Thursday, March 24, 2022

RESEPI KERABU - MAKANAN POPULAR (PART 1)

KERABU merupakan sejenis makanan tradisional yang kini semakin popular kerana ia berkhasiat dan dianggap sebagai sejenis kuliner makanan sihat. Apabila menyebut perkataan 'kerabu' mungkin ramai yang lebih mengenali 'Nasi Kerabu' pula yang sangat popular di negeri Pantai Timur seperti di Kelantan. Nasi Kerabu kini ada dijual dimana-mana seperti di pasar malam, pasar tani, gerai tepi jalan, restoren, hotel dan sebagainya. Walau pun penulis blog kurang gemar makan nasi kerabu yang ada dibubuh budu akan tetapi kalau yang tidak ada budu boleh menjamahnya juga. Penulis blog lebih suka makan nasi putih dengan kerabu yang diperbuat daripada pelbagai jenis bahan. Terdapat berpuluh resepi makanan kerabu ini bergantung kepada bahan asas yang digunakan serta bahan campuran lain yang dicampurkan didalamnya. Pada penulis blog memang sejak zaman kanak-kanak lagi sudah dihidangkan dengan kerabu pucuk daun ubi kayu yang sering disediakan untuk makan tengahari atau pun semasa majlis jamuan diperingkat kampong di Muar, Johor dahulu. Bagaimana pun kini masih dapat menikmati makanan kerabu ini yang dibuat sendiri dirumah dengan menggunakan daun ubi yang ditanam dikawasan rumah. Memang sungguh enak makan kerabu dengan nasi putih sahaja tanpa laukpauk lain. Paling tidak pun makan kerabu dengan ikan masin bulu ayam memang sungguh nikmat. Ada sesetengah restoren yang menghidangkan menu kerabu sebagai hidangan makan tengahari dan antara jenis kerabu yang popular adalah kerabu daun ubi, kerabu kacang botor dan juga kerabu perut dan banyak lagi. Proses menyediakan makanan kerabu juga mudah asalkan mempunyai bahan mentah yang mencukupi dan kemahiran membuatnya. Makanan kerabu amat berkhasiat kerana ia kaya dengan serat dan vitamin serta banah mirenal lain. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" petang Khamis ini saya menulis beberapa resepi mengenai makanan kerabu untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog semua.

(1) Kerabu Pucuk Daun Ubi
Kerabu ini merupakan kerabu yang paling penulis blog kenal sejak lama dulu. Ia mudah disediakan dan murah pula modal membuatnya selain daripada cepat menyediakan. Bagi mereka yang suka makan pucuk daun ubi memang pasti tidak akan melupakan menu kerabu yang enak ini. Bahan yang diperlukan adalah seperti pastinya pucuk ubi ( 2-3 ikat daun ibi segar), 1 biji kelapa muda (parut), 4 helai daun cekur (hiris nipis), Biji cekur sebesar ibu jari, 6 biji cili padi dan juga garam secukup rasa. Resepi asal Johor ini juga perlukan air bercampur 2 sudu besar minyak masak untuk merebus serta 8 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih serta bahan segenggam ikan bilis. Cara membuatnya mudah iaitu dimulakan dengan merebus pucuk ubi dengan air yang bercampur minyak masak. Apabila daun ubi sudah lembut maka ia diangkat untuk ditoskan. Goreng kelapa parut tanpa minyak (sangai) hingga agak kering (jangan sampai jadi kerisik pula). Seterusny digoreng bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Kisar bahan ini bersama dengan biji cekur, cili padi dan gaul dengan garam dan kelapa parut goreng. Akhir sekali adalah menggaulkan pucuk ubi dan daun cekur hiris bersama ramuan yang dikisar atau ditumbuk tadi sehingga sebati. Kemudian boleh dimasak selama 2 minit dengan api sederhana agar tahan lema dan lebih enak dan ia sedia untuk dihidangkan.


