Monday, May 9, 2022

MAKANAN LAUT POPULAR DI MALAYSIA (PART 1)

MAKANAN LAUT (Seafood) merupakan diantara jenis-jenis makanan yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia yang disesuaikan dengan citarasa tempatan di negara kita. Berlainan negara mempunyai kuliner makanan laut yang berbeza bergantung kepada bahan mentah digunakan dan juga kaedah penyediaannya. Makanan laut juga pada penulis blog adalah sebarang bentuk hidupan laut dianggap sebagai makanan oleh manusia iaitu termasuk ikan dan kerangan. Apa pun jenis kerangan termasuk pelbagai spesis moluska, krustasea dan ekinoderma. Dari segi sejarah pula dilaporkan dimana mamalia laut seperti ikan paus dan ikan lumba-lumba telah digunakan sebagai makanan sejak lama dulu walaupun kini sudah berkurangan pada zaman moden. Dalam pada itu jenis tumbuh-tumbuhan laut yang boleh dimakan seperti ada beberapa rumpai laut dan mikroalga juga sudah dimakan secara meluas sebagai makanan laut di seluruh dunia dan berlaku terutama di Asia (dalam kategori sayur-sayuran laut). Di laporkan dimana diAmerika Utara serta di United Kingdom dimana istilah "makanan laut" diperluaskan kepada organisma air tawar yang dimakan oleh manusia dimana ini menjadikan semua hidupan akuatik yang boleh dimakan boleh dirujuk sebagai makanan laut atau seafood juga. Dalam pada itu jika membincangkan bagaimana proses penuaian makanan laut liar biasanya dikenali sebagai dunia industri perikanan atau pemburuan spesis hidupan dilaut. Bagaimana pun kini apabila sektor penternakan akuakultur sudah berkembang manu ia memperluaskan lagu bahan asas membuat makanan laut. Antara industri akuakultur yang luas dibangunkan seperti penternkan udang, kupang dan pelbagai jenis ikan sama ada ikan laut, ikan air payau atau ikan air tawar. Selalunya jenis makanan laut ini sering dibezakan daripada daging dimana ia mjuga masih dari haiwn berprotin dan tidak termasuk dalam diet vegetarian yang ketat. Makanan laut adalah sumber protein penting dalam banyak diet di seluruh dunia terutama kepada penduduk tegar yang berada di kawasan pantai. Apa pun dilihat dimana kebanyakan penuaian hasilan laut ini akan digunakan oleh manusia akan tetapi sebahagian besar lagi akan digunakan sebagai makanan ikan untuk ternakan ikan lain atau haiwan lain sebagai 'ikan baja'. Dalam pada itu ada produk dari laut yang akan digunakan sebagai baja tanaman atau makanan untuk tpokok. Baja dari produk hasilan laut sangat berkesan untuk dijadikan baja tanaman yang kaya dengan pelbagai mineral dan enzim. Dilaporkan juga ada beberapa hasilan produk seperti minyak ikan dan tablet spirulina juga diekstrak daripada ikan, kerangan dan juga rumpai laut. Ada juga sesetengah makanan laut dijadikan makanan kepada ikan akuarium atau digunakan untuk ianya diberi makan haiwan peliharaan domestik seperti kucing dan sebahagian kecil digunakan dalam bidang perubatan. Penulis blog sejak dulu memang suka mendapatkan makanan laut di banyak premis diseluruh Malaysia. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa resepi makanan laut popular kegemaran penulis blog untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Penulis blog berpendapat dimana ada ramai pen
ggemar hidangan makanan laut yang pastinya mempunyai seribu satu alasan mengapa mereka yang menggemari udang, sotong, ketam dan sebagainya. Makanan laut lain yang tidak dilupakan keenakannya termasuk juga kekapis, tiram dan lala yang dimasak dengan cara tersendiri dan sering menjadi pilihan untuk hidangan istimewa mahupun menu seharian. Pendek kata bila ke pasar dan berjumpa aneka makanan laut segar memang tidak sah kalau tidak membeli. Rasa keenakan makanan laut dengan rasa manisnya dan kesedapannya memang tidak boleh digambarkan lagi. Bagaimana pun apabila sudah namanya minat makan seafood maka sudah pastinya akan mencari lpremis pilihan dimana sahaja tempat yang mana menghidangkan makanan laut yang sedap dengan harga mampu. Jika di Malaysia ada banyak premis yang menyediakan jenis makan sebegini yang popular antaranya seperti di Melaka, Tanjung Harapan, Klang, Terengganu, Johor Bahru, Kota Kinabalu Sabah dan banyak lagi. Pengunjung akan dapat menikmatinya makanan di restoran makanan laut dimana ia sering juga dikaitkan dengan perlu menyediakan bajet ekstra. Itu baru hidangan dalam skala kecil atau sederhana sahaja dengan hidangan cuma 2 atau 3 lauk sahaja sudah beratus juga. Bagaimana pun bagi penulis blog adalah lebih baik memasak sendiri makanan laut dimana ia adalah jauh lebih jimat dan dapat menyesesuaikan resepi sedia ada. Lebih seronok lagi adalah apabila seisi keluarga boleh menikmatinya secara santai. Mencari resepi populat makanan laut mudah sahaja pada masa ini kerana ada banyak pilihan boleh di capai dalam internet dimana yhanya menekan punat handphone (HP) sahaja pembaca blog mungkin boleh menjadi chef makanan laut yang hebat. Apa pun banyak resepi pilihan penulis bloh kali ini dikongsikan untuk dijadikan panduan pembaca blog semua.


