Thursday, March 31, 2022

HALWA BETIK, NANAS DAN BELIMBING BULUH

HALWA BUAH-BUAHAN merupakan sejenis makanan yang daripada buah-buahan yang direndam dengan air gula dan manis serta tahan lama. Penulis blog percaya makanan snek ini ada dibanyak negara sebagai snek yang asasnya adalah sebagai salah satu teknologi mengawetkan produk makanan terutamanya buah-buahan terpilih. Di Malaysia lazimnya snek halwa yang popular seperti Halwa Betik, Halwa Kundur, Halwa Nanas, Halwa Keluing, Halwa Mangga, Halwa Pala, Halwa Nangka dan banyak lagi. Bagaimana pun dalam portal  wikipedia ada perkataan menyamai halwa iaitu 'halva' yang dinyatakan sebagai 'Halva (also halvah, halwa, and other spellings) refers to various local confection recipes. The name is used for referring to a huge variety of confections, with the most geographically common variety based on toasted semolinaHalva is popular in Western Asia, Central and South Asia, the Balkans, the Caucasus, Eastern Europe, Malta, North Africa and the Horn of Africa. Halva can be kept at room temperature during non-summer months with little risk of spoilage'. Ada kemungkinan teknologi membuat halwa di negara kita sama atau berlainan dari segi jenis bahan asas yang digunakan , cara membuatnya dan juga produk akhirnya. Bagaimana pun makanan manisan ini sering dihidangkan kepada tetamu dan kini telah dikomersilkan. Ada banyak kedai yang menjual makanan halwa ini di pasaraya, pasar malam dan juga kedai runcit yang dibungkus dalam pelbagai kaedah. Memang makanan snek yang manis ini disukai oleh ramai terutamanya kanak-kanak dan remaja. Dalam sesetengah masyarakat dimana pemberian manisan halwa ini dijadikan sebagai satu adat yang penting. Artikel ini menyentuh 3 jenis makanan halwa yang agak popular di Malaysia iaitu Halwa Betik, Halwa Kundur dan Halwa Nanas untuk di tulis dalam blog "Anim Agro Technology'' bagi dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Pada penulis blog antara makanan snek yang popular adalah makanan Halwa Betik untuk hiasan atau hantaran dalam majlis perkahwinan (Sila lihat foto disebelah). Bahan yang diperlukan untuk membuat halwa betik termasuk Buah Betik Muda (1 biji), Gula Pasir (ikut tahap kemanisan yang dikehendaki),  Gula batu (jika suka), Kapur sirih,  Pewarna yang disukai (Merah, hijau epal, kuning, ungu dan sebagainya). Cara membuatnya dimulakan dengan membelah buah betik yang telah dikupas kulitnya kepada beberapa bahagian dan ukir bentuk yang disukai mengikut tahap keabstrakan seni kreatif dan inovatif anda.Celurkan kepingan-kepingan betik yang telah diukir berbagai bentuk seperti daun, bunga rose dan sebagainya ke dalam air panas dan toskan. Rendamkan pula ke dalam air kapur sehari semalam kepingan betik yang diukir tadi dan dibiarkan diam dalam air kapur. Pada keesokan harinya, bersihkan kepingan betik yang direndam di dalam air kapur. Masakkan air gula dalam 200 gram dan masukkan pewarna yang digemari mengikut pembahagian yang ditetapkan (Jika suka warna merah, letak pewarna merah dalam satu bahagian air gula dan jika suka warna hijau,letak pewarna hijau dalam satu bahagian air gula lagi). Apabila gula telah larut kemudian dimasukkan kepingan-kepingan betik yang telah diukir tersebut dan biarkan diam-diam semalaman. Pada keesokanya boleh dikeluarkan kepingan-kepingan betik tersebut dan sediakan lagi air gula lagi. Bila sejuk maka dimasukkan sekali lagi kepingan betik itu ke dalam air gula semalaman. Proses diatas dibuat berulang-ulang sehingga gula nampak berselirat pada permukaan kepingan betik tersebut. Akhir sekali perlu jemurkan halwa betik tersebut dan bolehlah disimpan di dalam balang buat kudap-kudapan atau dijadikan bahan hantaran.

Halwa Nanas atau buah nanas kering adalah merupakan salah satu makanan snek yang manis dan berkhasiat. Ia ada dijual dan mudah dibuat sendiri dirumah.  Cara pembuatan manisan nanas kering adalah dengan memilih tiga biji buah nanas yang tua tetapi setengah matang iaitu yang berwarna hijau sedikit kuning. Sebaiknya buah nanas ini masih keras dan tidak terdapat luka atau pun serangan hama dan penyakit. Kemudian perlu di timbang gula pasir sebanyak 1 kg. Buatlah larutan garam 20%. Timbanglah 200 gram garam dapur, kemudian dilarutkan ke dalam air sampai isipaduya mencapai 1 liter (1.000 ml). Seterusnya adlah membuat larutan gula iaitu dengan cara menimbang gula pasir sebanyak 1 kg. Rebuslah air 1 liter dan setelah mendidih masukan 1 kg gula dan 2 gram asam citrat dan kemudian diaduk hingga larut. Selanjutya disaring dengan kain saring. Timbang 5 gram Natrium Benzoat dan kemudian masukkan ke dalam larutan gula dan diaduk sampai larut dan merata. Buatlah larutan kapur dengan menimbang kapur sebanyak 50 gram dan di larutkan dalam 1 liter air dimana ia kemudian disaring. Air kapur yang bersih di tampung. Kupaslah kulit buah nanas dengan pisau anti karat yang tajam dan buang mata buahnya dan buah dicuci dengan larutan garam 20%. Buah nanas dihiris menurut dengan bentuknya mengikut citarasa dengan ketebalan 1/2 cm. Rendam buah nanas dengan air kapur selama 30 minit. Pada tahap ini diharapkan buah nanas tetap segar dan bertambah keras. Setelah 30 minit maka hirisan buah nanas diambil dengan cara untuk menyaring. Lakukan blanching dengan air mendidih. Rebuslah air sebanyak 3 liter sampai mendidih. Masukan buah nanas ke dalam air yang sedang mendidih selama 5 minit dan kemudian angkat dan tiriskan airnya. Masukan potongan buah nanas yang sudah di blanching ke dalam larutan gula dan kemudian dipanaskan dengan api kecil sambil dilakukan mengacau secara pelahan sehingga sebati. Ambil potongan buah nanas apabila telah berwarna kuning berkiat dan air sirup sudah meresap dalam isi daging buah nanas. Keringkalnlah buah nanas dengan menjemur pada sinar matahari atau pada pengering oven eletrik. Jika pengeringan buah nanas telah dilakukan dengan pengeringan buatan maka pengeringan dilakukan pada suhu 65 Celsius. Taburikan hirisan nanas dengan gula pasir yang sedang dikeringkan setiap 1/2 jam sekali. Lakukanlah proses mentbalikkan nanas ini pada pertengahan pengeringan. Proses pengeringan apabila buah nanas sudah kering (tidak berair lagi) dan dilihat tidak lembek. Setelah kering maka halwa manis nanas disimpan didalam bekas kedap udara atau pembungkus lain yang sesuai. 

