Monday, February 14, 2022

BAJA NUKLEAR - PENYUBUR TANAMAN

BAJA NUKLEAR
merupakan satu perkara baru yang ada dalam negara yang dilaporkan oleh media tempatan. Sebelum berbincang jauh penulis blog merujuk kepada beberapa jurnal apakah dia tenaga nuklear kerana semua orang akan gerun dengan 'bom nuklear'. Dari beberapa rujukan dilaporkan dimana 'Tenaga Nuklear' merupakan sejenis tenaga yang 'mengikat' nukleas sesebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti proses pereputan radioaktif dan pelakuran nuklear. Penulis blog yang beberapa kali membuat lawatan dan tinjauan ke Nuklear Malaysia (NM) bagi mengadakan mesyuarat berkaitan teknologi nuklear dalam bidang pertanian di Bangi, Selangor difahamkan dimana teknologi nuklear adalah merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder seperti tenaga eletrik. Sudah banyak loji komersil menggunakan reaksi pembelahan nuklear untuk hasilkan eletrik diseluruh dunia. Tenaga nuklear mula ditemui oleh ahli fizik Perancis bernama Henri Becquerel pada tahun 1896 (126 tahun lalu) semasa beliau membuat kajian terhadap uranium. Tenaga nuklear boleh dibebaskan dalam 3 cara iaitu pertama dengan proses 'Pereputan Radioaktif' dimana ia melibat satu proton atau neutron dalam nukleus radioaktif yang mereput lalu membebaskan zarah-zarah atau sinaran elektromagnet. Kedua adalah dengan proses 'Pembelahan Nuklear' iaitu membelah satu satu nukleus berat menjadi tiga dan ke 3 adalah melalui 'Pelakuran Nuklear' iaitu dengan menggabungkan dua nukleus atom untuk membentuk satu nukleus yang lebih berat. Mungkin agak sukar untuk kita yang bukan pakar bidang ini unyuk memahaminya. Bom Nuklear sehingga kini paling ditakuti kerana kemampuannya didalam memusnahkan kehidupan dan mengancam akan keselamatan sejagat. Bagaimana pun artikel ini bertumpu kepada kaitan nuklear dengan pertanian. Artikel ini khusus membincangkan dalam blog "Anim Agro Technology" satu laporan oleh Berita Harian bertajuk 'baja Nuklear Penyubur Tanaman' untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Berita bagaimana tenaga 
nuklear yang mempunyai pelbagai kegunaan yang berbeza mengikut keperluannya. Apa pun penulis blog faham dimana ia lazimnya untuk menghasilkan haba, elektrik, memulihara makanan, mencari sumber baru atau sebagai rawatan perubatan. Terdapat banyak pembinaan loji-loji nuklear untuk menghasilkan tenaga eletrik di beberapa negara sebagai sumber utama tenaga negara tersebut (Sila lihat foto disebelah). Loji-loji nuklear ini  penting didalam menentukan pembengunan sesebuah negara yang perlukan tenaga untuk perindustriannya. Siapa yang tidak ingat akan Bagaimana pun memang ada juga selalu dimana nuklear digunakan dalam industri senjata nuklear. Hanya beberapa negara di dunia ini yang mempunyai senjara nuklear termasuk peluru berpandu nuklear yang dijadikan kekuatan mereka. Negara seperti USA, Perancis, Israel, Britain, Korea Utara, Pakistan, China dan India merupakan antara negara yang ada mempunyai kekuatan senjata nuklear untuk peperangan. Bencana Chernobyl dilaporkan sebagai sebuah kemalangan nuklear yang berlaku pada 26 April 1986 di Loji Kuasa Nuklear Chernobyl, Ukraine  yang ketika itu berada dalam bidang kuasa langsung pihak berkuasa pusat di Moscow. Sebuah kejadian letupan dan kebakaran melepaskan sejumlah besar bahan pencemar radioaktif ke dalam atmosfera iaitu yang tersebar ke sebahagian besar Eropah Timur. Ia dianggap ramai sebagai kemalangan logi kuasa nuklear yang paling dahsyat dalam sejarah dan juga merupakan yang pertama daripada dua kejadian yang diberi taraf 7 dalam Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa (selain kemalangan nuklear Fukushima. Usaha menahan peluasan pencemaran serta mengelakkan berlakunya malapetaka yang lebih besar melibatkan lebih 500,000 orang pekerja dan menelan belanja kira-kira 18 bilion ruble sehingga menyebabkan kegawatan ekonomi Soviet. Kemalangan ini juga telah membangkitkan kebimbangan orang ramai akan keselamatan industri kuasa nuklear Soviet dan juga kuasa nuklear pada umumnya. Kemudian dilaporkan peluasan penggunaan tenaga nuklear terbantut selama beberapa tahun dan kerajaan Soviet pula terpaksa kurang berahsia tentang tatacara nuklearnya.  Tindakan kerajaan menyembunyikan bencana Chernobyl daripada rakyatnya merupakan "pemangkin" bagi dasar glasnost yang "membuka laluan kepada usaha pembaharuan yang akhirnya menumbangkan Kesatuan Soviet.

