Monday, October 18, 2021

PISANG TANDUK DAN KISAHNYA

PISANG TANDUK
(Musa spp. cv Tanduk) merupakan sejenis pisang dari keluarga Musaceae yang popular di tanam dinegara kita untuk tujuan pengeluaran segar dan di goreng atau diproses menjadi Kerepek Pisang Tanduk. Pisang Tanduk di tanam secara kimersial khas dalam satu kawasan atau bercampur dengan beberapa jenis pisang lain dan dikawasan dusun. Permintaan terhadap pisang tanduk meningkat ketika musim perayaan untuk diproses menjadi kerepek. Warna kerepek dan rasa lemak manis menjadikan kerepek pisang tanduk diminati ramai dengan harga mencecah RM 16.00 - RM 18.00 sekilogram di pasaran tempatan. Goreng pisang tanduk juga merupakan antara pisang goreng yang mendapat permintaan tinggi dikalangan penjual goreng pisang. Walau pun pisang tanduk jarang dimakan segar sebagai pencuci mulut selepas makan nasi tetapi saya memang minat makan pisang tanduk yang telah cukup masak. Selalunya tanah yang subur dengan panas serta lembab dan mempunyai saliran yang baik perlu dipilih dan pastikan bebas dari patogen merbahaya seperti Bakteria Moko (Ralstonia spp) dan sebagainya. Bersihkan kawasan penanaman dan bakar untuk mempastikan kawasan terbuka dan cahaya matahari mencukupi bagi pertumbuhan subur. Pokok pisang tanduk akan lambat membesar dan lambat berbunga atau berbuah jika kawasan tanaman terdapat naungan. Tanah jenis lom berpasir dan kaya dengan baja organik disyorkan untuk penanaman pisang tanduk. Pisang Tanduk tidak sesuai ditanam dikawasan yang banyak halangan seperti tanah berasid, Tanah Keras dan berbatu, Tanah Gambut Dalam dan mempunyai paras air yang tinggi. Kawasan tanaman sebaiknya tidak ada gangguan angin kuat melebihi 15 km /jam kerana ini akan merosakan daun dan boleh menumbangkan pokok yang sedang berbuah. Tiupan angin kencang ini juga mencederakan buah dan menurunkan kualiti buah. Pisang tanduk agak berbrza dengan Pisang Lang (yang selalu dirujuk juga sebagai pisang tanduk) dikalangan petani tempatan. Artikel subuh ini dari Hotel Amerin, Persling, Johor Bahru saya menulis dalam blog "Anim Ago Technology'' mengenai beberapa kisah pisang tanduk seperti dilaporkan oleh beberapa media tempatan untuk bahan rujukkan semua.

Media Harian Metro mempaparkan berita '
Lain macam pisang tanduk Rosli' boleh dijadikan bahan berita kali ini. Apa tidaknya jika itulah kali pertama bagi Encil Rosli Yaakob berumur 51 tahun dapat melihat buah pisang tanduk yang tumbuh dengan mengenuarkan 'buah yang gamjil' semenjak beliau melibatkan dengan penanaman pisang lebih 13 tahun dulu. Rosli yang juga bapa empat anak menyedari kelainan pisang yang ditanam itu sejak sebulan lalu ketika buah itu baru mengeluarkan jantungny (Sila lihat foto disebelah). Dia amat terkejut melihat hasil tanamannya itu kerana tidak sama seperti yang sebelumnya. Didakwa dimana anakbenih pisang yang mengeluarkan buah tersebut diambil daripada ibu saudaranya di Memali, Baling, Kedah sebelum ditanam di belakang rumah. Melaporkan dimana sebelum ini, pokok lain daripada benih yang sama sudah berbuah tetapi dalam bilangan ganjil iaitu 7 - 11 biji setandan. Namun kini sebaliknya berlaku bulan lalu apabila satu pokok yang ditanam hanya mengeluarkan sebiji saja tidak seperti kebiasaan yang berbuah setandan. Keluarganya dan rakan terdekat tahu mengenainya tetapi masih ramai juga yang tidak tahu mengenai perkara in dikampung Padang Balang, Sentul. Seterusnya menurut Rosli, pisang itu belum ranum sepenuhnya dan dibungkus bagi mengelaknya daripada dimakan haiwan perosak. DIa bercadang membawa pulang pisang berkenaan ke kampungnya di Baling. Sekarang ini dia membiarkan dulu pisang itu memandangkan ia belum ‘masak’ sepenuhnya dan memberi peluang kepada rakan terdekat melihatnya. Bagaimanapun dia sedia menjualnya kepada sesiapa yang berminat untuk membeli jika kena dengan harganya. Sekurang-kurangnya nanti, duit hasil jualan itu dapat digunakan sebagai modal mengembangkan perniagaan.

