pun sebelum memulakan penternakan lebah kelulut penulis fikir adalah elok jika kita tahu apa perkara asas yang perlu kita buat. Perkara ini difikir secara teknikal penting agar mengurangkan kadar risiko kegagalan penternak nanti terutama jika anda adalah dari kumpulan penternak amatur. Penulis ada mendengar bagaimana beberapa pengusaha gulong tikar mengalami kerugian akibat pelbagai faktor. Antaranya adalah kos bagi membeli koloni kelulut yang mahal (RM400 - RM1,200 satu koloni kelulut siap dengan kotak super). Tetapi setelah ia diletakkan dikawasan ternakan, kelulut tersebut mati atau ada kes dicuri orang atau mungkin dirosakkan oleh haiwan. Kes kecurian kotak kelulut juga semakin menjadi serius dimana beberapa laporan polis dibuat oleh pengusaha. Menternak kelulut perlukan komitment tinggi dan juga minat mendalam dan jangan jadi ikut-ikutan kerana seronok melihat pengusaha lain yang telah berjaya. Maklumat awal mengenai potensi menternak kelulut untuk menjana pendapatan telah pun diwar-warkan oleh pihak media dan berjaya menimbulkan minat ramai bakal usahawan baru. Banyak cabaran dan ilmu yang perlu ditimba untuk tujuan mengetahui pengurusan ternakan kelulut daripada awal sehingga mampu menghasilkan produk madu yang berkualiti. Artikel pagi Isnin ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis tumbuhan yang disukai oleh kelulut untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Penulis blog yang telah menulis beratus artikel mengenai industri kelulut dalam blog ini percaya dimana madu 
kelulut adalah diantara produk agro berpotensi dikembangkan untuk pasaran domestik dan eksport disebabkan manfaatnya yang tinggi terhadap kesihatan. Banyak maklumat teknologi dan latihan mengenai kelulut yang diberikan semasa membuat tinjauan di seluruh negara (Sila lihat foto disebelah). Selain daripada memberi ceramah kepada bakal usahawan kelulut, penulis juga pernah terlibat dalam program 'Jalan kaki kelulut Pak Sabri' diseluruh negara sebagai duta kelulut pada tahun 2017. Malahan dalam perbincangan Dewan Rakyat 2021 diantara isu dibangkitkan adalah usaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagaimana untuk merangka langkah strategik dalam mencari peluang pasaran luar menerusi pameran perdagangan di luar negara. Perlu ada program khas memperkasakan golongan penternak terutama dalam kalangan belia dalam membekalkan madu yang akan memenuhi piawaian serta berkualiti untuk pasaran luar perlu dilakukan terlebih dulu. Penulis blog sarankan bagi tujuan penternakan komersial madu kelulut sekurang-kurangnya 30 sarang diperlukan berbanding mereka yang menternak untuk keperluan sendiri. Penternak perlu arif mengenai penjagaan serta amalan pertanian baik agar dapat mengoptimumkan penghasilan madu dimana lazimnya hasil minimum boleh diperolehi sekitar 250 gram sebulan/koloni. Kalau musim yang baik iaitu menjelang musim buah dan bunga maka hasilnya boleh meningkat kepada hampir dua kilogram madu.
Penghasilan madu bergantung kepada sumber makanan di sekitar sarang. Lebih baik kedudukan ladang ternak lebah kelulut dalam kawasan kebun buah atau berhampiran dengan kawasan yang ada bunga. Dengan sumber makanan banyak, bermakna madu dihasilkan juga berbaloi. Kualiti madu kelulut yang baik perlu diketahui lebah kelulut itu tidak hanya bergantung pada satu jenis sumber makanan semata-mata dan ia sebaiknya pelbagaikan sumber agar ada khasiat buah. Lazimnya bagi memulakaan ternakan lebah kelulut ini, perlu ada sarang dan biasanya ia dijual pada harga sekitar RM250 dan boleh melambung kepada harga RM1,000 untuk hasil madu kelulut yang sudah stabil. Hanya dua spesies lebah kelulut yang dilaporkan menghasilkan madu iaitu spesis  Heterotrigona itama dan spesis Geniotrigona thoracica yang berbeza segi saiz dan warna.

