Wednesday, July 20, 2022

NANAS PINK - PESAING NANAS MD2?

TAHUKAH ANDA JIKA NANAS MERAH JAMBU
atau pun NANAS PINK (Pink Pineapple) mungkin menjadi pesaing kepada nanas popular di Malaysia dan didunia iaitu Nanas MD2?. Ini kerana ia merupakan satu jenis nanas yang mana ia mungkin akan mendapat permintaan yang baik dikalangan pengguna dimasa akan datang. Nanas Pink ini mempunyai isi daging didalamnya berwarna MERAH JAMBU (PINK) berbeza dengan nanas biasa yang selalunya berwarna kuning emas atau keputihan sahaja. Nanas ini direkacipta oleh saintis melalui Pengubahan Genetik (Genetically Modified Organism - GMO) yang dipunyai oleh Del Monte Fresh atau Del Monte Plantation. Ia kini didakwa memang ada ianya ditanam di Hawai dan juga Jamaica untuk dijadikan nanas yang unik. Bagaimana pun nanas ini belum pasti bagaimana kewujudannya di Malaysia kerana masih baru dikalangan pengiat tanaman nanas. Uniknya buh dari pokok nanas pink ini telah lama diluluskan dan disahkan selamat dimakan oleh manusia dari pihak FDA di USA yang membuat kajian saintifik terhadap nanas pink ini semenjak tahun 2016 lagi dengan laporan iaitu 'The FDA approved the fruit for consumption back in December 2016 and assured consumers that the pink color, though created through genetic modification, is totally safe to eat'. Apa pun penjualan nanas pink ini dilaporkan masih belum dikomersilkan lagi. Daripada beberapa jurnal yang penulis blog rujuk ada dinyatakan kualiti nanas pink ini didakwa ia lebih manis selain daripada warnanya yang menarik iaitu PINK (Sila lihat foto paling atas sekali). Kali pertama penulis blog dapat info secara tidak sengaja didalam beberapa lamanweb yang berkaitan nanas dan mendapatkan infonya secara serius dalam beberapa minggu. Nanas Pink ini adalah dari jenis nanas biasa yang boleh dimakan isinya dan bukan dari jenis Bromeliads yang dijadikan jenis tanaman hiasan (ornamental). Saya ada menulis artikel pertama mengenai kewujudan nanas merah jambu ini (nanas Pink) yang diposting pada 21 April 2018 (4 tahun lalu) dan boleh dibaca dengan pautan berikut (Sila klik disini).  Artikel pada subuh hari Isnin 18 Zulhijjah 1443H ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya gembira kongsikan kisah mengenai Nanas berwarna pink yang ada dilaporkan oleh media antarabangsa dan ia mungkin menjadi pesaing kepada nanas MD2 yang popular masa kini untuk rujukkan anda semua.

Dari sebuah portal bertajuk 'Bakal menjadi p
esaing nanas MD2, ini keunikan nanas pink' agak menarik untuk dijadikan bahan rujukkan. Walau pun dari ciri fizikal luar kelihatan nampak agak sama seperti nanas MD2 iaitu warna kulitnya berwarna hijau dan kekuningan apabila matang akan tetapi uniknya apabila ia dibelah dilihat dimana isinya berwarna merah jambu atau pun warna pink (Sila lihat foto disebelah)Nanas Pink merupakan nanas yang dicipta melalui penyelidikan selama 16 tahun 0leh syarikat gergasi nanas dunia iaitu Del Monte dengan jenama yang diberikan kepada nanas ini adalah Pinkgl0w Pineapple. Apa pun dilaporkan iaitu kaedah penghasilan nanas ini dibuat melalui perubahan ginetik (GMO) ke atas nanas dengan mengubah dan mengurangkan kandungan enzim di dalam buah nanas kepada pink pigmen lycopene daripada yellow pigmen beta cerotene. Lycopene adalah pigmen yang terdapat pada buah tomat0 dan tembikai yang memberikan warna merah ke atas buah. Nama jenis nanas ini adalah 'Nanas Pinkglow' telah pun mendapat kelulusan U.S Food and Drug Administration (FDA) untuk di pasarkan dan di makan dengan selamat 0leh pengguna. Nanas ini ditanam di Cssta Rica dengan pasaran yang masih terhad di sekitar negara Amerika Syarikat. Ada laporan dimana ia dikatakan memberikan citarasa lebih manis, kurang masam dan lebih berjus dimana ia juga adalah merupakan nanas segar termahal iaitu dengan harga sekitar USD50 sebiji (RM150-200) dan boleh dibeli secara online di website Pinkglow melalui pemborong Melissa’s dan Tr0pical Fruit B0x. Jika anakbenih nanas ini boleh diperolehi di Malaysia satu hari nanatu mungkinkah nanas pink ini akan menjadi pesaing kepada nanas MD2?. Hanya masa akan menentukan perkara ini dimasa akan datang dan sama-samalah kita tunggu.