Terdapat kegunaan lain tenaga nuklear didalam isdustri termasuk juga dalam industri pertanian.  Dia
ntara yang menarik perhatian semua adalah penggunaan teknologi tenaga nuklear dalam usaha untuk penghasilan baja bio yang memberi manfaat kepada petani melonjakkan hasil tanaman. Dilaporkan penggunaan baja bio jenama Bioliquifert dicipta oleh Agensi Nuklear Malaysia untuk meningkatkan hasil dan menjadikan tanaman subur, tahan serangan penyakit dan mesra alam sekitar. Baja bio sesuai digunakan untuk pelbagai jenis tanaman termasuk kelapa sawit, padi, jagung, sayur-sayuran seperti tomato, bendi, timun, sawi, kobis cina, terung, bayam dan buah-buahan. Menurut Pegawai Penyelidik Agensi Nuklear Malaysia iaitu Dr Phua Choo Kwai Hoe mendakwa dimana baja dalam bentuk cecair itu mampu meningkatkan hasil tanaman petani sehingga 15 peratus berbanding baja kimia dan organik. Aktiviti penyemburan baja bio yang pertama pada tanaman padi di FELCRA Seberang Perak dengan keluasan 15.70 hektar telah dilaksanakan (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dengan penggunaan baja bio dapat mengurangkan kos pembajaan dan mengelak pencemaran kepada tanah serta sumber air berbanding menggunakan baja kimia. Kes pencemaran akibat penggunaan baja kimia berlebihan dan terlalu lama akan menyebabkan mikrob di dalam tanah mati dan tanah 'sakit' bertukar menjadi keras. Ini menyebabkan tidak sesuai dan menjadi punca hasil kurang. Pencemaran tanah dalam jangka masa panjang memberi kesan kepada hasil tanaman, manusia dan persekitaran.  Dalam menyatakan mengenai membekalkan nutrien dilaporkan dimana dengan inovasi baja bio itu memungkinkan proses pembajaan menggunakan dron terutama membabitkan tanaman yang luas.

Penggunaan teknologi nuklear sinaran gamma pada baja bio digunakan untuk pensterilan pembawa bagi mengelak berlakunya kontaminasi hingga mikrob jahat membunuh atau menjangkiti mikrob baik yang dicampurkan. Baja bio didakwa mempunyai mikrob berfaedah dan bersifat pelbagai fungsi bagi meningkatkan pertumbuhan tanaman melalui penukaran unsur pemakanan penting, iaitu nitrogen (N), fosfat (P) dan kalium (k) atau NPK kepada bentuk tersedia untuk diambil tanaman. Unsur N, P dan K mengandungi hormon perangsang bagi menggalakkan pertumbuhan daun, akar selain ianya membolehkannya berbunga dan berbuah lebih lebat.  Didakwa juga penggunaan baja bio dapat mengurangkan lagi akan kos pembajaan dan mengelak pencemaran tanah. Selain faktor tanah, lokasi dan cuaca baik, baja itu juga bagus dan berupaya membekalkan nutrien penting kepada tanaman kerana ia menjadi antara aspek penting untuk memastikan petani dapat menuai hasil lumayan Penyeidik Phua yang juga pakar dalam Teknologi Nuklear Biobaja dan Mikrobiologi, berkata ada petani keliru apabila tanaman tidak subur selepas diberi baja kimia dengan banyak. Ketiadaan mikrob pada baja kimia menyebabkan tanaman tidak dapat menyerap nutrien sepenuhnya. Bagaimana pun bagi baja organik, kandungan mikrob di dalamnya tidak diketahui, malah populasinya juga rendah berbanding baja bio. Baja bio kali pertama dihasilkan Agensi Nuklear Malaysia dalam bentuk cecair sejak penyelidikan dan pembangunan (R&D), pada 2002, turut digunakan bagi meningkatkan prestasi tanaman. Selain hasil tanaman lebih baik, ujian kepada tanaman jagung mendapati penggunaan baja bio memberikan rasa lebih manis berbanding menggunakan baja kimia. Setiap 100 mililiter (mm) baja bio boleh dilarutkan dalam air 1000 ml bergantung kepada jenis tanaman. Baja itu lebih mesra alam, kurangkan pencemaran alam sekitar, tetapi ia belum digunakan sepenuhnya bagi mengganti baja kimia atau baja organik.

