TUMBUHAN TUBA (Derris elliptica) adalah sejenis tumbuhan renek dari keluarga Fabaceae (dulu nama kluarga ini ialah keluarga Leguminaceae) yang terdapat di Asia Tenggara dan kepulauan di Pasifik Barat-daya yang biasa digunakan untuk meuba atau bertindak sebagai racun ikan. Tumbuhan ini adalah natif di Malaysia dan Indonesia dan biasanya tumbuh sendiri secara liar di kawasan hutan dan kawasan kebun yang tidak di racun atau tidak diusahakan secara intensif. Nama-nama bagi tumbuhan tuba ini yang lainn adalah tuba akar, tuwa laleur, areuy kidang (Sd.), jenu, jelun, tungkul (JAWA), tobha, jheno, mombul dan lain-lain dan sebagainya. Akar tumbuhan tuba ini memiliki kandungan bahan iaitu rotenona (rotenone) iaitu sejenis racun kuat untuk membunuh ikan air tawar dan juga boleh digunakan sebagai racun mengawal serangan serangga pada tanaman. Tumbuhan tuba adalah jenis yang menjalar dan mampu memanjat atau merambat pada pokok (tumbuhan memanjat) yang berkayu. Keupayaan memanjat pokok mempu mencapai ketinggian dengan membelit sehingga setinggi 10m. Ranting-ranting tuba yang tua berwarna kecoklatan dengan lentisel serupa jerawat. Daun-daun tuba adalah tersebar, majmuk yang menirus dengan bilangan ganjil dengan jumlah helai daun antara 7-15 helai. Tangkai daun berukuran antara 13-23 cm panjang dengan sisi bawah bahagian sisi bawah daun kekelabuan atau agak kebiruan. Daun muda atau pucuk yang muda berwarna coklat-ungu/ Tanaman tuba mempunyai bunga yang terkumpul dalam kumpulan yang panjangh tangkainya kira-kira 12-26 cm panjang. Kelopak bunga tuba berbentuk cawan dengan warna hijau dan warna ros pucat. Buah tuba berbentuk oval yang memanjang dengan saiz kira2 3.5-7cm × 2 cm serta selalu mempunyai antara 1-2 bijibenih. Apa pun artikel kali ini penulis ingin berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan tuba seperti dilaporkan oleh media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.
Kisah kegunaan akar pokok tuba lebih bermakna apabila dilaporkan 'Racun serangga daripada pokok tuba' dihasilkan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP). Akhbar Berita Harian (BH) menyatakan dengan mengambil idea daripada kaedah Orang Asli menghalau serangga dengan menggunakan pokok tuba maka penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) mencipta racun serangga mesra pengguna dikenali sebagai Pest Killa (Sila lihat foto disebelah). Ketua Projek Penyelidikan Pest Killa iaitu Abdul Syukor Abd Razak yan dakwa dimana pihaknya menjalankan kajian selama dua tahun untuk mengenal pasti potensi pokok tuba menjadi bahan utama dalam penghasilan racun serangga. Kajian itu membabitkan ujian terhadap lipas, semut, lalat dan cicak sahaja tetapi produk berkenaan kini boleh digunakan untuk menghalau pelbagai jenis serangga lain juga termasuk nyamuk serta lipan. Mereka memulakan kajian pada 2013 dan mendapati pokok tuba mempunyai potensi sebagai agen untuk menghalau serangga. Namun jika digunakan secara langsung, ia akan memberi kesan sampingan pada pengguna. Mereka mengambil keputusan menghasilkan racun berkenaan dalam bentuk cecair untuk semburan yang mesra pengguna, malah berbau wangi dan tidak menyesakkan pernafasan. Berikutan respons positif diterima dilaporkan produk Pest Killa dikomersialkan dengan mencatat jualan sebanyak 20,000 botol pada setiap bulan membabitkan permintaan daripada warga kampus dan masyarakat luar (Sila lihat foto paling bawah sekali). Apa pun berdasarkan testimoni diperolehi daripada 2,000 pelanggan dimana dilaporkan sebanyak 99.8 peratus bersetuju bahawa produk ini sangat berkesan menghalau serangga dan tidak memberi impak berbahaya terhadap pengguna. Mereka kini telah bekerjasama dengan UMP Holdings Sdn Bhd untuk pengedaran Pest Killa. Inovasi itu turut meraih Anugerah Produk Paling Inovatif daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) pada Peringkat Antarabangsa (Negara ASEAN) 2016. Antara kelebihan Pest Killa adalah kerana ia mesra alam, mudah digunakan, murah dan mampu milik pada harga RM23 sebotol. Ia didakwa membantu memelihara ekosistem kerana menggunakan bahan semula jadi dan juga sangat menjimatkan kerana sebotol boleh digunakan antara tiga hingga empat bulan.
Penulis blog merujuk kepada sumber dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dimana dilaporkan ada 'Fungsi Unik Akar Tuba' yang mana ditulis semula dalam artikel ini. Dilaporkan memang tidak ramai tahu mengenai keunikan akar tuba yang sering dikaitkan sebagai ia digunakan secara tradisi untuk menangkap ikan di sungai. Cara menuba dilaporkan memang mudah dilakukan berbanding dengan cara memasang pukat auat menjala apa lagi dibandingkan dengan memancing. Penulis blog sebenarnya banyak pengalaman semasa tinggal dikampong di Muar, Johor dahulu dimana menuba ikan di tepi parit belakang rumah untuk dapatkan ikan menjadi kebiasaan sekitar tahun 1970'an. Keberadaan pokok tuba ini dipandang sepi dan masih tidak banyak kajian dijalankan. Tuba adalah toksik kepada ikan dan toksik juga kepada serangga. Bagaimana pun di UPM pernah dilaporkan kajian mengenai tuba ini dilakukan Norhayu Asib yang diselia oleh Prof Dr Zulkifli Omar dengan bajet daripada MOSTI sebanyak RM124,000 (Sila lihat foto disebelah). Inovasi yang dilakukan adalah racun perosak biologi menggunakan ekstrak bahan aktif dalam bentuk formulasi emulsi nano. Dilaporkan keberkesanan terhadap perosak dapat dipertingkatkan berbanding dengan kaedah konvensional. Racun serangga konvensional lazimnya adalah berasaskan kepada bahan kimia tetapi kajian di UPM menggunakan bahan tumbuhan yang mesra alam sekitar. Racun organik ini didakwa sesuai digunakan untuk tanaman sayuran, ulaman dan herba dengan harga yang agak rendah. Apa yang penting dimana produk tersebut adalah produk bio yang tidak merbahaya dan tiada kesan sampingan kepada tanaman. Antara kajian dimana serangan Ulat kobis (Plutella xylostela) dan Ulat Ratus (Spodoptera litura) pada tanaman kobis bulat dimana larva yabg makan daun yang disembur racun bio akan melumpuhkan organ dalaman dan akhirnya ulat tersebut akan mati sendiri. Walau pun kajian ini sudah agak lama dijalankan akan tetapi penulis blog belum menjumpai produk tersebut dipasaran mahupun teknologi ini dikembangkan melalui agen pengembangan pertanian seperti diharapkan. Laporan kajian UPM ini pun masih tidar dapat diakses melalui laman media biasa. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
DIHARAMKAN GUNA... DI SUNGAI KITA...
DI UMP ... ADA PRODUK PEST KILLA...
DIBUAT RACUN BIO... DIMANA ADA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(26 Rejab 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.