Thursday, August 25, 2022

TANAMAN SERAI DAN HOBI

TANAMAN SERAI MAKAN
(Cymbopogon spp) kini pada penulis blog merupakan sejenis tnanaman yang mudah untuk diusahakan dan perkara mudah dimana ia menjadi sangat penting bagi suri rumah untuk masakan terutama dikawasan bandar. Menanam serai kini dikatakan agak senang dan mudahdimana memang sesuai dijadikan hobi kepada mereka yang hendak melakukannya. Ia mudah diuruskan dimana ia tidak seperti menanam sayur kerana banyak penjagaan perlu dilakukan dimana ada laporan media sehingga mereka yang ada minat mampu untuk menjana pendapatan sehingga sebanyak RM1,000 sebulan bergantung kepada jenis penanaman sama ada di dalam pasu, di atas tanah di kawasan rumah atau pun dikawasan lapang secara hobi berskala semi komersil. Serai adalah tumbuhan yang berasal dari keluarga Poaceae iaitu suku rumput yang mana ia juga disebut dengan nama lemongrass, barbed wire grass, silky heads, citronella grass, cha de Dartigalongue, fecer grass dan pelbagai nama lagi. Terdapat beberapa 2 jenis serai yang terkenal dan ditanam di Malaysia dengan 2 tujuan berlainan sebagai iaitu Serai Makan dan Serai Wangi untuk perubatan serta kesihatan. Biasanya tanaman jenis Serai Makan (Cymbopogon citratus) ditanam dengan digunakan untuk tujuan untuk dimasukkan ke dalam masakan bagi tujuan untuk menambah perisa. Dalam pada itu ada juga jenis Serai Wangi (Cymbopogon nardus) pula ditanam untuk mendapatkan minyak pati yang sangat berguna untuk pelbagai tujuan seperti hasilkan produk kosmetik dan kesihatan. Minyak pati tersebut boleh digunakan bagi kegunaan luar mengubati sakit perut, angin yang mengakibatkan kembung perut, serta masalah hilang selera makan. Biasanya serai juga boleh diekstrak sebagai penghalau serangga (insect repellent). Artikel pagi Isnin ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan bagamana hobi menanam serai dikawasn rumah untuk kegunaan sendiri atau ditanam dikawasan tanah lapang atau dikebun mamu berikan pulangan terbaik bagi dijadikan bahan rujukkan anda.

Pertama adalah pentingnya ada asas ilmu bagaimana kaedah dan c
ara menanam serai dengan mudah melalui kaedah yang Cepat, Jimat dan Menyeronokkan. Penulis blog memang sentiasa ada tanaman serai dikawasan rumah yang mana ia memang sesuai juga dijadikan sebagai tanaman hiasan tetapi perlu dijaga dengan baik. Serai yang dijual dipasar boleh dijadikan benih atau bahan tanaman dan pastikan ianya masih segar dan elok. Selalunya sejak dahulu ramai kalangan surirumah atau sesiapa sahaja yang ada hobi menanam dikawasan rumah akan ambil atau gunakan 2 - 3 batang serai makan untuk ditanam. Ada juga yang menggunakan rumpun pokok serai yang sudah tua dan dibuang akarsera daun tuanya dan kemudian dimasukkan kedalam pasu yang mengandungi media tanaman (tanah campuran baru) atau dinamakan 'Repotting'.  Bagaimana pun bagi menjimatkan lagi anakbeih kerana adalahrugi kalau serai tersebut yang hendak dipakai untuk masak terbuang sahaja.Penulis blog mendapati dimana ambil perdu serai dan kemuidan di potong bahagian bawahnya engan menggunakan pisau tajam (Sila lihat foto disebelah). Kemudian keratan tersebut perlu direndam dalam sedikit air sehingga ia cukup basah dibahagian pertumbuhan pada akar serai. Biarkan selama satu atau dua hari dimana kemuidan dilihat akan keluar pucuk baru yang terus tumbuh dimana ia kemudian boleh ditanam dalam media tanam dipasu atau boleh juga ditanam dalam tanah tanpa direndam terlebih dulu. Apa yang berlaku lazimnya apabila sudah ditunggu sampai tumbuh akar baru disyorkan untuk ditanam dimana ia cepat membesar. Pastikan media tanaman sesuai dan disiram sehingga pokok tersebut sesuai berhasil. Teknik ini mudah dlakukan dirumah dan bolej memperbanyakkan anakbenih serai.

