Thursday, February 17, 2022

CEBURI PERTANIAN SEBAB 'TERPAKSA'?

PERSOALAN TERPAKSA CEBURI PERTANIAN
agak jarang didengar atau dibincangkan secara terbuka. Ini kerana kini generasi muda tidak ramai yang mahu menceburi sektor pertanian sebagai karier kehidupan berbanding dengan sektor lain di Malaysia. Sektor pertnian ini kini dinggap sebagai salah satu sektor yang bergantung kepada pekerja asing didalam negara menghasilkan makanan. Paling teruk ada sektor perladangan kelapa sawit dimana dilaporkan seramai 76% daripada tenagakerja terutama untuk memotong tandan buah segar adalah terdiri daripada pendatang asing. Isu pandemik covid19 yang melanda dunia dilaporkan menjejaskan industri kelapa sawit di Malaysia yang menurun sekitar 25% akibat kekurangan 36,000 pekerjaan memotong buah. Pekerja asing ini telah kembali kenegara asal (kebanyakannya adalah dari Indonesia) dimana mereka tidak dapat kembali bekerja di Malaysia akibat sekatan perjalanan. Dilaporkan dimana sektor pertanian memainkan peranan penting di Malaysia dalam usaha pembangunan ekonomi negara. Malaysia adalah negara bertuah dengan anugerah alam semula jadi yang kaya. Tanahnya subur sesuai untuk pelbagai tanaman tropika dimana penulis blog pun tidak hairan apabila dahuli kawasan ini telah menjadi rebutan kuasa Barat ketika era penjajahan atau era mercantalisme. Era Mercantalisme yag mana ia menggalakkan kolonisasi apabila beberapa penjajah dari negara barat mengaut sumber pertanian negara seperti Malaysia untuk menyokong dasar perindustrian mereka. Namun demikian, Malaysia turut mendapat manfaat dari dasar tersebut secara tidak langsung dengan pembukaan hutan menjadi estet perladangan yang luas. Kita memerlukan modal dan teknologi untuk membangunkan sektor pertanian. Kedua-dua faktor itu adalah terhad ketika itu. Bagaimana pun sektor pertanian di Malaysia semakin kurang diminati oleh golongan muda kerana ia berkait sebagai pekerjaan 3D iaitu Dirty (Kotor), Difficult (Sukar) dan Dangerous (Bahaya) yang mana pendapatannya juga kurang lumayan. Mungkin pekebun kecil dan usahawan pertanian yang ada disebabkan 'terpaksa' bekerja dalam sektor pertanian terutama mereka yang berada dikawasan luar bandar. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya membincangkan mengenai situasi terpaksa didalam berkerja disektor pertanian untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.

Sejarah menunjukkan dimana sektor pertanian telah berjaya membangunkan dengan pesat dengan wujudnya ladang-ladang komersial yang besar yang telah diperkenalkan penjajah. Ini adalah pelaburan asing terus yang strategik pada ketika itu dimana antara kesannya pernah Malaysia menjadi sebagai pengeluar getah terbesar dunia dan juga ianya kemudian diikuti oleh pengeluar kelapa sawit terbesar didunia. Kemudian berlaku proses pelaburan dalam sektor pertanian disambut oleh dasar kerajaan yang tuntas. Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak yang dikenali sebagai bapa pembangunan berjaya memartabatkan sektor pertanian sekali gus mempercepatkan pembanterasan kemiskinan. Antara yang projek ketara masa itu seperti pembinaan Empangan Sg MADA untuk pengairan kawasan jelapang padi di Kedah dan beberapa projek lain demi pengeluaran makanan negara dan pasaran eksport. Kemudian pelbagai Jabatan dan agensi berkaitan pertanian ditubuhkan untuk menangani isu dalam sektor pertanian yang menyumbang kepada kemiskinan luar bandar yang kronik. Isu itu termasuk produktiviti yang rendah dan ketidakcekapan pengeluaran. Antara agensi yang diwujudkan seperti RISDA, LGM, MARDI, FAMA, FELDA, FELCRA, LTN, LPP, MADA, KADA, IADA, Bank Pertanian, LPNM dan sebgainya. Tanah pertanian yang mana menjadi semakin kecil dengan pertambahan penduduk dan pertanian adalah sumber pekerjaan utama. Amalan pertanian tradisi sejak dahulu dikaji semula dimana ia telah mengekang serta menghalang peningkatan produktiviti.  Penubuhan pelbagai agensi berkaitan pertanian telah mampu menangani isu-isu tersebut. Penerapan teknologi dan peningkatan produktiviti berlaku dengan cepat. Malaysia layak mendabik dada pada masa itu di atas kejayaan tersebut. Malah pernah juga Malaysia sebagai salah satu model pembangunan pertanian tropika yang perlu dicontohi dimasa itu.

