Tuesday, July 12, 2022

KACANG HANTU - KENALI DIA?

PERIBAHASA KACANG HANTU
memang satu lagi peribahasa lama yang digunakan didalam masyarakat kita di Malaysia. Bagaimana pun penulis blog masih lagi hairan bagaimana nenek moyang kita dahulu dapat mengenali tanaman kacang hantu ini sehingga mereka menjadikannya salah satu didalam peribahasa. Apa pun setelah merujuk banyak tempat dimana p
eribahasa 'Kacang hantu' adalah dimaksudkan dengan perangai orang nakal (ada sesetengah rujukkan mereka katakan sebagai 'orang Jahat' juga). Antara beberapa contoh ayat mengenai peribahasa kacang hantu seperti 'Pemuda-pemuda "kacang hantu" di kampung itu suka berkumpul di tepi tembok dan mengganggu setiap orang yang lalulalang di situ'. Ini juga merujuk kepada ramana atau pemuda (yang suka melepak di mana-mana dan sering kali mengganggu orang ramai - terutama anak gadisyang lalu dikawasan mereka). Penulis blog tidak dabat mengaitkan hubungan kelakuan kacang hantu dengan tumbuhan kacang hantu. Dari Wikipedia dinyatakan dimana Kacang Hantu (Centrosema plumieri) adalah suatu jenis tumbuhan daripada keluara Fabaceae (atau jenis kekacang) mempunyai perdu dan ia sering membelit pokok lain atau kawasan pagar yang berasal dari Amerika tropika. Tumbuhan ini tumbuh liar dengan baik dengan sinaran matahari banyak dan memang habitatntya adalah berada di beberapa tempat di bawah ketinggian 450 meter di atas permukaan laut. Penulis blog percaya tumbuhan iai ada di kawasan kampong-kampong di Malaysia kerana orang-orang dahulu ada melihatnya. Ada dakwaan dimana mereka ada menggunakan tumbuhan Kacang Hantu ini digunakan untuk menuba ikan. Penulis blog berpendapat sifatnya yang suka membelit pada pkpk lain atau pagar ini seakan macam 'perangai hantu' yang kerjanya hanya untuk menyusahkan atau menganggu orang lain. Artikel pagi Isnin pada Hari raya Aidiladha ke 2 1443H saya menulis lagi artikel ke 7.089 dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kacang hantu sekadaru intuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Penulis blog merujuk tumbuhan Kacang Hantu (Centrosema plumieri) dari beberapa sumber dimana tumbuhan ini akan membelit paokok lain untuk mendapatkan cahaya matahari. Nama lain dalam bahasa ingeris bukannya 'Ghost Beans' sebaliknya ia dinamakan sebagai 'Butterfl Pea'. Ini kerana apabula bunganya mekar ia akan berwarna ungu keputihan ditengahnya seakan seekor rama-rama yang sedang hinggap pada tumbuhan. Batangya yang kuat akan membelit pokok lain sebagai sokongan sehingga pokok tersebut akan 'hilang' kemudiannya. Tumbuhan yang mempunyai daun berwarna hijau ini sering digunakan sebagai tanaman penutup bumi dikawasan lapang tetapi dilaporkan ia kemuidannya akan menjadi masaalah kepada petani apabila pertumbuhannya sudah tidak dapat dikawal. sama seperti jenis Centrosema pubecens (sejenis tumbuhan penutup bumi yang popular digunakan diladang-ladang kelapa sawit dan getah semasa proses penanaman semula untuk kurangkan hakisan tanah). Uniknya di Afrika dimana penduduk tempatan akan mengutip daun tumbuhn ini untuk dijadikan makanan tetapi tidak berlaku ditempat lain. Di negara mereka juga ada kalangan penduduk yang mengutip daun kacang hantu dan dijaul di pasar. Tumbuhan ini dari segi kegunaan sebagai sumber makanan mendapat 2 bintang rating dan untuk kegunaan lain juga mendapat 2 bintang. Ia ada ditanam atau tumbuh meliar dimana ada habitat sesuai. Ia tidak sesuai tumbuh diatas tanah berasid dan kawasan bernaung tetapi separa naubgan sesuai. Jika dituai ia mampu menghasilkan sebanyak 16 metrik tan biomas sehektar. Walau pun begitu tumbuhan iani merupakan salah satu kekacang yang mampu melakukan 'Nitrogen Fixation' dari udara apabila akarnya bersimbiotik dengan bakteria tertentu (Rhizobium spp). Apa pun tumbuhan ini memang ada dijadikan tanaman penutup bumi dengan baik batu tanaman kelapa, kelapa sawit, getah dan koko dibeberapa negara tropika. 

