Friday, January 7, 2022

FGVIF - PERINTIS PADI WANGI DIMALAYSIA

FGV Integrated Farming (FGVIF)
dilaporkan banyak media tempatan telah berjaya menginovasi industri padi dan beras tempatan dengan pengenalan program Beras Wangi Fortified Field™ (3FR) untuk penanaman padi wangi yang berkesan. Program 3FR merupakan sistem penanaman komprehensif yang mengintegrasikan pertanian padi menerusi aktiviti amalan pertanian pintar, mekanisasi, automasi dan penggunaan teknologi Internet of Things (IoT). Inisiatif ini menggabungkan kepakaran FGV dalam penyelidikan, agronomi, nutrisi tanaman, teknologi dron dan pengawasan jarak jauh bagi meningkatkan hasil beras wangi. Sehingga kini dilaporkan dimana program 3FR FGV ini telah berjaya untuk meningkatkan hasil beras wangi tempatan kepada 7 tan metrik (MT) sehektar sekaligus menjadikan ia sistem tanaman pilihan para pesawah. Menerusi laporan kajian yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah dimana kini purata hasil padi negara adalah sekitar 4 MT sehektar  manakala penghasilan padi dikawasan jelapang padi yang paling rendah menghasilkan adalah bawah 3 MT sehektar. Pihak MAFI telah membuat tinjauan pelaksanaan tanaman padi menerusi kaedah Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) di FELCRA Seberang Perak, Perak dilaporkan oleh media tempatan. Seluas 140 hektar sawah padi di kawasan FELCRA Seberang Perak sedang diusahakan menerusi kaedah SMART SBB yang menjadi salah satu inisiatif MAFI bagi mempertingkatkan tahap sara diri beras negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) iaitu sebanyak 75 peratus. Di kawasan FELCRA Seberang Perak ini dimana FGV Integrated Farming Holdings Bhd merupakan salah sebuah syarikat peneraju pertanian memfokuskan kepada penanaman padi wangi MRQ76 keluaran biakbaka oleh pihak MARDI dengan kerjasama IADA Seberang Perak dan juga FELCRA Plantation Services Sdn Bhd yang memberikan pulangan tinggi iaitu sebanyak RM1,540 per tan metrik berbanding padi putih yang hanya RM1,200 per tan metrik. Turut ditinjau oleh rombongan MAFI adalah tapak projek rintis integrasi tanaman padi dan ternakan udang galah yang kini dilaksanakan oleh IADA Seberang Perak dengan kerjasama syarikat Thirty Three Management Sdn Bhd untuk tujuan meningkatkan pendapatan pesawah. Terdapat beberapa media tempatan melaporkan mengenai 
FGVIF sebagai perintis inovasi dalam penanaman Padi Wangi Tempatan. Artikel petang Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat mengenai penanaman padi wangi oleh FGVIF yang dilaporkan oleh beberapa media tempatan uuntuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Portal berita malaysiagazzete.com dengan tajuk berita '
Program Beras Wangi 3FR bukti keberkesanan tanaman padi wangi tempatan' yang disiarkan pada 13 Oktober 2021 menarik dikongsikan. Penggunaan teknologi dron T20 di sawah mampu mempercepatkan proses membaja serta kawalan makhluk perosak dan penyakit oleh petani (Sila lihat foto disebelah).  FGV Holdings Berhad (FGV) iaitu sebuah syarikat perniagaan agri dan makanan negara bersedia merancakkan pasaran beras wangi tempatan menerusi anak syarikatnya FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF). Ini dibuktikan menerusi kejayaan pelaksanaan program Beras Wangi Fortified Field™ (3FR) FGVIF yang berupaya mengoptimumkan penanaman padi wangi tempatan melalui amalan dan teknologi pertanian pintar serta berkesan.  Dilaporkan dimana penggunaan teknologi dron T20 di sawah mampu mempercepatkan proses membaja serta kawalan makhluk perosak dan penyakit oleh petani. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV dakwa kumpulan menyasar 3.5 peratus penguasaan beras wangi tempatan pada akhir 2025 di bawah jenama unggul FGV, SAJI. FGV kini komited untuk meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) industri beras di Malaysia dan ianya dapat dilakukan menerusi program 3FR FGV yang menyokong program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB), yang dimulakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). SMART SBB dijangka dapat membantu negara mencapai 75 peratus tahap SSL beras seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).  Matlamat FGV supaya beras wangi SAJI FGV menjadi pilihan rakyat Malaysia dan dunia pada masa akan datang. Dengan kemampuan dalaman, sumber daya dan pelbagai aplikasi teknologi FGV, beras wangi tempatan yang dihasilkan berkualiti tinggi dan setanding dengan beras import dari Thailand. Melangkah ke hadapan pihak FGV merancang untuk mengembangkan lagi kawasan penanaman padi wangi kepada 10,000 hektar dalam tempoh lima tahun akan datang. 