Dalam akhbar lain Bernama laporkan berita bertajuk
'Pisang Tanduk Di Merlimau Dapat Sambutan' memang menarik untuk dikongsikan. Bagi seorang peniaga buah Daud Tulus yang sudah lapan tahun membuka kedai buah-buahan di Bandar Merlimau dakwa jualan pisang tanduk yang sememangnya menarik perhatian terutama orang luar semakin meningkat apabila menjualnya pada harga RM3 sekilogram dan setiap tandan mempunyai antara 10 dan 12 biji pisang. Pekan Merlimau di Daerah Jasin agak mudah diakses dan sekiranya berkunjung ke Bandar Merlimau pasti anda tidak akan terlepas pandang gantungan pisang tanduk di deretan kedai buah-buahan di tepi jalan. Keistimewaan pisang ini ialah ia bersaiz besar hingga ada yang mencapai satu kaki panjang dan dinamai pisang tanduk kerana bentuknya seperti tanduk. Saiz dan bentuk rupa pisang ini bukan sahaja menjadikannya berbeza daripada pisang lain. Pisang tanduk kebiasaannya mengeluarkan antara 10 dan 12 biji buah sahaja untuk satu tandan berbeza daripada pisang biasa malahan dari segi rasa juga berbeza. Kawasan yang dikenalpasti terdapat banyak tanaman pisang ini ialah Kampung Rim, Jasin. Pisang ini kalau tanam hasilnya dalam lapan ke sembilan bulan baru berhasil walaupun cara tanamnya sama macam pokok pisang lain cuma bezanya adalaj ia lama sedikit untuk menuai. Apa pun berbanding penanaman pisang lain, ia hanya mengambil masa antara tiga hingga enam bulan sebelum dituai. Petani yang menanam pokok pisang tanduk juga boleh menambah pendapatan apabila anak pokok pisangnya juga mendapat permintaan yang baik. Selalunya selepas ditebang dimana hanya satu rumpun pokok boleh dibiarkan tumbuh dimana ia akan menghasilkan 12 hingga 18 anak pokok dan dijual benihnya memberikan pendapatan yang agak lumayan. Kini dilaporkan bahawa setiap anak pokok pisang itu dijual dengan harga RM0.60 sepokok. Pisang tanduk semakin terkenal sejak akhir-akhir ini di sini berikutan daya tahannya terhadap penyakit yang biasa menyerang pisang seperti 'Fusarium wilt' dan 'Moko disease'. Dilaporkan pihak Jabatan Pertanian tidaklah membiarkan petani begitu sahaja sebaliknya berikan geran bantuan bernilai RM$6,000 bagi setiap 0.4 hektar (satu ekar). Bantuan ini meliputi perbelanjaan bagi baja, racun dan benih tetapi bagi perbelanjaan yang selebihnya masih perlu ditanggung sendiri oleh petani. Pisang tanduk terus menjadi permintaan orang ramai di kawasan Merlimau selepas dikomersialkan untuk industri kerepek dan pisang goreng. Bagi Rukini Hamid pengusaha makanan ringan Syarikat Anak Desa AH Kamisah Enterprise yang mengusahakan perniagaan kerepek pelbagai jenis termasuk penggunaan serius pisang tanduk untuk dibuat kerepek oleh syarikatnya bermula pada tahun 2008. Pisang tanduk memang kita guna sejak tahun 2002 akan tetapi tidaklah banyak dan hanya guna pisang Nangka dan pisang Nipah. Dia setiap hari akan menerima kira-kira lima tandan pisang yang boleh menjangkau berat sehingga 40 kilogram. Kerepek pisang tanduk syarikat itu dijual dengan harga RM16 setiap kilogramSyarikat berkenaan memulakan perniagaan sejak 1987 dengan mendapat bantuan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Dalam kes lain seorang pengusaha ladang pisang tanduk iaitu Syed Idrus yang berumur 43 tahun juga berpendapat selagi ada orang yang makan goreng pisang dan kerepek pisang tanduk permintaan terhadap pisang tanduk tidak akan putus. Dia dakwa sejak tujuh tahun mengusahakan tanaman itu di ladang seluas 16 hektar memang dia belum pernah menghadapi masalah dari segi pemasaran. Pasaran kini telah menjangkau sehingga ke Sepang, Johor menambah bahawa pasarannya masih belum lagi menembusi pasaran luar negara. Tanah yang digunakan adalah tanah nekas sawah terbiar dan kira-kira 800 batang pokok ditanam di setiap 0.4 hektar tanah. Pernah ada satu van dari Pulau Pinang dtang untuk borong pisang tanduk darinya dimana setiap kilogram dijual dengan harga RM3 dan setiap tandan mempunyai antara 10 dan 12 biji pisang. Bagi Hasan Man yang berniaga pisang goreng di Merlimau dakwa dia yang sudah berniaga pisang tanduk goreng sejak 10 tahun lepas turut mengakui kerjanya menjanjikan pendapatan baik. Dia mampu mendapat sekitar RM300 hingga RM400 setiap hari. Apa pun selain pisang tanduk goreng di gerainya turut menjual cendawan goreng dan ubi goreng dimana empat keping pisang goreng dijual RM1 sahaja. Pelanggannya dakwa dimana pisang goreng memang sedap dimakan pada waktu petang bersama keluarga sambil bersembang. Di Merlimau memang mudah saja yang beli pisang tanduk goreng. 

