Tuesday, January 11, 2022

USAHAWAN CENDAWAN BERJAYA (Part 4)

TANAMAN CENDAWAN
(mushroom) merupakan salah satu tanaman potensi yang boleh menjana pendapatan baik di Malaysia. Pengeluaran cendawan di negara kita kini menjadi satu industri dimana terdapat lebih daripada 800 pengusaha cendawan dengan tanah kecil-kecilan dan sebanyak 82% adalah berstatus kecil. Kajian oleh penulis blog berdasarkan kepada laporan pemantauan yang dilakukan pihak Jabatan Paertanian mendapati 66% jenis cendawan yang diusahakan adalah Cendawan Tiram Kelabu (Pleorotus pulminarous) atau dahulu namanya adalah Pleurotus cajor-saju yang telah disahkan penukaran nama ini melalui ujian makmal di Universiti Malaya. Cendawan lain yang sesuai ditanam di Malaysia seperti Cendawan Kukur, Cendawan Ganoderma, Cendawan Chiitake, Cendawan Volvariella dan beberapa jenis lagi. Saya terlibat dengan aktif dengan pembangunan industri cendawan semasa bertugas di Daerah Muar, Johor selama 5 tahun mulai tahun 2006 hingga 2010 melibatkan projek khas Pembangunan Pertanian Pagoh. Foto diatas tinjauan teknologi pembuatan baja organik dari sisa bongkah cendawan oleh C&C Mushroom di Gersik Johor. Pada masa ini kapasiti dalam pengeluaran cendawan di Malaysia sekitar 30.5 metrik tan sehari (30,500 kg sehari) dengan pengeluaran di sekitar Selangor sebanyak 12.8 mt sehari atau 42% daripada jumlah pengeluaran dalam negara. Ini kerana kawasan pasaran cendawan paling besar terletak disekitar Lembah Kelang dan Kuala Lumpur. Cendawan adalah produk yang mudah rosak (Perishable fresh produce) dimana jaeak memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti cendawan. Merujuk kepada laporan daripada FAO menyatakan kadar permintaan bagi cendawan adalah sebanyak 16 - 17 juta metrik tan setahun (Dibaca sebagai 16,000,000 - 17,000,000 kg setahun) dengan negara China menguasa 65% pengeluaran, EU (22%), USA (5%) dan Indonesia (1%). Negara utama yang direkodkan sebagai pengguna cendawan didunia adalah seperti USA (30%), German (15%), Perancis (11%), Itali (11%), UK (11%), Kanada (10%) dan lain-lain negara. China kini merupakan negara paling maju dalam industri cendawan sama ada dalam bentuk pengeluaran cendawan segar dan juga cendawan kering. Malaysia juga mengimpot banyak cendawan daripada negara China setiap tahun untuk menampong jumlah kadar permintaan yang terus tinggi setiap tahun. Sebut sahaja makanan cendawan, kita amat mudah membelinya daripada pasaraya terutamanya cendawan kering daripada negara China. Makanan berasaskan bahan cendawan dihidangkan setiap hari oleh mereka yang lebih pentingkan kesihatan dan mempunyai kemampuan membeli. Artikel pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai usahawan industri cendawan di Malaysia seperti dilaporkan oleh media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan pembaca semua.