Program 3FR ini menggabungkan kepakaran FGV dalam peningkatan prestasi sawah menerusi Pertanian 4.0 dan ketepatan perladangan yang menjimatkan dan lestari. Ini termasuk menerapkan penggunaan teknologi dalam perladangan seperti mekanisasi, dron, Internet Kebendaan (IoT), sensor sawah, kawalan makhluk perosak dan penyakit, serta mesin penanaman padi automatik. Menurut FGV, semua produk sampingan yang terhasil dari perladangan sawah padi dan kilang beras wangi seperti dedak dan sekam padi tidak dibazirkan, dan digunakan sebagai komponen dalam makanan ternakan FGV di bawah jenama Alma. Penggunaan Kubota SPV8 bagi penanaman padi secara automatik antara teknologi mekanisasi yang digunakan FGVIF dalam program SMART SBB di IADA Barat Laut, Selangor dan IADA di Seberang Perak, Perak. Program 3FR ini dengan pantasnya menjadi sistem tanaman pilihan para petani. Bagi membantu meningkatkan hasil padi, FGV menyediakan bantuan sokongan dan bimbingan berterusan kepada mereka di samping menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi memeriksa dan memantau tanaman secara berjadual. FGV juga aktif dalam mempromosikan penanaman benih padi wangi MRQ76 yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam kalangan petani kontrak FGV. Memandangkan ekonomi negara kini dalam fasa pemulihan, inilah masanya untuk kita ‘membeli barangan tempatan’. Apabila pengguna membeli beras wangi FGV mereka secara lansung membantu kehidupan para petani tempatan. Selain itu didakwa petani yang menanam padi wangi ini turut berpeluang meningkatkan pendapatan mereka. Setiap tuaian tanaman padi wangi menawarkan pulangan sehingga RM1,540 setiap tan metrik (MT) iaitu berbanding RM1,200 setiap MT bagi jualan beras biasa. Usaha pemasaran yang sedang dijalankan termasuk mengukuhkan kesedaran pengguna menerusi pelantar e-dagang iaitu Gogopasar, selain telah bekerjasama dengan pemain industri makanan yang berkaitan. Bagi meningkatkan lagi capaian pengguna terhadap bekalan beras wangi tempatan, FGV telah menggiatkan lagi pengambilan agen jualan di seluruh negara di samping meningkatkan kapasiti pasukan pemasarannya. Ketika ini, program 3FR FGV sedang dilaksanakan di sawah jelapang berkeluasan 500 hektar di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut di Selangor dan 100 hektar di IADA Seberang Perak, Perak bersama 260 orang petani kontrak tempatan yang dilantik.  