Sebenarnya kawasan Garaj atau Porch kereta boleh di manafaatkan sebagai kawasan untuk menanam pelbagai tanaman makanan berguna. Ramai dilihat 
orang akan mengosongkan kawasan garaj rumah akan tetapi pada penulis blog mereka yang ada hobi menanam serai boleh menafaatkan kawasan tersebut. Kini ada banyak cara untuk dapat menanam tanaman makanan dikawasan keliling rumah termasuk dikawasan tempat letak kereta yang lazimnya akan mendapat cahaya matahari mencukupi untuk pertumbuhan sayuran dan herba. Apa pun hobi bercucuk tanam memberi kepuasan kepada mereka yang gemar dengan kehijauan pokok dimana ini sekali gus sesuai untuk digunakan sebagai keperluan harian termasuk dijadikan bahan masakan dalam menu makanan keluarga. Ramai kurang tahu jika aktiiviti bercucuk tanam dan berkebun sebenarnya adalah sebagai satu ibadah dan juga berikan rawatan terapi. Bercucuk tanam mengajar mereka yang berminat dengan tumbuhan ini akan nikmati erti kesabaran dalam setiap perkara dilakukan. Walau pun ada banyak cabaran semasa memulakan penanaman dikawasan keliling rumah seperti tanaman tidak menjadi dan ada juga yang hampir berputus asa tetapi jika dijadikan hobi dengan minat yang kuat akan merangsang sehingga tanaman diusahakan akan mampu mengeluarkan hasil seperti diharapkan. Jadikan tanaman serai makan sebagai asas didalam mengusahakan kebun secara kecil-kecilan kerana ia akan dapat memberi kepuasan kepada dirinya. Hasilnya kelak bukan sahaja ia mampu mencantikkan permandangan disekeliling rumah malahan akan memberikan hasil tanaman bukan saja memenuhi keperluan sendiri, bahkan juga akan dapat dikongsi bersama jiran tetangga. Pernah dilaporkan dimana hasil berkebun dikawasan rumah ini seperti sayuran lain akan dapat dimakan sendiri atau jika ada lebih boleh disedekahkan kepada masjid, jiran dan juga dijual. Apabila diberi pada orang dan kesannya adalah ramai penerima akan rasa gembira dan dapat tingkatkan keakraban dengan jiran tetangga. Apa yang lebih membanggakan dimana ada kalangan mereka yang berusaha dan bergiat aktif menanam sayur-sayuran akhirnya kos membeli barang dapur dan bahan mentah telah dapat dijimatkan.

Penulis blog juga tertatik dengan portal beberapa akhbar dengan laporan '
Serai ganti straw' diana batang serai ssudah dilaporkan sebagai pengganti penyedut minuman.  Dilaporkan dimana kisah penggunaan serai sebagai penyedut minuman akan diperluaskan ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan straw plastik. Cadangan itu dikemukakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Senator Datuk Husam Musa yang bersedia membekalkan serai kepada mana-mana pihak yang ingin menyahut saranan itu. Penggunaan serai sebagai penyedut minuman adalah sesuatu yang baru dan sebagai permulaan dimana cubaan untuk perluaskan penggunaannya di semua kafe KADA. Dilaporkan dimana tanaman serai mempunyai 27 jenis dan untuk penggunaan sebagai penyedut minuman didapati jenis serai buluh adalah sesuai. Kajia sedang dilakukan bagi tujuan memajukan penggunaannya kepada kafe Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sama ada untuk digunakan oleh orang ramai atau pesakit kerana ia adalah bahan semula jadi. Tanamannya juga akan diperbanyakkan iaitu disasarkan sepanjang tebing tali air KADA dan dianggarkan lebih 10,000 rumpun sudah ditanam di Kampung Padang Halban semasa lawatan di Ladang Merdeka Senor, Pasir Mas, Kelantan. Adalah diharap penggunaannya adalah dua dalam satu kerana lapisan luar saja dijadikan penyedut minuman manakala isi dalamnya dijadikan bahan masakan seperti biasa. Ia akan dikembangkan keada pihak HUSM, Kubang Kerian untuk kemukakan amalan ini memandangkan bekalan serai sangat banyak. Apa pun dilaporkan bagi pencinta alam sekitar mereka gembira kerana inisiatif serai sebagai penyedut minuman adalah amat bagus kerana dapat mengurangkan penggunaan bahan plastik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca bog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MENANAM SERAI... SEBAGAI HOBI SAJA...
DIKELILING RUMAH... MUDAH IA DIJAGA...
BENIH DISEDIA... BERHASIL TIDAK LAMA...
DIJADIKAN STRAW MINUMAN.. KENA CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 Muharram 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.