Astroawani.com
melaporkan kini '
Hujan bukan alasan! Penoreh di Kedah raih RM4,000 usaha tanaman cendawan' amat menarik tajuknya untuk dikongsikan. Kini lantaran harga getah yang jatuh merudum dan rendah ramai golongan penoreh perlu mencari sumber kewangan alternatif demi memastikan kelangsungan hidup. Bagi Ismail Ibrahim (62 Tahun) langkahnya untuk mengusahakan tanaman cendawan Volvariella di kebun getah kini membuahkan hasil lumayan. Kini Ismail dilaporkan telah mampu menjana pendapatan tambahan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan di samping pendapatan sebagai penoreh sekitar RM1,000 sebulan. Dia juga hendak mengajak rakan sekampong membuat tanaman ini bagi menambah pendapatan sebagai penoreh getah. Menoreh musim hujan tidak dapat dengan harga sekerap sekarang ni RM2.10 sekilo. Kalau tanam cendawan, 5 kilogram dah dapat RM75. Dia sering juga memberi penerangan tentang teknik penanaman cendawan dan penjagaan tanaman itu juga tidak rumit dan hanya memerlukan masa dua bulan untuk mengutip hasilnya.  Jelas penoreh getah dari Kampung Musa, Padang Terap, Kedah dakwa dimana bulan pertama melibatkan proses penyediaan medium tanaman dan menabur benih, manakala bulan seterusnya untuk mengutip hasil setiap hari. Dakwanya kini dia turut mencadangkan tanaman ini dimanfaatkan pekebun kecil getah lain kerana selain harganya yang tinggi, ia juga tidak banyak saingan di pasaran. Cendawan ini juga dilaporkan mudah diusahakan kerana hanya menggunakan bahan buangan daripada pokok kelapa sawit. Cendawan Volvariella ini dijual pada harga ladang RM10 hingga RM15 sekilogram dan mendapat permintaan tinggi terutama daripada penjual sayur dan pengusaha restoran. Dengan modal permulaan RM1,000, kini Ismail mampu menghasilkan di antara 15 dan 20 kilogram cendawan setiap hari. Kini memandang potensinya yang cukup baik untuk menjana pendapatan maka dia bercadang untuk meluaskan lagi tanaman cendawan itu di kebun getahnya yang berkeluasan 0.3 hektar. Jabatan Pertanian Pendang juga nyatakan dimana tanaman cendawan Volvariella itu mula diperkenalkan pada 2015 kepada pekebun kecil getah sebagai tanaman alternatif untuk meningkatkan pendapatan mereka. Usaha yang telah dilakukan Ismail sejak dua tahun lalu menjadi contoh kepada penoreh lain untuk mencari sumber pendapatan tambahan terutama pada musim tengkujuh ketika pokok getah tidak dapat ditoreh.

Portal bharian.com pula laporkan kisah mengenai '
Tinggalkan dapur tanam cendawan' di Pekan, Pahang juga menarik. Keputusan meninggalkan kerjaya tukang masak profesional untuk mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu ternyata berhasil buat Shafawira Ramlee selepas dia kini mampu menuai hasil antara 40 -100 kilogram (kg) setiap hari. Permintaan tinggi terhadap tumbuhan itu menambahkan lagi semangatnya untuk terus berusaha meningkatkan pengeluaran bagi tujuan memenuhi pasaran di daerah Kuantan dan Rompin. Kini dia sudah mempunyai lebih 100,000 beg cendawan ditempatkan dalam 12 rumah simpanan pelbagai saiz di kawasan Pejabat Pertanian Daerah Permatang Pauh dan Pusat Pertanian Tanah Putih, Pekan milik Jabatan Pertanian. Sokongan dari Pejabat Pertanian Pekan menambahkan lagi semangatnya meneruskan projek itu yang diusahakan arwah bapanya, Ramlee Awang sejak 20 tahun lalu. Pengeluaran hasil cendawan banyak bergantung kepada keadaan cuaca dan pengeluaran akan bertambah antara tiga hingga lima kali ganda pada musim hujan kerana kelembapan tinggi. Ketika musim panas pula, aktiviti menyiram perlu dilakukan dua kali sehari bagi mengelakkan benih dalam beg mati jika suhu dalam rumah simpanan panas. Beliau yang sebelum ini bertugas dengan Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) berkata, permintaan terhadap cendawan tiram kelabu sangat menggalakkan, selain turut menjadi pilihan peniaga dan pelanggan di pasar tani serta pekan sehari. Setiap kilogram cendawan dijual pada harga RM12/kg dimana dia akan mengutip hasil dua kali sehari dibantu lima pekerja. Dia juga ada membekalkan bongkah cendawan dengan harga RM2 seunit dan bongkah ini dibuat menggunakan campuran habuk kayu getah, dedak kulit gandum, kapur dan air yang mampu bertahan serta mengeluarkan hasil selama empat bulan. Dia yang menyediakan khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada individu yang berminat menceburi aktiviti tanaman cendawan yang mampu memberi pendapatan menguntungkan. Pejabat Pertanian Daerah Pekan dakwa pihaknya akan terus berusaha membantu menyediakan kemudahan diperlukan Shafawira untuk membesarkan lagi projek itu.