Tanaman Belimbing Buluh (Averrhoa bilimbi) merupakan pokok yang lazimnya menghasilkan buah yang agak masam untuk dimakan segar. Walau pun ada varieti belimbing buluh yang manis akan tetapi penulis blog dapati yang lazim ditanam adalah kebanyakannya jenis masak hijau, lonjjong dan masam. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai tanaman belimbing buluh sebelum ini berdasarkan kepada pengalaman semasa menjadi Pengarah Pertanian Negeri Pahang yang mempromosikan penanaman pokok belimbing buluh. Artikel ini boleh dibaca dengan pautan berrikut (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Penanaman belimbing buluh di Pahang khususnya di Daerah Kuala Lipis, Jerantut dan Raub adalah sebagai satu tanaman untuk menghasilkan buah yang diproses menjadi Sambal Hitam Pahang dan Halwa Belimbing Buluh. Halwa Belimbing Buluh merupakan snek yang enak dimakan kerana ia memberikan rasa masam, manis , masin dan lemak juga serta sesuai dihidangkan kepada tetamu.  Resipi membuat Halwa Belimbing Buluh perlu disediakan bahan iaitu Belimbing buluh segar (atau yang telah direbus),  1sudu besar kapur, Air dan juga gula pasir. Cara membuatnya mudah iaitu dengan merendam belimbing bersama sedikit air dan juga dibubuh kapur untuk selama 2-3jam. Kemudian buah dibasuh bersih dengan ait mengalir. Dalam masa sama masak air bersama gula sehingga mendidih (kadar air dan gula disesuaikan agar tidak terlampau banyak air dengan setengah kilo gula pasir). Kemudian masukkan buah belimbing buluh yang sudah dibersihkan dan dimasak selama 15 - 30 minit sahaja dengan api sederhana. Ada pengusaha juga yang suka memasukkan sedikit pewarna kuning untuk menjadikan halw ]a lebih cantik warnanya. Kemudian ia diperap semalaman dan seterusnya adalah proses menjemur dibawah sinaran matahari selama 2 - 3 hari sehinga mendapat warna halwa menarik (Sila lihat foto disebelah). Ia boleh dihidangkan untuk dimakan atau sesuai disimpan didalam bekas kaca yang kedap udara atau cara pembungkusan lain yang sesuai. Boleh dijual dipasaran dengan harga yang baik juga. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
RASANYA MANIS.... SNEK HALWA...
HALWA BETIK... POPULAR DIANYA...
PENULIS SUKA... HALWA NANAS JUGA...
HALWA BELIMBING BULUH...ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana off Jalan Istana,
Bukit Beruang, Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(25 Rejab 1443H).
Posted from:
Room 2118, Pullman Waterfront Miri Hotel,
Miri, Sarawak.

Wednesday, March 30, 2022

AMALAN AGRONOMI TANAMAN PANDAN

TANAMAN PANDAN (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis tumbuhan pelbagai guna yang mudah ditanam dan banyak kegunaannya. Pokok pandan mudah dikenali kerana ia mempunyai daun yang berwarna hijau dan tumbuh secara menegak dimana daunnya panjang halus seperti berjambak dengan mempunyai akar seakan berkayu. Pada penulis blog memang faham dimana pokok pandan mempunyai 1,001 cara kegunaan dalam masyarakat tempatan daripada untuk dalam kegunaan dalam masakan sehingga kepada kosmetik dan bunga rampai. Ia sering digunakan sebagai mewangikan bilik atau didalam kereta, menyegarkan udara dan juga mampu untuk menghalau serangga seperti lipas dari bilik. Bagaimana pun penulis blog lihat masih ramai orang terutama penduduk dibandar yang masih membeli daun pandan dipasar atau dipasaraya untuk digunakan. Sebenarnya menanam sendiri pokok pandan adalah sangat mudah dimana dirumah penulis blog sendiri ada banyak pasu pokok pandan yang selalu dapat dipetik untuk kegunaan memasak. Paling penting adalah ada kemahuan untuk hobi bercucuk tanam disekeliling rumah daripada jenis tanaman daput sehingga kepada jenis tanaman hiasan. Memang sangat mudah menanam beberapa jenis tanaman seperti pokok pandan, pokok daun kari, pokok cekur, pokok daun salam, ulam raja, daun kesum, pokok kunyit, pokok ubi kayu (untuk diambil pucuknya dibuat sayur). daun bawang dan beberapa lagi. Menanam pandan sebagai tumbuhan tropika dibiakkan dengan cara keratan, akar, anakbenih sulur dan juga anakbenih pokok. Lazimnya pokok pandan hanya menghasilkan daun sahaja dan penulis blog belum pernah melihat pokok pandan ini berbunga. Pembaca blog faham dimana ada dua (2) jenis pokok pandan yang ada  di Malaysia yang perlu dikenali. Pertama adalah Pokok Pandan Biasa dimana pokoknya tinggi, berdaun panjang dan berbau harum dimana jenis ini sering ditanam dikawasan rumah dan digunakan untuk masakan. Jenis kedua adalah dikenali sebagai Pokok Pandan Wangi dimana pokoknya lebih rendah bersaiz kecil daripada pandan biasa. Aroma dari pandan wangi ini berkali ganda kuatnya dari pandan biasa. Pandan wangi ini selalunya ditanam secara komersil untuk diproses dijadikan bahan kosmetik dan juga untuk produk penjagaan muka dan agak jarang digunakan untuk masakkan. Artikel pagi Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan amalan agronomi penjagaan tanaman pandan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Dikawasan kebun dikampong lazimnya ada kawasan sesuai untuk tanaman pandan sebaiknya dari jenis tanah yang subur dengan ada kelembapan. Ia akan tumbuh dengan baik jika ditanam ditepi longkang, tepi parit, kawasan berpaya dan sebagainya. Paling baik adala dikawasan tanah yang tinggi bahan organiknya dan mendapat cahaya matahari yang banyak walau pun ia boleh tumbuh baik juga dikawasan ada naungan. Pokok pandan dihabitat ini akan hidup tampa penjagaan rapi untuk suatu jangkamasa yang agak lama dan tidak mudah mati dilapangan. Penulis blog pernah melawat satu projek dengan menanam pandan komersil beratus-ratus ekar di Simpang Rengam di Johor dimana ia ditanam diatas tanah gambut dibawah pokok kelapa sawit. Artikel tersebut boleh dibaca dengan pautan berikut (Sila klik disini) dan memang boleh dijadikan contoh terbaik. Bagaimana pun artikel ini lebih mirip kepada amalan agronomi penanaman pandan dalam pasu atau bekas khas dikawasan keliling rumah. Langkah awal adalah mempastikan ada bahan mencukupi untuk menanam pokok pandan. Perlu menyediakan tanah, pasu dan benih pandan yang sesuai. Tanah dan pasu (pilih sederhana besar) dari banyak kedai nurseri dimana kini sudah ada pasu plastik yang murah dan tahan lama juga. Beli tanah yang banyak kandungan bahan organik dan kemudian dicampurkan dengan bahan perlite sebelum dimasukkan kedalam pasu. Perlite ini berfungsi sebagai bahan pengembur tanah, dapat tingkatkan sistem pengudaraan dalam tanah dan juga membantu mengekalkan kelembapan dalam tanah untuk jangkamasa lebih lama. 

Pemilihan pasu untuk menanam pandan juga perlu dilihat dimana adalah disyorkan membeli jenis pasu tanah liat berbanding dengan pasu plastik atau jenis pasu yang lain. Ini kerana pengalaman penulis blog mendapati pokok pandan dalam pasu tanah liat lebih subur dan tahan lama pokoknya berbanding dengan pasu dari plastik. Pastikan pasu tanah liat ini ada beberapa lubang air dibawahnya untuk menyalirkan air berlebihan apabila penyiraman dilakukan. Pokok pandan memerlukan tanah yang lembab akan tetapi tidak boleh hidup dengan baik jika ada air bertakung didalamnya. Malahan jika air bertakung terlalu lama menyebabkan air pandan jadi reput dan pokok akan mati. Bagi menyediakan bahan tanaman sebaiknya dapatkan benih daripada pokok pandan yang telah matang bagi ditanam didalam pasu. Periksa anakbenih tersebut mempunyai sekurang-kurangnya 3 urat akar (berakar) dibahagian bawahnya sebelum menanam. Adalah penting memeriksa kualiti benih ini untuk mempercepatkan lagi akan proses pertumbuhannya. Potong anakbenih pandan ini dengan cara menggunakan pisau yang tanam dan bersih. Ini kerana jika pisau tersebut kotor maka ada kemungkinan ia menyebabkan jangkitan kepada benih pandan yang ditanam. Semasa menanam pandan pastikan semua akarnya tenggelam atau berada dalam tanah. Sebaiknya jika perlu boleh disokong dengan pacakkan kayu dalam pasu supaya ia tumbuh menegak dan tidak tumbang. Kemudian dipadatkan sedikit pangkal benih pandan dan seterusnya ia perlu disiram sebaik ditanam dan letakkan ditempat yang redup. Aktiviti Penyiraman sebaiknya dilakukan sekali sahaja sehari iaitu sehingga ia tumbuh dan berakar. Elakkan meletakkan pasu yang baru ditanam pandan dibawah sinaran matahari petang kerana ia akan menyebabkan pokok menjadi kering pula. Apabila pokok pandan sudah hidup dan membesar maka ia perlu disiram dua kali sahaja seminggu kecuali hari hujan. Periksa pasu semasa musim kering dan panas kerana ia akan menjejaskan pertumbuhan pandan ketika ini. Pembajaan pokok pandan dalam pasu perlu dilakukan sebulan sekali sahaja walau pun ada yang membaja dua minggu sekali mengikut kesesuaian.

