Dalam portalberita bminggu@bh.com yang bertajuk 'Salai masak 'lomak' memikat selera' wajar dikongsikan. Kesedapan makanan ini didakwa sehingga ianya mennjilat jari ketika BH membuat review makanan ini di Restoran Sey Salai Masak Lomak yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Keharuman bau salai masih melekat pada jari meskipun perut sudah mula lapar kembali. Rasanya pedas disulami rasa masam daging salai sungguh mengasyikkan. Mengetengahkan masakan tradisional Negeri Sembilan sebagai menu utama pengusaha dikenali Muhammad Fadhli dakwa uniknya di restorennya semua sajian dimasak lemak bersama makanan yang sudah disalai. Nama sajian unik pasti menarik minat penggemar makanan terutamanya makanan lauk minang mencuba menikmati hidangan di sini. Penggemar masak lemak wajib datang dan cuba sendiri masakan di sini kerana rasa kepedasan dan kelikatan kuah lemak memang resipi asli Negeri Sembilan. Apa yang unik mengenai menu di sini semuanya disalai secara tradisional. Mereka kini hanya menggunakan kayu api dan tempurung untuk mengekalkan aroma asap salai pada makanan. Tugas menyalai mengambil masa sekitar empat hingga lima jam, kami memulakan tugas seawal 6 pagi untuk menyediakan setiap lauk yang disalai. Sajian disini menjadi bertambah lazat dengan menggunakan buah mangga muda sebagai elemen menambah rasa masam dalam sajian. Sayuran lain yang turut dicampur termasuk nangka muda dimana pada setiap menu mempunyai tahap kepedasan yang berbeza. Contoh itik salai dimasak dengan nangka dan daging ini dimasak bersama mangga muda. Jadi setiap rasa masak lemak berbeza setiap satunya. Mereka juga dilaporkan menyediakan kuah berasingan untuk setiap bahan. Kuah masak lemak untuk daging perlu ada rasa dagingnya dan begitu juga bahan lain. Penyediaan makanan bermusim antaranya siput sedut, ikan masin kurau dan cendawan kukur. Walaupun makanan ini susah didapati, kami tetap memenuhi permintaan pelanggan. Beliau juga cuba mengubah resipi itu dan melakukan percubaan dengan menggabungkan makanan dan buah untuk menyedapkan masakan. Antara menu yang menarik ialah nasi bajet iaitu dengan harga RM5 satu set dan pelanggan boleh menikmati nasi putih, ayam cincang, kuah masak lemak dan sambal belacan.
Akbar sama juga laporkan kisah 'Tujuh hingga 10 jam 'perasap' produk salai' wajar dijadikan kisah menarik. Berita dari Port Dickson, Negeri Sembilan yang sudah terkenal dengan sejenis makanan tradisinya iaitu menu 'masak lemak cili api' yang pasti menjadi pilihan ramai pengunjung luar ke negeri beradat ini. Apa pun kebanyakan pengunjung akan bertanya lokasi mendapatkan makanan tradisi ini terutama untuk produk salai seperti ayam, itik, ikan keli, puyuh dan daging salai. Menurut pengusaha produk salai dikenali Mohd Syafiq Akmal Samsudin (28 tahun) idea mengusahakan produk salai tercetus ketika tinggal bersama keluarga angkat di Seri Menanti, Kuala Pilah. Ketika itu ada pelawat dari Kedah berminat dengan daging salai yang dijual di tepi jalan di Kuala Pilah dan mereka bertanya, adakah produk ini sempat dibawa balik ke negeri mereka kerana ia tidak dibungkus dengan plastik kedap udara (vacum bag). Dari situ timbul idea untuk mengusahakan produk berasaskan salai secara komersial dan tahan lama serta boleh dibawa balik untuk dirasai dari penggemar seluruh Malaysia, itu sudah memadai. Dia yang bersama beberapa rakannya berkongsi modal mengusahakan produk berasaskan salai untuk pasaran di dalam negara. Dakwanya produk salai Alam Warisan kini dalam usaha mengukuhkan lagi jenama dan mempelbagaikan produk selepas menembusi pasaran beberapa negeri antaranya Melaka, Johor Baharu, Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang. Diberitahu dimana buat masa ini terdapat empat produk salai dihasilkan iaitu daging salai, itik salai, ayam kampung salai dan daging salai serunding. Produk paling mendapat permintaan ialah daging salai apabila 4,000 bungkus terjual setiap bulan dan sentiasa meningkat setiap bulan. Mereka kini dalam proses mengeluarkan produk baru iaitu ikan keli dan puyuh salai kerana ada permintaan daripada pelanggan, namun masih dalam peringkat percubaan yang premisnya terletak di Bandar Springhill, PD. Semua produk keluarannya boleh didapati di stokis dan 40 ejen berdaftar yang terdapat di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak. Produk salai keluaran syarikatnya 100 peratus diusahakan Bumiputera dan dihasilkan dengan pembakaran asap 100 peratus dengan cara menggunakan kayu pokok rambutan selama tujuh sehingga 10 jam. Walaupun mereka menggunakan mesin 'smoker daddy's backyard', tapi ia masih tidak lari daripada konsep tradisi dan penggunaan kayu api sangat diberi perhatian bagi mendapatkan aroma yang wangi serta bau asap tidak terlalu kuat. Produk salai kami tidak mengandungi perisa atau pewarna tambahan melainkan hanya diletakkan garam dan kunyit iaitu antara kaedah perapan untuk membuatkan produk lebih tahan lama dan wangi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
WARNA KUNING... DIMAKAN ENAKNYA...
DAGING ITEK... IKAN SALAI PUN ADA...
MAKANAN TRADISI...RAMAI YANG SUKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Ramadan 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.