Friday, August 19, 2022

PISANG NIPAH DAN KISAH MENARIK

PISANG NIPAH
atau ada yang panggilnya sebagai PISANG ABU (Musa acuminata balbisiana) merupakan satu varieti pisang yang popular untuk tujuan di goreng, di buat kueh dan juga di buat ker noepek pisang di negara kita dan di Indonesia. Pisang Nipah ditanam secara monokrop komersial dan juga sebagai tanaman keliling kawasan rumah atau di kawasan lapang di tepi sungai, batas taliair atau sebagai tanaman pagar sempadan dikawasan yang sesuai. Tanaman ini menjadi satu kemestian di tanam di kawasan kampong di Malaysia dan juga di Indonesia sebagai tanaman yang sentiasa membekalkan buah pisang nipah sepanjang tahun. Keluasan tanaman pisang di negara kita adalah sebanyak 26,213 hektar pada tahun 2021 dengan anggaran hasil pengeluaran sebanyak 318,518 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan  Statistik Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2021). Terdapat beberapa jenis pisang selain pisang nipah yang popular seperti Pisang Rastali, Pisang Tanduk, Pisang Mas, Pisang Cavendish, Pisang Embun, Pisang Awak, Pisang Berangan dan sebagainya. Pokok Pisang Nipah merupakan antara pokok yang agak tinggi mencapai sehingga 7-8 meter dan tumbuh dalam rumpun yang sederhana besar. Pokok pisang nipah mempunyai batang yang bersaiz besar dan mempunyai anak yang sederhana banyak. Pemerhatian saya mendapati pokok pisang nipah adalah sesuai ditanam dalam pelbagai jenis tanah asalkan mempunyai sistem saliran baik dan tanah mengandungi bahan organan yang tinggi. Daunya yang agak panjang dan lebar mempunyai warna daun agak hijau gelap apabila tua. Bahan tanaman lazimnya daripada Sulur Dara, Sulur Pedang atau Sulur Payung yang dikeluarkan dari pangkal pokok. Anakbenih sulur ini mudah diperolehi daripada pokok pisang nipah yang matang atau membelinya dari nurseri atau bahan tanaman dari Kultur Tisu (Agak kurang di buat kultur tisu bagi varieti ini). Artikel pada subuh yang dingin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa kisah berkaitan dengan pisang nipah yang dirujuk kepada beberapa media temptan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Kisah dari Sabak Bernam, Selangor dimana 'Hanya mampu melihat pisang membusuk ditandan' menarik untuk dikongsikan.  Bagi petani Mohamad Sulaiman (36 tahun) dimana dia merasa sedih apabila melihat hasil pisang yang dijaga selama 10 bulan busuk begitu sahaja di atas pokok (Sila lihat foto disebelah). Dia yang mengusahakan kebun pisang dengan beberapa jenis seperti Pisang Tanduk, Pisang Nipah, Pisang Nangka dan beberapa lagi di Kampung Batu 2 dakwa pisang berkenaan sepatutnya dijual kepada pengusaha kerepek. Bagimana pun akibat dari penularan Covid-19 yang semakin meningkat permintaannya suram dimana ini sekali gus menyebabkan lambakan pisang. Dia dan seorang rakan yang mengusahakan tanaman pisang sejak 2019 di Sabak Bernam dan Kuala Selangor mengakui pendapatan terjejas sejak Covid-19 melanda negara daripada tahun 2020 sehingga agak reda pada pemghujung 2021. Apa yang berlaku akan dijadikan iktibar apabila Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu telah menyebabkan hasil pisang hanya dapat dipasarkan di Sabak Bernam dan Kuala Selangor saja memandangkan pergerakannya terhad. Dilaporkan mereka mengeluarkan modal hampir RM200,000 sebelum ini untuk menanam pisang secara berperingkat untuk Ramadan kerana permintaan biasanya manjadi tinggi. Mereka telah bekerja sepenuh masa sebagai pekebun dan menjangka pendapatan hanya bergantung kepada hasil pisang. Modal permulaan banyak dikeluarkan akan tetapi pengalaman tahun 2020 dan 2021 menjadi teruk apabila hasil tidak terjual dan juga modal pusingan pun tidak dapat dikutip semula. Ramai juga kalangan pekebunp pisang yang buntu memikirkan cara untuk menjual hasil pisang mereka. Kesannya adalah dimana ramai dan kebanyakan pekebun membiarkan sahaja buah di kebun dan ada yang disedekahkan kepada penduduk. Dia dan petabi lain berharap ada pihak yang prihatin dengan nasib pekebun pisang dan menyelesaikan masalah tersebut masa itu. Dkwanya walaupun mengalami kerugian tetapi rata-rata pekebun termasuk beliau masih berlapang dada dan terus mengharapkan ada pihak yang sudi membelinya supaya tidak terbiar begitu saja. Kini pada tahun 2022 keadaan sudah agak pulih dimana buah pisangnya sudah boleh dijual dengan harga yang baik untuk meneruskan aktiviti pertanian mereka.

