Friday, October 1, 2021

TERNAK BUAYA - SUMBER REZEKI ?

MENTERNAK BUAYA merupakan satu bidangusaha yang masih memberikan rezeki dan masih dianggap merbahaya akan tetapi dilaporkan ia tetap mempunyai potensi yang baik. Aktiviti menternak buaya juga  sebenarnya merupakan aktiviti yang cukup mencabar. Buaya atau 'crocodile' merupakan rumpun reptilia pemangsa besar separa akuatik yang tergolong dalam order Crocodilia (atau Crocodylia). Buaya mula-mula muncul sejak zaman purba iaitu sekitar 83.5 juta tahun dahulu. Sebenarnya menternak buaya sangatlah menguntungkan tetapi untuk memulakannya harus mengeluarkan modal yang cukup banyak terlebih dahulu untuk jangkamasa selama 3 sampai 4 tahun pertama. Pengusaha buaya perlu mengeluarkan banyak wang sebelum buaya itu hidup dan membesar dan sesuai untuk dijual sama ada digunakan untuk diambil kulit atau dagingnya. Meskipun pun begitu di Malaysia tidak ramai penternak buaya berbanding dengan negara Australia dan Indonesia serta Thailand yang merupakan dua negara yang berjaya dalam industri ini. Dilaporkan pulangan daripada penternakan buaya adalah kerana biasanya dilaporkan hanya syarikat yang sudah komersil dan besar selalunya lebih banyak mendapatkan keuntungan daripada peternak buaya yang bersaiz kecil-kecilan. Kepada pemain baru dalam industri ini perlu banyak berfikir mengapakah hendak memasukki industri ini mengapa mereka hendak melakukannya. Ini kerana faktur persiapan kepakaran, modal besar, pengalaman, tempoh masa lama, kemudahan infrastruktur, bekalan benih, pekerja dan juga pasaran perlu dikaji dengan teliti. Walau pun dilaporkan industri menternak buaya mampu memberikan pulangan tinggi akan tetapi beberapa peraturan dan syarat dari pihak berkuasa perlu di dapatkan. Pemilihan lokasi untuk membina kolam dan pusat memproses juga memerlukan persyaratan yang ketat demi keselamatan semua. Penulis sudah pernah membuat tinjauan teknologi di beberapa lokasi penternakan buaya termasuk di Kuantan, Pahang dan di Langkawi, Kedah. Saintis mendpati musim pembiakan buaya adalah sering terjadi pada musim hujan. Selalunya musim bertelur adalah pada bulan November sehingga April dimana dilaporkan bagi seekor induk betina mampu ianya menghasilkan sekitar 30-60 biji telur dan akan menetas dalam tempoh tiga bulan. Suhu yang optimum bagi telur untuk menetas adalah sekitar 31.6 Celcius. Semasa inilah buaya betina akan berubah menjadi sangat ganas dan buas sehingga selalu ia mengancam sesiapa yang berani untuk mendekatinya. Induk betina juga biasanya menyimpan telur-telurnya dengan membenam kedalam tanah atau di bawah rimbunan daun. Pembaca blog perlu tahu dimana induk buaya betina akan menunggu dari jarak beberapa meter dari sarangnya. Buaya umumnya haiwan yang tinggal di habitat perairan air tawar walau pun ada spesis buaya yang hidup di air payau seperti buaya muara. Makanan utama buaya adalah haiwan bertulang belakang seperti ikan, reptilia dan mamalia. Buaya merupakan haiwan purba yang biasanya ia menyimpan makanan mereka sampai busuk di dalam air atau dekat dengan sarangnya. Menjaga buaya memerlukan kepakaran dan pengurusan terbaik agar semua pekerja dan habitat terselamat dari ancaman. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai potensi menternak buaya sebagai sumber rezeki yang baik untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Di Malaysia terdapat 
Garis Panduan Pemeliharaan Hidupan Liar yang mana perlu dibaca kepada sesiapa yang ada berhajat untuk memahaminya. Ini akan membantu pemeliharaan hidupan liar peliharaan orang perseorangan dalam usaha memastikan kebajikan dan husbandri hidupan liar peliharaan terjamin. Garis panduan ini sejajar dengan peruntukan yang terkandung di dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] di bawah penguatkuasaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) di Semenanjung Malaysia dan di Sabah serta Sarawak mereka ada akta peraturannya sendiri. Apa pun garis panduan ini diwujudkan untuk menggalakkan pemiliknya bertanggungjawab dan amalan terbaik didalam pemeliharaan hidupan liar kesayangan dengan beberapa pemahaman asas seperti sentiasa memberi kesedaran berkaitan pemilikan hidupan liar sebagai hidupan liar kesayangan berkaitan atau bertujuan memelihara hidupan liar kesayangan. Potensi dan persediaan pemilikan hidupan liar kesayangan dan beberapa etika dan tanggung jawab dalam memelihara hidupan liar kesayangan. Garispanduan menyatakan mengenai tatacara memelihara hidupan liar kesayangan dengan cara memelihara hidupan liar peliharaan mengikut piawaian pengurusan terbaik hidupan liar peliharaan di dalam premis. Asas seperti kebajikan hidupan liar, saiz minimum kurungan, rekabentuk kurungan, kebersihan, keselamatan hidupan liar - manusia, persekitaran serta makanan dan minuman hidupan liar yang dipelihara. Ia juga menyatakan dengan jelas dan menggariskan kod amalan etika pengurusan dan kebajikan hidupan liar kesayangan di dalam premis kediaman. Garispanduan setebal 33 mukasurat ini mudah diakses didalam lamanweb atau berkunjung terus ke portal perhilitan untuk mendapatkannya. Bagaimana pun menternak buaya dilihat tidak ada didalam Jadual Senarai Hidupan Liar yang boleh dipelihara. 

