Dalam portal berita hmetro.com yang bertajuk 'Kelapa laut dapat sambutan' memang wajar dikongsikan dengan semua pembaca. Seorang peniaga air kelapa laut afrika En Azman telah membuktikan dimana minuman buah kelapa laut afrika yang dijual ketika ditemui di Bazar Ramadan di Baling, Kedah memang mendapat sambtan baik. Peniaga ini yang menggunakan buah kelapa laut atau dikenali juga dengan nama buah Thai oleh penduduk tempatan di sini, mampu meraih keuntungan sehinga RM300 sehari hasil jualan buah yang mendapat banyak permintaan terutamanya dalam Ramadan (Sila lihat foto disebelah). Di nyatakan dimana buah yang berwarna kelabu kehitaman, rata-ratanya dibawa dari wilayah Selatan Thai terutamanya Pattani yang pokoknya tumbuh subur di kawasan itu. Bagi Azman Sudin (50 tahun) yang berniaga di pekan Baling dmendakwa dimana dia sudah membuat tempahan buah Thai dari peniaga di Pattani sejak dua minggu sebelum Ramadan tiba kerana tahu buat itu mendapat permintaan tinggi ketika musim ini. Buah ini yang mempunyai isinya seakan-akan agar-agar yang lembut dan manis dan biasanya dijadikan campuran dalam minuman serta mempunyai khasiat seperti mengurangkan panas dalam badan dan batuk. Buah segar tersebut dijual dengan pelbagai harga berbeza mengikut saiz iaitu RM8, RM5 dan RM4 dan menurutnya beliau dimana biasanya akan mampu menjual sehingga hampir 50 biji buah kelapa laut pada hari pertama Ramadan. Penulis blog pun suka minum air kelapa laut afrika yang memang lazat dan harga berpatutan.
Menarik membaca laporan daripada sinarharian.com yang bertajuk 'Buah tal laku keras' oleh wartawan Hazleen yang ada info mengenai buah tal yang ditulis semula. Dinyatakan dimana di Malaysia buah tal turut dikenali dengan nama buah Kelapa Laut Afrika yang merupakan sejenis tanaman terdapat di kawasan Kedah, Kelantan dan Perlis. Pokok tal adalah tumbuhan dari keluarga Arecaceae atau sama dengan Palmae yang tumbuh di kawasan panas kering seperti di India, Afrika, Kemboja, Indonesia dan banyak kawasan tropika lain. Pokok ini adalah dipercayai berasal atau native di Afrika dan menjadi pokok kebangsaan bagi negara Cambodia. Pokok ini juga dikenali sebagai 'Sugar Palm', Palmyra Palm, African Fan Palm, Lontar Palm, Borasus Palm, Doub Palm, Ron Palm, Tala Palm, Tal-palm, Toddy Palm, Wine Palm (English), Taad (Hindi), Tnaot (Khmer), Buah Lontar (Indonesia), Siwalan (Jawa) dan Toon Taan (Thai). Dalam pada itu seorang peniaga bernama Kamariah menunjukkan buah tal yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat di negeri ini meskipun harga bahan mentah itu meningkat sehingga berharga RM4 sebungkus (Sila lihat foto disebelah). Kisah dari Pasir Mas, Kelantan ini menyatakan dimana permintaan terhadap buah tal dalam kalangan masyarakat di negeri ini tetap tinggi meskipun harga bahan mentah itu meningkat sehingga RM4 sebungkus ekoran kekurangan stok di pasaran. Akibat penularan wabak pandemik koronavirus (Covid-19) 2 tahun lalu dimana ia turut memberikan tempias kepada bekalan buah tal apabila bahan mentah yang diimport dari Pattani, Thailand berkurangan di pasaran. Situasi itu menyebabkan berlaku peningkatan harga dari RM6 kepada RM10 untuk sebungkus. Buah tal tetap laku 'keras' di pasaran untuk dijadikan sebagai pembuka selera ketika berbuka puasa untuk dimakan bersama cendol, air bandung dan juadah istimewa ini hanya popular di bulan Ramadan sahaja. Bagi seorang peniaga dari Kampung Tal Tujuh di sini, Kamariah Shamsuri (62 tahun) pula berkata, dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan penggemar buah itu walaupun berlaku peningkatan harga. Sejak Covid-19 berlaku saya berdepan dengan kesukaran untuk beliau boleh mendapatkan bekalan buah tal ditambah pula perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan yang menyebabkan pintu sempadan Malaysia-Thailand terpaksa ditutup buat sementara waktu. Tempahan buah tal dibuat seminggu sebelum Ramadan. Bagaimanapun bahan mentah itu sampai pada minggu kedua umat Islam berpuasa yang mana sudah 25 tahun berniaga buah tal. Bagaimana pun dalam bulan Ramadan kali ini beliau hanya mampu menjual 40 bungkus sehari sahaja berbanding sebelum ini lebih 150 bungkus disebabkan oleh kekurangan bekalan. Dilaporkan walaupun bekalan turun mendadak pada Ramadan kali ini namun beliau lega apabila buah tal masih laris seperti tahun-tahun berikutnya. Disebabkan jumlah permintaan melebihi penawaran, ada pelanggan sanggup menempah awal kerana bimbang tidak dapat menjamah juadah tersebut. Buah tal ini unik kerana ia hanya popular sepanjang Ramadan. Lebih menarik buah ini hanya dijual di Kampung Tal Tujoh sahaja. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!.
MEMANG ADA... NEGERI DI UTARA SAJA...
SERING DI JUAL.. OLEH RAMAI PENJAJA...
BERKHASIAT... HILANGKAN BATUK JUGA...
SAYA UCAPKAN... SELAMAT HARI RAYA...
MAKAN RENDANG... DARI RUMAH MELAKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(1 Shawal 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.