Walau pun ramai mendakwa menanam pokok pandan dalam pasu tidak perlu dijaga sebenarnya itu adalah tidak benar. Tanaman dalam pasu perlu selalu diperiksa dan dirawat agar tidak berlaku serangan penyakit atau serangan serangga perosak dan pokok tersebut akan hidup lama. Menanam pandan dalam pasu boleh memberikan kegembiraan keran hanya sekali menanam akan tetapi mennuai untuk satu jangkamasa yang agak lama sampai bertahun jika dijaga baik. Beberapa amalan agronomi yang penting bagi tanaman pan dan dalam pasu atau pun diatas tanah dikawasan rumah perlukan penjagaan seperti selalu memangkas (pruning). Pangkasan terhadap daun-daun tua dibahagian bawah dan daun yang rosak atau berpenyekit dilakukan dengan membuang menggunakan gunting atau pisau tajam dan dikumpulkan atau secara ianya dimusnahkan. Sebaiknya hanya tinggalkan 3-7 helai daun sihat didalam pasu. Penting diingatkan dimana apabila pokok pandan sudah tumbuh tinggi lebih 3 kaki daripangkal maka ia perlu dipotong pangkal batangnya dimana ia akan bertunas semula. Apabila tunas tangkai pertama sudah mula berdaun sebaiknya potong atau buang tunas kedua dan ketiga untuk membolehkan pertumbuhan tunas pertama subur dan cebat membesar. Perlu diingat dimana akar pokok pandan adalah jenis akar serabut yang sangat aktif dimana ia akan keluar dari bawah lubang pasu dan menjalar dikawasan lembap. Apa lagi kalau pasu tersebut diletakkan ditepi kawasan kumbahan dimana ia akan menjadi sangat subur sehingga pasunya pun tidak kelihatan lagi. Apa pun penjagaan pokok pandan dalam m=pasu memang mudah dikendalikan kerana tanaman herba ini jenis tanaman lembut dan tidak berkalu keras. Penuaian daun pandan dirumah ini pun bukan selalu sangat dilakukan.  Semuga semua pembaca blog anim agro technology mendapat ilmu berguna dari penulisan ini. Wasallam!!!....

DAUN PANDAN.. MUDAH TANAMNYA...
WALAU BEGITU... IA PERLU DIJAGA...
DISIRAM AIR... DIBERI JUGA BAJA...
ASPEK AGRONOMI... AMALKANNYA...

By,
M Anem,

Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Syaaban 1443H).
Posted from:
Room 2118, Miri Waterfront Hotel,
Miri, Sarawak.

Tuesday, March 29, 2022

POKOK BAYAS - KENALI DIA

POKOK BAYAS
(Oncosperma horridum) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Arecaceae (dulu dipanggil keluarga Palmae) yang dilaporkan ianya berasal dari Semenanjung Malaysia. Pada enuli sblog yang duku kurag enal akan tumbuhan ini a=hanya dapat mengenalinya semasa bertugas di Pahang da di Sarawak. Lazimnya pokok bayan ini memang mempunyai batang pokok ang memang keras dan memang ia tahan dikawasan air garam, serangan oleh spesis serangga penggorek dan jug aserangan dari anai-anai. DIkalangan penduduk kampong dimana selalunya kayu pokok bayas ini telah digunakan untuk membina tiang didalam air sebagai struktur Kelong. Kayu bayas yang tegak lurus dan panjang sehingga melebehi 30 kaki selalunya tahan lama sesuai untuk dibuat jeti. Keada mereka yang tinggal dikampong memang melihat dimana batang pokok ini juga digunakan untuk lantai setelah ia dipotong menjadi kepingan seakan papan dan jika diotong dengan kepingan berukuran kecil pula selalu akan digunakan sebagai kasau dan dinding. Penulis blog belum pernah dengar ada orang yang menanam bayas secara komersil untuk tujuan ekonomi sebaliknya hanya mengambil pokok bayas liar yang sedia ada tumbuh dikawasan belukar dan habitatnya. Penulis blog pernah menghadiri kursus 'Bina Insan' didalam hutan untuk menjalani 'ujian survival hidup' dan menebang pokok bayas untuk dimakan (makanan memang tidak diberikan untuk beberapa hari). Pada penulis blg mendapati dimana umbutnya yang dikeluarkan dari dalam batang mudah dicincang halus dan kemudian ia dibasuh bersih lalu dimakan mentah dan segar. DIkalangan penduduk kampong lazimnya umbut pokok bayas akan dihidangkan sebagai makanan enak seperti dibuat kerabu kerana ia memberikan rasa yang manis dan rangup. Apa lagi kalau umbut bayas ini dimasak lemak cili api sama seperti memasak rebung buluh atau umbut kelapa dan dimakan dengan nasi putih. Tengahmalam ini dari tingkat 21, Pullman Miri Waterfront, Sarawak sambil melihat kerlipan lampu-lampu dilaut saya menulis dalam blog "Anim Agro Tchnology" mengenai tumbuhan pokok bayas untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua. 

Lazimnya pokok Bayas ialah agak sama seperti pokok palma lain dimana ia sering mempunyai saiz batang sebesar iaitu setinggi 30 meter dimana selalu ia akan tumbuh berumpun. Rumpun-rumpun dibentuk apabila pokok-pokok muda tumbuh daripada tunas pada pangkal pokok palma induk. Batang pokok serta tangkai daun mempunyai duri iaitu selalu dilihat ia berwarna coklat keperangan (Sila lihat foto disebelah). Ciri-ciri fizikalnya dimana daunnya adalah dari jenis daun majmuk, besar, anak daun tersusun seperti teratur yang panjang menirus dengan hujungnya adalah meruncing. Semasa muda daunnya daun adalah hijau akan tetapi menjadi jijau tua apabila tua. Daunnya tumbuh dengan tegak dimana lebih cenderung menuju ke atas. Dalam pada itu dilihat bunganya selalu keluar secara bertiga-tiga dengan dilighat bunga betina berada di tengah semantara bunga jantan di sebelah kiri kanan. Bunga-bunga ini jika diteliti dilihat seakan ia dilindungi oleh dua struktur besar yang berbentuk bot dan berduri yang selalu dipanggil sebagai 'spate'. Bunga pokok bayas dari jenis bunga majmuk, bersaiz kecil dengan warna putih kekuningan yang terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun. Paling jarang dibincangkan adalah buah bayas dimana selalunya buahnya berukuran sederhana besar, berbentuk bulat, berwarna hijau ketika muda dan selalunya akan bertukar hitam keungu-unguan setelah tua. Pokok bayan ini ada khasiatnya tersendiri dimana umbut pokok bayas mengandungi air, serat, protein, lemak, kalsium, kalium, zat besi, zink, vitamin dan alkaloid. Dikalangan orang kampung sering mengambl umbutnya untuk dimakan bagi menambah selera makan. Terdapat banyak kuliner yang boleh disediakan dari umbuy bayas. Ia juga boleh menyebabkan  sebagai produk untuk terus awet muda kerana memang ia kaya dengan antioksidan. Bagaimana pun ada petua dimana umbut bayas memang tidak digalakkan untuk orang yang mengalami penyakit atau masaalah kesejukan badan dimana jika ingin makan pun cuma makan sedikit. Ada juga yang dilaporkan 'allergic' setelah mengambilnya dalam kuantiti yang banyak kerana mungkin akan menyebabkan masaalah mudarat kepada kesihatan.

