Tuesday, January 4, 2022

IKAN KERING DAN IKAN MASIN - KISAHNYA

IKAN KERING ATAU IKAN MASIN
merupakan satu produk yang sering diambil dikalangan masyarakat di Malaysia kerana ia adalah sejensi makanan asas ikan yang diminati ramai. pa pun sebenarnya ada sedikit perbezaan diantara Ikan Kering dan ikan masin dari segi teknikalnya. Ikan kering (dried fish) adalah merujuk kepada cara pengawetan ikan dengan mana merendamnya dalam air garam dan mengeringkannya. Ia merangkumi kesemua jenis ikan yang diproses dengan cara sebegini. Ikan kering boleh dikeringkan dengan cara dijemur pada panas matahari atau melalui di salai di atas api yang perlahan. Ada juga jenis ikan kering yang tidak masih semasa diproses dan ikan masin (salted fish) yang pastinya masin. Ikan kering biasanya banyak dijual dan dimakan semasa musim tengkujuh dimana apabila para nelayan tidak dapat pergi menangkap ikan di laut kerana ombak besar. Biasanya ikan kering juga dimakan bersama nasi putih atau ubi kayu yang direbus dan dimakan bersama air kopi. Dari segi teknologinya dimana ikan 
segar memang cepat merosot kesegarannya setelah disimpan melainkan perlu diawetkan. Cara pengeringan adalah kaedah pengawetan makanan yang berfungsi dengan membuang air dari makanan dimana ini akan seterysnya menghalang pertumbuhan mikroorganisma. Pengeringan udara terbuka menggunakan matahari dan angin telah diamalkan sejak zaman kuno untuk mengawet makanan. Air biasanya dikeluarkan oleh penyejatan (pengeringan udara, pengeringan matahari, merokok atau pengeringan angin) akan tetapi pemberian garam yang masin akan lebih sesuai dilakukan didalam proses pengawetan ikan dimana kemudian ia dijadikan ikan kering yang masin. Kadar pemberian garam ini pula akan menentukan kemasinan ikan tersebut untuk ia bertahan lama apabila disimpan. Produk ikan lazimnya akan tahan lama diawet melalui kaedah tradisional seperti pengeringan, disalai dan dimasinkan. Cara tradisional dalam mengawet ikan yang tertua adalah membiarkan angin dan matahari mengeringkannya. Mengeringkan makanan adalah kaedah pengawetan tertua yang terkenal di dunia dimana  ikan kering mempunyai jangka hayat simpanan sehingga beberapa tahun. Kaedahnya juga murah dan berkesan di negara beriklim panas yang sesuai dimana kerja itu dapat dilakukan oleh nelayan dan keluarga. Kalangan pengusaha ikan kering ini melakukannya secara tradisional atau komersil sehingga produk yang dihasilkan mudah dibawa ke pasar.  Apa pun penulis blog yang minat juga makan ikan kering ini mengetahui bahawa makan ikan kering yang masin boleh mendatangkan masaalah kesihatan. Beberapa petua untuk mengurangkan kadar kemasinan ikan ini boleh dilakukan. Walau puu memang ramai kata lauk ikan masin adalah jadi pembuka selera akan tetapi bila terlalu masin ia bahaya untuk kesihatan. Petua pertama adalah dengan merendam dengan air biasa selama 12 - 24 jam dimana cara ini garam yang sebati dengan isi ikan akan larut dalam air. Syaratnya pula dimana sekurang-kurangnya perlu kena tukar air rendaman sebanyak 3 - 4 kali sepanjang proses rendaman dimana walau pun ia dianggap leceh sebab ia mengambil masa yang lama tetapi hasilnya berbaloi.  