Portal berita suarasarawak.my telah menyatakan dimana 'Ternak buaya sebagai sumber rezeki' yang ditulis semula dan memang baik untuk bahan bacaan. Berita dari Kuching, Sarawak menyatakan dimana apabila menyebut sahaja nama buaya, pasti kita berasa gerun kerana reptilia itu memang sering  digambarkan sebagai haiwan purba yang ganas (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana seekor buaya betina boleh membesar sepanjang tiga meter manakala buaya jantan tiga hingga enam meter dengan berat 640 kilogram (kg) sehingga 1,100 kg seekor. Di Sarawak pula sering diberitakan dimana oleh kerana saiznya yang besar maka ia digelar sebagai sang bedal ini diberikan gelaran sebagai ‘Bujang Senang’ dan mempunyai legendanya yang tersendiri. Mengikut mitos kaum Iban, Bujang Senang adalah jelmaan pahlawan Iban yang disumpah menjadi buaya serta menyimpan dendam untuk membunuh semua keturunan musuhnya jika mereka berada di dalam air (sungai). Sehingga kini, kaum Iban di Sarawak masih percaya dengan mitos tersebut dan tiada sesiapa pun yang berani memakan daging buaya kerana dipercayai sang bedal itu boleh menghidu bau manusia yang memakan atau membunuh ‘saudaranya’. Apa pun bukan sahaja kaum Iban yang percaya dan takut dengan reptilia itu, malahan penulis blog percaya majoriti daripada masyarakat di bumi Kenyalang ini juga memang tidak berani membunuh atau memakan daging buaya kerana dimomokkan dengan mitos tersebut. Malahan sukar untuk menukar pemikiran atau perspektif masyarakat mengenai ancaman buaya, memandangkan konflik antara manusia serta buaya sememangnya wujud sekian lama. Masyarakat perlu belajar untuk menerima hubungan yang ‘harmoni’ dengan buaya sambil menjaga keselamatan diri. Buaya sebenarnya tidak akan menganggu manusia kerana mereka mempunyai habitat sendiri, namun kita manusia sering menceroboh kawasan mereka untuk mendapatkan sumber makanan, apabila habitat atau sarang diganggu maka reptilia ini akan bertindak agresif serta mampu mengancam keselamatan manusia.