Akhbar Harian Metro pula nyatakan kisah 
'Kerepek mak cik dah sampai Amerika' memang agak catchy tajuknya. Bagi Saharah Tambu Chik yang menjual kerepek pisang di kawasan parkir pasar raya di Ayer Keroh, Melaka mendakwa dimana kerepek pisang tanduknya kini sudah sampai Amerika. Dakwanya kisah tersebut juga telah menjadi kenangan terindah buatnya selepas hampir setahun berniaga untuk menampung perbelanjaan harian. Dia yang baru pulih selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di belakang badan beberapa bulan lalu mendakwa dimana ketika itu seorang pelanggan mungkin bersimpati lalu membeli kerepek pisang dan terus memakan. Bagaimana pun selepas rasa enak dan rangup maka kemudian pelanggan itu terus membeli 200 bungkus untuk dibawa pulang ke Amerika Syarikat pada keesokannya. Dia tidak pasti sama ada dia mahu mengagih kepada rakannya atau dijualnya di Amerika sana. Namun pelanggan itu telah memberitahu untuk dibawa balik ke Amerika. Beliau amat bangga dengan sambutan itu sehingga sering memberitahu kepada setiap pembeli berkaitan kisah berkenaan. Dia juga amat teruja menanti kehadirannya semula satu hari nanti jika dipanjangkan usia. Selain itu dia juga turut menjual kerepek pisang nipah dan nangka. Dakwanya kerepek terbabit sudah ‘terbang’ ke Melbourne, Australia yang dibeli pelanggan selepas tertarik dengan keenakan kerepek pisang dijualnya.Saharah dakwa kesunyian selepas suami meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa tahun lalu mendorong dia menjual kerepek berkenaan. Dia akan meletakkan kerepeknya di dalam troli dan sekali imbas dilihat seperti sedang menanti seseorang namun pendekatannya jelas menagih simpati umum sehingga ramai merapatinya dan terus membeli. Dia akan memberi  upah menjual kerepek yang dihasilkan anak saudara selepas tidak lagi mampu bekerja sebagai pencuci bangunan apabila dikesan menghidap ketumbuhan terbabit. Kini walaupun memiliki rumah pusaka di Kampung Pantai Puteri tetapi dia kini menetap di rumah anak saudara di Ayer Keroh bagi memudahkan tugas menjual kerepek terbabit. Dia yang  mempunyai empat anak dan mereka mengizinkan saya mengisi masa terluang dengan menjual kerepek dan ini sekali gus memberi pilihan kepada umum untuk mendapatkan makanan ringan yang enak. Semuga artikel ini memberi info menarik kisah pisang tanduj untuk dijadikan bahan rujukan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
PISANG TANDUK.. BESAR SAIZNYA...
DITANAM LUAS... LAMA MENUAINYA...
ENAK DIGORENG... LAKU SENTIASA...
DIBUAT KEREPEK... SAMPAI AMERIKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1329, Platinum Suite,
Hotel Amerin, Perling,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(15 Oktober 2021).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.