Saturday, February 5, 2022

BERUANG MATAHARI - KISAH MENARIK

BERUANG MATAHARI
(Sun Bear) atau pun lebih dikenali sebagai Beruang Madu (Ursus malayanus) merupakan sejenis haiwan beruang yang kebanyakannya terdapat di hutan hujan tropika Asia Tenggara; Bangladesh, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja, , Selatan China, Semenanjung Malaysia, 
Vietnam, Pulau Sumatra dan Borneo. Penulis blog pernah melihat kesan kerosakan projek kelulut di Hutan Kemesah, Temerloh disebabkan oleh serangan beruang matahari ini pada 2018. Beruang ini berukuran sepanjang 120-150 cm dimana ini menjadikannya ahli terkecil dalam keluarga beruang (Ursidae). Beruang jantan cenderung 10-45% lebih besar berbanding beruang betina dimana beruang jantan biasanya seberat antara 30 - 70 kg dan beruang betina antara 20 - 40 kg.  Beruang ini memiliki cakar berbentuk sabit yang agak ringan dari segi beratnya. Ia memiliki telapak tangan yang besar dengan tumit kaki licin, kemungkinannya untuk membantu semasa memanjat pokok. Kakinya mengarah ke dalam menjadikan beruang ini berjalan seperti merpati akan tetapi merupakan haiwan pemanjat yang baik. Beruang ini menggunakan lidahnya bagi mengeluarkan madu dari sarang lebah atau kelulut. Bulunya adalah pendek dan licin diman aia juga dilihat berwarna  hitam gelap atau perang-hitam menutupi keseluruhan badannya kecuali di dada di mana terdapat tanda kuning bata pucat dalam bentuk bulan sabit. Permakanan beruang ini kebanyakannya terdiri daripada invertebra dan juga buah-buahan tetapi sebagai maserba mereka akan makan sejumlah besar makanan termasuk vertebra kecil, seperti mengkarung, burung, dan penyu, telor, pucuk pokok palma, sarang lebah, beri, pucuk, akar dan buah kelapa. Beruang madu telah dilihat makan lebih dari 100 spesies serangga dan lebih dari 50 spesis tumbuhan. Kegemarannya terhadap madu memberi namanya kerana organ rahangnya yang berkuasa mampu bagi memecah batang kayu dan balak tumbang bagi mencari manisan madu dan anai-anai. Apa pun dimana kebanyakan makanan beruang madu dikesan melalui deria bau kerana haiwan ini penglihatannya yang lemah. Beruang ini adalah jenis nokturnal dimana beruang madu cenderung untuk berehat pada waktu siang dan aktif diwaktu malam juga. Beruang madu dewasa biasanya hampir tidak mempunyai pemangsa melainkan manusia dengan sifat liar dan giginya. Antara haiwan pemangsa beruang ini yang dilaporka  termasuklah harimau bintang, harimau dahan dan ular sawa besar. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info kisah menarik mengenai beruang matahari untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Beberapa media tempatan melaporkan bagaimana kisah 'Beruang matahari masuk perangkap Perhilitan' di Setiu, Terengganu menarik untuk dikongsikan. Kisah menarik bagaimana seekor beruang matahari ditemui memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) di Kampung Rahmat, Chalok, melegakan penduduk tempatan (Sila lihat foto disebelah). Pengarah Perhilitan Terengganu, Dr Abdul Malek dakwa penduduk menyedari perkara itu kira-kira jam 6 pagi Sabtu selepas perangkap berkenaan dipasang susulan aduan awal penduduk. Pihaknya memasang perangkap selepas menerima aduan penduduk yang ternampak haiwan itu berkeliaran dan merosakkan buah-buahan dan binatang ternakan di kawasan perkampungan berkenaan. Beruang matahari jantan dengan anggaran berat 65 kilogram itu hanya memasuki perangkap selepas dialihkan dari lokasi asal dipasang iaitu kira-kira 100 meter berhampiran rumah seorang penduduk. Beruang matahari memang berbahaya dan boleh mencederakan jika rasa terancam kerana haiwan ini memiliki kuku tajam, menyebabkan ramai penduduk bimbangkan keselamatan mereka. Perhilitan akan lakukan pemeriksaan kesihatan terhadap beruang ini dan jika disahkan sihat maka ia akan dilepaskan ke kawasan pelepasan hidupan liar Sungai Deka, Hulu Terengganu. Dakwa salah seorang penduduk kampung yang ditemui iaitu Che Azharuddin Che Othman, 39, dimana dakwanya sebelum ini haiwan liar tersebut telah menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah dan memakan 20 ekor burung merpati peliharaannya. Melihat kecederaan kesemua burung merpati yang mati itu maka dia yakin haiwan peliharaan ini diserang binatang buas. Lebih- lebih lagi dia nampak keadaan pagar rumah yang telah dirosakkan. Ramai penduduk yakin haiwan ini tinggal di hutan dan di ladang kelapa sawit berhampiran kampung kerana sebelum ini pernah beberapa kali penduduk setempat terserempak dengan beruang matahari yang berkeliaran di kawasan kampung. Binatang buas ini disedari mula 'mengganas' sejak tiga minggu lalu selepas didapati mengganggu tanaman penduduk. Apa yang lebih menakutkan apabila beberapa penduduk kampung mengadu kediamaan mereka sudah diceroboh haiwan tersebut. Dilaporkan sebelum ini penduduk mengadu buah cempedak yang dilonggokkan di hadapan rumahnya untuk dijual kepada peraih habis dirosakkan dan dimakan dipercayai perbuatan haiwan liar ini. Memang jika diikutkan sebelum ini setiap kali musim buah penduduk kerap terserempak dengan haiwan liar ini yang merayau-rayau di kawasan kampung tetapi baharu tahun 2021 ini haiwan tersebut didapati mula bertindak ganas yang sekali gus menyebabkan hampir 10 buah keluarga di sini merasa terancam.