Dalam pada itu mengikut peruntukan undang-undang antarabangsa dan tempatan, pelbagai aktiviti, termasuk pemburuan, menangkap, menjual, malah memelihara haiwan berkenaan boleh dikenakan hukuman dan penjara kerana buaya merupakan haiwan terlindung.  Mengikut ordinan yang dipinda pada tahun 1998 iaitu mana-mana individu yang didapati memburu, membunuh, menangkap, menjual, mengimport, mengeksport, memelihara atau menyimpan bahagian atau organ buaya tanpa lesen sah boleh dihukum satu tahun penjara dan denda tidak lebih RM10,000. Adalah diketahui umum dimana kulit buaya mempunyai nilai yang tinggi di pasaran antarabangsa namun untuk memastikan kulit buaya tersebut menembusi pasaran ia perlulah memenuhi kriteria serta standard yang telah ditetapkan. Penternakan buaya perlu dijalankan secara profesional dengan cara yang betul selain mematuhi piawaian antarabangsa. Sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang menternak buaya supaya memohon permit dari pihak berkuasa dahulu. Syarat pertama mestikan dapat kelulusan menternak buaya dan seterusnya pastikan sudah mempunyai kawasan yang sesuai iaitu kawasan yang dikhaskan untuk tujuan itu. Sebenarnya untuk membolehkan kulit buaya itu mempunyai nilai yang tinggi maka usia buaya yang sesuai dituai mestilah yang berumur tiga tahun sama ada untuk menghasilkan kulit atau pun dagingnya. Buaya liar disungai itu sebenarnya sudah tidak ada nilai lagi mengikut piawaian jadi tiada untung pun kalau ia dibunuh untuk dijual. Buaya yang layak dituai juga perlu memenuhi kriteria, antaranya mesti mempunyai kulit yang cantik agar mampu menebusi pasaran antarabangsa.

Ada satu laporan dimana '
Ternak buaya, ada berani' seperti dilakukan oleh astroawani.com mengenai Samarahan Crocodile Hunters di Sarawak yang melihat potensi buaya untuk diternak sebagai sumber ekonomi baharu bagi nelayan darat. Pengarahnya Datuk Idris Buang berkata, pihaknya masih mencari teknologi yang sesuai bagi merealisasikan idea tersebut (Sila lihat foto disebelah). Beliau juga masih memerlukan tunjuk ajar, sokongan kewangan daripada kerajaan untuk dapat terus membangunkan industri menternak buaya. Dia dakwa daripada menjadi ancaman adalah lebih baik dibangunkan industri ini. Usaha buaya kecil diternak dimana pada kulit di bahagian perut boleh diambil dan diproses untuk seterusnya dikomersialkan. Syarikat juga akan majukan industri ini dimana ia tidak mustahil dilakukan memandangkan sudah dilaksanakan dengan jayanya di Sabah, Filipina dan Australia.  Samarahan Crocodile Hunters memohon menggunakan lesen dan panduan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk mengalihkan semua buaya di kawasan hulu sungai. Semua buaya kecil dan telur akan dialih dan meminta SFC agar dapat meletakkan kawasan tersebut sebagai zon buaya. Kawasan tersebut syarikat akan bina pagar dan anak buaya akan diberikan cip pintar untuk mengesan pembesaran dan pergerakannya. bagi buaya besar yang memberikan ancaman hanya akan dibunuh dengan kebenaran pihak berkuasa.  Syarikat akan mengumpul anggota termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), bomba dan nelayan darat yang tahu dengan sungai termasuk perbadanan kerajaan dalam pasukan ini. Ada beberapa individu di Samarahan mempunyai pengalaman menangkap dan membunuh buaya besar. Ada antara mereka mempunyai lesen senjata api. Mereka yang mana mempunyai lesen yang sah SFC untuk mencari, menangkap dan membunuh buaya boleh dimanafaatkan.  Samarahan Crocodile Hunters ditubuhkan untuk menangani ancaman buaya terhadap penduduk kampung khususnya di Sungai Meranek. Sebagai rekod sehingga kini sebanyak empat ekor buaya berjaya ditangkap. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
HAIWAN BERBAHAYA... ITULAH BUAYA...
DIDALAM SUNGAI... ADA JADI MANGSA...
BOLEH DITERNAK... PERMIT PERLU ADA...
KULIT DAN DAGING... MAHAL HARGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Safar 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.