Friday, July 22, 2022

NESTLE DAN INDUSTRI KOPI TERKINI

INDUSTRI KOPI DI MALAYSIA
kini diceriakan lagi dengan kehadiran pihak Nestle (Malaysia) Berhad yang mana mereka menyasarkan untuk mengagihkan kira-kira 50,000 biji benih kopi Robusta kepada 200 peladang di Kedah bagi tujuan penanaman kopi membabitkan 40.47 hektar tanah menjelang 2020. Penuis blog percaya melihat foto diatas pastinya ramai teringat akan iklan tersebut di TV dan media masa lain bagaimana iklan kopi Kedah ini dipromokan. Dilaporkan dimana ada program yang kini pada menjadi fasa perintis itu membabitkan kerjasama antara Nestle bersama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Jabatan Pertanian Negeri Kedah (DOA), Lembaga Kemajuan Ekonomi Kedah (KEDA), Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) dan MARDI. Dilaporkan dimana kerjasama strategik enam pihak itu adalah sebagai inisiatif untuk mewujudkan perladangan kopi yang lebih mampan dalam usaha memulihkan semula sektor dalam perladangan kopi di Malaysia. Malaysia merupakan negara pengimport tegar biji kopi mentah sejak lama dimana dahulu pengimportan kopi perlu mendapatkan kebenaran khas (AP) daripada MoA sebelum digugurkan pada disebabkan syarat WTO, liberasisasi perdagangan dan globalisasi. Malaysia mengimport kopi dengan nanyaknya terutama dari Vietnam, Indonesia dan beberapa negara lain. Kini program bersama Nestle ini akan menyediakan sokongan kepada peladang di setiap peringkat proses perladangan kopi bagi tujuan untuk membangunkan rantaian huluan kopi. Syarikat Nestle yakin menerusi pengalaman dan skala Nestle sebagai pengeluar makanan utama dengan gabungan kepakaran tempatan ini, kami mampu memulihkan kembali sektor perladangan kopi selain meningkatkan taraf hidup peladang tempatan.  Ketika ini sebuah nurseri tanaman induk bersaiz 1.21 hektar telah pun dibangunkan pada 1990-an di Sik, Kedah sedang dibaik pulih untuk penyediaan bahan penanaman yang mencukupi bagi tujuan pengeluaran biji benih kopi. Ia juga akan menjadi pusat bagi Program Nescafe 'Disemai Dengan Kasih'. Kini Kumpulan Nestle adalah pembeli terbesar kopi hijau (pengimport) di dunia dengan perolehan sekitar 850,000 tan kopi hijau setiap tahun. Di Malaysia, Nestle mengimport sekitar 17,000 tan biji kopi mentah setiap tahun dan jumlah itu dijangka meningkat secara signifikan dari semasa ke semasa. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai program Nestle untuk membangunkan industri kopi di Kedah dan beberapa aktiviti lain yang dilaporkan oleh beberapa media tempatan untuk rujukkan.

Beberapa media tempatan melaporkan berita '
NESCAFÉ Classic Kopi Kedah' di Kuala Lumpur dimana Nestlé Malaysia memperkenalkan kopi semaian tempatan 100 peratus yang dikenali sebagai NESCAFÉ Classic Kopi Kedah yang mana ditawarkan di pasaran bermula akhir Disember 2020. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Bhd, Juan Aranols berkata, NESCAFÉ Classic Kopi Kedah! diilhamkan menerusi program NESCAFÉ Grown Respectfully (NESCAFÉ Disemai dengan kasih), inisiatif perladangan kopi mampan yang telah dilancarkan tahun 2020 di Kedah (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan NESCAFÉ Classic Kopi Kedah edisi terhad boleh didapati dalam tin aluminium isian 170 gram dan dijual pada harga runcit RM23.02 setin di pasar raya dan pasar mini tempatan terpilih seperti MYDIN, Billion, EconSave dan 99Speedmart. Didakwa biji kopi yang digunakan dalam NESCAFÉ Classic Kopi Kedah disemai dengan kasih dan dipilih dengan teliti sebelum dipanggang sehingga sempurna dan dikisar menjadi serbuk kopi halus. Produk itu menjanjikan nikmat aroma dan cita rasa NESCAFÉ Classic, mencetus pengalaman kopi tempatan yang benar-benar asli. Sebagai penghormatan kepada produk 100 peratus semaian tempatan maka pihak NESCAFÉ Classic Kopi Kedah serba baharu dibungkus dalam tin aluminium koleksi khas bercorak batik tradisional Malaysia bagi menyerlahkan hasil seni tempatan. Pengenalan produk edisi terhad itu adalah antara inisiatif syarikat untuk merungkai kuasa makanan untuk meningkatkan kualiti kehidupan bagi semua rakyat Malaysia. Nestle terus menyokong masyarakat luar bandar di Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya. Kini sudah terbabit dengan tanaman ladang cili dan sawah padi di beberapa negeri dan kini berbangga untuk memulihkan semula perladangan kopi di Kedah untuk menghasilkan NESCAFÉ Classic Kopi Kedah pertama kami. Setakat ini penyertaan lebih 100 peladang dan menanam hampir 70,000 anak pokok kopi di Kedah sudah dilaksanakan. Ia hanya permulaan dan akan diteruskan dengan menggiatkan usaha membina masa depan kopi yang mampan dan membawa kesan positif kepada komuniti peladang tempatan.