Kisah 
bagaimana ada seekor 'Beruang matahari keluar cari makanan' yang dilaporkan di Kg Sungai Panjang, Sabak Bernam, Selangor mengejutkan orang ramai. Dilaporkan dimana kemunculan seekor beruang matahari dijangka ia  berkemungkinan bagi mencari makanan terutama kawasan adanya lokasi penduduk menternak madu kelulut dan madu lebah. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mendakwa kawasan tersebut merupakan habitat bagi haiwan tersebut tambahan berhampiran dengan ladang kelapa sawit dan Hutan Simpan Kekal Sungai Karang yang mempunyai sumber makanannya.  Lokasi itu adalah kawasan lintasan hidupan liar atau keliaran beruang matahari. Sudah menjadi sifat semulajadi haiwan ini untuk merayau. Dinasihatkan agar orang ramai supaya selalu memandu keenderaan berhati-hati berdasarkan had laju yang ditetapkan di kawasan tersebut bagi mengelakkan sebarang kemalangan tidak diingini berlaku sama ada kepada beruang dan juga pengguna jalan raya lain. Terdapat haiwan tersebut yang merupakan spesies mamalia yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Bagaimanapun tidak menyatakan spesifik jumlah populasi beruang matahari di kawasan tersebut. Beruang matahari tersebut ada ketika ia dilihat itu berdiri dan berjalan dimana berkemungkinan atas dua sebab iaitu mengaru belakang badannya dan pada masa sama berasa terancam dengan kehadiran manusia. Perhilitan menzahirkan suatu pujian dan penghargaan kepada pengguna laman sosial itu kerana tidak mendedahkan lokasi sebenar kemunculan beruang matahari itu disebabkan mungkin ada pemburu haram menyaksikannya. Sehingga artikel ini ditulis belum ada kisah tragik mengenai beruang tersebut dilaporkan dan masih bebas.

Berlainan pula dengan kisah dari Bukit Besi, Dungun, Terengganu apabila seekor 'Beruang matahari mati dilanggar' oleh kenderaan. Seekor beruang matahari mati akibat dirempuh sebuah kereta yang telah berlaku di Kilometer 367.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2). Dilaporkan dimana dalam kejadian pada jam 8.30 pagi tersebut beruang matahari yang dianggarkan seberat 50 kilogram itu dipercayai melintas di lebuh raya terbabit (Sila lihat foto disebelah). Pihak polis nyatakan ketika kejadian dimana kereta dipandu seorang guru wanita berusia 55 tahun dari arah Kuala Terengganu tidak sempat membrek dan merempuh beruang matahari itu yang melintas secara tiba-tiba. Kejadian itu turut menyebabkan kereta dipandu wanita itu hilang kawalan dan melanggar besi pembahagi jalan. Guru terbabit dari Bukit Payung dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Padang Pulut sebelum dia terbabit kemalangan itu. Dalam pada itu dilaporkan dimana guru terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi merasa panik dan ketakutan sebelum memberitahu kepada pihak polis. Kemudian bangkai beruang terbabit dibawa ke tepi jalan bagi mengelakkan daripada ia dilanggar oleh kenderaan lain. Kejadian ini bagaimana pun bukan menjadi kes kesaahan dibawah akta kerana kemalangan tersebut tidak disengajakan. Adalah dinasihatkan agar pengguna jalanraya lebih berhati-hati memandu dikawasan dimana ada kemungkinan haiwan liar termasuk beruang matahari melintasi jalan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca bloh anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BERUANG MATAHARI... IA BAHAYA...
BERUANG MADU... NAMA LAINNYA...
DIPASANG PERANGKAP... MASUK DIA...
HAIWAN DILINDUNGI... DIBAWAH AKTA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(3 Rejab 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.