Tuesday, June 21, 2022

LABI-LABI DAN KISAHNYA (PART 2)

LABI-LABI merupakan sejenis haiwan seperti kura-kura dari kelas reptelia yang sering dijumpai di beberapa negara tropika termasuk di Malaysia. Penulis blog dulu semasa tinggal di kampong di Muar, Johor masa zaman kanak-kanak dan remaja sering menjumpai haiwan labi-labi ini. Klasifikasi dan tata nama labi-labi menurut Ernst dan Barbour (1989) sebagai tergolong dalam Filum Chordata, Ordo Testudinata, Sub-Ordo Cryptodine dan dari keluarga sebagai Trionichydae. Merujuk kepada beberapa jurnal dilaporkan dimana di Asia Tenggara terdapat 2 klasifikasi labi-labi (juga selalu dipanggil sebagai kura-kura) iaitu pertama spesis Batangur baska atau Batangur affinis. Jenis kura-kura air tawar ini yang umumnya dijumpai di wilayah Asia Tenggara sudah dalam keadaan spesis haiwan terancam punah atau dalam istilah IUCN masuk kategori 'Critically Endangered'. Jenis ini dikenal dengan nama Asian Freshwater Softshell Turtle (English) atau dikalangan masyakat Jawa ia dikenal dengan nama Bulus. Kedua adalah spesis iaitu Batangur borneoensis atau Callagur borneoensis iaitu jenis yang yang terbesar di Asia Tenggara. Juga ada spesis yang dinamakan sebagai Painted Batagur (Callagur borneoensis) yang secara taksonomik berpindah genus ke Batagur menjadi Batagur borneoensis dimana ia selalunya didapati di sungai sungai besar dengan panjang cengkerang (karapas) mampu untuk mencapai ukuran sehingga 60 cm. Tuntung laut (Batagur borneonsis) pula dilaporkan sebagai salah satu spesis labi-labi atau spesis kura-kura air tawar yang penyebarannya berada di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Sumatera dan juga Kalimantan. Mengenali marfologi labi-labi atau di Indonesia ia dipanggil sebagai 'Bulus' merupakan salah satu jenis kura-kura mempunyai cengkerang agak sederhana yang lembut (freshwater softshell turtle). Secara umum labi-labi air tawar yang mempunyai bentuk tubuh oval atau agak bulat, pipih tanpa sisik. Lazimnya warna cengkerang atau karapas labi-labi beragam dari berwarna hitam sampai kelabu bergantung spesies dan habitat sekelilingnya. Labi-labi tidak memang tidak mempunyai gigi dimana rahangnya tertutup oleh paruh tajam. Hidung labi-labi memanjang berbentuk lembut seperti belalai yang boleh keluar dan masuk kedalam karapas. Lidah labi-labi tebal, pendek, lebar dan melekat di dasar mulut. Labi-labi jantan memiliki ekor yang panjang, tebal dan terdapat lubang kecil di dekat anus sementara bagi labi-labi betina pula mempunyai ekor lebih pendek. Artikel malam Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis laporan media kisah mengenai labi-labi untuk dijadikan bahan rujukkan bagi pembaca semua.

Menarik kisah dimana hmetro.com melaporkan 'Labi-labi ini John Labu yang punya' yang ianya agak kelakar tajuknya. Dipaparkan juga foto yang menunjukkan sebahagian daging labi-labi kering yang dirampas oleh pihak berkuasa (Sila lihat foto disebelah). Kisah dimana agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Perlis (sebelum di ganti dengan kawalan oleh pihak polis) menahan seorang lelaki (38 tahun) dan merampas 29 bungkusan daging labi-labi kering, serbuk kopi, rempah sup serta madu yang mana ianya telah cuba diseludup ke Thailand. Komander AKSEM Perlis Syed Basri Syed Ali berkata, suspek berasal dari Taiping, Perak tersebut telah ditahan pada sekatan jalan raya di Kilometer 27, Jalan Kangar menghala ke Padang Besar, 4 petang Isnin. Anggota AKSEM Padang Besar menahan lori dipandu suspek selepas ia dilihat dalam keadaan secara mencurigakan. Hasil dari aktiviti pemeriksaan pada lori mereka menemui beberapa kotak yang mencurigakan. Kenderaan itu dan suspek kemudiannya dibawa ke Kompleks AKSEM Padang Besar. Selain daging labi-labi pihak AKSEM juga menemui enam kotak serbuk kopi, sejumlah perisa herba dan 600 bungkus madu. Produk terbabit tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan cuba diseludup ke negara jiran memandangkan permintaan tinggi daripada penggemar makanan eksotik. Ditaksir dimana nilai jumlah rampasan termasuk lori ialah RM123,560. Kes disiasat mengikut Akta 716 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mengikut Akta Pemakanan 1983. Sementara itu dakwa Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Affendi Ibrahim ketika dihubungi berkata dimana suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan ujian kimia oleh pihaknya ke atas daging labi-labi terbabit. Makan daging labi-labi harus di Malaysia dan halal di Indonesia seperti kenyataan dkeluarkan oleh pihak berkusaa dalam merujuk di google.