Dalam kisah lain dilaporkan 'Nestle sasar tanam 3 juta pokok menjelang 2023' iaitu dilaporkan dari Kuala Selangor 
apabila Nestle Berhad (Nestle) menanam 500 pokok bakau minyak di Taman Alam Kuala Selangor sebagai inisiatif pemulihan spesis itu. Penanaman anak pokok bakau itu atau 'Rhizophora apiculata' dilakukan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Impact Revolution Enterprise. Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Juan Aranols berkata pihaknya sebelum itu melancarkan projek RELeaf pada September tahun lalu dengan sasaran menanam tiga juta pokok di seluruh Malaysia menjelang 2023. Projek itu menyusuli projek Kinabatangan ReLeaf iaitu program perintis bagi menanam sejuta pokok di Sabah, juga disempurnakan tahun 2019. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengehadkan capaian syarikat ke kawasan penanaman dan melengahkan pelaksanaan projek RELeaf. Bagaimanapun mereka kini menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Setakat ini ada tapak semaian rakan kerjasama sudah mempunyai hampir satu juta anak benih dan anak pokok pelbagai spesies asli yang tumbuh subur dan sihat. Menjelang akhir tahun ini kira-kira 300,000 tanaman itu akan dipindahkan ke kawasan sesuai sebagai penanaman akhir. Dijangka selepas PKP tamat maka pasukannya menggandakan usaha dan sedang menggiatkan lagi aktiviti penanaman. Nestle juga menjalin kerjasama dalam dan di luar rantaian bekalan selain meneroka kerjasama selanjutnya dengan agensi terbabit untuk menggiatkan dan meluaskan program. Pihaknya mempunyai perancangan kukuh dan sumber yang tersedia untuk menanam 1.3 juta pokok tahun depan dan ini diikuti 1.4 juta batang pokok pada 2023. Mereka benar-benar komited untuk mencapai sasaran emisi karbon sifar bersih menjelang 2050 dengan matlamat pengurangan emisi sebanyak 50 peratus menjelang 2030. Inisiatif penanaman semula hutan ini akan disokong oleh pelaksanaan amalan pertanian regeneratif di ladang cili, kopi dan juga sawah padi yang terbabit. Nestle juga teruskan usaha mempromosikan penanaman kopi robusta di Kedah.

Portal berita tempatan lain menyatakan 'Nikmat Secawan Kopi' dimana sudah ada jenama 
Nescafe Gold dilancarkan dengan konsep baru dengan mana ada memperkenalkan Kafe Kontena pertama di The Square, Publika, Petaling Jaya, Selangor. Ini adalah kesinambungan pengenalan wajah baru minuman itu yang sentiasa komited untuk kekal relevan dalam kehidupan pengguna dengan mencipta detik indah yang menjadi kenangan menerusi kopi selama lebih 80 tahun di negara ini. Wajah dan konsep baru itu, seterusnya mengukuhkan daya tarikan, keaslian dan keterbukaan bagi memastikan dan meneruskan hubungannya dengan pengguna. Ketua Pegawai Eksekutif, Nestle (Malaysia) Berhad Juan Aranols berkata, pelancaran itu dipacu komitmen jenama untuk memastikan produknya yang bermutu tinggi dihasilkan dengan teliti. Sebuah Kafe Kontena direka supaya pelanggan dapat merasai pengalaman tersendiri Nescafe Gold baru yang bukan saja memberikan pengalaman merangsang deria, tetapi juga memperlihatkan kepakaran jenama dalam mengadun kopi bermutu tinggi. Inovasi ini dilihat dalam perniagaan kopi lebih hebat daripada yang diramalkan. Inisiatif dan trend yang kita lihat sekarang adalah lebih daripada secawan kopi yang mana tumpuan lebih kepada pengalaman memberikan sentuhan peribadi untuk setiap pelanggan. Ini adalah yang membuat pasukan jenama ini bekerja keras untuk lebih memahami dan mendalami trend kopi premium di Malaysia untuk tujuan mengetengahkan tawaran serba baru.  Serentak dengan pelancaran itu maka para tetamu diperkenalkan kepada kafe itu yang membolehkan mereka menyelami pengalaman minum kopi yang unik dan lebih memahami kepakaran jenama itu dalam seni pembuatan kopi. Kafe Kontena pengalaman tersendiri itu ditempatkan di The Square, Publika sebelum dipindahkan ke MyTOWN, Cheras, untuk membolehkan pengunjung mengalami kelainannya dan seterusnya ke lokasi lain pada minggu yang akan datang. Tawaran baru jenama itu dicipta dengan sentuhan kepakaran yang mengekalkan keunikan, kelicinan dan kehalusannya bagi menghasilkan secawan kopi dengan keseimbangan yang sempurna. Keseimbangan dan pembaharuan ini juga akan digambarkan dengan wajah baru Nescafe Gold yang diperlihatkan menerusi rekaan pembungkusan yang menarik. Disertakan dengan corak grafik emas yang lebih sederhana dan menarik, wajah baru ini katanya mencerminkan banyak pengalaman minum kopi yang unik, menggabungkan kelembutan, keseronokan dan kepuasan deria rasa. Selari dengan usaha untuk menambah baik pengalaman minum kopi pelanggan, kami turut memberi tumpuan kepada usaha menambah baik perjalanan mereka menerusi pelbagai titik sentuhan. Ini termasuk Kafe Kontena yang dicipta khas untuk memberikan pengalaman yang merangsang deria dan menonjolkan ketelitian dan kualiti tinggi yang terdapat dalam cawan kopi pengguna. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SYARIKAT NESTLE... IA SATU JENAMA...
PRODUK NESCAFE... RAMAI KENALNYA...
TANAM KOPI.. DI KEDAH PROGRAMNYA...
MINUMAN KOPI... JUTAAN AMBILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(24 Jamadilakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.