Penulis blog sempat merujuk kepada media tempatan bertajuk 'Umbut Bayas Yang Semmain Dilupakan' apabila ianya dilaporkan semakin ramai masyarakat 

tempatan yang tidak kenal atau sudah lupa memakan umut bayas. Kini dari beberapa kajan didapati ramai tidak tahu tentang kehebatan akan makanan tradisi umbut bayas. Pokok bayas yang selalunya tumbuh di bukit bukit yang memang agak penat untuk seseorang mengambilnya apa lagi kerana pokoknya dipenuhi dengan duri. Bagaimana pun media melaporkan demi sesuap nasi maka pengusaha hebat seperti Mat Isa (63 tahun) tetap bersama isteri dan anaknya gagah masuk ke hutan berhampiran kampungnya di Port Dickson untuk mencari makanan tersebut untuk dijual di pekan dan juga dipasar tani. Kerja mencari umbut bayas ini memerlukan kemahiran, keberanian dan memerah tenaga kerana salalunya umbut tersebut (bahagian dalam batang atau mayang pokok bayas) merupakan sejenis bahagian atau bahan lembut dan sedap jika dimasak secara resipi kampung.Pokok bayas seakan-akan pokok pinang dan pokok nibung ini selalunya akan hidup di hutan belantara. Pokok bayas juga dilaporkan memang mempunyai batang tinggi dan keras, berduri serta sukar ditebang menggunakan pisau atau parang biasa. Penulis blog dan 3 rakan mengambil masa 2 jam lebih menebang pangkal pokok bayas dihutan dahuu kerana pokok ini mempunyai batang luar yang sangat keras denga menggunakan parang. Pokok bayas pun kini semakin sukar untuk ditemui. Selalunya kerja-kerja menebang pokok bayas agak sukar dan terpaksa dibuat dengan menggunakan kapak dan beliung yang tajam untuk menetak lapisan luar batangnya. Dilaporkan Mat Isa dimana setelah pokok bayas ditebang maka kerja untuk membuang kulit keras pokok bayas dilakukan untuk mendapatkan umbutnya dengan paling sesuai ia menggunakan peralatan beliung. Kerja menebang pokok itu juga mengambil masa agak lama semata-mata untuk tujuan mengambil lapisan umbutnya sahaja manakala bahagian batangnya perlu dibuang. Lapisan umbut dalam batang bayas dipotong pendek-pendek sepanjang kira-kira satu meter untuk mudah dipikul dibawa pulang. Lazimnya dia buat dimana setiap batang pokok tersebut boleh menghasilkan 12 meter umbut. Ia akan dipotong lebih pendek atau dibelak kepada beberapa bahagian untuk dijual
 rucit.

Jangan terkejut apabila kisah '
Umbut bayas: Makanan tradisi Melayu! Susah nak dapatkan tau!' dilaporkan dalam akhbar Beita Harian (BH). Bagi seorang bekas wartawan sambilan di Kumpulan New Straits Times Pres (NSTP) untuk akhbar Berita Harian dan Harian Metro Pahang selama 10 tahun. Beliau yang memegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) memang sering mencari umbut kelapa atau umbut kelapa sawit yang dijadikan sejenis makanan tradisi masyarakat Melayu dahulu sehingga sekarang iaitu terutama untuk hidangan pada majlis perkahwinan. Sesekali dia juga kan mencari umbut bayas untuk tujuan sama. Dalam kenyataannya dilaporkan biasanya umbut bayas akan turut disajikan dengan hidangan masak lemak atau kerabu saa jug aresepinya seperti penyediaan untuk umbut kelapa atau umbut kelapa sawit. Dia dakwa dimana kebanyakkan lokasi dimana ada banyak pokok bayas adalah di kawasan berbukit dan hutan tebal dimana kini ianya semakin sudah untuk ditemui di kawasan kampung. Katanya pokok bayas seakan-akan pokok pinang dan pokok nibung dilihat selalunya akan mempunyai batang panjang (tinggi) dan keras, berduri serta sukar ditebang jika menggunakan pisau atau parang biasa. Kemudian umbut bayas perlu dipotong terlebih dahulu iaitu  sebelum sesuai dibawa pulang. Dakwanya memang bukan mudah untuk 'mengerjakan' pokok bayas ini untuk tujuan bagi mendapatkan umbutnya. Selalunya kerja-kerja menebang pokok bayas juga agak sukar dan mengambil masa lama malah terpaksa menggunakan kapak dan beliung yang tajam untuk menetak lapisan luar batangnya sebelum mendapatkan umbutnya. Kemudian lapisan umbut itu dipotong pendek kira-kira satu meter untuk memudahkannya dibawa pulang. Dia selalu akan menjual umbut bayas dijual dengan harga RM10 sebatang begitu laris dan sentiasa mendapat tempahan. Apa pun umbut yang dikeluarkan dari dalam batang bayas itu akan dicincang halus, dibasuh dan boleh terus dimakan mentah seperti dibuat ulam atau pun dibuat kerabu atau masak lemak. Memang umbut bayas ini rasanya manis dan rangup. Umbut bayas mengandungi air, serat, protein, lemak, kalsium, kalium, zat besi, zink, vitamin dan alkaloid. Sebaiknya juga untuk menikmati keenakan masakan ini maka umbut bayas yang siap ditebang perlu segera dipotong seterusnya dimasak tanpa membiarkan ia terlalu lama kerana bimbang 'overcook' yang boleh menghilangkan keenakan rasanya. Dilaporkan dimana umbut bayas juga adalah antara makanan tradisi penduduk di Hulu Perak. Rasanya yang berlemak itu sesuai dibuat kerabu yang digaul bersama taugeh, santan, kerisek, pucuk paku dan perut lembu. Dalam pada itu juga bagi kalangan masyarakat Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang apa yang dilakukan dimana umbut bayas sudah menjadi makanan tradisi mereka sejak sekian lama. Mereka akan dapatkan umbut bayas daripada pokok bayas yang tumbuh meliar di hutan tebal Taman Negara dan ini sekali gus memerlukan penduduk meredah jauh ke dalam hutan mendapatkannya. Apa pun kebanyakan penduduk di kawasan Hulu Tembeling akan menempah umbut bayas daripada penduduk Orang Asli yang menetap di kawasan Taman Negara kerana mereka mahir menebang pokok bayas. DIlaporkan dimana ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana penularan wabak pandemik COVID-19 dimana umbut bayas mendapat permintaan tinggi dijadikan juadah popular. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
POKOK BAYAS... SUKAR JUMPA...
ORANG KATA... BANYAK DI UTARA...
UMBUT DIAMBIL... GULAIJADINYA...
BACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 201-203, Pearl Ini Apartment,
Jalan Samanea Saman, Taiping,
(Depan Tasik Taiping), Perak,
Malaysia.
(4 Syaaban1443H).
Published from:
Room 2118, Pullman Waterfront Hotel,
Miri, Sarawak.

