Friday, July 1, 2022

KENAPA HARGA BAJA RACUN NAIK?

KENAPA HARGA BAJA DAN RACUN untuk tanaman dan sektor pertanian naik dengan ketara sejak kebelakangan ini. Perkara ini juga yang menyebabkan kenaikan harga makanan dan sebabkan meningkatnya kadar inflasi di Malaysia dan banyak negara lain. Dalam pada itu k
erajaan juga digesa mengambil perhatian serius dalam menangani isu harga racun dan baja yang meningkat dua kali ganda sejak penghujung tahun 2021. Kenaikan harga tersebut telah membelenggu dan memberi kesan terutama kepada pekebun kecil kelapa sawit, pekebun buah-buahan dan juga penanam sayuran serta yang ainnya sejak November tahun 2021. Kenaikan harga input pertanian terutamanya racun dan baja itu telah menyebabkan petani terutamanya termasuk juga pekebun kecil sawit dan getah meminimumkan penggunaan kedua-dua input ini kepada tanaman mereka. Apa yang penulis blog pernah temubual dengan pekebun kecil kelapa sawit di kampong sendiri di Gersik, Muar, Johor dimana pada kebiasaannya penduduk kampung yang ada menanam kelapa sawit akan menggunakan sekitar 30 - 40 beg baja sehektar yang setiap satunya seberat 50 kilogram tetapi terkini mereka hanya mampu untuk menggunakan 10 beg baja sahaja bagi setiap pusingan pembajaan. Isu ini berlaku berikutan apabila harganya yang meningkat daripada RM90 kepada RM180 satu beg. Ini memberikan kesan terhadap produktiviti buah terutamanya ketika musim melawas walau pun harga buah sawit memang amat baik. Dalam temubual lain dengan saudara yang menanam sektor getah pula walaupun rata-rata pekebun kecil di kampong ada menerima di antara RM2.90 hingga RM3.20 sekilogram getah sekerap akan tetapi yang sedihnya mereka tidak dapat menarik nafas lega berikutan harga input pertanian yang turut meningkat. Dilaporkan dimana dengan kenaikan harga tanaman komoditi ini tetapi kini masih tidak dinikmati oleh pekebun kecil berikutan kos penyelenggaraan ladang juga turut meningkat. Ramai nyatakan dimana kenaikan harga input pertanian sekiranya tidak ditangani pasti memberi kesan kepada produktiviti dan kualiti hasil tanaman yang dihasilkan negara. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai kenapa dan punca kenaikan harga baja dan racun yang erlu difikirkan agar sekrot pertanian negara terus berkembang untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Dalam media utama utusan.com paparkan bagaimana '
Faktor global, pembekal ambil kesempatan punca harga baja, racun naik' untuk dikongsikan. Kenaikan harga baja dan racun di pasaran yang menjadi keresahan golongan petani ketika ini yang berpunca daripada faktor global dan pihak pembekal yang mengambil kesempatan. Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan ada menyatakan dimana faktor global disebabkan China yang menjadi pembekal ketika ini mengawal dan menghadkan pengeluaran bahan mentah yang mencemarkan persekitaran dan juga berlaku peperangan Ukraine - Rusia. Faktor dimana China sedang mendapat tekanan dunia akibat pelepasan karbon yang tinggi dan faktor global juga berpunca daripada kenaikan harga bahan mentah untuk memproses racun dan baja. Era peperangan yang berlaku antara Rusia dan Ukraine juga turut memberi kesan kepada harga berkenaan. Kini ada rungutan dari pekebun kecil atau petani yang menjalankan aktiviti tanaman untuk pengeluaran makanan dan komoditi eksport. Faktor lain yang libatkan tahap nasional terasuk isu penurunan ringgit dan peningkatan harga komoditi juga menyebabkan pengeluar lebih berminat untuk eksport raucn dan baja ke Eropah dan China sekali gus meningkatkan harga tempatan. Faktor di peringkat syarikat pula ialah kos logistik meningkat disebabkan pandemik Covid-19 dimana terkini dilaporkan satu kontena kos mengimport baja dan bahan kimia meningkat. Pada September 2020 harganya RM3,000 tetapi shaja dan ini ia meningkat kepada RM7,000 pada bulan September 2021. Ada kemungkinan ada syarikat yang ambil kesempatan (naik harga) apabila stok bahan itu merosot di pasaran.

