Beberapa portal media tempatan termasuk bharian.com paparkan kisah 'Inovasi pisau toreh lanjutkan usia pokok getah' pada tahun 2016. Berita dari Putrajaya paparkan dimana empat orang pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berjaya mencipta mesin menoreh getah automatik dinamakan 'MeMGA' yang berpotensi memudahkan kerja penoreh (Sila lihat foto disebelah). Inovasi itu dihasilkan sekumpulan pelajar Jurusan Kejuruteraan UniKL Cawangan Kulim, Kedah, terdiri daripada Rahmattullah Suleiman, Muhammad Termizi Muhamad dan Ahmad Salihin Baseri, masing-masing 24 tahun, bersama Atiqurahman Amran, 23 sambil dibantu pensyarah iaitu Mohd Riduan Ibrahim. MeMGA adalah alat menoreh kulit pokok getah berkonsepkan putaran mata pisau seperti berus gigi bermotor, yang mampu mempercepatkan kerja tanpa menyebabkan kecacatan pada teras pohon terbabit. Inovasi itu bermula daripada idea membantu penoreh getah meningkatkan hasil susu kerana golongan berkenaan sering berhadapan kekurangan hasil apabila kulit pokok rosak ketika menoreh menggunakan pisau torehan biasa. Selain mesin ini menjimatkan masa, MeMGA juga dapat mengurangkan penggunaan tenaga ketika menoreh getah terutama kepada golongan yang lebih berusia. Inovasi Mesin menoreh getah automatik (MeMGA) memudah dan mempercepatkan proses torehan. Inovasi kumpulan itu mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Juara Nasional dalam Pertandingan Memasyarakatkan Inovasi Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2016 (MyInovasi) yang dianjurkan Kementerian Pendidikan Tinggi yang menerima hadiah dalam bentuk geran bernilai RM50,000. Mereka mengambil masa hampir lapan bulan bagi menyiapkan inovasi terbabit dengan menjadikan konsep berus gigi elektronik sebagai inspirasi menghasilkan peralatan berkenaan. Penggunaan MeMGA mampu menghasilkan longkang torehan yang baik untuk mengalirkan susu getah dan masa sama tidak merosakkan teras pokok. Jika menggunakan pisau toreh biasa, penoreh akan menggunakan tekanan sedalam dua milimeter (mm) berbanding dengan MeMGA yang hanya menggesel sedalam 0.5 mm. Penggunaan MeMGA ini dapat menggandakan empat kali torehan berbanding pisau biasa, sekali gus ianya akan memanjangkan jangka hayat pengeluaran susu getah pada setiap pokok. Alat ini sangat mudah digunakan kerana konsep asalnya adalah sebuah alat penebuk lubang elektronik yang menggunakan kuasa bateri cas semula. Inovasi ini turut dilengkapi dengan lampu suluh yang dipasang berdekatan mata pisau, yang memudahkan kerja torehan dijalankan pada awal pagi. MeMGA diyakini berkesan dan mampu untuk dikomersialkan kerana kos penghasilan sangat rendah iatu kira-kira RM300 seunit.
Portal berita sinarharian.com bertajuk 'Teknik torehan betul, tingkat hasil getah' wajar dikongsikan dalam artikel kali ini. Kisah dari Melaka menyatakan dimana hasil getah mampu dipertingkatkan sekiranya pekebun dan penoreh di negara ini menggunakan teknik torehan yang betul. Menurut Setiausaha Agung Lembaga Penyelidikan Dan Pembangunan Getah menyatakan bagaimanapun penggunaan teknik yang betul kurang diberikan perhatian oleh golongan terbabit sedangkan ia dapat menghasilkan getah yang berkualiti dan tidak mustahil harga hasil tanaman tersebut meningkat. Kini pihak LGM tidak pernah meminggirkan golongan penoreh getah memandangkan 95 peratus hasil pengeluaran getah dunia adalah dari pekebun kecil dan dari masa ke semasa mereka perlu didedahkan dengan kursus-kursus mahupun teknik penting itu secara berperingkat. Penorehan itu aktiviti penting dimana jika cara penorehan tidak betul atau tidak mengikut seperti yang disyorkan ianya akan menjejaskan jumlah hasil pengeluaran getah. Dipercayai ada sesetengah pengusaha ladang getah mengupah penoreh (ada yang warga asing) namun tidak pula mengambil tahu dan peka dengan teknik torehan yang mereka dilakukan. Didakwa diaman di Thailand, kebanyakan penoreh getah di sana mengasah pisau selama tiga hari sebelum mula menoreh tetapi berbeza di Malaysia dimana penoreh hanya mengasah sebelum meroneh atau ramai yang tidak mengasah pisaunya dengan baik. Apa pun sebenarnya di Malaysia ada latihan (torehan) namun ramai pekebun kecil getah tempatan yang tidak tahu dan LGM akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Perkara ini diberitahu kepada pemberita selepas majlis perasmian MRB-IRRDB International Workshop on Soil Fertility, Good Agricultural Practices (GAP) and Productivity di Hotel Mahkota, Banda Hilir, Melaka. Kerajaan berhasrat untuk memaksimumkan penggunaan bahan mentah tersebut dalam projek-projek mega seperti Kereta Api Pantai Timur (ECRL) menerusi kepelbagaian produk termasuk peralatan keselamatan pekerja dan sebagainya. Cara ini akan dapat meningkatkan jumlah permintaan penggunaan getah di negara ini walaupun Malaysia merupakan antara negara pengeluar sarung tangan getah terbesar. Malaysia kini tidak seharusnya fokus untuk ‘supply site’ bagi pengeluaran sahaja, namun perlu juga usaha meningkatkan permintaan dan penggunaan getah dalam negara.
ADA JENIS TOLAK... TAREK JUGA...
PERLU DIASAH... TAJAM SENTIASA...
ALAT EKETRIK... INOVASI DAH ADA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana off Jalan Isa=tana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(16 Ramadan 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.