Anda juga boleh merendam dengan air garam iaitu kadar 2 liter air tambah 1 sudu garam. Biarkan selama 5 -10 minit kerana memang cara ini rasa masin akan kurang dengan lebih cepat kerana masin akan lebih mudah mengalir didalam air masin. Jika masih lagi masin maka pembaca blog boleh ulang sekali lagi proses rendaman dan pastikan selepas direndam toskan. Petua seterusnya adlah dengan merendam dengan air panas kerrana cara ini paling mudah dan cepat untuk kurang rasa masin ikan masin. Namun lelemahannya adalah dimana tekstur ikan akan menjadi lembik dan sangat lembut. Sebaiknya  jangan rendam lebih dari 10 minit dan mesti ditoskan betul-betul kering sebelum disimpan atau untuk dimasak. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis dari Bandar Melaka mengenai beberapa kisah ikan kering untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Memang di bulan ramadan bersahur adalah satu amalan yang baik dilakukan umat islam. Bagaimana pun bukan mudah untuk mengambil makanan pada masa tersebut dan dilaporkan dimana 'Ikan masin penambat selera bersahur' adalah salah satu caranya. Portal berita astroawani.com.my menyatakan dimana seorang peniaga ikan kering iaitu Azmi Hussin menyatakan dimana ikan masin jualannya yang biasanya akan mendapat sambutan luar biasa menjelang sambutan Ramadan (Sila lihat foto disebelah). Kisah yang diambil dari Alor Setar, Kedah ini dimana seperti kelazimannya apabila menjelang bulan Ramadan maka orang ramai akan mula membuat persiapan dan memikirkan apakah juadah yang akan disediakan untuk keluarga semasa berbuka dan bersahur. Kebiasaannya juga diKedah dimana memilih makanan kering, masin dan masam sentiasa menjadi pilihan untuk santapan semasa bersahur sekeluarga. Berikutan itu maka makanan kering sering dianggap pembuka selera untuk orang ramai menikmatinya pada waktu sahur dimana ia sekali gus meningkatkan jualan peniaga sekali ganda berbanding hari biasa. Antaranya adalah termasuk ikan talang, senangin masam, gelama masin, ikan bilis dan udang kering. Beliau yang berniaga ikan kering di Pasar Kubang Rotan menyatakan antara jenis ikan kering yang sering menjadi pilihan pelanggan di bulan Ramadan ialah ikan talang dan ikan tenggiri juga ikan gelama dan ikan senangin. Memang diakui dimana permintaan barangan jualannya itu sangat luar biasa berbanding hari biasa kerana rata-rata pengguna mahu menukar selera pada bulan Ramadan. Pelanggan yang dikenali sebagai Siti Rashidah mendakwa dimana selera makan di bulan Ramadan agak berlainan dan pengambilan makanan berunsur kering menjadi pilihan bagi keluarganya setiap kali bulan Ramadan tiba. Katanya apabila ada makanan ikan masin dan telur masin memang bangkitkan selera untuk bersahur. Ikan masin pula boleh masak macam-macam resepi dan ini menjadikan ia amat sesuai sangat untuk juadah di bulan puasa juga. Kebanyakan ahli keluarganya gemar memakan ikan masin memandangkan hidangan yang berdaging seperti ayam kurang mendapat tempat di bulan Ramadan. Kalau waktu sahur tidak ada ikan masin tidak seronok dan tidak sempurnalah dirasakan dan memang ikan masin wajib ada dan disimpan stok untuk makan sepanjang sebulan berpuasa.