Dilaporkan dalam banyak media tempatan mengenai 'Ancaman Moko Pisang' atau pun Penyakit Layu Bakteria atau mudahnya sebagai 'Penyalit Moko' yang dikesan menyerang hasil tanaman pisang. Kisah yang dipetik dari Masjid Tanah, Melaka ini melaporkan dimana kejadian berlaku kebanyakan petani di sekitar Masjid Tanah telah diserang penyakit tersebut. Petani yang mengusahakan tanaman Pisang nangka, Pisang Nipah dan Pisang Berangan mendakwa kerugian selepas mendapati hasil tanaman mereka rosak akibat diserang penyakit itu sejak setahun lalu. Ancaman penyakit itu tambah serius pada musim kemarau sejak Januari 2021 dan ketika ini disebabkan oleh berlaku kekurangan air menyebabkan bakteria terbabit merebak dengan lebih cepat. Bagi Mohd Tamin Othman (64 tahun) yang mengusahakan kebun seluas 1.2 hektar dengan tanaman pisang, nanas, cempedak, durian, limau nipis, rambutan dan nangka tidak terkecuali daripada mengalami serangan moko. Sejak setahun lalu dia dakwa pisang nangka, nipah dan berangan musnah akibat penyakit itu dan dia telah mengambil langkah untuk memindahkan anak pisang yang sudah direndam dalam racun dan bahan peluntur ke kebun lain tetapi tetap tidak menjadi. Apa pun selain bahagian dalam batang pisang membusuk dan menjadi hitam iaitu kesan sama didapati pada buah pisang apabila bahagian dalamnya berwarna hitam menunjukkan ia sudah rosak. Menceritakan lanjut dimana pokok Pisang Lang dan Pisang Tanduk mempunyai daya tahan penyakit yang lebih baik berbanding Pisang Nangka, Pisang Nipah dan Pisang Berangan namun kedua-dua pisang itu menghadapi masalah batang pokok mudah patah akibat kekurangan air pada musim kemarau. Dia yang mengusahakan kebun pisang berkenaan sejak lima tahun lalu mendakwa penyakit moko berkenaan tidak mudah untuk diatasi dengan penggunaan racun atau baja dimana ia sekali gus menyebabkan pokok yang sudah dihinggapi penyakit terpaksa dimusnahkan. Dalam pada itu Jabatan Pertanian Melaka yang dihubungi beritahu petani dimana Penyakit Moko berpunca daripada jangkitan bakteria Ralstonia Solanacearum yang ada dalam tanah dan boleh hidup antara dua hingga tiga tahun. Moko dikenalpasti adalah penyakit berbahaya bagi pokok pisang dan setakat ini tiada rawatan khusus yang mampu mengubati jangkitan penyakit itu. Para petani diminta memusnahkan semua pokok dijangkiti dan melaksanakan Amalan Pertanian Baik dengan tidak menanam pisang selama beberapa tahun. Kawasan kebun berkenaan perlu dikuarantin selama 18 hingga 24 bulan bagi tujuan uuntuk mengurangkan pertumbuhan bakteria dalam tanah.

Media melpoarkan rahsia bagaimana untuk mendapatkan citarasa pisang goreng dengan '
Ketulan ais membuat pisang goreng jadi rangup' yang boleh dijadikan tauladan. Rakyat Malaysia suka sangat makan pisang goreng dimana mereka biasanya akan beli pisang goreng di gerai tepi jalan atau dimana jua. Akan tetapi kini disebabkan perintah kawalan pergerakan dulu dilaporkan pasti ada yang merindui pisang goreng siap ada kerak dan serdak yang rangup. Penulis blog merujuk laporan dalam portal utusan.com dimana resipi tepung bancuhan pisang goreng rangup ini ynag menggunakan bahan ketulan ais membantu menyedapkan rasa. Tepung goreng pisang yang dimasak berbeza kerana tidak menggunakan tepung beras dan telur namun rasa pisang gorengnya teramat rangup. Bagi penjual pisang goreng yang lebih mesra dengan sapaan Umi Watie beritahu bagi membuatnya perlukan bahan-bahan iaitu sebiji Pisang tanduk dipotong-potong, 2 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung ubi kayu, serbuk kunyit secukupnya, garam secukup rasa, 2 sudu besar marjerin dan cairkan terlebih dahulu, 4 ketul ais batu1 ¾ cawan air untuk bancuhan tepung pertama, ¼ cawan air untuk bancuhan tepung kedua dan pastinya minyak untuk menggoreng. Cara penyediaan bancuhan tepung untuk salutan pisang adalah pertama mencampurkan tepung gandum, tepung ubi kayu, serbuk kunyit dan garam di dalam bekas. Selepas itu boleh masukkan marjerin yang telah dicairkan dan air. Gaul bahan-bahan ini sehingga semuanya sebati. Pastikan ketulan ais tadi cair sekali. Bancuhan tepung ini perlulah pekat. Setelah siap bancuhan tepung itu, biarkan seketika dan buat bancuhan tepung kedua. Sebagai petuan sebaiknya marjerin, ais batu dan tepung ubi untuk merangupkan bancuhan tepung goreng pisang kita. Ini bahan rahsianya. Dalam pada itu rahasia dalam cara penyediaan bancuhan tepung untuk kerak dan serdak adalah dengan mengambil ½ cawan bancuhan tepung pekat yang telah siap tadi. Dalam bekas lain, campurkan dengan ¼ cawan air. Bancuhan ini memang cair. Cara memasak pisang goreng dan kerak yang rangup adalah dengan mengmbil pisang tanduk yang telah dipotong-potong tadi. Salutkan pisang ini dengan bancuhan pertama yang lebih pekat. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Apabila minyak panas, masukkan dua sudu besar bancuhan tepung cair tadi. Tepung ini akan naik berkelopak. Selepas itu barulah boleh dimasukkan pisang yang telah disalut dengan bancuhan tepung pekat tadi. Biarkan pisang ini masak sehingga kekuningan. Setelah masak bolehlah angkat dan toskan minyak terlebih dahulu. Akhir sekali ulang langkah-langkah yang sama hinggalah semua pisang dan tepung bancuhan cair itu telah habis. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
PISANG NIPAH... SELALU RAMAI SUKA...
HARGA MURAH... PELBAGAI HARGANYA...
DIGORENG RANGUP... ADA RAHSIANYA...
KETULAN AIR BATU... BOLEH MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(18 Syaaban 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.