Berita Harian pula dengan tajuk berita '
FGV perintis inovasi penanaman padi wangi' juga berkait dengan artikel ini. Dilaporkan BH dimana drone DJI T20 Agras digunakan untuk pemetaan kawasan pertanian dan memantau kesihatan tanaman yang membolehkan rawatan untuk kawasan yang terjejas (Sila lihat foto sebelah). FGV Holdings Bhd (FGV) menerusi anak syarikatnya, FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF), menginovasi industri padi dan beras tempatan dengan pengenalan program Beras Wangi Fortified Field™ (3FR) untuk penanaman padi wangi yang berkesan. Program 3FR adalah merupakan sistem penanaman komprehensif yang mengintegrasikan pertanian padi menerusi aktiviti amalan pertanian pintar, mekanisasi, automasi dan penggunaan teknologi Internet Kebendaan (IoT). Inisiatif itu menggabungkan kepakaran FGV dalam penyelidikan, agronomi, nutrisi tanaman, teknologi dron dan pengawasan jarak jauh bagi meningkatkan hasil beras wangi. Sehingga kini dilaporkan program 3FR FGV telah berjaya meningkatkan hasil beras wangi tempatan kepada tujuh tan sehektar sekali gus menjadikan ia sistem tanaman pilihan pesawah. Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah, purata hasil padi negara adalah sekitar 4 tan sehektar, manakala dikawasan jelapang padi pula hasil rendah menghasilkan bawah 3 tan sehektar. Pengarah Bahagian Sektor Logistik dan Perniagaan Sokongan Kumpulan FGV, Azman Ahmad, berkata FGV akan terus menerajui penyelesaian perladangan pintar dan Pertanian 4.0 bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran dan keupayaan perladangan padi beras wangi tempatan. Kaedah yang digunakan di dalam program 3FR itu menjadi penanda aras baharu dalam industri padi dan beras negara, apabila penggunaan dron dimanfaatkan dari peringkat sawah padi hingga ke aspek 'hyperspectral imaging' bagi kawalan penyakit dan makhluk perosak. Bagi memastikan kualiti dan kebolehkesanan padi, FGV turut menyemai benih padi wangi premium MRQ76 keluaran sendiri dan diperakui untuk diedarkan kepada pesawah kontrak yang dilantik dan mengambil bahagian dalam program ini. Menerusi bimbingan dan sokongan berterusan, pesawah mampu meningkatkan hasil padi mereka dan menambah pendapatan sehingga RM13,300 sehektar jika dibandingkan dengan RM6,240 sehektar bagi kaedah penanaman padi putih tradisional. Kini melalui perkongsian unik dengan pesawah ini, FGV berharap dapat mengukuhkan lagi rantaian bekalan beras secara lebih ekonomi dan lestari, seterusnya mewujudkan pesawah dan komuniti yang lebih berdaya tahan. Program 3FR FGV merangkumi penggunaan aplikasi termaju pertanian seperti mesin automasi penanaman, kecerdasan buatan dalam pemantauan sawah dan sumber air, dron bagi penyemburan, mesin penuai padi dan kaedah pemugaran tanah dengan menggunakan mikrob dan teknologi bio. Pada musim penanaman akan datang dilaporkan FGV merancang untuk mengembangkan lagi penggunaan aplikasi seperti traktor pintar, stesen cuaca dan sensor sawah bagi memantau prestasi sawah-sawah menerusi pertanian jitu. Sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan masa hadapan, FGV menyasar untuk mengembangkan lagi penggunaan IoT dengan membangunkan rantaian blok teknologi dalam pengeluaran agri pertanian yang memudahkan capaian kepada data rantaian bekalan pesawah, di samping lain-lain rantaian pemegang taruh dan pengguna, yang mana ia akan meningkatkan lagi kebolehkesanan pengeluaran makanan.  Program 3FR FGV juga sebagai menyokong usaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) pada Februari 2021. Program itu sedang giat dilaksanakan di jelapang padi berkeluasan 310 hektar di IADA Seberang Perak, Perak dan IADA Barat Laut di Selangor yang disertai oleh 100 pesawah kontrak tempatan yang dilantik. Dilaporkan keseluruhan kawasan itu dijangka akan dipertingkatkan ke 600 hektar pada musim menuai pada penghujung Julai 2021, dengan perancangan untuk memperluaskan kawasan tanaman ke 1,500 hektar dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Akhbar sama sebulan kemudian melaporkan berita '
