Saturday, January 8, 2022

PETUA MENANAM CILI AGAR CEPAT BERBUAH

TANAMAN CILI BESAR
(Capsicum annuum) atau Cili Padi (Capsicum frustecens) dikawasan rumah merupakan satu aktiviti atau hobi yang menguntungkan. Apa lagi jika mereka yang  menanamnya secara fertigasi di dalam polibeg disusun disebelah rumah sendiri yang boleh menghasilkan cili untuk kegunaan sendiri atau dijual kepada pengguna lain. Semenjak pandemik covid-19 melanda dari awal tahun 2020 dan juga perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta 'Lockdown' memang dilihat ramai yang duduk rumah dan mencuba menanam pelbagai jenis tanaman sayuran termasuk cili. Minat ini dilihat ada yang masih meneruskannya dizaman endemik ini apabila harga cili yang mencanak dan naik tinggi dipasaran selepas banjir besar pada hujung Disember 2021 dibeberapa lokasi di Semenanjung Malaysia. Kini menanam cili di rumah banyak dilakukan masyarakat kerana selain menambah variasi tanaman di halaman rumah penulis blog dapati menanam cili di rumah juga dapat segera untuk dapat dimanafaatkan hasil tuaiannya. Ketika menanam cili dalam pekarangan rumah tentunya ramai akan gembira dan suka apabila tanamannya lebih cepat berbuah. Ada  petua atau cara untuk merangsang pembuahan atau mempercepatkan masa agar cili cepat berbuah pun sudah banyak lakukan oleh petani cili  komersil dikebunnya. Merujuk kepada beberapa testimoni dimana apa yang penting dilakukan agar tanaman cili cepat berbuah dan buahnya lebat adalah penelitian dan amalan fasa pembajaan diberikan. Amalan didalam kaedah pembajaan ini apa yang penting dilihat adalah memperhatikan kandungan-kandungan baja yang dipakai. Berikut beberapa petua mudah yang boleh dilakukan untuk merangsang pembuahan tanaman cabai. Pertama adalah jangan terlalu banyak memberikan baja yang mengandung Nitrogen (N). Ini kerana dari masa menanam sehingga pokok mulai berbunga perlu diingat dimana jika pemberian baja pokok cili mengandungi nitrogen harus mulai dikurangkan. Bagaimana pun cara melakukan ini adalah secara bertahap atau pun beransur-ansur. Unsur Nitrogen hanya membuat tanaman cili akan lebih rajin banyak daun namun malas berbuah. Pada tanaman cili sebaiknya disyorkan agar mula menurunkan kadar unsur nitrogen pada usia tanaman 5 atau 6 minggu setelah tanam. Perkara ini berkait dimana pada usia ini maka tanaman sudah mulai berbunga. Petua yang ke dua dimana sebaiknya mula diperbanyakkan unsur Posforus (P) untuk tanaman cili anda. Jika unsur Nitrogen perlu dikurangi sebaiknya pada fasa pembentukan bunga dan buah adalah disyorknan ditambah baja yang kandungan P tinggi. Ini kerana unsur P ini adalah penting untuk pembentukan buah cili dengan fungsi membawa air ke sel-sel penting sehingga membolehkan buah cili dapat berkembang. Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira berkongsi dan persembahkan beberapa petua bagaimana cara pilihan mempercepatkan tanaman cili untuk lebih cepat berbuah sebagai bahan rujukkan semua.

Dalam beberapa kajian dilaporkan dimana unsur Posforan (P) adalah penting untuk proses fotosintesis, respirasi dan sintesis protein. Kekurangan Phosforus sering terjadi kepada tanaman cili dilaporkan berlaku disebabkan kaedah atau cara pemberian baja yang tidak sesuai sama ada semasa penyediaan media tanaman atau batas tanaman (Baja Asas) atau pun semasa aktiviti jadual pembajaan dijalankan selepas aktiviti menanam dilakukan. Ada banyak laporan kajian menyatakan dimana tanaman cili yang mana ia 
kekurangan unsur Posforan (P) biasanya mempunyai saiz daun yang kecil-kecil seakan ia berkerut, kaku dan juga ia berwarna hijau gelap. Warna hijau gelap ini kalau dilihat macam 'pokok subur' akan tetapi sebenarnynya buka begitu kerana ia dipengaruhi oleh terlebih Nitrogen. Petua yang ke tiga boleh dilakukan adalah dengan memperbanyakkan unsur Kalium (K) atau potassium selain unsur Posforan kepada tanaman cili. Unsur ini dikira sebagai unsur yang dominan dalam pembentukan buah cili. Tanaman cili dilaporkan memang cukup banyak menyerap bahan kalium (K) terutama semasa buah cili ini dalam proses pembesaran. Dilaporkan dimana kesan dari kekurangan kalium dilihat ia bermula pada daun yang lebih tua dan melaju ke daun muda. Jika dilihat ada bahagian daun seperti terbakar di bahagian tepinya disertai keadaan seakan bergulung ia menunjukkan tanda kekurangan unsur Kalium. Kekurangan unsur Kalium dapat menyebabkan kematangan yang tidak merata pada buah cili dan akhirnya akan menyebabkan pokok terencat pertumbuhannya dan lambat ia berbuah. Mungkin jika ada jiran sebelah rumah yang ada menanam cili pada masa sama dan beliau sudah mengutip hasil sedangkan ada jiran lain yang pokoknya masih lagi belum berbunga pun. Penjagaan rapi memang diperlukan dengan merujuk kepada keperluan unsur penting didalam pembajaan tanaman cili.

