Monday, March 21, 2022

KITIN - APAKAH DIA?

KITIN atau 'Chitin' merupakan sebatian semula jadi daripada sejumlah polisakarida yang mengandungi nitrogen (N). Ia juga disebut sebagai "elemen keenam". Chitin dijumpai dalam jumlah yang cukup banyak dalam organisma pada beberapa serangga, pelbagai krustasea, di batang dan daun tanaman. Perlu diingat bahawa secara semula jadi dimana dari segi data pengeluarannya, ia adalah yang kedua setelah selulosa. Apa pun selama beratus-ratus tahun, kitin dianggap sebagai bahan buangan disebabkan akan komposisinya tidak mampu untuk dilarutkan dalam alkali cair, asid dan pelarut lain, atau di dalam air. Kelebihan kitin pula adalah kos operasi yang tinggi untuk penggunaan langsung iaitu ia berbeza dengan selulosa. Mengenali sifat kitin yang berguna amat pening dikaji dimana penemuan saintifik dan teknikal telah membolehkan manusia menemui sejumlah sifat menarik dalam kitin yang tidak dimiliki oleh selulosa. Sebagai contoh, hari ini bahan ini adalah satu-satunya selulosa haiwan yang boleh dimakan di dunia. Harus diingat bahawa kitin secara eksklusif dikenakan ion positif. Di samping itu, ia mengandungi mineral, vitamin, lemak, gula dan protein, yang memberikan setiap hak untuk dianggap sebagai elemen penting manusia keenam. Sekali di dalam tubuh manusia dimana kitin secara aktif mampu menyerap asid lemak bermuatan negatif. Oleh itu memang bahan ini dapat menghalang penyerapan mereka ke dalam usus. Chitin secara beransur-ansur mengeluarkan asid lemak bermuatan negatif dari badan. Serat kitin secara berterusan mengaktifkan peristaltik pencernaan. Kesan ini merangsang makanan yang dimakan untuk bergerak di saluran pencernaan dengan kadar yang dipercepat. Oleh itu biasanya kitin adalah kaedah yang berkesan dan selamat untuk menurunkan berat badan. Di samping itu, serat kitin mempunyai kemampuan untuk mengikat kolesterol dan asid lemak, sekaligus mencegah penyerapan bahan berbahaya ke dalam saluran darah. Antara terkait adalah bahan Kitosan iaitu produk yang diperolehi melalui deasetilasi, secara efektif mengaktifkan aktiviti yang diperlukan dari sel-sel tubuh manusia. Pada masa yang sama, dia secara signifikan meningkatkan peraturan diri saraf dan rembesan hormon. Kajian ilmiah menunjukkan bahawa kitosan mempunyai kemampuan untuk menurunkan tahap kepekatan kolesterol dalam darah. Oleh itu, ia tidak membiarkannya menetap di hati dan mengganggu penyerapannya dalam usus kecil. Di samping itu juga bahan ini secara signifikan mampu  membatasi penyerapan ion klorin dalam tubuh manusia, menurunkan tekanan darah dan melebarkan saluran darah. Ringkasnya, kitin secara perlahan melambatkan proses penuaan badan, menguatkan sistem imun, melindungi hati, mengatur fungsi organ dalaman, mengaktifkan sel dan membersihkan badan dari racun dan toksin berbahaya. Artikel tengahari Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kotin (Chitin) untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana bahan Kitin dengan formula (C8,H13O5N) merupakan sejenis polimer berantai panjang terdiri daripada N-asetilglukosamina iaitu terbitan glukosa. Ia juga ditemui di pelbagai tempat di seluruh alam semula jadi. Ia merupakan komponen utama bagi dinding sel kulat, rangka luar haiwan artropod seperti krustasia (seperti haiwan ketam, udang karang dan udang) dan serangga, radula moluska dan paruh sefalopod (termasuk sotong). Dari segi struktur dimana kitin boleh dibandingkan dengan polisakarida selulosa iaitu dari segi fungsi pula dimana ada protein keratin. Chitin juga terbukti berkesan untuk sesetengah tujuan perubatan dan perindustrian. Dalam beberapa laporan penulis blog dapati dimana istilah "kitin" berasal dari bahasa Perancis iaitu 'chitine' yang ditemui pada tahun 1836. Istilah-istilah ini berasal dari bahasa Yunani iaitu 'chitōn' yang bermaksud moluska, yakni dipengaruhi oleh satu lagi perkataan Yunani. Mengenai ciri kimia, sifat fizikal dan fungsi biologi dan struktur kitin telah dikenalpasti oleh Albert Hofmann pada tahun 1930. Kitin merupakan sejenis polisakarida terubahsuai yang mana ia  mengandungi nitrogendan ia disintesiskan daripada unit-unit N-asetilglukosamina (secara tepatnya, 2-(asetilamino)-2-deoksi-D-glukosa). Unit-unit ini membentuk rangkaian β-1,4 kovalen (yang serupa dengan rangkaian di antara unit-unit glukosa yang membentuk selulosa). Kitin boleh ditakrifkan sebagai selulosa dengan satu kumpulan hidroksil pada setiap monomer yang diganti dengan suatu kumpulan amina asetil. Ini membolehkan bertambah eratnya ikatan hidrogen sesama polimer yang bersebelahan, maka menguatkan lagi matriks kitin-polimer. Sebagai contoh bagi memahami perkara ini dimana seekor riang-riang yang salin rangka luarnya sebenarnya adalah lapisan penuh dengan kitin (Sila lihat foto disebelah). Ia adalah unik dimana kulit tersebut sebagai kitin.


