Monday, March 14, 2022

PILIH VARIETI DURIAN TERBAIK DISYORKAN

TANAMAN DURIAN
(Durio zibethinus Murr.) merupakan diantara tanaman buah-buahan yang dikomersilkan di Malaysia dimana ia merupakan buah tropika yang terluas diusahakan. Buah durian adalah d antara spesies buah-buahan yang sangat popular dan banyak ditanam di Malaysia. Penulis blog (foto diatas) telah menulis lebih daripada 500 artikel mengenai durian dalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan. Foto diatas merupakan salah satu kebun durian komersil di Simpang Pertang, Negeri Sembilan dimana pokok durian Musang King yang berumur 5 tahun sudah berhasil. Petani ini mempunyai lebih 100 ekar tanaman durian Musang King dan Black Thoran didalam 7 buah kebun miliknya.  Secara tradisional apa yang penulis blog ;ihat dimana pokok durian ditanam daripada baka biji benih di kawasan dusun di kampung. Bagaimana pun kin petani durian komersil akan mencantumkan pokok dikebun dengan varieti disyorkan untuk mendapatkan pokok berkualiti. Dahulu lazimnya buah durian dari pokok anak baka biji menghasilkan buah yang tidak seragam serta tidak pasti kualitinya dan sebahagian besar tidak mendapat pasaran yang baik dalam kategori 'Durian Kampong'. Penulis blog dapati dimana Jabatan Pertanian Malaysia telah mengenal pasti dan mengumpul koleksi klon durian semenjak tahun 1934 dan sehingga sekarang telah mendaftarkan lebih dari 241 varieti durian. Saya yang terlibat didalam semakan semua sisten pendaftaran ini memang ada menulis semua varieti tersebut didalam blog ini. Walau bagaimanapun memang hanya sebilangan kecil sahaja varieti durian yang disyorkan untuk ditanam secara komersil iaitu ia berdasarkan kepada ciri-ciri buah tersebut iaitu mutu buah yang tinggi, hasil yang banyak dan kesesuaian dengan agroiklim Malaysia. Durian merupakan salah satu daripada 11 jenis buah-buahan yang telah dikenalpasti di bawah Dasar Agro Makanan (2011-2020) dan didalam Dasar AgroMakanan Negara (DAM) dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi menampung permintaan tempatan dan eksport. Keluasan kawasan durian di Malaysia adalah seluas 76,972 hektar dengan menghasilkan sebanyak 400,636 metrik tan buah segar pada tahun 2021 (Sumber: Booklet Ststistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2022). Dahulu banyak hasil durian segar dieksport ke Singapura akan tetapi kini ia sudah dieksport ke China, Jepun dan beberapa buah negara lain. Persaingan yang hebat juga dijangka akan terus dihadapi dengan negara jiran khususnya Thailand terutama untuk pasaran eksport ke China dan Singapura. Rakyat Malaysia juga sering membeli buah durian dari Thailand di pasaraya dan pasar buah-buahan. Dalam masa yang sama Malaysia juga mengimport lebih kurang 15,000 hingga 25,000 metrik tan durian dari negara jiran Thailand yang bernilai lebih RM24 juta setahun. Penggunaan dalam negara dan eksport serta pengeluaran untuk gantian import boleh dipertingkatkan lagi sekiranya durian yang dihasilkan berkualiti tinggi. Kawasan-kawasan durian sedia ada perlu dipulihkan dengan varieti durian yang disyorkan Jabatan Pertanian dan bermutu tinggi serta ditentukan pengamalan pengurusan ladang yang baik (MyGAP). Langkah ini akan dapat menentukan penghasilan yang tinggi dan berkualiti unutuk pasaran domestik dan juga pasaran eksport. Artikel yang ke 6,965 pada petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya fikir untuk tulis dan paparkan tiga varieti durian terbaik masa kini yang di syorkan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

(1) VARIETI DURIAN MUSANG KING
Durian 'Musang King' telah didaftarkan dengan daftar D197 dalam senarai pendaftaran varieti tanaman Jabatan Pertanian. Durian ini juga dipanggil sebagai varieti Durian Raja Kunyit dan merupakan varieti yang sangat popular dengan banyak di tanam di kawasan Kelantan, Pahang (Daerah Raub), Johor dan juga Perak. Varieti ini telah didaftarkan oleh Encik Wee Chong Beng dari Tanah Merah, Kelantan pada 9 Disember 1993. Semasa didaftarkan nama varieti asal durian ini adalah 'Raja Kunyit' berdasarkan pencirian durian ini yang berbentuk bulat bujur, kulit berwarna hijau muda, isi berwarna sangat kuning, isi tebal, rasa lemak, sangat manis dan sedikit rasa pahit. Masyarakat biasa atau orang tempatan di Malaysia lebih kenal varieti ini dengan panggilan Klon D197. Durian ini telah mendapat permintaan yang tinggi untuk penanaman semenjak didaftarkan dan merupakan varieti durian yang popular. Pada masa ini kawasan di Daerah Raub dan Daerah Bentong, Pahang merupakan kawasan pengeluaran utama durian ini dengan jenama 'Durian Musang King'. Harga durian ini merupakan antara varieti yang paling mahal dan stabil sepanjang tahun.