FGV teroka pasaran beras wangi tempatan' juga menarik dikongsikan infonya dalam blog ini.  Dilaporkan BH dimana dengan penggunaan teknologi dron T20 di sawah mampu mempercepatkan proses membaja serta kawalan makhluk perosak dan penyakit oleh petani. FGV Holdings Bhd (FGV), syarikat perniagaan produk pertanian dan makanan kini giat menerokai pasaran beras wangi, justeru merancakkan pasaran produk berkenaan menerusi anak syarikatnya, FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF). Ia berikutan kejayaan pelaksanaan program Beras Wangi Fortified Field (3FR) FGVIF yang berupaya dalam mengoptimumkan penanaman padi wangi tempatan melalui amalan dan teknologi pertanian pintar serta berkesan. FGV telah menyasarkan sekitar 3.5 peratus penguasaan beras wangi tempatan menjelang akhir 2025 di bawah jenama FGV, SAJI. Matlamat mereka adalah supaya beras wangi SAJI FGV menjadi pilihan rakyat Malaysia dan dunia pada masa akan datang. Dengan kemampuan dalaman, sumber daya dan pelbagai aplikasi teknologi FGV, beras wangi tempatan yang dihasilkan berkualiti tinggi dan setanding dengan beras import dari Thailand. Melangkah ke hadapan dimana pihak FGV merancang untuk mengembangkan lagi kawasan penanaman padi wangi kepada 10,000 hektar dalam tempoh lima tahun akan datang. Program 3FR itu menggabungkan kepakaran FGV dalam peningkatan prestasi sawah menerusi Pertanian 4.0 dan ketepatan perladangan yang menjimatkan dan lestari. 
Ia termasuk menerapkan penggunaan teknologi dalam perladangan seperti mekanisasi, dron, Internet Kebendaan (IoT), sensor sawah, kawalan makhluk perosak dan penyakit, serta mesin penanaman padi automatik. Semua produk sampingan yang terhasil dari perladangan sawah padi dan kilang beras wangi seperti dedak dan sekam padi tidak dibazirkan, dan digunakan sebagai komponen dalam makanan ternakan FGV di bawah jenama ALMA. Dilaporkan program 3FR itu dengan pantasnya menjadi sistem tanaman pilihan petani. Bagi membantu meningkatkan hasil padi pihak FGV menyediakan bantuan sokongan dan bimbingan berterusan kepada mereka di samping menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi memeriksa dan memantau tanaman secara berjadual. FGV juga aktif dalam mempromosikan penanaman benih padi wangi MRQ76 yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam kalangan petani kontrak FGV. Memandangkan ekonomi negara kini dalam fasa pemulihan, inilah masanya untuk kita 'membeli barangan tempatan'. Apabila pengguna membeli beras wangi kami, mereka secara langsung membantu kehidupan petani tempatan. Selain itu kalangan petani yang menanam padi wangi ini turut berpeluang meningkatkan pendapatan mereka. Setiap tuaian tanaman padi wangi menawarkan pulangan sehingga RM1,540 setiap tan berbanding RM1,200 setiap tan bagi jualan beras biasa. Usaha pemasaran yang sedang dijalankan termasuk dalam mengukuhkan kesedaran pengguna menerusi platform e-dagang iaitu Gogopasar, selain bekerjasama dengan pemain industri makanan yang berkaitan. Bagi meningkatkan lagi capaian pengguna terhadap bekalan beras wangi tempatan, FGV telah menggiatkan lagi pengambilan ejen jualan di seluruh negara di samping meningkatkan kapasiti pasukan pemasarannya. Program 3FR FGV sedang dilaksanakan di sawah jelapang berkeluasan 500 hektar di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut di Selangor, dan 100 hektar di IADA Seberang Perak, Perak bersama 260 petani kontrak tempatan yang dilantik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MENANAM PADI... PADI WANGI...
FGV MULAKAN... CIPTA INOVASI...
HASIL TINGGI... GUNA TEKNOLOGI...
PASARAN TEMPATAN..N JENAMA SAJI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Rabiulakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.