Dalam pada itu penternakan kelulut sasarkan mendapat h
asilan utama daripada haif lebah kelulut ialah madu, roti lebah dan propolis. Madu ialah hasil dari pengumpulan nektar yang dicampur dengan enzim yang terdapat dalam perut lebah kelulut. Roti lebah pula ialah hasil daripada pengumpulan debunga bunga. Propolis ialah campuran lilin lebah dan damar (resin) dari pucuk atau bunga yang dikumpul oleh lebah kelulut. Penternak perlu hadir kursus atau membuat lawatan kawasan penternakan kelulut komersial untuk mempelajari ilmunya. Perlu difahami sifat-sifat lebah kelulut itu sendiri yang selalunya ianya aktif sepanjang hari dan sepanjang tahun iaitu selama 365 hari setahun. Walau bagaimanapun penulis blog lihat dimana disebabkan oleh halangan fizikal maka lebah kelulut tidak dapat terbang jauh pada masa musim hujan. Aktiviti 'Foraging' adalah perkara yang memerlukan kelulut untuk perjalanan yang jauh untuk mencari sumber makanan yang diperlukan. Biasanya kelulut pekerja ini tidak sempat pulang ke sarang pada waktu senja dimana kadangkala ia akan menumpang hinggap dipokok-pokok didalam perjalanan dan meneruskan perjalanan balik ke sarang pada keesokan pagi. Perlu difahami dimana sumber penting makanan kelulut melibatkan banyak spesis tumbuhan yang disukainya. Perlu juga penternak faham dimana sebelum membuat pilihan jenis tanaman untuk ditanam atau sedia ada sebagai sumber makanan kelulut pastika periksa akan faktor keluasan ruang yang ada untuk tujuan penanaman dengan tanaman yang dipilih. Jika pengusaha kelulut mempunyai kawasan yang luas maka sebaiknya dipilih jenis tanaman kekal yang mempunyai kanopi yang lebar. Bagi usahawan yang kawasan ternakan terhad seperti di kawasan taman perumahan maka jenis pokok yang mempunyai kanopi yang kecil (dan boleh juga ditanam didalam pasu) hendaklah menjadi pilihan. Pengusaha perlu memahami jenis tanaman yang dipilih memang akan disukai dan dihinggapi oleh lebah kelulut. Setengah bunga memang  tidak dihinggapi oleh kelulut walaupun pokok tersebut dilihat mempunyai bunga yang banyak dan berbunga sepanjang tahun kerana tidak mempunyai manisan nektar.

Sebaiknya pengusaha pastikan memilih jenis tumbuhan
 yang berbunga sepanjang tahun dimana jika kawasan ternakan ialah berhampiran dengan dusun maka ianya tidak menjadi masalah pada musim pokok buah-buahan seperti rambutan, durian, jambu dan lain-lain berbunga adalah bermusim. Jenis tanaman yang dipilih seharusnya berbunga diluar musim buah-buahan dusun ini berbunga. Pastikan untuk memilih tanaman yang mengeluarkan bunga atau berkembang sepanjang hari kerana lebah kelulut bekerja sepanjang hari mengambil nektar dan mengangkut nektar dan pollen bermula seawal jam 7.00 pagi sehingga 7.00 malam. Kelulut pekerja akan berulang alik dari sumber makanan ke sarang sepanjang hari sehingga nektar habis atau lewat petang. Jumlah kunjungan kepada bunga dan ulangannya akan bergantung kepada jarak pokok tersebut dengan koloni. Selalunya bagi setengah pokok seperti Bunga Kembang Pagi (Turnera sp) yang selalunya hanya kembang diwaktu pagi (sekitar jam 9.00) sebaliknya bagi jenis pokok markisa pula ia akan berkembang diwaktu petang sahaja. Pokok Red Palm yang berbunga pula akan mengeluarkan nektar daripada pagi sampai lewat petang untuk kelulut berulangalik mengutip nektar. Dalam pada itu jenis tumbuhan yang dipilih adalah spesis tumbuhan atau pokok yang hidup dibanyak musim dan tidak memerlukan penanaman dibuat berulang-ulang kali. Terdapat sesetengah tumbuhan yang akan mati selepas 3 - 4 bulan ditanam dan terpaksa menunggu beberapa minggu sebelum yang ditanam baru berbunga semula. Kerja menanam semula tumbuhan ini jika terlewat maka akan menyebabkan kelulut sukar didalam mendapatkan sumber nektar dan pollen. 
Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel malam ini dalam anim agro technology mempu memberi info berguna kepada anda semua...!! Wasallam!!..
MENTERNAK KELULUT... POPULAR DIA...
SUMBER MAKANAN...TUMBUHAN ADA...
PILIH YANG SESUAI... DITANAM TERSEDIA..
KELULUT SIHAT.. ADA MADU BANYAKNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(7 Rejab 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.