Wednesday, May 11, 2022

MAKANAN LAUT POPULAR DI MALAYSIA (PART 3)

MAKANAN LAUT (Seafood) merupakan diantara jenis-jenis makanan yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia yang disesuaikan dengan citarasa tempatan di negara kita. Berlainan negara mempunyai kuliner makanan laut yang berbeza bergantung kepada bahan mentah digunakan dan juga kaedah penyediaannya. Makanan laut juga pada penulis blog adalah sebarang bentuk hidupan laut dianggap sebagai makanan oleh manusia iaitu termasuk ikan dan kerangan. Apa pun jenis kerangan termasuk pelbagai spesis moluska, krustasea dan ekinoderma. Dari segi sejarah pula dilaporkan dimana mamalia laut seperti ikan paus dan ikan lumba-lumba telah digunakan sebagai makanan sejak lama dulu walaupun kini sudah berkurangan pada zaman moden. Dalam pada itu jenis tumbuh-tumbuhan laut yang boleh dimakan seperti ada beberapa rumpai laut dan mikroalga juga sudah dimakan secara meluas sebagai makanan laut di seluruh dunia dan berlaku terutama di Asia (dalam kategori sayur-sayuran laut). Di laporkan dimana diAmerika Utara serta di United Kingdom dimana istilah "makanan laut" diperluaskan kepada organisma air tawar yang dimakan oleh manusia dimana ini menjadikan semua hidupan akuatik yang boleh dimakan boleh dirujuk sebagai makanan laut atau seafood juga. Dalam pada itu jika membincangkan bagaimana proses penuaian makanan laut liar biasanya dikenali sebagai dunia industri perikanan atau pemburuan spesis hidupan dilaut. Bagaimana pun kini apabila sektor penternakan akuakultur sudah berkembang manu ia memperluaskan lagu bahan asas membuat makanan laut. Antara industri akuakultur yang luas dibangunkan seperti penternkan udang, kupang dan pelbagai jenis ikan sama ada ikan laut, ikan air payau atau ikan air tawar. Selalunya jenis makanan laut ini sering dibezakan daripada daging dimana ia mjuga masih dari haiwn berprotin dan tidak termasuk dalam diet vegetarian yang ketat. Makanan laut adalah sumber protein penting dalam banyak diet di seluruh dunia terutama kepada penduduk tegar yang berada di kawasan pantai. Apa pun dilihat dimana kebanyakan penuaian hasilan laut ini akan digunakan oleh manusia akan tetapi sebahagian besar lagi akan digunakan sebagai makanan ikan untuk ternakan ikan lain atau haiwan lain sebagai 'ikan baja'. Dalam pada itu ada produk dari laut yang akan digunakan sebagai baja tanaman atau makanan untuk tpokok. Baja dari produk hasilan laut sangat berkesan untuk dijadikan baja tanaman yang kaya dengan pelbagai mineral dan enzim. Dilaporkan juga ada beberapa hasilan produk seperti minyak ikan dan tablet spirulina juga diekstrak daripada ikan, kerangan dan juga rumpai laut. Ada juga sesetengah makanan laut dijadikan makanan kepada ikan akuarium atau digunakan untuk ianya diberi makan haiwan peliharaan domestik seperti kucing dan sebahagian kecil digunakan dalam bidang perubatan. Penulis blog sejak dulu memang suka mendapatkan makanan laut di banyak premis diseluruh Malaysia. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa resepi makanan laut popular kegemaran penulis blog untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


7. LALA TIGA RASA

LALA adalah sejenis haiwan dari kategori kerang-kerangan yang terdapat dikawasan tepi laut dikawasan Asia Tenggara dan beberapa lokasi lain. Saya dulu tidak kenal akan Lala ini berbanding dengan Kerang yang lebih banyak diternak dikawasan seperti Pantai Perak, Melaka, Pulau Pinang dan Selangor. Dalam bahasa lain lala ini dipanggil sebagai 'Clams' yang mana lala mempunyai kulit yang lembut berbanding dengann Kerang. Populariti lala kini bertambah kerana telah pun dijual di Hypermarket dengan kaedah pembungkusan dan pameran di rak yang cantik dan tersusun. Kita boleh membeli lala di Pasaraya Jusco, Pasaraya Mydin, Pasaraya Econsave dan sebagainya dalam pek khas selain daripada dijual dipasar ikan biasa. Terdapat banyak resepi dan kuliner masakan makanan berasaskan lala di negara kita antaranya adalah Lala Masak Kicap, Lala Tumis Belacan Kangkong, Lalas Kam Heong, Lala masak Lemak Cili Api, Lala Serai Lemon dan banyak lagi. Bagaimana pun resepi kali ini penuis blog menyediakan Lala Tiga Rasa yang menjadi kegemaran. Bahan yang diperlukan adalah 1 kg lala-bersih dan tos, 2 batang serai yang dikisar kasar, 3 tangkai cili merah-kisar kasar, 3 tangkai cili padi juga dikisar kasar, 3 ulas bawang putih dikisar kasar, 1 biji bawang besar dikisar kasar, 3 tangkai daun ketumbar dikisar kasar, 1 biji tomato dicincang, 2 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos tomato, 2 sudu besar cuka makan, garam, gula dan perasa secukupnya serta bahan minyak masak untuk menumis. Cara masak denga memanaskan minyak, tumis semua bahan kisar kasar hingga naik bau. Kemudian di masukkan sos cili, tomato, cuka dan gaul rata. Lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Kemudian dimasukkan lala dan tomato cincang, gaul rata dan apabila kulit lala sudah terbuka tutup api dan hidangkan diaman ia enak dimakan dengan nasi putih.