Kes lain dilaporkan oleh sinarharian.com bertajuk 'Bekas pegawai bank raih pulangan lumayan tanam cendawan tiram' memang membanggakan. Berita dari Kuala Krai, Kelantan ini nyatakan jika berbakti kepada tanah pasti mendapat ganjaran. Itulah ungkapan sesuai bagi seorang bekas pegawai bank, apabila usahanya menceburi tanaman cendawan tiram dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun dan ia memberi pulangan lumayan. Bagi Mahadi Mohd Jusoh (51 tahun) dakwa dimana dia sebelum ini bekerja sebagai pegawai bank mengambil keputusan berhenti kerja sekitar tahun 2016 demi menguruskan ibunya Zaharah Ahmad, 70, yang sudah uzur selepas kematian bapanya, Mohd Jusoh Mat, 81, pada tahun yang sama. Dia enggan berpeluk tubuh ketika itu selepas hilang punca pendapatan maka dia mengambil inisiatif untuk membuka sebuah runcit berdekatan rumahnya di Kampung Baru Pahi,dan berjaya untuk menjana pendapatan sambil menguruskan ibunya. Pada awal permulaan dimana  pembukaan kedai runcit iaitu pada tahun 2016 jualan di kedai runcit milik saya amat memberangsangkan, bagaimanapun bermula PKP tahun lalu perniagaan saya mula merosot sehingga menyebabkan saya terpaksa memikirkan inisiatif lain, demi kelangsungan hidup saya sekeluarga. Ketika buntu memikirkan idea untuk memperoleh pendapatan lain, ada seorang rakan yang mencadangkan dia membuat tanaman cendawan tiram sebagai ‘duit poket’ dan dari situ bermula cubaan sekadar suka-suka terhadap tanaman ini (Sila lihat foto disebelah). Bapa kepada empat orang anak itu berkata, selepas dua bulan negara dikenakan PKP iaitu pada Mei tahun lalu, dia mula berjinak-jinak dalam tanaman cendawan. 
Setiap bongkah cendawan mampu menghasilkan sekitar 350 gram dan hampir setiap hari Mahadi mampu mengutip sekitar 10 kilogram sebelum dijual kepada peraih di pasar terdekat dengan harga RM10 sekilogram.Walau pun pada awalnya dia mencabar diri dengan membeli sekitar 100 bongkah benih cendawan dengan seorang pembekal selain turut mereka menyediakan rak bagi meletakkan bongkah cendawan dengan berbekalkan modal sebanyak RM2,000. Percubaan berani pertamanya membuahkan hasil apabila saya berjaya meraih sekitar 30 kilogram cendawan tiram, sebelum diagihkan kepada jiran-jiran terdekat secara percuma bagi permulaan. Apa pun sejak dari itu dia telah mula menambah tanaman bongkah cendawan yang diusahakan dari masa ke masa dan sehingga kini ia mencecah sebanyak 5,000 bongkah dan menjadi 10,000 pada kapasiti penoh. Dakwanya diantara dua elemen utama yang paling penting bagi tanaman cendawan tiram adalah perlu memastikan kelembapan tidak kurang daripada 80 peratus dan suhu tidak melebihi 30 darjah celcius. Proses penuaian turut perlu dilakukan setelah cendawan mula bercambah diikuti proses pembungkusan dan terus dihantar kepada pelanggan. Kini permintaan pasaran terhadap produk cendawan pada terus meningkat kerana sudah ada pelbagai produk hiliran berkaitan cendawan seperti kerepek cendawan, popia cendawan dan cendawan goreng dihasilkan. Setiap bongkah cendawan mampu mengeluarkan sekitar 350 gram dan hampir setiap hari saya mampu mengutip sekitar 10 kilogram, sebelum dijual kepada peraih di pasar terdekat dengan harga RM10 sekilogram. Bagi memantapkan ilmu tanaman cendawan berkenaan beliau turut mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, RISDA dan juga usahawan berpengalaman dalam bidang ini. Dia nyatakan kalangan orang ramai yang kehilangan kerja dan hilang pendapatan disebabkan pandemik Covid-19 ini, boleh mencuba untuk mula menjana pendapatan dengan kaedah menceburkan diri dalam penanaman cendawan sebagai pendapatan sampingan. Artikel ini dibahagikan kepada 4 segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang disyorkan dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAMAN CENDAWAN... SATU USAHA...
PERLU BELAJAR... JIKA HENDAK MULA...
MEDIA LAPOR... KINI RAMAI BERJAYA...
HASIL LUMAYAN... SAMPAI LIMA ANGKA...

By,
M Anem,
Senior Agriculturist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Jamadilawal 1433H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.