Merujuk kepada portal berita utusan.com dengan tajuk 'Haiwan eksotik RM67,600 ditinggalkan penyeludup' ada berkaitan dengan artikel kali ini. Ditunjukkan dimana sebahagian dari haiwan eksotik yang dirampas Batalion 9 PGA di pangkalan haram Bilal Dollah di Rantau Panjang, Kelantan kepada media (Sila lihat foto disebelah). Haiwan seperti katak, labi-labi, anak ular, burung kakak tua dan iguana bernilai RM67,600 antara ditinggalkan sekumpulan penyeludup ketika diserbu pasukan keselamatan di pangkalan haram Bilal Dollah di sini semalam. Dalam serbuan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu pukul 7 petang semalam, kumpulan lelaki yang cuba menyeludup masuk pelbagai haiwan eksotik tersebut berjaya lolos ke Thailand dengan menaiki perahu. Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, serbuan itu dilakukan hasil intipan pihaknya yang mendapati kumpulan lelaki berkenaan sedang memunggah kotak-kotak mencurigakan naik ke tebing sungai. Menyedari kehadiran PGA, mereka terus melarikan diri dan mereka meninggalkan kotak-kotak tersebut sebelum pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan pelbagai jenis haiwan eksotik. Kesemua hasil rampasan dibawa balik ke Kompeni Taktikal PGA (Komtak) Taman Bakti untuk tindakan lanjut. Kotak-kotak ditinggalkan mengandungi sebanyak 206 katak, 50 labi-labi, 24 anak ular, tiga burung kakak tua dan seekor iguana. Kesemua haiwan itu dibawa masuk secara haram menggunakan laluan yang tidak diwartakan susulan daripada permintaan tinggi dalam kalangan penduduk tempatan. Apa pun kesemua haiwan eksotik itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 60 (1) (a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. 

Merujuk kepada portal berita iaitu dari  utusansarawak.com bertajuk 'Labi-labi makanan favorite orang Dayak'  wajar dikongsikan infonya. Kisah yang telah disiarkan pada 29 Januari 2011oleh akhbar tersebut sesuai dirujuk. Labi-labi merupakan salah seekor haiwan yang tergolong dalam kumpulan haiwan reptilia seperti penyu, kura-kura dan tuntung yang mampu hidup di kawasan air mahupun tebing darat sungai. Caption bergambar menyatakan dimana ia adalah 
HAIWAN EKSOTIK ENAK (Sila lihat foto disebelah) yang menunjukkan salah seekor labi-labi yang diperoleh oleh penduduk ketika ditangkap di sebuah kawasan sungai di Sri Aman baru-baru ini. Bagaimanapun disebabkan kelazatan daging haiwan berkenaan dilaporkan dimana labi-labi tersebut semestinya sudah menjadi salah satu makanan kegemaran bagi sesetengah penduduk kaum Dayak semenjak dari dahulu lagi. Kelmarin Utusan Sarawak secara kebetulan telah berjaya menemui beberapa orang penduduk yang telah berjaya untuk mendapat sebanyak enam ekor labi-labi bersaiz sederhana ketika melaksanakan aktiviti perikanan di salah sebuah sungai di Bahagian Sri Aman. Dilaporkan dimana labi-labi tersebut telah diperoleh ini menerusi teknik 'taut' iaitu teknik memasang umpan pada pancing kecil dan dibiarkan di sepanjang laluan sungai yang mereka percaya menjadi habitat utama haiwan labi-labi terbabit. Mereka meletakkan umpan perut ayam yang selalu dijadikan sebagai umpan utama bagi tujuan ini. Labi-labi yang memakan umpan ini kemudiannya akan terjerat apabila mata kail melekat di dalam mulut haiwan tersebut dakwa salah seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan dalam akhbar Utusan Sarawak.  Beliau menambah bahawa peluang untuk menangkap Labi-labi atau 'lelabi' dengan teknik ini akan menjadi lebih cerah sekiranya cuaca mulai mendung dan menghasilkan bunyi guruh akibat kilat pada satu-satu masa.  Alasannya menurut beliau ialah labi-labi terbabit dipercayai mula menghampiri kawasan tebing sungai kerana mendengar bunyi guruh akibat kilat dan ini akan memudahkan haiwan terbabit termasuk dalam perangkap yang dipasang oleh mereka. Haiwan labi-labi yang mereka peroleh bukan untuk dijual sebaliknya mereka menangkap haiwan ini kerana ia merupakan sumber makanan utama keluarga mereka dan bukan untuk dijual kepada orang ramai. Bagaimanapun beliau dan rakannya tidak pasti sama ada haiwan terbabit adalah terlindung di bawah undang-undang perhilitan haiwan eksotik perlindungan penuh ketika ditanya oleh wartawan dari Utusan Sarawak mengenai perkara itu. Terdahulu saiz semasa yang diperiksa dimana labi-labi biasanya boleh menjangkau ukuran 50 cm panjang menurut pengalaman pemberita tersebut ketika sering menyaksikan jualan haiwan berkenaan di mana-mana kawasan pekan di Sarawak. 
Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro techno;ogy kali ini. 
Wasallam!!!...
NAMA LABI-LABI... SEPERTI KURA-KURA...
ADA KARAPAS... DI BELAKANG KERAS...
SEMAKIN PUPUS... DIHABITAT ASALNYA...
DIJADIKAN MAKANAN... PERUBATAN JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(18 Zulkaedah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.