Produk baja buklear yang masih baharu kepada petani dimana kadar penerimaan petani masih baharu dan pihaknya sudah mengesyorkan penggunaan baja itu secara berperingkat. Penulis blog juga sehingga kini masih belum dapat akses untuk meninjau projek tanaman yang menggunakan baja nuklear dilapangan (kes pandemik covi19 lagi mengurangkan keboleh capaian kelokasi). DIlaporkan melalui plot pemerhatian dimana baja bio dapat mengurangkan penggunaan baja kimia atau baja organik, antara 25 hingga 50 peratus bergantung kepada jenis tanaman dan amalan petani. Beliau juga optimis ia dapat digunakan secara meluas pada masa depan (Sila lihat foto disebelah). Kesan mikrob melalui baja bio memberikan pokok sistem pertahanan lebih baik dan sukar diserang penyakit. Apa pun penggunaannya juga dapat mempercepatkan waktu tuaian sehingga 10 hari bergantung kepada lokasi dan cuaca berbanding apabila menggunakan baja kimia seperti kajian dilakukan di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kedah. Hasil dari Projek Biobaja melalui kerjasama serantau Forum for Nuclear Cooperation in Asia (FNCA) dan geran penyelidikan ScienceFund Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 2017 dan 2019, Agensi Nuklear Malaysia berjaya mengkomersialkan tiga produk baja bionya.  Setakat ini dilaporkan sebanyak 400,000 liter produk baja bio jenama Bioliquifert dilancarkan pada 2017 dan ia sudah dibekalkan kepada pesawah di Kedah, Perlis dan Perak melalui Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) yang diselaraskan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Pada dua lagi produk baja bio melalui projek ini ialah GoGrow BioNPK Biobaja (2019) dan Biobaja M99 menerima Gold award pada Hari Inovasi 2019. Kerjasama antara Agensi Nuklear Malaysia dengan MOSTI serta FNCA, melalui penyelidikan sejak beberapa tahun lalu memberi manfaat kepada pengguna. Kajian penggunaan baja bio di lot sawah seluas lapan hektar di Kampung Parit Tok Ngah, Tanjong Piandang, Perak mendapati hasil pesawah bagi musim kedua tahun lalu, meningkat kepada lima tan berbanding 3.92 tan, pada musim pertama tahun sama. Diberikan sedikit info mengenai Bioliquifert. Ia adalah biobaja cecair mengandungi mikroorganisma pelbagai fungsi pengikat nitrogen dan menjadi pelarut fosfat dan pelarut kalium. Baja ini dapat menggalakkan pertumbuhan dan tingkatkan hasil tanaman dimana didakwa hasil tanaman meningkat hampir 15 peratus. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BAJA NUKLEAR.. SUDAH ADA DIA...
DISAWAH PADI ... SUDAH DICUBA...
FELCRA PERAK... DAN JUGA MADA...
HASIL MENINGKAT.. SEPERTI DIDAKWA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bkt Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejrah,
Melaka,
Malaysia.
(12 Rejab 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.