Dalam portal berita cnnindonesia.com yang dirujuk dengan tajuk berita 'Tak Lagi Kuning, Kini Ada Nanas Warna Pink' juga berkait dengan tulisan kali ini untuk ditulis semula. Dilaporkan dimana n
anas dikenal dengan isi daging buahnya yang berwarna kuning cerah akan tetapi sekarang daging buah nanas tak cuma berwarna kuning semata malahan ada yang kini sudah berwarna pink. Pada tahun 2016 dilaporkan muncul berita bahwa FDA telah menyetujui nanas berdaging merah muda yang dikembangkan Del Monte untuk dimakan oleh manusia. Namun ia perlukan jangkamasa empat tahun untuk mereka menjual produk tersebut dengan nama komersil 'Pinkglow Pineapples'Nanas Pinkglow adalah produk yang sangat kami banggakan dimana ia tidak hanya disebabkan oleh ciri warnanya yang indah dan rasanya yang enak akan tetapi juga disebabkan oleh proses penjagaannya semasa menanam sehingga menuai memerlukan kaedah khusus sehingga mampu menghasilkan buah unik ini. Merujuk kepada kenyataan oleh Pablo Rivero sebagai wakil syarikat yang terkait dengan kaedah pemasaran berada di Amerika Utara bagi Syarikat Fresh Del Monte merujuk kepada laporan oleh pihak Food and Wine, USA. Didakwa dimana pihaknya mendapati iaitu warna merah muda ini diperolehi melalui kajian pembiakbakan gunakan aplikasi genetik. Nanas ini dihasilkan untuk menghasilkan enzim yang lebih rendah dibanding nanas biasa. Enzim ini didakwa akan mengubah pigmen beta karoten yang membuat warna jadi kuning menjadi 'pigmen likopen' yang menghasilkan warna merah muda. Likopen adalah pigmen yang sama seperti di dalam buah tomato merah dan buah tembikai. Dinyatakan dimana apabila tiba dipasaran maka nanas ini dijual dengan harga US$49 atau sekitar RM218 sebiji. DIlaporkan dimana cadangan harga ini adalah aaiantara harga yang sangat mahal untuk sebiji nanas. Persoalannya adalaj mengapa nanas ini sangat mahal?
Kemudian disoalkan dimana mengapa butuh waktu lama untuk masuk ke pasar setelah persetujuan FDA?. Soalan ketiga adalah dimana pihak Del Monte menjelaskan bahwa nanas sebenarnya memerlukan jangkamasa selama 24 bulan untuk tumbuh dimana Syarikat Pinkglows secara khusus menyatakan ketika ini jumlah buah yang boleh dipetik adalah terhad yang diusahakan di Costa Rica. Diperingkat awal penjagaan adalah teliti agar ia lebih stabil aspek penanaman nanas tersebut. Pasa sepokok nanas pink lazimnya hasil dituai adalah berupa buah nanasnya sahaja tanpa bahagian jambul atau mahkota daunnya. Mahkota buah ini akan ditanam lagi untuk menjamin kesinambungan usaha penanaman di pusat tersebut yabg masih diperingkat awal lagi. Pada masa ini para pembeli nanas pink juga akan diberi sertifikat yang menjamin keaslian nanas tersebut sebagai kawalan khas untuk bahan penanaman. Syarikat sedia ada mendakwa dimana buah nanas pink juga disebut sebagai 'Permata hutan ' keranai a memiliki rasa yang lebih segar dan manis daripada nanas tradisional. Selain itu buah nanas pink ini juga disebut memiliki rasa yang unik dan memiliki aroma seperti rasa gula-gula. 

Berlainan pula didalam kosmo.com.my dengan tajuk berita mengejutkan iaitu 'Thailand haramkan jualan nanas merah jambu' pada Jun 2022. Berita dari Bangkok, Thailand ini menyatakan dimana pihak Kementerian Pertanian Thailand sudah mengharamkan penjualan sejenis nanas merah jambu yang telah diubah suai secara genetik seperti dilaporkan oleh pihak portal berita Thaiger. Apa pun kementerian berkenaan menggesa orang ramai supaya berwaspada terhadap buah nanas berwarna luar biasa itu dan me­laporkan sesiapa sahaja kepada kementerian akan sesiapa juga yang terlibat dalam perniagaannya. Syarikat Costa Rica Fresh Del Monte yang berpangkalan di California menanam nanas dinamakan Pinkglow itu sejak tahun 2005. Buah itu didakwa kurang rasa masam berbanding nanas biasa. Nanas itu menjadi popular di Amerika Syarikat (AS) dan kini semakin mendapat perhatian di Thailand. Bagaimanapun kini negara Thailand me­laksanakan dasar bebas orga­nisme terubah suai secara genetik (GMO) yang ketat. Penyeludupan nanas Pinkglow adalah kesalahan jenayah dan mereka yang terlibat boleh dihukum penjara sehingga satu tahun dan/atau denda sehingga 20,000 baht (RM2,540). Pihak berkuasa Thailand juga merampas dan memusnahkan keseluruhan nanas merah jambu jika menemuinya. Pentadbiran Makanan dan Ubat AS (FDA) meluluskan nanas Pinkglow pada 2016. Nanas Pinkglow dikatakan le­bih manis dan berair daripada nanas biasa. Ia masih padat de­ngan semua nutrien yang sama, seperti Vitamin C yang baik untuk sistem imunisasi dan mangan untuk menjadikan tulang lebih kuat. Bagaimanapun, nanas Pinkglow adalah produk manipulasi genetik dan haram di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan B.E. 2507. Kita di Malaysia masih menunggu akan benih dan buah nanas pink ini untuk ujirasa dan penanamannya (jiak boleh) dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NANAS PINK... MERAH JAMBU DIA....
SUDAH DITANAM... DI AMERIKA SANA....
BELUM KOMERSIAL... PROMOSI DI MULA...
DAPAT TANAM ... TUNGGU UJIRASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Zulhijjan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.