Thursday, November 25, 2021

BATANG PISANG - INFO KEGUNAANNYA (Part 1)

BATANG PISANG (Musa spp) merupakan diantara komponen pokok pisang yang selalunya ditebang untuk menuai dan ianya kemudian dibiarkan begitu sahaja di kebun. Penulis blog yang banyak membuat tinjauan dikebun pisang mendapati batang pisang yang mana mengandungi banyak air iNi memang lambat proses mereput dan tidak boleh dibakar macam batang pokok kayu. Tidak seperti buah pisang dan daun pisang yang selalu diambil sebagai hasil dari pokok pisang, batang pisang sering dicincang dan dibiarkan dikebun. Buah pisang yang di tuai dengan tandannya akan di pilih apabila telah cukup matang untuk dimakan atau dijual. Biasanya daun pisang digunalan sebagai pembalut atau pelapik makanan yang menambah aroma keenakkan makanan tersebut. Makanan masi lemak diantara yang sering menggunakan daun pisang untuk menambah keenakannya. Makanan seperti ikan bakar memang lebih enak jika dibalut dengan daun pisang didalam foil aluminium. Beberapa jenis kuih tradisional juga dibalut dengan daun pisang seperti kuih koci, pais ikan, naga sari, pulut panggang, kuih talam dan sebagainya. Sebenarnya batang pisang banyak guna antaranya untuk dijadikan makanan ternakan, di buat kerepek, media untuk tanaman keliling rumah, bahan untuk mencuci pinggan mangkuk dan juga bahan sungkupan pelembab tanah. Kepeda mereka yang tinggal dibandar atau dikampung yang berminat dengan aktiviti menanam sayur keliling rumah boleh menggunakan batang pisang sebagai media tanaman (Sila lihat foto diatas). Batang pisang yang lembab dan lambat mereput untuk ianya membolehkan dibuat lubang dan ditanam dengan sayuran berbatang lembut seperti sawi, kailan, kangkung, bayam dan seumpamanya. Tanaman jenis berkayu tidak sesuai kerana tekstur batang pisang yang rapuh. Makanan ternakan dari batang pisang merupakan satu amalan dikalangan penternak ruminan dengan mencicahnya (Sila lihat foto paling bawah). Batang pisang ini didakwa apabila dimakan akan memperbaiki sistem pencernaan dan menurunkan haba badan haiwan ternakan. Ada kalangan penternak akan menambah dengan bahan lain yang berkhasiat kedalam makanan batang pisang ini.  Artikel subuh ini dalam kedinginan pagi saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kegunaan dan khasiat batang pisang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Penulis blog teruja bagaimana bahagian batang dan bonggol (perdu) batang pisang boleh dijadikan makanan ringan iaitu kerepek. Penulis juga belum pernah menjumpai makanan seperti ini di Malaysia akan tetapi menjumpainya di Indonesia dan Fipina didalam kunjungan kenegara tersebut. Memang tidak pernah terfikir bagaimana batang pisang yang selslu dibuang begitu sahaja rupanya mempunyai potensi dijadiken makanan kerepik. Bagi membuat kerepek batang pisang yag rangup dan berjaring prosesnya mudah sahaja berbanding dengan membuat kerepek dari bonggol batang pisang. Cara membuat dengan mengambil batang pisang dan dipotong kulitnya dan buang kulit luarnya kerana ia pahit kemudian dicuci bersih. Potong empat segi atau lonjong dibahagian tengahnya sahaja seakan berjaring. Ia kemudian direndam didalam air untuk membersihkannya dan kemudian dicelup dengan tepung beras dicampur dengan ramuan sesuai (boleh gunakan tepung ADABI iaitu perisa untuk ayam goreng juga). Kalau hendak rasa pedas boleh ditambah dengan serbuk cili. Tepong yang meleka paa hhirisan baang pisnag berjaring ini kemudian boleh dimasukkan kedalam kuali yang berisi minyak panas atau dapur deep fry sehingga garing. Abgkat dan toskan sebelum dihidangkan. Bagi kekepek bonggol pisang pula ia perlu disediakan dengan bonggol pisang raja atau pisang nipah. Bonggol atau perdu ini dibasuh dan dipotong bersegi sebelum dihiris nipis-nipis. Hirisan ini kemudian di rendam semalaman dalam air bersih untuk menghilangkan rasa pahitnya. Kemudian ia ditoskan dan di celup didalam adunan tepung beras bersama ramuan sesuai (sesusikan ramuan rampah kegemaran - macam membuat rempeyek). Setelah dicelup tepung boleh digoreng dengan minyak panas dan dtoskan apabila garing. Kerepek ini enak dimakan semasa suampanas dengan keenakannya tersendiri.