Monday, March 28, 2022

PEROSAK TANAMAN KOBIS

TANAMAN KOBIS  BULAT (Brassica oleracea var. capitata) di Malaysia merupakan sejenis tanaman sayuran yang popular terutama untuk jenis kobis tanah tinggi. Permintaan dipasaran tempatan sentiasa tinggi berbanding dengan sayuran hijau yang lain. Kobis bulat merupakan antara sayuran yang penulis blog tahu ia tahan disimpan lama dan biasanya boleh diangkut ketempat premis yang lebih jauh untuk dipasarkan segar. Penanaman kobis bulat di Malaysia selain digunakan untuk pasaran tempatan juga di eksport ke Singapura dan Brunei DS. Ia banyak ditanam dikawasan tanah tinggi dan ada beberapa lokasi penanaman kobis bulat tanah rendah untuk dirujuk seperti didalam artikel tulisan saya (Sila klik disini). Biasanya ada beberapa varieti kobis yang boleh dan sesuai ditanam ditanah rendah atau pun jenis tanah pamah seperti tulisan saya tersebut. Tanaman kobis daripada keluaraga Cruciferae merupakan datu keluarga dengan tanaman Brocolli, Cauliflower dan juga Brussels Sprouts. Tanaman Kobis yang mempunyai susunan daun tebal akan dapat membentuk bunga kobis apabila matang dipanggil sebagai 'Heads'. Memang mudah dan senang menanam kobis lowland sama ada berskala komersil, skala kecil atau pun sebagi hobi menanam dalam pasu dirumah. Di Maaysia kawasan utama tanaman kobis adalah yang mempunyai cuaca sejuk seperti di Cameroon Highland, Pahang dan di Kundasang Sabah dimana jumlah keluasan tanaman ini adalah sebanyak 3,527 hektar dengan pengeluaran sebanyak 85,854 metrik tan pada tahun 2021 (Sumber laporan: Booklet Statistik Tanaman 2021, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Bagi tujuan mencukupkan permintaan kobis bulat kerajaan melalui MAFI memberikan kebenaran mengimport (AP) untuk mengimport kobis dari China dan Indonesia. Bagaimana pun kelulusan pengim[ortan ini mempunyai kuota mengikut keperluan sahaja. Artikel malam Sabtu ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa perosak tanaman kobis untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


PEROSAK TANAMAN KOBIS BULAT

(1) Ulat Ratus (Spodoptera litura)

Serangga ini menyerang diperingkat larva yang baru menetas makan daun dan pucuk secara berkumpulan dan berselerak. Apabila meningkat kedua dan seterusnya larva menyerang daun dan pucuk berasingan. serangan yang teruk boleh memusnahkan daun sehingga daun tinggal rangka sahaja. Kawalan dilakukan dengan menyembur racun perosak deltamethrin, cypermethrin, gamma-cyhalothrin, emamectin benzoate atau Bacillus thuringiensis mengikut kadar yang disyorkan. musnah serangga dan daun yang di serang


(2) Kabuh Lenting (Phyllotreta spp)

Serangga ini memakan bahagian daun di semua peringkat menyebabkan daun berlubang halus. Ia memakan daun disemua peringkat dimana lazimnya daun yang diserang menunjukkan lubang-lubang lutsinar. Serangan yang teruk boleh juga membunuh pokok di peringkat anak semaian. Kawalan perosak ini adalah dengan menyembur racun perosak carbaryl, cypermethrin, deltamethrin atau diazinon mengikut kadar yang disyorkan. Kawalan dengan menyembur dengan Bacillus thuringiensis apabila terdapat 4 ekor larva sepokok Jika perlu boleh di sembur dengan racun serangga seperti abamectin, cypermethrin, deltamethrin, fenvalerate, permethrin atau permethrin mengikut kadar yang di syorkan. Kawasan hendaklah bersih daripada rumpai yang menjadi tempat pembiakan serangga ini.


(3) Ulat Plutella (Plutella xylostella)

Serangga plutella merupakan salah satu serangga yang selalu didapati memang menyerang kobis. Peringkat larva akan memotong batang dan daun anak pokok di paras tanah pada waktu malam. Cara kawalan adalah dengan mempastikan kawasan hendaklah selalu bersih daripada rumpai yang menjadi tempat untuk pembiakan serangga ini.

(4) Ulat Pangkas (Agrotis ypsilon)

Serangga ini akan menghisap cecair daun mengakibatkan daun berkedut dimana ia kan jadi daun gugur dan akibatnya pokok terbantut. Kawalan boleh dilakukan dengan cara menggunakan bahan racun kimia seperti alphacypermethrin atau gunakan deltamethrin mengikut kadar yang disyorkan. Sembur bahagian atas dan bawah daun dengan racun cypermethrin, cartap hydrochloride, permethrin atau dimethoate mengikut kadar yang disyorkan.


(5) Kutu daun (Aphid sp)

Serangga kutu aphid yang halus akan melombong daun menyebabkan lingkaran di permukaan daun. Jika berlaku serangan yang teruk menyebabkan daun kering dan mudah dijangkiti bakteria atau kulat jika keadaan terlalu lembab. Serangan aphid akan menjejaskan proses fotosistesis tanaman. Kawalan boleh dijalankan dengan memasang perangkap kuning dalam kawasan penanaman. Sebaiknya bagi daun tua yang diserang dengan teruk dibuang dan dimusnahkan. Semburan boleh dilakukan dengan racun dimethoate mengikut kadar yang disyorkan. Sembur dengan lamdacyhalothrin atau thiocyclamhydrogen oxalate mengikut kadar yang disyorkan

(6) Ulat jantung kubis (Crocidolomia binotalis)

Serangan diperingkat larva atau ulat yang mana memakas lapisan daun sehingga nampak rangka daun. Ulat ini boleh juga mengorek dan makan sehingga bahagian tengah kobis. Selain itu ia biasanya boleh memakan daun dari bahagian dalam daun yang bergulung. Kaedah kawalan yang disyorkan dengan menyembur racun perosak seperti cypermethrin iaitu mengikut kadar yang disyorkan. Bahan kimia lain seperti trichlofon, cypermethrin, deltamethrin, dimethoate atau Bacillus thuringiensis juga boleh dilakukan mengikut kadar yang di syorkan.


(7) Ulat jalur (Hellula undalis)

Serangan oleh ulat jalur setelah kupu-kupu dewasa bertelur dahulu. Ulat ini akan menyerang semua bahagian dan semua peringkat tanaman kobis dikebun. Larvanya akan dilihat memmakan pucuk serta epidermis bawah daun. Larva dewasa mengorek batang dan tunas. Kawalan dengan menyembur racun perosak seperti cypermethrin iaitu mengikut kadar yang disyorkan. Bahan kimia lain seperti trichlofon, cypermethrin, deltamethrin, dimethoate atau Bacillus thuringiensis juga boleh dilakukan mengikut kadar yang di syorkan.

Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Penulis blog merujuk juga kepada Bahagian Biosekuriti Jabatan Pertanian Kuala Lumpur untuk penulisan artikel kali ini. Wasallam!!..

TANAMAN KOBIS... POPULAR DIA...
KOBIS BULAT... 3,527 HA LUASNYA...
PASARAN DOMESTIK... EKSPORT JUGA...
SERANGGA PEROSAK... KAWALAN ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana off Jalan Istana,
Bukit Beruang, Melaka,
Malaysia.
(23 Rejab 1443H).