(2) Kerabu Kacang Botor
Makanan kerabu kacang botor diantara resepi terbaik bagi hasil kacang botor selain daripada ianya dijadikan ulam dimakan dengan sambal. Kerabu ini selalunya ada dihidangkan di restoren makanan tradisional melayu dimana-mana untuk dinikmati. Kacang botor (
Psophocarpus tetragonolobus) memang mudah diperolehi sma ada tanam sendiri atau beli dipasar. Harga membeli kacang botor juga memang murah dan ia adalah berkhasiat kerana banyak zat vitamin dan kaya dengan serat. Bahan untuk membuat kerapu kacang botor atau dikampong dipanggil sebagai 'kecipir' ini pastinya adalah kacang botol (boleh juga guna kacang kelisa) yang per;i di cuci bersih dan kemudian dihiris nipis). 4 biji bawang merah yang dimayang atau boleh dihiris nipis, 2 ekor ikan rebus yang diambil isi sahaja, 1/2 biji kelapa parut yang perlu disangai hingga perang, sedikit kelapa parut putih, kerisik secukupnya, 1-2 biji limau nipis serta garam dan gula secukup rasa. Cara menyediakannya semua ramuan asas kerabu ditumbuk atau dikisar seperti cili padi, bawang dan lainnya dan dimasukkan kedalam bekas seperti besen bersesuaian. Bahan-bahan ini perlu di satukan semua bahan dan gaul hingga mesra. Bagi mempastikan cukup masin, manis, masam dan pedas boleh dirasa semasa menggaul. Sebagai hiasan boleh dihirid bawang besar untuk ditabur diatasnya. Penulis blog selalunya tambah dengan udang kering dan juga perahan limau nipis untuk menambahkan perisanya. Masukkan dalam bekas untuk dihidangkan dimakan bersama nasi putih.

(3) Kerabu Nangka Muda
Kerabu nangka muda (Artocapus heterophyllus) merupakan salah satu makanan popular untuk di makan dengan nasi putih. Nangka muda adalah bahan sayuran yang enak juga dimasak lemak, masak cili api dan juga dibuat gulai. Penulis blog pun memang gemar sayuran berasaskan nangka muda ini dan sering membelinya dipasar dan pasar malam. Kerabu nangka muda sama dengan jenis kerabu lain memang mudah disediakan dan kos yang rendah sahaja berbanding dengan kelazatannya. Biasanya bahan-bahan yang diperlukan adalah 1kg isi nangka muda yang perlu potong, dibasuh bersih dan kemudian ia di rebus hingga lembut. Bagi bahan untuk ramuan pula diperlukan 3 biji cili besar merah, 15 biji cili api mengikut kepedasan digemari, 2 inci lengkuas, 2 inci halia,  5 batang serai perlu diambil bahagian lembut saja, 1 inci belacan bakar dan juga 1 genggam ikan bilis yang ,mesti ia dibasuh bersih. Bagi menambah kelazatannya diperlukan bahan lain iaitu 1 biji bawang besar saiz besar yang perlu di potong nipis, 2 biji limau nipis untuk tambah jika kurang rasa masam. sikit gula, garam dan perasa lain, sedikit pati ikan bilis ( jika suka) dan juga 1 biji kelapa parut yang di kisar bersama sedikit air untuk ambil santan pekat. Cara menyediakannya adlah dengan meleraikan nangka muda yang direbus supaya lebih halus dan kemudian diletak dalam bekas besar. Kemudian dimasukkan bahan-bahan tumbuk dan juga bahan-bahan lain dan digaul rata. Seterusnya diperasakan dengan limau nipis dan perasa lain dimana jika dirasa terlebih dahulu supaya cukup masin, masam dan manisnya. Gaul sebay=ti dan masukkan kedalam bekas hidangan untuk dinikmati bersama masi putih. 
Artikel ini ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

MAKANAN KERABU ... BANYAK JENISNYA...
MUDAH DISEDIA...MEMANG ENAK RASANYA...
MAKANAN BERKHASIAT... KAYA SERATNYA...
BACA ARTIKEL.. SEGERA BUAT UJIRASA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Syaaban 1443Hijrah).
Posted from:
Level 12, Thistle Hotel,
Johor Bahru, Johore.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.