Teknologi baru diperkenalkanbagi '
Hasilkan ikan masin lebih mudah, pantas' memang menarik dikongsikan.  Portal berita Sinarharian.com melaporkan dimana Mesin Mini Pengering Jenis Kubah Berkuasa Solar yang boleh menghasilkan produk ikan masin dengan lebih mudah dan cepat adalah kejayaan inovasi di Johor. Dilaporkan dari Batu Pahat dimana Jabatan Perikanan Negeri Johor menghasilkan Mesin Mini Pengering Jenis Kubah Berkuasa Solar yang dapat menghasilkan produk ikan masin dengan lebih mudah dan cepat. Pengarahnya iaitu Noraishah Hashim mendakwa mesin itu dibangunkan oleh pihak Kejuruteraan Jabatan Perikanan melibatkan kos sekitar RM45,000 bagi satu unit. Menerusi mesin ini tempoh masa pengeringan ikan masin dapat disingkatkan. Kalau sebelum ini menggunakan kaedah lama masa untuk mengeringkan ikan memakan tempoh dua hingga tiga hari namun apabila nelayan menggunakan mesin ini maka tempoh pemprosesan dapat disingkatkan kepada satu hari setengah bergantung kepada ketebalan ikan yang diproses. Majlis perasmian projek berkenaan diadakan melibatkan Komuniti Perikanan (myKP) di Pangkalan Sungai Ayam yang diserahkan sebuah Mesin Mini Pengering Jenis Kubah Berkuasa Solar di Pangkalan Sungai Ayam, Batu Pahat. Didakwa dimana mesin itu juga dapat memastikan tahap kebersihan produk terjamin kerana tidak perlu terdedah dengan persekitaran seperti habuk dan debu termasuk hujan. Diantara ikan yang boleh dikeringkan dengan menggunakan mesin itu termasuk ikan pari, ikan gelama dan ikan duri. Dilaporkan setakat ini penerima mesin berkenaan hanya melibatkan komuniti tersebut yang terdiri daripada 47 ahli. Projek ini masih dalam proses percubaan dan sekiranya berjaya, jabatan berhasrat untuk mengembangkan teknologi ini kepada industri pemprosesan ikan kering di seluruh Johor. Jabatan Perikanan memperkenalkan inisiatif ini kerana mahu memastikan komuniti perikanan di Johor agar tidak ketinggalan dengan teknologi terkini yang dapat menjamin penghasilan ikan kering yang lebih berkualiti dan menjimatkan masa.

Kisah dan berita mengenai 'Permintaan ikan kering, bekok turun mendadak' memang menyebabkan nelayan dan pengusaha ikan kering tempatan terancam pendapatannya. Di Pasir Putih, Kelantan dilaporkan Bernama dimana walaupun wabak Covid-19 dan PKP meninggalkan kesan mendalam namun bagi seorang pengusaha ikan kering dikenali Siti Khadijah tetap bersyukur dapat meneruskan perusahaan dalam skala yang kecil (Sila lihat foto disebelah). Perusahaan mereka memproses ikan kering dan ikan bekok di sekitar Kampung Pachakan kini sukar memasarkan berdepan produk mereka sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 dahulu berlanjutan  sehingga menuju akhir tahun 2021. Dia mendakwa permintaan ikan kering dan ikan bekok yang diusahakannya itu turun mendadak apabila peraih tidak datang untuk mendapatkan bekalan. Menurutnya kini stok ikan kering yang banyak untuk dipasarkan ke seluruh negara disimpan di dalam peti sejuk bagi mengelakkan berlaku kerosakan. Sekarang dia hanya menjual secara runcit kepada penduduk setempat serta peraih di sekitar Pasir Puteh sahaja dengan kuantiti sedikit. Apa pun dia tidak patah semangat dan boleh bersyukur kerana masih dapat meneruskan perusahaan dalam skala kecil walaupun Covid-19 dan PKP meninggalkan kesan mendalam namun dia tetap bersyukur dapat meneruskan perusahaan dalam skala yang kecil. Dia yang  sudah tujuh tahun terlibat dalam jalankan perusahaan itu dakwa usahanya itu mampu membantu bagi meringankan beban pekerjanya yang terjejas kesan penularan Covid-19 dan PKP. Jika sebelum ini mereka bekerja setiap hari namun kini hanya dua hari dalam seminggu kerana permintaan memang berkurangan dan peraih dari luar Kelantan tidak dapat datang mengambil bekalan ikan keringnya. Sekatan Jalan Raya (SJR) serta larangan merentas daerah dan negeri menghalang pergerakan produk ikan keringnya seperti yang berlaku sebelumnya. Biasanya pada setiap kali menjelang Ramadan beliau dan pekerja tidak menang tangan kerana permintaan meningkat berbanding hari biasa. Bukan itu sahaja dimana kebanyakan pembeli menjadikan ikan kering sebagai stok untuk majlis kenduri selepas sambutan Aidilfitri selain dibawa pulang ke luar Kelantan. Dia memproses banyak jenis ikan kering seperti gelama, talam, cencaru dan tambang.