Isu ini ada dibincangkan di Dewan Rakyat apabila 'Faktor luaran punca harga baja tempatan meningkat' dilaporkan ada dibincangkan. Perubahan dasar negara lobatkan pengeluar atau pengeksport baja yang mengutamakan penggunaan domestik dan mengurangkan kuantiti eksport adalah antara faktor utama menyebabkan peningkatan harga baja. Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Dr Wee Jeck Senglaporkan sebagai dimana contoh, China yang merupakan pengeluar baja terbesar dunia mengenakan sekatan ke atas eksport baja untuk memastikan permintaan domestik tidak terganggu. Dalam pada itu antara faktor lain kenaikan kos bahan mentah dan gangguan logistik akibat perintah kawalan pergerakan ketika pandemik Covid-19 di negara pengeluar baja. Kanada yang merupakan pengeksport bahan baja kedua terbesar ke Malaysia pula berhadapan mogok pekerja kereta api yang merupakan sebahagian besar rantaian logistik dalam penghantaran baja untuk dieksport. Peperangan dan konflik antara Rusia dan Ukraine yang merupakan antara pengeluar baja terbesar dunia dilaporkan meningkatkan lagi spekulasi dalam pasaran ekonomi serta menjejaskan pengeluaran baja menyebabkan kenaikan harga baja. Faktor berkenaan menjadi punca kenaikan mendadak harga baja sejak kebelakangan ini dengan indeks harga pengeluar menunjukkan secara purata, harga bahan mentah baja mengalami kenaikan sebanyak 9.1 peratus pada tahun 2021, manakala pada Januari tahun 2022 pula indeks ini meningkat sebanyak 15 peratus. Dilaporkan walau pun dasar dan pengawalan industri baja bukan di bawah seliaan kementeriannya, namun sentiasa bekerjasama dengan kementerian dan agensi kerajaan lain yang berkaitan bagi menangani isu kenaikan harga baja. Pihak Kementerian juga berbincang dengan Persatuan Industri Baja Malaysia (FIAM) bagi mencari penyelesaian dan kaedah untuk dapat mengurangkan kesan kenaikan harga, terutama kepada pekebun kecil dan penanam barang makanan. Diantara cadangan itu ialah mewujudkan kerjasama antara pengeluar baja dan koperasi sektor agrikomoditi yang membolehkan pemberian harga istimewa melalui koperasi milik pekebun kecil. Koperasi agrokomoditi juga disyorkan untuk membeli baja daripada ahli pengeluar baja di negara ini secara pukal dan menjual kepada pekebun kecil dengan harga berpatutan.

Portal berita bharian.com pula laporkan 'Harga baja, racun naik 100 peratus' memang sesuai dijadikan sumber rujukkan. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid ketika lawatan di kawasan Tanaman Fertigasi Melon Manis Terengganu di Kampung Peradong, Manir, Terengganu. Isu kenaikan sehingga 100 peratus harga baja dan racun sejak akhir-akhir ini memberi tamparan hebat kepada petani. Kini  pihaknya sudah sedia maklum akan kenaikan melampau harga baja dan racun tanaman di pasaran. Kementerian dilaporkan memang sudah bincang dan mengadakan mesyuarat dengan beberapa pihak berhubung kenaikan harga baja dan racun susulan rungutan petani yang diterima. Antara punca kenaikan harga dua bahan pertanian yang dikenal pasti itu ialah kerana kos pengangkutan yang meningkat sekali gus menyumbang kepada kenaikan harga baja dan racun. Faktor kilang pengeluaran baja dan racun yang baru bermula selepas diberhentikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga menjadi punca kenaikan mendadak harga baja dan racun. Kenyataan ini kepada wartawan semasa Program Lawatan Timbalan Menteri KPDNHEP di kawasan Tanaman Fertigasi Melon Manis Terengganu (MMT) di Kampung Peradong kelolaan Jabatan Pertanian Terengganu (Sila lihat foto disebelah). Antara yang turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri, Zulkefli Amin dan Pengerusi Koperasi Pengusaha Melon Manis Terengganu Berhad (KOPMET), Tengku Norulhuda Tengku Muhammad. Kerajaan akan mengenal pasti langkah terbaik bagi menyelesaikan isu kenaikan harga baja dan racun yang mungkin tidak terkawal di pasaran. Isu kenaikan harga baja dan racun dalam perhatian KPDNHEP sekarang dan pihak kami akan cuba mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah itu.