Di beberapa premis terutama di restoren utara makanan dikenali sebagai 'Gulai Kawah Batang Pisang' merupakan hidangan khusus yang semakin diminati ramai pelanggan. Penulis blog yag juga minat dengan makana gulai kawah batang pisang ini tidak melepaskan peluang  mendapatkannya apabila berkunjung kerestoren yang menjualnya. Melihat foto sajian disebelah ini saja sudah terliur dimana apatah lagi ketika menikmatinya memang boleh membuat nafsu makan bertambah. Kini penangan gulai kawah batang pisang yang amat popular dalam kalangan masyarakat kawasan pedalaman Negeri Kedah terutama di daerah Sik dan Baling. Gulai batang pisang juga dikatakan hidangan wajib yang selalu disajikan setiap kali majlis kenduri kahwin.  Biarpun mendapat sambutan hangat akan tetapi masakan ini susah ditemui di restoran atau kedai makan mungkin kerana penyediaannya yang sedikit rumit. Memang tidak mudah mencari bahan utamanya iaitu batang pisang berikutan tidak semua jenis pisang sesuai dibuat gulai. Lazimnya batang pisang yang digunakan adalah umbut atau empulur iaitu bahagian tengah yang berwarna putih. Bekalan batang pisang segar perlu digunakan dimana dilaporkan masakkan gulai  akan menjadi lebih sedap jika menggunakan batang pisang abu yang mempunyai rasa lemak manis atau pisang hutan yang mempunyai aroma tersendiri. Biasanga bagi menambah kelazatannya maka ia dicampu dengan dagung lembu. Gulai batang pisang dimasak dengan rempah khas menjadi enak dimana kini masih ramai menganggap batang pisang ada khasiat tersendiri iaitu baik untuk penghadaman dimana ia  juga mampu menyingkirkan asid penyakit gout.

Menarik fakta dari portal berita Harian Metro bertajuk 'Batang pisang pengekal warna' dimana dilaporkan Dr Nazlina yang mengetuai penyelidikan mencipta mordan daripada batang pisang yang berfungsi sebagai pengekal serta penggalak pewarna asli dipaparkan (Sila lihat foto disebelah). Biasanya pewarna sintetik penyumbang utama dalam industri tekstil. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini industri itu kembali mengetengahkan pewarna dari sumber asli. Pewarna asli bukan saja dapat menjamin kelestarian alam sekitar, malah turut mengatasi isu pencemaran bahan kimia yang dihasilkan daripada pewarna tiruan. Ini berikutan proses pewarnaan sintetik dalam industri tekstil banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar kerana ada pelbagai logam dan bahan kimia digunakan. Ia berbeza dengan pewarna asli yang lebih selamat digunakan, mesra alam dan dapat mempertingkat nilai estetika dalam produk tekstil. Didakwa ada pelbagai sumber alam yang boleh dijadikan pewarna asli, antaranya tumbuh-tumbuhan, herba serta galian dengan komponen pigmen warna istimewa. Apa pun kebiasaannya, ketika proses penghasilan pewarna asli untuk penggunaan fabrik, bahan pengekal warna atau mordan turut dicampur pada masa yang sama. Penggunaan mordan bertujuan ‘menaikkan’ warna selain menjadikan warna itu tahan lama. Menyedari kepentingan ini, penyelidik daripada Fakulti Rekabentuk dan Senibina Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Nazlina Shaari bersama pelajar sarjana fakulti itu mencipta mordan daripada batang pisang atau nama saintifiknya Musa paradisiaca. Sepanjang kajian dijalankan hanya bahan buangan digunakan bagi menghasilkan pigmen warna alam untuk fabrik. Pigmen warna diekstrak daripada daripada pokok, antaranya senduduk, sepang, ketapang dan mangga. Bahan untuk proses mengekalkan warna pula daripada sumber sisa buangan batang pisang yang berfungsi sebagai mordan dalam formula berkenaan. Hasil kajian mengenal pasti batang pisang berpotensi dijadikan mordan untuk mengekalkan warna apabila diaplikasi ke atas kain kapas dan sutera. Apa yang lebih membanggakan dimana proses pencampuran kedua-dua bahan yang 100 peratus daripada sumber alam itu sesuai dan selamat digunakan, selain dapat menghasilkan pelbagai tona warna. Dengan kepelbagaian tona warna dikaji dan diperoleh dengan mengawal suhu dan tahap alkali di dalam setiap larutan pewarna. Keputusan menunjukkan semua pewarna semula jadi dengan kombinasi mordan daripada batang pisang menyerlahkan kombinasi warna ke atas fabrik sutera dan kapas. Keseluruhan rantaian kaedah melalui pengumpulan, pemprosesan dan pencelupan dijalankan dengan melihat faktor ekologi supaya ia selamat. Proses ini juga diharap dapat memberi impak lebih mesra alam terhadap alam sekitar, pengurangan penggunaan bahan kimia serta dapat menjana pendapatan pengusaha tekstil tempatan. Penyelidikan yang mengambil masa setahun itu menelan kos RM5,000 dan dalam proses untuk dipatenkan. Dia bercadang untuk dapat mengkomersialkan produk berkenaan yang dijangka dapat dipasarkan tahun ini juga. Artikel ini ditulis didaalm dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anima gro technology kali ini. Wasallam!!!.
BATANG PISANG... DI BUANG SAHAJA...
KALAU DI PROSES... BANYAK GUNA...
MAKANAN ENAK... GULAI KAWAHNYA...
MEMBACA ARTIKEL... BARU TAHUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Medan Indah ,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(14 Rabiulakhir 1443H).
Posted from,
Ladang Felda Chuping,
Perlis.
Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.