Portal berita
bharian.com.my melaporkan 'Pakatan 2 IPTA hasilkan pengering makanan laut' dimana sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bekerjasama membangunkan prototaip alat pengering makanan laut yang dilengkapi ciri termaju hasil kajian mereka. Mengambil kira kebergantungan industri makanan laut kering di negara ini pada faktor lokasi dan komuniti nelayan, inovasi itu mampu membantu mengatasi masalah dihadapi pengusaha terbabit. Penyelidik utama dari UMK, Dr Hafiz Jamaludin, berkata prototaip alat pengering yang menelan kos RM10,000 itu juga boleh digunakan pada waktu malam. Kini dengan adanya elemen pemanas yang dikuasai sepenuh tenaga solar, alat ini dilengkapi penderia kelembapan bagi mengawal tahap proses pengeringan secara automatik dan konsisten. Teknik pengeringan terbuka yang diamalkan ketika ini ada beberapa kelemahan ekoran dari kebergantungan pada cahaya matahari, selain risiko kebersihan proses itu secara keseluruhan yang terdedah kepada habuk, debu dan ancaman penyakit bawaan serangga serta haiwan perosak. Inovasi dibangunkan dalam saiz kompak itu juga membuka peluang bagi pengusaha di luar kawasan pantai menghasilkan makanan kering berkenaan yang secara tradisi memerlukan tempat lapang dan luas untuk mengeringkan produk terbabit. Ia didakwa boleh menampung kapasiti 50 kilogram (kg) makanan laut pada satu-satu masa dan mampu memendekkan tempoh pengeringan kepada 24 jam sahaja. Keberkesanan prototaip itu sedang diuji di lapangan dimana ia sudah digunakan oleh komuniti nelayan di kawasan pendaratan ikan di Kampung Nelayan Pantai Sri Tujoh, Kelantan bagi mengeringkan hasil makanan laut untuk pasaran tempatan. Hasil kajian lanjut itu memungkinkan iaitu peningkatan kualiti produk tempatan berkaitan sehingga mampu menembusi pasaran luar negara dengan nilai lebih tinggi. Inovasi ini bertujuan membantu pengusaha keropok tempatan asalnya untuk menghasilkan produk keropok lebih konsisten kualitinya tetapi akhirnya inisiatif terbabit berjaya menghasilkan alat pengering ideal serba guna. Alatan ini mampu menyebarkan haba sekata terhadap keseluruhan permukaan produk yang dikeringkan sepanjang hari. Info penting Alat Pengering Makanan Laut bermula kajian sejak tahun 2015 dengan dana geran penyelidikan daripada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Ia dilengkapi rak bertingkat dimana ini sekali gus menjimatkan ruang kerana tidak memerlukan kawasan luas untuk mengeringkan produk. Memang ia mampu mengekalkan haba cahaya matahari untuk kegunaan pada waktu malam menggunakan elemen untuk pemanas. Juga disediakan sistem pelaras suhu berpenderia yang mampu mengawal secara automatik kadar kehilangan kelembapan bahan makanan ingin dikeringkan. Kegunaannya tidak terhad untuk makanan laut sahaja malahan ia boleh turut mengeringkan produk lain. Kebersihan produk lebih terjamin dengan adanya pintu kedap udara dan sistem pengudaraan yang menghindari pertumbuhan mikroorganisma dengan penggunalan alatan ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
IKAN KERING...RASA MASIN BIASANYA...
KURANGKAN MASIN...ADA BANYAK CARA...
MASA RAMADAN...BERSAHUR SELERA...
AKIBAT COVID19... USAHAWAN MERANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(20 Rabiulawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.