Petua seterusnya ke empat adalah dengan cara memberikan  bahan r
angsangan hormon atau ZPT (Zat Pengatur Tumbuhan) kepada pokok cili. Penulis blog dapati memang ada ratusan jenis produk hormon yang boleh dibeli untuk tujuan pertumbuhan tanaman cili sama ada ia dari produk yang disediakan secara organik semulajadi atau produk komersil secara sintesis. Apa yang penting adalah produk tersebut murah, berkesan dan tidak ada kesan sisabaki serta menjamin keselamatan kepada pengguna. Jika dibaca pada label dan penjelasan memang ada beberapa produk dari hormon yang yang berperanan untuk mendorong proses pengeluaran bunga dan buah seperti bahan yang dikenali sebagai Giberelin. Bagaimana pun kepada mereka yang masih kurang arif mengei produk dan bagaimana kaedah menggunakannya boleh bertanya kepada mereka yang pakar atau jeran yang telh menggunakannya. Petua yang ke lima boleh dilakukan untuk mempercepatkan penghasilan cili adalah dengan memberikan Mikrob Berfaedah (Benefecial microbes). Memang ada jenis mikrob penyubur tanaman yang boleh digunakan termasuk apa yang dikenali sebagai bahan mengandungi mikrob seperti Azotobacter sp., Rhizobium, Penicillium, Bacillus dan lainnya. Organisma ini dilaporkan akan menyuburkan tanah dengan cara mengaktifkan potensi-potensi mineral tanah yang digunakan secara tersembunyi terutamanya jika tanah yang ditanam dengan cili ini sudah tidak berfungsi. Tanaman cili yang dibubuh mikrob ini akan bekerja dengan caranya sendiri dan apa yang hebatnya adalah ia boleh mengembalikan tahap kesuburan tanah itu sendiri dalam waktu yang relatif singkat. Antara yang penulis blog sering ligat dimana beberapa produk dipasaran yang terkait seperti penggunaan EM, Beneficial Mikrob BMO dan sebagainya. 

Penulis blog merujuk bagaimana trend terkini menanam cili didalam pot atau pasu atau polibeg semakin popular dan 
banyak dilakukan orang khususnya mereka yang ada kawasan terhad. Agar tanaman cili di pasu atau polybag dapat tumbuh subur dan mampu berbuah lebat asasnya adalah lebih penting untuk memberi baja tanaman. Perlu diingat dimana pemberian baja tambahan harus diberikan selain baja yang sudah ada pada media tanam. Jenis baja yang diberikan boleh berupa baja anorganik atau baja kimia sintesis atau jenis baja organik. Jenis baja dipasaran yang mudah dibeli seperti baja NPK hrus sesuai kandungan kadar komposisinya sementara bagi baja organik (tahi ayam dsb) sebaiknya yang sudah matang. Bagi mereka yang ada sumber digalakkan untuk menggunakan baja organik yang sudah difermentasi atau najis haiwan yang dilengkapi dengan bahan seperti Trichoderma. Jadual pembajaan cili susulan pertama dilakukan ketika tanaman cili padi ini berumur 15 hingga 20 hari setalah tanam. Taburkan setengah sudu makan baja NPK di sekeliling pangkal batang dan pastikan agar jangan sampai mengenai batang. Amalkan pemberian baja ini setiap 10 hari sekali.  Disyorkan juga agar pembajaan ini sebaiknya dilakukan ketika media tanam dalam kedaan basah agar bajaa mudah diserap oleh akar. Waktu pembajaan ini sebaiknya dilakukan pada pagi hari atau pun petang. Perhatikan juga keadaan pokok cili secara rutin dan cermat dimana jika terlihat terdapat gejala kekurangan unsur N maka dengan segera berikan baja yang ada N. Bagaimana pun jika tanaman cili dilihat kekurangan unsur kalsium (K) segera berikan baja kalsium dan lain sebagainya. Penulis blog tetap berikan peringatan dimana pemberian bana N ini hanya dengan jumlah yang diperlukan sahaja dan awas JANGAN BERLEBIHAN. Pemberian baja organik ini perlu dibuat iaitu sebanyak segengam silih berganti dengan baja NPK dikeliling pokok cili. Kalau ingin tanaman cili dalam pasu atau polibeg lebih awet dan berumur panjang, sebaiknya perlu dikurangkan penggunaan baja kimia, terutama unsur Nitrogen dan amalkan memberi lebih baja organik. Dalam pada itu bagi tujaun untuk memenuhi keperluan unsur baja Mikro (trace elements) adalah lebih baik jika setiap seminggu tanaman cili ini disembur pula dengan baja daun (foliar fertilizer). Ada banyak jenis baja foliar ini dipasaran untuk digunakan. Banyak produk baja daun yang beredar dipasaran dalam negara antaranya seperti Bayfolan, Growfast, Ezi Grow, MaxiGreen 44 dan banyak lagi.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
MENANAM CILI... ADA BANYAK PETUA...
CEPAT BERBUAH... IA PERLU DIBAJA...
KURANGKAN NITROGEN.... SENTIASA...
P DAN K PULA....MEMBANTU HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Mealaysia.
(5 JamadilAkhir 1443H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.