1. SHELL OUT
Makanan 'shell out' kini
merupakan diantara menu yang viral di negara kita. Makanan ini memerlukan sedikit modal membeli bahan mentah yang agak banyak jenisnya dimana sebaiknya dipastikan hanya membeli bahan yang segar sahaja. Penulis blog banyak kali menyediakan makanan shell out dirumah sendiri untuk hidangan keluarga dan juga beberapa kali mengunjungi beberapa premis yang memang menghidangkan makanan shell out. Bagi membuatnya sendiri dirumah sebaiknya disediakan bahan-bahan iaitu 2 sudu rempah kari daging, gula, garam dan perasa secukupnya. Bahan yang diperlukan termasuk Ketam, Sotong, Lala, Udang, Bunga kobis, Brokoli, jagung rebus dan air. Bagi bahan kisar diperlukan bawang besar 2 biji, 1 genggam cili kering dan 3 ulas bawang putih. Cara buat dengan memanaskan sedikit minyak dan masukkan bahan kisar tadi. Tunggu sehingga sambal naik minyak dan baru masukkan rempah kari daging. Kemudian masukkan gula, garam dan perisa secukupnya. Masukkan ketam dan gaul rata. Tunggu 5 minit dan masukkan lala dan gaul rata. Akhir sekali masukkan udang, bunga kobis, brokoli dan gaul lagi. Jangan letak air sebab sotong dan udang akan keluarkan air.


2. IKAN BAKAR
M
akanan ikan bakar adalah diantara makanan laut yang popular di Malaysia. Ia ada dijual secara komersil dibanyak gerai di medan ikan bakar atau pun dibuat sendiri dirumah. Terdapat banyak resepi membuat ikan bakar dengan kualiti dan citarasa yang berlainan. Banyak jenis ikan yang boleh dijadikan hidangan komersil dslsm rsngksisn restoren sedi ada di Malaysia. Pada penulis blog atsrs spesis ikan untuk dibkar yang popular seperti ikan pari (Sila lihat foto disebelah), Ikan Cencaru, Ikan Kembong, Ikan Jenahak, Ikan ebek, Ikan Keli dan banyak lagi. Bahan diperlukan adalah 5 potong ikan pari atau 4 ekor ikan mabong (saiz besar) atau apa jenis ikan pilihan anda, daun pisang dan sedikit minyak (untuk grill). Bahan-bahan untuk membuat pes ikan bakar adalah 3 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1 ketul kunyit hidup, ½ inci halia, 1 batang serai, ½ inci lengkuas, 2-3 sudu besar cili kisar, ½ sudu besar serbuk kari ikan, 2 sudu besar air asam jawa, ½ - 1 sudu kecil garam. sedikit air, 1 senduk minyak masak, ½ - 1 sudu kecil gula, Bahan-bahan untuk air asam:1 mangkuk air asam jawa, 10-15 biji cili padi, 1 biji cili merah, 1 inci belacan, ½ biji bawang besar, 1-2 biji tomato gula dan garam secukup rasa serta sedikit perahan jus limau nipis. Cara penyediaan dimana mulakan dengan cara untuk membuat pes ikan bakar dan dikisar halus bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, lengkuas, dan batang serai sekaligus serta cili kisar, sudu besar kari ikan dan sedikit air asam jawa. Tambah sedikit garam dan air. Kemudian perlu dipanaskan minyak dan tumis bahan kisar halus dalam masa anggaran 15 minit sehingga bahan masak dan pecah minyak Tambahkan gula dan sedikit air jika bahan terlalu pekat. Sambung masak dalam anggaran 5 minit. Bagi cara-cara untuk membakar ikan maka ikan perlu disalut dan lumur ikan yang telah dikelar dengan pes ikan bakar berempah atau sambal merah bagi kedua-dua bahagian ikan serta didalam ikan. Balut setiap ekor ikan dengan daun pisang atau daun kunyit. Panaskan sedikt minyak dan panggang ikan dengan api yang sederhana dan ia dilakukan sehingga ia masak. Bagi cara untuk cicah air asam jawa maka dimasukkan tepung beras ke dalam mangkuk dan kemudian ia digaul bersama majerin. Majerin itu tidak perlu dipanaskan dan kemudian digaul sehingga adunan melekat menjadi satu bebola doh. Potong kecil bawang besar dan kemudian ia dihiris kasar cili padi, cili merah (pilihan) dan tomato. Kisar halus air asam jawa, belacan yang dibakar, cili padi, gula dan garam secukup rasa. Selepas dikisar maka boleh dimasukkan bahan kedalam mangkuk bersama bahan potong dan hiris kasar lalu gaulkan kesemuanya sehingga sebati. Perahkan limau nipis kedalam air asam jawa dan tambah gula mahupun garam untuk dapatkan rasa yang lebih sedap. Kemudian air asam jawa siap untuk dihidang bersama ikan bakar sebagai bahan cicah. Enak dimakan semasa ikan bakar panas lagi. Sebagai panduan sebaiknya jika menggunakan asam jawa asli maka ia perlu direndamkan dengan air panas dahulu dan ramas sehingga menjadi pes yang pekat. Jika tiada daun pisang maka ia boleh digantikan dengan daun kunyit.