Posted from:
Hotel Pullman Miri Waterfront,
Miri, Sarawak

Sunday, March 27, 2022

TUMPIK SARAWAK - MAKANAN UNIK

TUMPIK SARAWAK merupakan sejenis makanan tradisional kalangan masyarakat Sarawak yang mungkin ramai belum pernah ujirasa. Penulis blog yang pernah bertugas selama lebih 2 tahun mendapati makanan ini mudah disediakan dan enak dimakan serta berkhasiat pula. Tumpik Sarawak atau nama lain dikenali sebagai 'Lempeng Sarawak' merupakan makanan tradisi Sarawak yang berasal dari masyakarat Malanau. Mereka merupakan salah satu komuniti tempatan yang ramai di Mukah dan kawasan berhampiran dimana menurut masyarakat disini mecipta makanan tersebut semasa hidup di zaman penjajahan Jepun. Ini kerana masa itu memang kedapatan sumber beras amat sukar untuk didapati dan mereka berubah kepada sumber tempatan lain yang terdiri dari ubi kayu, sagu rembia dan umbisi lain. Dalam pada itu kedapatan sagu rumbia telah menjadi salah satu altenatif makanan terbaik masa itu yang ada. Bahan asas sagu ini kemudiannya di buat menjadi Tepung Lemantak dan dimana ia kemudian akan dicampur dengan kelapa parut untuk di buat sebagai Tumpik Lemantak. Selalunya sain di sajikan sebagai Tumpik Lemantak dimana bahan Sagu ini juga boleh di sajikan sebagai makanan dikenali sebagai Linut atau makanan dinamakan Ambuyat atau Tabaloi. Penulis blog yang berkunjung ke Mukan dahulu mendapati dimana disesetengah tempat di Sarawak makanan lempeng tumpik dibuat dalam rumusan kosong tanpa inti untuk dimakan bersama sirap gula apong atau dimakan dengan gula melaka untuk hidangan sarapan pagi atau pun hidangan untuk minum petang. Apa pun biasanya didakwa terdapat juga kepercayaan dikalangan masyarakat tempatan yang masih menghormati makanan Lemantak ini kerana ianya adalah makanan yang pernah menjadi penyelamat masyarakat ketika zaman penjajahan Jepun di Borneo suatu ketika dahulu. Dilaporkan memang ada sehingga wujud panggilan iaitu "Semandin " di kalangan ramai masyarakat di Sarawak kerana dipercayai ianya akan dapat mengundang kempunan sekiranya kita ingin terasa hendak makan tetapi tidak merasa atau tudak memakan makanan ini. Makanan ini bagaimana pun semakin kurang dikenali oleh generasi moden terutama mereka yang tinggal dikawasan perbandaran. Mungkin kalau ditanya kepada generasi baru mereka akan lebih kenal akan makanan segera seperti KCF, McDonald, Kentang Goreng, Kimchi, Kopi Starbuck, Burger daripada makanan tumpik itu sendiri di Sarawak. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" dari tingkat 12, Hotel Thistle, Johor Bahru saya menulis makanan tradisi di Sarawak iaitu Tumpik Sarawak untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

D
ilaporkan dimana makanan Lemantak atau Tumpik mengikut sebutan Sarawak merupakan salah satu jenis makanan tradisional Negeri Sarawak terutama kepada Masyarakat Melanau. Lemantak yang dihasilkan dari sagu pokok rumbia  merupakan makanan utama masyarakat Melanau bermula pada suatu masa dahulu. Penulis blog yang pernah makan banyak kali makanan ini semasa bertugas di Sarawak pernag diberitahu dimana makanan ini juga telah mendapat nama jolokan yang lain seperti Pizza Sarawak atau Pizza Tumpik. Pada penulis blog yang pernah buat sendiri makanan ini mendapati memang mudah membuat tumpik ini dimana boleh dipelbagaikan jenisnya melalui menggantikan intinya seperti menggunakan apa sahaja bahan mengikut citarasa yang disukai. Bagaimana pun lazimnya ramai juga yang menggunakan inti seperti udang. Bahan yang diperlukan adalah seperti 1 Cawan Tepung Lemantak (tepung sagu), 1/2 Cawan kelapa parut, secubit garam atau secukupnya. Bagi bahan inti boleh disediakan bahan seperti Udang, Gula Merah, Ikan Lumi (Lumek), hati ikan pari atau bahan apa sahaja yang dirasakan ia sesuai. Cara-cara untuk membuatnya dengan mengGaulkan tepung lemantak, kelapa dan garam sehingga rata. Kemudian dipanaskan kuali leper atau pan diatas daput gas untuk memasak. Sebagai petua dimana ada yang suka untuk memercikkan air ke kuali sebelum memasak lempeng lemantak atau tumpik dahulu. Kemudian ditabur adunan tadi diatas kuali dan perlu diratakan dengan senduk adunan lemantak seperti lempeng. Kemudian boleh ditaburkan Inti atau perasa mengikut citarasa yang disukai. Seterusnya boleh di lipat dua lempeng lemantak anda apabila cukup masak (Kalau tidak dilipat pun boleh juga dengan mencampurkan bahan perisa semasa mengandun). Apabila sudah masak maka tumpik ini boleh diangkat dan dihidangkan. Enak dimakan terus semasa suam dengan kopi panas. Bagaimana pun selain dari versi diatas dimana tumpik atau lempeng ini boleh disediakan juga dalam bentuk lain seperti pais yang mana menggunakan pucuk daun muda dan dibakar sehingga masak dimana intinya bahan yang sama. Dilaporkan ada disesetengah tempat di Sarawak dimana tumpik atau lempeng lemantak ini dibuat kosong tanpa inti untuk dimakan bersama sirap gula apong atau dengan gula melaka untuk hidangan sarapan pagi atau semasa minum petang.

Portal berita suarasarawk.com dengan kisah bertajuk 'Menu Tradisi Melanau Jadi Sajian' berkait dengan artikel ini. Kisaj dari Kuching, Sarawak ini telah menisahkan ada pelbagai menu masakan Melanau diperkenalkan oleh Puan Selihah Tarbi (52 tahun) dengan mana dia menjelaskan langkah tersebut merupakan caranya mempamerkan kelainan yang ujud dalam perniagaan makanan yang beliau diusahakan. Pemilik bagi restoran Selihah Cafe & Catering ini dakwa diantara menu hidangan yang ditawarkan termasuk linut atau ambuyat, tumpik (kelapa+sagu lemantak), umai, tebaloi, selisih dan beberapa yang lain dimana dia telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan makanan sejak 2006. Dia beritahu dulu tiga tahun berniaga makanan di Telekom Miri sebelum ini dimana dia kemudian membuka restoran yang beroperasi di Saberkas pada 2009 dakwanya kepada Suara Sarawak. Aspek sokongan dan galakkan dari keluarganya merupakan pendorong utama beliau untuk terus bersemangat didalam meneruskan perniagaan tersebut. Bersyukur kerana khidmat restoran ini kini menjejaki usia 12 tahun operasinya meskipun berdepan pelbagai cabaran dan dugaan. Sambutan ramai pelanggan terhadap menu ini juga memberangsangkan dimana dia kini sering dibantu oleh anaknya Nur Widyamirza Hassan dalam mengendalikan perniagaan tersebut. Mereka masih tidak mengambil pekerja untuk menguruskan semua kerja di restoran, malah rasa selesa untuk menyediakannya sendiri kepada pelanggan. Mereka beroperasi dari 6.30 pagi hingga 3 petang di restoran terutamanya pada hari-hari biasa. Apa pun mengulas tentang nasib perniagaannya sepanjang pandemik covid19 melanda maka operasi tetap berjalan seperti biasa dengan berpandukan garis panduan yang ditetapkan. Bagaimana pun jumlah pelanggan yang datang berkunjung ke restoran agak berkurang berbanding sebelum ini. Kes covid tinggi telah menyebabkan ramai masyarakat takut keluar dari rumah kerana berasa tidak selamat . Harga makanan yang dijual turut bersesuaian dengan kuantiti makanan yang disediakan. Bagi pelanggan yang menempah atas talian biasanya dia akan menghantar pesanan mereka mulai dari 3.30 hingga 6 petang. Mereka memang menerima tempahan dari pelanggan di seluruh kawasan Miri dengan mengenakan caj hantaran mengikut lokasi masing-masing.Dia berhasrat menambahkan lagi cawangan restoran tersebut di Miri dan di depan rumahnya.

Akhbar bharian.com dengan tahuk 'Raja Tumpik jadi tumpuan di Bintangor' memang boleh dikongsikan infonya. Kisah dari Sarikei, Sarawak menyatakan makanan t
umpik lazimnya dikenali sebagai pengalas perut saha dahulu namun ramai yang tidak tahu makanan diperbuat daripada tepung sagu itu sebenarnya mengandungi banyak khasiat. maka tidak hairanlah jika tumpik pernah menjadi juadah utama bagi menggantikan ubi kayu dan beras ketika penduduk berdepan kesukaran pada zaman perang dunia kedua dahulu. Makanan yang dikenali sebagai pizza kaum Melanau ini dikatakan mengandungi karbohidrat, protein, serat, kalsium serta zat besi yang baik untuk tujuan kesihatan malah mampu mencegah pelbagai penyakit termasuk saluran darah tersumbat, perut kembung dan kanser usus. makanan tradisi kaum Melanau ini boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan perisa. Atas hkikat itu diaman ia telah mendorong Abang Saini Abang Bantin (78 tahun) dan isterinya Dayang Rahmah Abang Hashim (68 tahun) terus gigih mempopularkan tumpik di pasar tamu Bintangor. Apa pun disepanjang 21 tahun pengalamannya, mereka mengakui tumpik masih menjadi pilihan ramai kerana keunikan dan keenakan rasanya. Mereka dakwa akan terus berjuang bagi memastikan makanan tradisi itu tidak lenyap dek zaman dan terus dikenali ramai, terutama dalam kalangan negeri muda. Apa pun masih tidak ramai tahu khasiatnya. Masyarakat sekarang mungkin lebih kenal burger dan pizza tetapi tidak tumpik. Sayang kalau makanan tradisi ini lupus dan lenyap begitu saja. Kalau tidak kita yang mempertahan dan mempopularkannya, siapa lagi. Tumpik beliau masih bertahan dan popular hingga ke hari ini kerana dia tiada rahsia atau ramuan istimewa bagi juadah yang dihasilkannya itu. Selain lokasi gerainya yang strategik kerana terletak di kawasan tumpuan orang ramai, layanan baik yang diberikan kepada setiap pelanggan juga menjadi faktor tumpiknya begitu popular.