Penulis blog menilai semua isu tersebut dimana terkini sektor pertanian bukan lagi penyumbang utama kepada ekonomi negara. Perubahan struktur telah berlaku dengan ketara apabila sektor pembuatan dan perkhidmatan adalah kini adalah menjadi enjin pertumbuhan ekonomi mengambil alih sektor pertanian. Perindustrian berlaku dengan pesat diman senario ini juga adalah sesuatu yang dijangka di Malaysia. Ia adalah perkembangan yang sihat untuk tujuan pembangunan ekonomi negara dimana perlu berterima kasih di atas dasar kerajaan yang sedemikian. Walau pun memang tidak dapat dinafikan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi secara relatifnya akan menurun apabila negara melalui fasa perindustrian dan seterusnya tetapi sebenarnya nilai sumnbangannya dalam nilai ringgit sebenarnya terus meningkat saban tahun. Sektor kelapa sawir kini merupakan antara sektor yang menjadi penyumbang terbesar pertania kepada Malaysia dengan nilai billion ringgit. Banyak produk berasaskan kelapa sawit yang dieksport sebagai salah satu penyumbang pertukaran wang asing dalam perdagangan antarabangsa. Namun demikian bagaimana pun kekuatan sektor pertanian perlu dikekalkan dalam meranga dasar dan strategi dimasa akan datang. Ini bermakna faktor kecekapan dan produktiviti perlu ditingkatkan atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Kemajuan sesebuah negara kini dinilai dari segi kecukupan dan keselamatan makanan sebagai asas kepada negara maju. Walau pun didakwa dimana realitinya dimana pertumbuhan produktiviti sektor pertanian kini perlahan akan tetapi pakar menyatakan dimana sektor ini masih lagi agak kurang efisien. Sebaiknya sumbangan sektor pertanian terhadap pekerjaan yang semakin kecil tetapi kewujudannya semakin penting demi pembekalan makanan terutama makanan ruji iaitu beras yang perlu diperkukuhkan. Adalah diharapkan agar ramaii 
pekerja sektor pertanian akan terus mendapat pendapatan yang lumayan. 

Beberapa laporan pakar menyatakan sehingga kini dimana pendapatan mereka yang bekerja disektor pertanian masih ditahap kurang memuaskan. Ini berkemungkinan ia tidak berlaku dengan efektif dimana dilaporkan ada pekerja sektor pertanian, walaupun tidak lagi miskin tegar akan tetapi asih terletak sebagai masih miskin relatif. Penulis blog fikir dimana sektor
 pertanian perlu diperkasakan sebagai sektor yang berdaya maju. Pada masa lampau memang sektor pertanian adalah pekerjaan pilihan terakhir apabila ia dikaitkan dengan pekerjaan untuk pelajar tercicir atau untuk orang tidak bersekolah sahaja tinggal dikampung untu jadi petani. Ia adalah pekerjaan tidak formal yang tidak mempunyai definisi yang jelas dimana seringkali juga ada petani dianggap kalangan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan dan bukan bekerja sebagai petani. Kemudian ada langkah kerajaan memperkenalkan konsep pertanian suatu perniagaan adalah amat baik. Namun penerapannya perlu diperluaskan lagi skop aktivitinya iaitu bukan sekadar memfokuskan kepada usaha penanaman dan pemasaran produk. Sektor pertanian perlu menyeluruh meliputi kesemua rantaian aktiviti dari ladang sehingga kemeja makan sebagai satu aktiviti komersial. Slogan ;pertanai suatu perniagaan' yang pernah diwar-warkan menjadikan sebahagian usahawantani berubah daripada skala pekebun kecil kepada usahawan komersil. Ini bermakna suatu perubahan minda perlu diterapkan di mana pertanian sebagai perniagaan adalah satu pilihan. Kalangan mereka yang berjaya menceburkan diri di dalam perniagaan pertanian ini bukan kerana tiada pekerjaan lain dan kemudian berniaga untuk memasarkan hasil. Sebaliknya sudah menjadi fenomena dimana ia setaraf dengan pemilihan untuk lain-lain jenis perniagaan bukan pertanian. Sekali gus usahwan muda berjaya ini menjadikan pelbagai aktiviti pertanian sebagai satu aktiviti keusahawanan. Di negara maju seperti di USA, Eropah, Jepun, Korea dimana proses pembangunan ekonomi mereka juga bermula dengan aktiviti pertanian. Sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi kini walau pun kecil namun ianya kekal produktif. Ini adalah kerana aktiviti pertanian kini dijalankan secara komersial dan dengan sendirinya sentiasa terdedah kepada proses inovasi berterusan. Terkini dinegara maju telah banyak mereka memperkenalkan bidang pengajian perniagaan tani. Bidang pengajian ini adalah untuk menyahut keperluan pembangunan usahawan pertanian dimana dalam konsep ini mereka berjaya membentuk lebih ramai wargatani berpengetahuan dan meneruskan kegiatan pertanian keluarga dengan penerapan inovasi moden. Sektor pertanian sebaiknya elakkan dari ianya terus dianggap sumber pekerjaan terakhir dan terpaksa. Dilaporkan di Malaysia sehingga kini masih tidak ramai dari kalangan graduan berkaitan pertanian secara sukarela menceburkan diri secara aktif di dalam aktiviti asas sektor pertanian. Sekali gus berkemungkinan dimana proses mentransformasikan graduan kepada menjadi petani masih belum jelas atau tidak berlaku. Ini juga mungkin salah satu  dari faktor kekangan terpenting kepada kelembapan untuk pembangunan sektor pertanian. Digalakkan di Malaysia agar pembangunan usahawan perlu berjalan serentak dengan pembangunan modal insan untuk meningkatkan daya inovasi. Sebaiknya semua inovasi pula akan menjadi salah satu sumber terpenting pertumbuhan ekonomi tahap tinggi sektor pertanian dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
SEKTOR PERTANIAN... ADA DI MALAYSIA....
MENYUMBANG KDNK....SEDIKIT SAHAJA...
KINI KURANG MINAT... GOLONGAN MUDA...
PERLUKAN STRATEGI... AGAR BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Rejab 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.