Ada kalangan mereka yang dakwa 'Kacang Hantu' itu juga menyamai dengan Kacang Tanduk dimana sekali pandang rupanya memang amat pelik sekali kerana ia tidak merupai bentuk kacang yang biasa. Mungkin ada dua tanduk dikiri dan kanan dengan muka seakan muka syaitan atau iblis yang digambarkan didalam kepercayaan orang barat dan kisah di filem-filem agak berkait melayakannya digelar juga macam 'kacang hantu'. Penulis blog pun hanya dapat mengenali kacang tanduk sudah sekian lama dahulu walau pun hakikatnya belum pernah buat ujirasa kacang ini. Di laporkan dimana kacang tanduk ini sudah seringkali dijual dan diperagakan i beberapa pasaraya ternama di Mal, namun belum pernah sekali merasainya. Ketika ini, kacang ini sudah banyak dijumpai dijual di pasaraya-pasaraya besar seperti Giant dan sebagainya. Jadi, artikel kali ini, penulis cuma ingin kongsikan beberapa fakta yang sempat dikumpulkan dari beberapa rujukan dan komen-komen dari rakan-rakan dalam Grup dan Blog mengenai kacang ini. Kacang tanduk atau Water caltrop dikatakan berasal dari Cina dan Taiwan. Pokoknya seakan menyerupai pokok teratai dan ditanam di dalam air. Kacang Tanduk biasanya dijual semasa Mid Autumn Festival atau Moon Cake Fesival atau Lantern Festival. Mid Autumn Festival setiap tahun jatuh pada 15hb bulan 8 kalender Cina iaitu ia bersamaan dengan 9hb September untuk tahun ini. Kacang tanduk adalah salah satu makanan yang popular selain dari kuih bulan. Cara makan kacang tanduk adalah dengan cara merebusnya sahaja seperti cara kita rebus kacang tanah. Untuk makan, pecahkan kulit tanduk dan nampaklah isi kacangnya berwarna putih.

Dalam media tempatan bertajuk 'Gempur kacang hantu KLCC' juga berkaitan dengan tahuk kali ini. Dalam portal berita Bernama mereka laporkan diman sekurang-kurangnya 249 kanak-kanak dan remaja berusia antara 10 hingga 17 tahun yang berpeleseran di sekitar KLCC ditahan dalam Op Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur. Operasi yang bermula kira-kira 3 petang iaitu Hari Sabtu yang berakhir kira-kira 10 malam itu telah membabitkan empat pegawai dan 70 anggota dari IPD Dang Wangi. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman nyakan dimana operasi dibuat susulan aduan kehadiran kumpulan remaja yang dikatakan mengganggu keselamatan awam terutama pelancong di sekitar kawasan terbabit. Hasil pemeriksaan ke atas kumpulan remaja terbabit, pihaknya merampas lima pisau dan satu buku lima yang disyaki digunakan mereka untuk melakukan kegiatan jenayah selain pil Erimin 5 (Sila lihat foto disebelah). Turut ditemui sepaket dadah disyaki jenis syabu yang dipercayai dibuang remaja terbabit ketika operasi dijalankan. Operasi seperti ini akan diteruskan dimana ianya akan diperluaskan ke kawasan lain dalam Daerah Dang Wangi terutama di Bukit Bintang kerana kawasan itu turut menjadi tumpuan pelancong. Mohd Sukri berkata, pihaknya juga akan menyiasat sama ada mereka ini menganggotai kumpulan berideologi punk, skinhead dan raver. Tujuan polis melakukan operasi ini adalah kerana mahu wujudkan suasana aman apatah lagi dengan status bandaraya Kuala Lumpur yang bersih dan selamat. Dia juga menyeru supaya remaja ini menjaga tingkah laku serta menghormati orang lain. Semua remaja dan kanak-kanak terbabit dibawa ke IPD Dang Wangi bagi tujuan dokumentasi dan ujian air kencing. Semakan akan turut dibuat bagi mengenal pasti sama ada di antara mereka terbabit dengan kegiatan jenayah sebelum diserahkan kepada ibu bapa masing-masing. Semuga artikel seperti ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KACANG HANTU... SATU PERIBAHASA...
MAKSUDNYA... ORANG PENGACAU SAJA...
SEJENIS TUMBUHAN... ADA DICERITA....
MEMBACA ARTIKEL... MENDAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana Off Jalan Istana,
Persimpangan Air Keroh,
Hang Tuah Jaya, Melaka,
Malaysia.
(11 Zulhijjah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.