Sehingga kini dia tidak hairan jika gerai yang dibuka bermula jam 6 pagi hingga tengah hari itu perlu menyediakan sekurang-kurangnya 150 tumpik sehari bagi memenuhi keperluan pelanggan yang meningkat pada hujung minggu dan musim cuti persekolahan. Dijaul dengan harga RM2.50 hingga RM4 sekeping, gerai tumpik Abang Saini bukan sahaja dikunjungi masyarakat Melayu dan Melanau malahan ada kaum Cina dan Iban juga amat menggemarinya. Walaupun nampak asing bagi kebanyakan orang, tumpik sebenarnya sangat mudah disediakan kerana hanya menggunakan kelapa parut dan tepung sagu dengan campuran itu kemudian dimasak antara 10 hingga 15 minit di atas kuali tembaga. Bagaimana pun diberitahu untuk sedikit kelainan dimana dia menyediakan tumpik istimewa dengan mengguna isi udang segar. Bagaimana pun dakwanya resepi asalnya tetap dikekalkan bagi menjamin keaslian rasanya. Juadah ini agak menjadi agak keras jika sejuk. Sebab itulah, ia enak dimakan ketika masih panas. Rasanya lebih sedap jika dicelup bersama gula apong. Namun, tidak lengkap tanpa kopi, teh atau milo panas. Pendek kata, sekali rasa memang nak lagi. Selain daripada menyediakan bekalan untuk jualan semasa dimana Abang Saini juga sering memenuhi permintaan tempahan majlis rasmi mahupun orang persendirian. Ditanya mengenai latar belakang makanan itu, beliau berkata, tumpik mempunyai nilai yang begitu istimewa dan menyimpan nostalgia tersendiri, terutama dalam kalangan masyarakat Melanau. Selain ubi dakwanya tidak ramai yang tahu tumpik pernah menjadi hidangan penduduk untuk meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan kesukaran ketika zaman perang dahulu. Apa pun disebabkan oleh keadaan zaman sudah berubah maka makanan ini kian dilupakan. Malahan bilangan individu yang mahir membuatnya juga semakin berkurangan. Apa yang menyedihkan ada segelintir generasi muda Melanau hari ini tidak pernah mengenali hidangan itu. Dilaporkan bagi  seorang  pelanggan, Husaini Borhanuddin (40 tahun) dimana dia pasti akan singgah di gerai Abang Saini untuk merasai tumpik jika berkunjung ke Bintangor bersama keluarganya (Sila lihat foto disebelah). Mmakanan berperisa sagu itu agak lembut di dalam dan rangup pada sebelah luarnya. Sebenarnya dia uang berasal dari Selangor dapati juadah ini tidak ada di tempatnya dan kali pertama kali menikmatinya pada tahun lalu selepas diperkenalkan oleh seorang rakan. Rasanya ada sedikit masin dan manis tetapi memang sangat sedap. Dakwanya memang rugi kalau tidak merasainya. Rakan-rakan saya juga sering singgah di gerai ini. Gerai ini yang dimiliki oleh Abang Saini terletak di Jalan Teo Kin Ngo, bersebelahan pasar basah Bintangor. Tumpik yang diperbuat menggunakan tepung sagu dan kelapa parut, ia tidak goreng sebaliknya dibakar menggunakan kuali khas. Tumpik enak dimakan ketika masih panas dan rasanya lebih sedap jika dicelup bersama gula apong. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MAKANANTUMPIK... SAGU ASALNYA...
ORANG MELANAU ... PANDAU BUATNYA...
PELBAGAI RESEPI... KENALAH UJIRASA...
BACA ARTIKEL... BARI FAHAM APA DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1205, Hotel Thistle,
Jalan Sungai Chat, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(27 Syaaban 1443H).

Saturday, March 26, 2022

MEKANISASI NANAS DI TANAH GAMBUT (Pt 2)

TANAMAN NANAS
(Ananas commosus) merupakan salah satu tanaman yang semakin popular di Malaysia kerana potensi penghasilan dan pulangan yang agak baik. Penulis blog yang terus aktif didalam pembangunan nanas negara telah menulis lebih dari 300 artikel berkaitan industri nanas dan dibaca oleh tarusan ribu orang dalam blog ini. Nanas merupakan salah satu komoditi tanaman yang memberi hasil pulangan yang tinggi kepada petani di Malaysia terutama bagi beberapa varieti nanas seperti MD2, Josapine, Gandul dan beberapa lagi. Pada tahun 2021 penulis blog dapati jumlah pengeluaran nanas Malaysia dilaporkan melebihi RM500 juta dengan jumlah keluasan tanaman sebanyak 14,072 hektar dengan jumlah hasil sebanyak 325,078 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Di Malaysia industri tanaman nanas diterajui oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang beribupejabat di Johor Bahru. Penulis blog merupakan bekas Ketua Pengarah LPNM dalam memajukan industri tersebut. Sejak dahulu dilaporkan nenas banyak ditanam di kawasan tanah gambut akan tetapi kini penanaman nanas pada tanah mineral semakin meluas. Bagi penanaman di kawasan tanah mineral biasanya penulis blog dapati dimana cara operasi pengeluaran nanas dapat dijalankan secara mekanisasi kerana tanah mineral mempunyai keupayaan galas yang tinggi untuk menampung berat traktor dan jentera. Beberapa pihak agensi penyelidikan kerajaan dan swasta pernah menyediakan beberapa pakej teknologi mekanisasi ladang lengkap bagi pengeluaran nanas di tanah mineral yang terdiri daripada implemen-implemen untuk aktiviti penyediaan tanah, penanaman, penjagaan tanaman, pengairan, penuaian dan pengurusan sisa selepas penuaian. Bagaimana pun penulis blog dapati malangnya kebanyakan teknologi tersebut tidak dapat digunapakai bagi aktiviti penanaman dan pengeluaran nanas di tanah gambut (peat soil). DIlihat dari analisa dan pemerhatian dimana diantara punca masalah penggunaan mekanisasi di kawasan tanah gambut adalah kekuatan tanah yang tidak dapat menyokong atau jentera itu tidak boleh menampung berat traktor kerana tanah gambut mempunyai keupayaan galas yang rendah iaitu bawah daripada 0.3 MPa secara puratanya di kebanyakan kawasan. Memang isu dalam penggunaan mekanisasi sukar dilaksanakan di kawasan tanah gambut untuk pengeluaran nanas dengan mengguna pakai traktor beroda biasa. Artikel pada petang Rabu ini dari tingkat 12, Hotel Thistle, Johor Bahru saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai mekanisasi nanas untuk kawasan tanah gambut bagi dijadikan bahan bacaan semua.