Kitin dalam bentuk asalnya adalah lutcahaya, mudah dilenturkan, membingkas dan agak tahan lasak. Bagaimanapun didapati bagi artropod dimana ia lazimnya terubah suai menjadi terbenam dalam sklerotin iaitu sejenis matriks berprotein samak yang membentuk sebahagian besar rangka luar. Dalam bentuk asalnya dimana kitin seakan agak keras akan tetapi bagi kebanyakan invertebrata pula ia lazimnya didapati sebagai komponen sebagai sejenis bahan komposit. Digabungkan dengan kalsium karbonat iaitu seperti dalam cangkerang krustasia biasanya kitin ini menghasilkan komposit yang lebih kuat serta lebih keras dan kaku daripada kitin yang aslinya dimana ia adalah lebih tahan lasak daripada bahan mineral itu sendiri. Satu lagi perbezaan antara kitin asli dan komposit boleh dilihat dengan membandingkan dinding tubuh yang mudah lentur di antara segmen-segmen beluncas (terutamanya kitin) dengan elitron yang kaku dan ringan pada kumbang (yang mengandungi sejumlah besar sklerotin). Apa pun dilaporkan pada kebanyakan kajian terkini menunjukkan bahawa kitin merupakan sebagai satu pengaruh yang baik untuk mekanisme pertahanan dalam tumbuhan dan haiwan itu sendiri. Ia turut dinilai sebagai sejenis baja yang didapati boleh meningkatkan hasil tanaman pada keseluruhannya. Penulis blog ada menulis beberapa artikel mengenai produk kitosan yang dilaporkan banyak bahan kitin ini untuk kegunaan pertanian. Beberapa syarikat memasarkan secara komersil akan penggunaan kitin untuk pertanian dimana baja kitosan dihasilkan daripada kitin. Dalam pada itu juga dilaporkan dimana bahan k
itin sudah ada digunakan dalam pelbagai proses perindustrian. Ia digunakan sebagai bahan penambah untuk menebalkan dan menstabilkan makanan dan bahan farmaseutikal yang ada dijual dipasaran. Kitin juga bertindak sebagai pengikat dalam pencelup warna, fabrik dan bahan lekat. Kini banyak produk berasaskan kitin sudah dipasarkan.

Sebenarnya apakan kepentingan yang chitin dalam biologi?. Perkara ini bukan sahaja berkait dengan komponen struktur, yang menghalang kehilangan air akan tetapi bio-polimer yang memiliki ciri-ciri bakteria. Ini membolehkan dimana penggunaan chitin dalam pembuatan pembalut, span kain kasa dan tandas khas. Chitin di hubungkan dengan lemak dimana jka seseorang mengambil ubat-ubatan khas ada yang termasuk sebahagian tertentu daripada chitosan, lemak dalam usus yang berkaitan dengan biopolimer dan dikeluarkan dari badan bersama-sama dengannya. Hasilnya adalah dimana jumlah lemak diserap dikurangkan seterusnya akan mengurangkan jumlah kolesterol di dalam badan. Walau bagaimanapun bahan chitin boleh membawa kesan negatif apabila mereka yang menggunakan chitin berlebihan akan mengurangkan kandungan vitamin E dan membawa kepada kesan yang tidak baik lain. Ada banyak syarikat telah menggunakan bahan chitosan baru-baru ini yang ditambah kepada produk kosmetik sebagai komponen semula jadi. Produk Kosmetik (Mekap) yang digunakan ini akan menjadikan kulit lembut, kuku yang lebih sihat dan rambut lembut bersinar berkilat selepas menggunakan syampumengandungi bahan chitin. Penulis blog dapat tahu dimana kalangan beberapa negara Asia dan di Barat ada yang mereka menjual dan makan belalang goreng, cengkerik serangga lain dari kumpulan artropod yang banyak kandungan chitin. 'Entomophags' menjadi popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini di kalangan gourmet disebabkan oleh kerana kepercayaan bahan komposisi chitin meliputi serangga kecil dan krustasea memberikan kebaikan. Pakar perubatan mendapati bahawa bahan chitin membantu proses untuk penyembuhan luka disebabkan oleh keserasian yang tinggi dengan tisu haiwan. Ini membolehkan penggunaan biopolimer dalam industri perubatan semakin berkembang. Terdapat nilai pemakanan yang sangat tinggi biopolimer sebagai chitin. Ada laporan dimana 100 g belalang boleh memberi khasiat sebanyak 20.5 g protein. Kepada pembaca blog semua boleh ujirasa makanan goreng belalang untuk mendapatkan sumber kitin yang murah dan enak pula. Penulis blog zaman remaja dulu memang suka makan goreng bellang kunyit di kampong. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
NAMA KITIN.. 'CHITIN' ADALAH SAMA...
KOMPONEN PENTING.. PADA SERANGGA...
KRUSTACEA DILAUT... TINGGI DALAMNYA...
RAMAI DAH TAHU.. BANYAK KEGUNAANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Syaaban 1443H).
Posted from
Taman Cendana, Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.