(2) VARIETI DURIAN DURI HITAM (Black Thorn)
Varieti durian (D200) atau 'Black Thorn' atau ada yang memanggilnya sebagai 'Durian Ochee' atau 'Hei Tze' dimana ia merupakan satu varieti yang kini semakin hebat di tanam di Malaysia. Durian Duri Hitam mempunyai rasa berlemak manis, berkrim dengan sedikit pahit (kurang pahit jika dibandingkan dengan Durian XO). Isinya agak tebal walaupun tidak setebal Durian Musang King serta lebih ringan dari segi tekstur (Sila lihat foto diatas). Rasanya pada penulis loga mendapati ia boleh digambarkan seperti di antara Durian Musang King dan Durian XO. Pap un dilaporkan kini telah ramai yang menyukai rasa Durian Duri Hitam kerana teksturnya yang lembut dan bila dimakan tidak mengenyangkan seperti Musang King. Aromanya yang unik, wangi dan tidak tajam menjadikannya sesuai bagi santapan mereka yang pertama kali ingin mencuba rasa durian. Bentuk buah durian ini lazimnya mempunyai saiz berbeza-beza tetapi mudah dikenalpasti kerana berbentuk seperti labu di mana ia berbeza dengan jenis durian yang lain. Ia mempunyai tangkai yang agak pendek dan kontot dengan warna kulit durian pada lazimnya adalah berwarna hijau kelabu. Dari segi bentuk dan warna duri ada ramai yang beranggapan bahawa durian ini mempunyai duri berwarna hitam tetapi sebenarnya kurang tepat. Durian Duri Hitam mempunyai warna duri yang sama seperti durian yang lain iaitu hijau. Pada hujung duri tersebut dilihat akan terdapat warna perang gelap di mana terdapat teori yang mengatakan bahawa ciri tersebutlah yang menjadi ilham bagi nama durian ini. Pada bahagian bawah durian selelunya dilihat berwarna perang gelap dan tanpa sebarang duri di kawasan tersebut. Terdapat satu tangkai berwarna hitam bahagian tengah di mana ia dikatakan sebab durian ini diberi jolokan Durian Duri Hitam. Garisan berwarna perang gelap juga kelihatan bersambung dengan bahagian bawah di mana ia boleh digunakan sebagai penanda bagi mengopek durian jenis ini. Tinjauan penulis blog di Pahang dan Negeri Sembilan dilihat dimana ramai penanam durian yang sudah menanam varieti durian duri hitam ini kerana pengaruh harganya yang dua kali ganda daripada harga durian Musang King (D197). Mereka membuat cantuman dewasa pada pokok durian sedia ada kerana cara ini akan mempercepatkan jangkamasa dan proses penghasilan dan jaminan ketulenan kualiti.


(3) VARIETI DURIAN D24
Varieti Durian D24 merupakan satu varieti atau klon durian yang agak lama telah ditanam dan disyorkan oleh pihak Jabatan Pertanian untuk ditanam secara komersial. Klon Durian D24 juga dikenali sebagai 'DURIAN BUKIT MERAH' yang mana didaftarkan pada 30 November 1937 (Sudah hampir 85 tahun lalu) yang berasal dari Bukit Merah Reservoir Reserve, Perak. Ramai generasi sekrang tidak kenal akan durian D24 yang ada dijual pada musim buah-buahan kerana tidak tahu akan pencirian sifat buah tersebut. Dikalangan petani, peraih, pegawai pengembangan (yang baru kerja) mungkin juga kurang kenal akan buah durian 'King of the Fruit' klon ini yang sangat terkenal semenjak 85 tahun dulu. 
Isi durian D24 merupakan aset utama klon ini dimana warnanya kuning yang sangat menarik (Sila lihat foto sebelah). Susunan pangsanya tidak berkop dan padat serta menhgasilkan bau yang sederhana kuat. Saiz ulas dan empulurnya adalah sederhana. Isinya sederhana manis dengan terdapat rasa pahit yang juga sederhana tepapi mempunyai rasa lemak yang agak kuat. Rasa manis, pahit dan lemak yang kuat ini merupakan satu keistimewaan khusus kepada pengemar-pengemar buah durian sebenar. Tekstur isinya adalah halus dengan kepadatan yang lembik serta aroma yang sederhana. Kajian telah dibuat menunjukkan purata kadar beras isi atau ulas buah kepada berat keseluruhan buah adalah pada kadar 0.314. Jabatan Pertanian telah pun menwartakan verieti durian berikut untu disyorkan penanamnnya iaitu D 24 (Bukit Merah), D 99 (Kop Kecil), D 123 (Chanee), D 190 (MDUR 88), D 188 (MDUR 78), D 145 (Beserah), D 158 (Kan Yau), D 159 (Mon Thong), D 169 (Tok Litok) dan D 189 (MDUR 79). Semuga artikel iini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
VARIETI DURIAN.. LEBIH 200 SEMUA...
ADA DISYORKAN... VARIETI MANA...
CANTUMAN DEWASA... BOLEH CUBA...
MUSIM DUE=RIAN.. KINI TINGGI HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia,
(9 Syaaban 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.