Lazimnya proses inovasi jentera untuk pengubahsuaian traktor sebagai jadi penggerak utama mekanisasi di tanah gambut bagi sesebuah traktor berjenama Kubota model L3800 sboleh diubah suai dengan menggantikan keempat-empat roda kepada trek getah yang berukuran 350 mm lebar (Sila lihat foto disebelah).  Dilaporkan dengan cara penggunaan trek isnya akan memberi keluasan pemukaan sentuh tanah seluas 2.36 meter persegi yang menghasilkan tekanan sentuh permukaan serendah 0.0075 MPa bagi menampung jumlah berat kering traktor iaitu 1,805 kg (berat tanpa muatan). Bagi traktor yang sama jika masih mengguna pakai roda biasa apa yang berlaku adalah dimana jumlah tekanan sentuh dimana jumlah permukaannya adalah sekitar 0.08 MPa dengan luas permukaan sentuh tanah dan berat keringnya masing-masing 0.142 meter persegi dan 1,125 kg. Penggunaan trek mampu meningkatkan kebolehgunaan sesuatu traktor di tanah gambut dengan lebih cekap. Semasa penulis blog melihat jentera ini dilihat ia boleh dibuat satu perbandingan mudah antara penggunaan trek dan roda getah biasa berdasarkan luas permukaan sentuh. Ini adalah dimana faktur tersebut telah menunjukkan panjang luas permukaan sentuhan dimana bagi jenis roda getah ia perlu tenggelam akan lebih dalam masuk ketanah berbanding dengan jika menggunakan trek. Namun begitu lajian lanjut mendapati penggunaan traktor bertrek di tanah gambut tidak sesuai untuk menarik treler yang beroda. Daya tarikan yang tinggi oleh traktor menyebabkan permukaan tanah gambut mudah pecah dimana ianya adalah berkeadaan selari dengan teori menyatakan bahawa tanah gambut mempunyai kekuatan daya ricih yang rendah. Dalam pada itu dilaporkan dimana laluan khusus yang ditambak dengan tanah mineral dan batu perlu dibina di kawasan tanah gambut bagi tujuan laluan treler agar ianya selamat dan berfungsi dengan baik.

Kenapa jentera di kebun dan ladang nanas perlu dibuat tinggi?. Jentera yang hendak diguna dikebun nanas sebaiknya dibuat p
engubahsuaian ketinggian gandar kepada paras sesuai. Ini kerana lazimnya pokok nanas mempunyai ketinggian 1.0 - 1.5 meter apabila matang dimana ianya selalu bergantung kepada varieti yang ditanam. Oleh itu bagi membolehkan traktor diguna pakai terus di dalam ladang tanpa memerlukan jalan yang khusus maka perlu dipastikan agar ketinggian kelegaan traktor perlu dinaikkan melebihi ketinggian pokok nanas. Sebagai contoh dimana inovasi menggunana sejenis Traktor Kubota L3800 yang telah digantikan rodanya kepada trek getah sesuai untuk ianya diubahsuai ketinggian ksdsr kelegaannya dengan cara pengubahsuaian gandar hadapan dan belakang dilakukan (Sila lihat foto disebelah). Pengubahsuaian gandar belakang adalah mudah dijalankan dengan mengguna pakai sistem rantai dan gegancu manakala gandar hadapan perlu diubah suai mengguna pakai kaedah aci dan kotak gear bersudut yang disesuaikan. Bagaimana pun perlu dilihat akan reka bentuk tersebut kerana ianya melibatkan sistem stereng. Pengubahsuaian ini telah menaikkan kelegaan dari tanah dan pokok nanas dengan traktor dari 340 mm kepada 800 mm. Dengan ketinggian ini hasilnya adalah dimana traktor yang diubahsuai tersebut boleh digunapakai sehingga aktviti aruhan pembungaan atau pun menyembur racun dan kegunaan yang sesuai dengannya. Pengendali jentera ini sebaiknya mahir didalam mengendalikan jentera tersebut untuk mrenumpukan dan mengoptimakan keberkesanan dan berbaloi dengan kos yang dikeluarkan.

Adalah penting untuk dilihat bagaimana a
ktiviti pengeluaran buah nanas di tanah gambut disesuaikan dengan jenis implemen yang digunakan. Dilaporkan bila penggunaan traktor trek dan berkelegaan tinggi didakwa ianya akan membolehkan pelbagai jenis implemen yang sedia ada di pasaran diguna pakai dalam sistem pengeluaran nanas di tanah gambut. Dilaorkan dimana bagi kerja penyediaan kawasan maka jenis implemen yang boleh diguna adalah implemen 'Penghancur Pokok Nanas' dimana alat ini seperti slasher untuk memotong pokok nanas. Aktiviti didalam penanaman nanas pula boleh dipasang jenis implemen seperti 'Treler gantung' yang membantu proses penanaman anakbenih nanas. Paling selalu penulis blog lihat untuk digunakan dikebun nanas adalah semasa aktiviti pembajaan dimana kerja menabur baja nanas perlukan implement 'Penabur Baja' iaitu mempunyai sistem pemeteran berpandukan roda yang dipasang dengan betul.  Satu lagi implement semasa kerja semburan baja dikebun nanas dikenali sebagai 'Alat Penyembur' yang mampu mencapai jarak jauh. Dalam kerja membuat semburan racun kawalan rumpai atau pun semburan racun perosak pula jenis implemen yang sesuai digunakan juga adalah 'Alat Penyembur'. Ia juga sesuai digunakan untuk aktiviti penting tanaman nanas iaitu apabila melakukan semburan aruhan pembungaan nanas (menghormon)dengan menggunakan juga 'Alat Penyembur'. Kelainan sedikit adalah untuk aktiviti penuaian buah nanas dimana lazimnya jenis implemen 'Treller Gantung' sesuai digunakan. Akhir sekali  adalah penting pekebun nanas komersil tahu penggunaan jenis implemen semasa kerja pengurusan sulur nanas dimana 'Alat Pencantas' pokok nanas sesuai digunapakai. Semua jenis implemen ini ada yang perlu dan boleh dibuat (fabricate) secara tempatan agar apabila berlaku pengubahsuaian atau kerisakkan mudah untuk ianya diselenggara dengan segera. Sebaiknya reka bentuk ladang untuk penggunaan mekanisasi perlu disertakan dengan sistem ladang khusus untuk membolehkan semua sistem mekanisasi yang diguna pakai dapat dijalankan dengan lancar dan cekap. Antara yang penting seperti ia mempunbyai sistem jalan ladang nanas yang sesuai bagi aktiviti mekanisasi ladang nanas. Sebagai contoh dilaporkan dimana penggunaan traktor 38 hp dengan ukuran panjang 3.0 meter memerlukan sekurang-kurangnya 5 meter ruang untuk memudahkan pusingan balik. Manakala untuk tujuan proses pengangkutan dan pemindahan input pertanian sebaiknya jenis jalan ladang yang khusus seperti jalan tambakan tanah mineral dan batu boleh diadakan dengan kelebaran sekurang-kurangnya 2.5 meter. Jarak tanam seelok-eloknya mengikut jarak roda traktor yang diguna pakai. Bagi penggunaan traktor Kubota L3800 dengan pengubahsuaian di atas maka digalakkan agar jarak tanaman 90 cm × 60 cm × 30 cm boleh diguna pakai. Penulis blog boleh simpulkan dimana aktiviti pengeluaran nanas di tanah gambut dapat direalisasikan dengan penggunaan penggerak utama mekanisasi khusus yang mempunyai tekanan permukaan yang rendah daripada keupayaan galas tanah. Pengubahsuaian traktor beroda biasa kepada sistem trek telah membolehkan dimana penggunaan kebanyakan implemen yang berada di pasaran digunakan untuk pengeluaran nanas di tanah gambut. Penggunaan mekanisasi di tanah gambut boleh meningkatkan produktiviti pengeluaran nanas dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja buruh. Ini secara langsung dapat menambahkan pendapatan petani dan memacu peningkatan pengeluaran nanas dalam negara. InsyAllah... Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAH GAMBUT ... NANAS TANAMNYA...
TANAH LEMBUT... TIADA BERJENTERA....
I.ADA NOVASI .. BELUM NBANYAK DIGUNA...
PERLU TERUSKAN... PENYELIDIKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1205, Executive Suite,
Jalan Sungai Chat,
Hotel Thistle, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(23 Syaaban 21443H).