Dalam portal kosmo.com pula dilaporkan 'Kenaikan harga baja, racun dunia punca kenaikan harga sayur' dimana ia sudah menjadi berita utama media tempatan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendedahkan kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran tempatan ketika ini ada kaitan dengan peningkatan harga baja dan racun di pasaran dunia. Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dakwa perkara itu didedahkan pada sesi libat urus antara kementeriannya bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa antara faktor kenaikan harga sayur-sayuran yang tinggi di dalam pasaran tempatan mempunyai perkaitan dengan kenaikan harga baja dan racun di pasaran dunia. Apa pun dilaporkan diantara isu berbangkit yang dibincangkan bersama-sama adalah melibatkan isu kenaikan harga makanan terutamanya harga ayam dan sayur-sayuran yang mengalami kenaikan harga yang tinggi di dalam pasaran. Ada beberapa pelan tindakan sedang dirangka melibatkan ketiga-tiga kementerian bagi mengatasi isu kenaikan itu. Semua juga berharap tindakan itu dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin bagi membantu pengguna dan peniaga yang terkesan teruk. 

Terbaru memetik laporan dari FMT Report bertajuk 'Kenaikan harga baja bunuh petani' dakwa bekas menteri pertanian Salahuddin Ayub. Beliau turut mencadangkan kerajaan memberi subsidi tunai sebanyak RM100 setiap tan hasil pertanian kepada petani. Kisah dari Petaling Jaya itu menyatakan kerajaan digesa memberi subsidi baja kepada petani yang kini terpaksa bergelut berdepan kenaikan harga yang menyebabkan peningkatan kos pengeluaran pertanian. Bekas menteri pertanian dan industri asas tani, Salahuddin Ayub juga berkata ini perlu memadangkan perang Rusia-Ukraine yang berterusan telah mencetuskan kenaikan harga baja di peringkat global. Ukraine adalah antara pengeksport baja utama dunia. Kerajaan sepatutnya memberi subsidi tunai sebanyak RM100 setiap tan hasil pertanian kepada petani. Ini didakwa boleh membantu mengurangkan kesan kenaikan besar terhadap kos baja yang kini meningkat daripada RM120 kepada sekitar RM200. Dakwanya kenaikan ini dipercayai turut dipengaruhi isu pencerobohan dan ketidaktenteraman yang berlaku antara Rusia dan Ukraine yang bermula sejak 24 Feb 2022. Jelasnya, negara Ukraine antara pengeluar terbesar bagi sumber pengeluaran berasaskan baja dan tanaman sehingga dikenali sebagai ‘the bread basket of Europe’ kerana menjadi antara pembekal utama bijirin, oat, barli, jagung, dan gandum. Ahli Parlimen Pulai itu menambah dimana ia perlu mengambil kira krisis perubahan iklim serta ketidaktentuan cuaca, risiko cuaca yang buruk akan menjejaskan tanaman serta akan dapat menghapuskan sumber pengeluaran. Krisis yang berlku iaitu ketidakseimbangan ini seharusnya dijadikan sebagai satu peluang untuk melihat semula kelompongan dan jurang sedia ada bagi memperbaharui rantaian nilai agro bagi melindungi dan menjamin kedaulatan makanan negara. Justeru itu juga kerajaan perlu menyatakan solusi yang lebih baik bagi menangani tiga permasalahan utama iaitu kenaikan harga baja serta kos operasi, nasib golongan petani dan pengeluar tempatan dan ketidakstabilan jaminan bekalan makanan untuk masa hadapan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HARGA BAJA - RACUN... KENAIKAN DIRASA...
PETANI TERGUGAT... TAK MAMPU BELINYA...
FAKTUR PERANG... DIANTARA PUNCANYA...
PERANAN KERAJAAN... DITAGIH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronimits,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Zulkaedah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.