8. KETAM BERCILI
Ketam adalah haiwan jenis krustasea dekapod dari infraorder Brachyura bercirikan mempunyai pinggul amat pendek atau abdomennya tersembunyi seluruhnya di bawah toraks
. Badan-badan kelompok haiwan ini umumnya diliputi dengan satu eksoskeleton tebal serta dan dilengkapi dengan sepasang kuku. Didakwa ada sebanyak 850 spesies ketam yang dapat dijumpai dan dikenalpasti hidup di pelbagai habitat beraneka termasuk di kawasan air masin, air payau dan air tawar sama ada ianya di daratan, atau di kedua-dua alam. Ketam umum dijumpai di kawasan-kawasan tropika dan subtropika seluruh dunia. Terdapat banyak masakan berasaskan ketam diana antara yang penulis blog suka makan adalah Ketam Bercili yang cukup mudah memasaknya. bahan yang diperlukan adalah 1.5 kg ketam yang bersaiz besar, 3 sudu besar pes cili kering, 3 ulas bawang merah dikisar, 4 ulas bawang putih dikisar, 2.5cm halia muda jugs dikisar, 1 batang serai di kisar, 1 biji bawang besar di cincang, ½ cawan air asam jawa, 2 sudu besar sos cili, garam, gula dan perasa secukupnya serta minyak untuk menumis. Cara membuatnya dengan memanaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar sehingga naik bau. Kemudian dimasukkan bahan kisar, kacau seketika dan masukkan pula pes cili. Bila bahan tumisan pecah minyak maka bolehlah dimasukkan air asam Jawa. Apabila agak pekat maka di kecilkan api dan perasakan dengan garam, gula, sos cili dan perasa secukupnya. Akhir sekali masukkan ketam, gaul rata dan tutup seketika. Bila cengkerang ketam bertukar kemerahan bermakna boleh diangkat dan hidangkan. Sesekali penulis blog ada menggorenga ketam terlebih dahulu untuk menentukan ia cukup enak dimakan.


9. SOTONG KICAP 'BLACK PEPPER'

Sotog (squid) merupakan salah satu makanan aut yang sangat popular diseluruh dunia. Sotong juga adalah sejenis haiwan laut sefalopod dalam superorder Decapodiformes yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang. Dalam badannya ada suatu tulang nipis dan panjang dibuat daripada kitin. Di Malaysia ada dilaporkan sebanyak 25 resepi popular masakan asas sotong seperti sotong sambal, sotong kicap, sotong kam heowng, sotong goreng tepong, sotong bakar, sotong rendang dan banyak lagi. Bagaimana pun kali ini dipaparkan resepi sotong masak lada hitam (pepper) untuk didajikan bersama keluarga. Bahan diperlukan adalah 500 gm sotong, 3 sudu teh serbuk lada hitam, 1 sudu teh serbuk kunyit, 4 sudu besar sos cili, 4 ulas bawang putih di ketuk-ketuk. garam, bshsn perisa (ikut suka), minyak unntuk tumis, 1 biji bawang besar ds jugs 6 biji cili padi. Kaedah Tumis semus bawang putih hingga garing dsn is kemudian dimasukkan pula masukkan sotong,serbuk kunyit,lada hitam dan dikacau rata. Masukkan sos cili,garam dan serbuk perasa. Akhir sekali masukkan bawang yang telah pun dipotong nipis bersama cili padi. Apabila telah masak msks tutup spi dan sedia dihidangkan untuk dimakan dengan nasi panas.


10. KEPAH BUTTER BAWANG PUTIH

Makanan laut ini agak jarang dijumpai direstoren dan lebih sering dimasak sendiri dirumah. Makanan ini memang enak dimakan dengan nasi putih yang panas selepas siap dimasak. Bagi menyediakan kuliner kepah butter dengan bawang putih ini atau dipanggil juga sebgai 'Kepah Butter garlic' memang mudah memasaknya. Bahan diperlukan termasuk 1 kg kepah, 5 ulas bawang putih-cincang 2 sudu besar mentega, 1 sudu kecil serbuk oregano, sedikit garam, gula dan lada sulah. Cara memasaknya dengan mencairkan mentega dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih hingga keperangan. Kemudian dimasukkan kupang, gaul rata sehingga kulit kupang terbuka. Perasakan dengan sedikit garam, gula, lada sulah dan serbuk oregano dan kemudian boleh dimatikan api dan angkat untuk dihidangkan. Artikel ini dibahagikan kepada lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini dapat memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

MASAKAN LAUT... PELBAGAI RASA...
IKAN, KETAM, UDANG...ENAKNYA...
BANYAK LOKASINYA... DI MALAYSIA...
HARGA LUMAYAN... MAKLUM SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(5 Shawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.