3. UDANG CHEESE BUTTER BERKRIM
Makanan ini diantara makanan seafood yang amat popular dan ramai suka memakannya. Ini kerana makanan ini memberikan rasa lemak dan cheese serta butter yang hebat. Bahan Untuk Creamy Cheesy Sauce jika ingin memask dirumah boleh disediakan terdiri daripada 4ulas bawang putih yang dicincang, 4tangkai daun kari, cili api ikut kepedasan-potong, butter, 1 sudu kecil serbuk lada sulah, 1 sudu kecil gula, 1 sudu kecil serbuk pati ayam dan
4 keping cheese. Cara memasaknya dengan membersihkan semua sekilogram udang dan kemudia ia ditaburkan dengan garam dan serbuk kunyit. Tambahkan satu sudu tepung bestari dan masukkan sedikit air serta mesti digaul rata. Seterusnya dipanaskan minyak diatas kuali dan udang ini digoreng sehingga masak. Toskan udang yang digoreng dan ketepikan dan pastikan jangan terlalu 'overcooked'. Apa puan disyorkan kalau hendak tahu udang yang dimasak sempurna selalunya ia akan terbentuk huruf 'C' yang bermaksud cooked. Kalau udang yang digoreng sudah menjadi bentuk huruf 'O' ia bermaksud sudah overcooked. Bagi membuat sos 'creamy cheezy,' boleh dipanaskan minyak dan butter. Tumis bawang putih hingga wangi dan kemudian dimasukkan daun kari dan cili api. Masukkan susu cair, serbuk lada sulah, gula dan juga serbuk pati ayam dan ingat agar tidak perlu tambah garam.
Masukkan kepingan cheese kedalamnya dan apabila sos ini sudah menggelegak maka boleh dimasukkan udang goreng. Pastikan menggaulkan dengan rata dan sebati d dan boleh ditutup api dan ketepikan. Dalam mangkuk lain pukul 4 butir kuning telur dan dipanaskan minyak dan setengah biji butter dalam kuali. Bila minyak dah cukup panas bo;ehlah di perlahankan api dan guna senduk untuk menuang telur perlahan-lahan kemudian kacau dengan laju membentuk bulatan dan dikacau laju untuk dapatkan jerami telur yg halus. Masak sebentar hingga minyak berbuih dan matikan api. Kemudian dituangkan telur ke dalam adunan tersebut dengan menggunakan penapis santan bagi membentuk jaringan menarik. Tekan telur guna senduk tadi untuk turunkan minyak ke bawah dan ditoskan dengan tisu dapur utk menyerap minyak yang berbaki. Kemudian dimasukkan bahan udang dalam pinggan serta ditaburkan telur di atasnya dimana ia sudah sedia untuk disajikan. Artikel ini dibahagikan kepada lima (5) segman iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini dapat memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MASAKAN LAUT... PELBAGAI RASA...
IKAN, KETAM, UDANG...ENAKNYA...
BANYAK LOKASINYA... DI MALAYSIA...
HARGA LUMAYAN... MAKLUM SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(5 Shawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.